Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 4 WHEEL DRIVE TRAIN SYSTEM

DMD 1313

NAMA : AHMAD TAUFIK BIN ROSDI


KURSUS : 1 DMD MTA
SEMESTER 1/2018
NO I.C : 000128-13-1043
NAMA PENSYARAH : EN. MOHD HANIF BIN MD AMIN
ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN M/S


1 SOALAN 2
2 JAWAPAN 3-7
3 RUJUKAN 8

1
SOALAN
Seorang pelanggan kenderaan pacuan 4 roda telah menggadu bahawa semasa
mendaki bukit dengan menggunakan pacuan 4 roda, didapati sistem transmisi
mengeluarkan bunyi yang bising. Setelah pemeriksaan dilakukan bahawa minyak
kotak gear pindah (transfer case) hampir kering.

a) Nyatakan bahagian yang berkemungkinan berlakunya kebocoran tersebut.


b) Huraikan prosedur kerja untuk membaiki kerosakan yang dinyatakan pada 1(a)
di atas.
c) Terangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan semasa
melakukan kerja.
d) Nyatakan gred minyak gear sesuai digunakan dan huraikan mengapa ia sesuai
digunakan.

2
JAWAPAN

a) Bahagian utama yang bermungkinan berlakunya kebocoran pada transfer case ialah
oil seal dan o-ring kerana ianya merupakan alat ganti yang paling utama bagi transfer
case untuk menghalang kebocoran minyak pada transfer case. Bukan itu sahaja
gasket pada transfer case juga berkemungkinan besar boleh terjadiya kebocoran pada
transfer case.

Oil seal adalah komponen pada sesuatu mesin yang berfungsi menyekat pelincir.
Pelincir digunakan pada tempat dimana terjadi geseran pada bahagian mesin untuk
memastikan pergerakan mesin menjadi halus. Oil seal digunakan untuk mencegah
terjadinya kebocoran pelincir yang melalui ‘bearing clearance’ pada bahagian yang
bergerak tersebut.

O-ring pula mempunyai bentuk bulat seperti gelang-gelang yang sering kita lihat dan
warnanya tergantung dari material apa yang digunakan. O-ring dapat kita jumpai di
bengkel-bengkel kenderaan. Sama seperti oil seal, o-ring juga mempunyai berbagai
macam ukuran.

3
b) Langkah untuk membaiki kerosakan:

I. Langkah atau cara untuk menanggalkan oil seal dan gasket pada transfer case.

1) Longgarkan dan pisahkan skru pada transfer shift dan pisahkan antara transfer
shift dan juga transfer case. Dan ia berada di bawah transfer case dan
pisahkan nut dan juga washer dan juga pisahkan batang kawalan shift ,semasa
kenderaan sudah dinaikan mengguna jack atau RAM kereta ataupun dipanggil
car lift.
2) Pisahkan wayar yang bersambung dan pisahkan 8 bolt skru dan juga shift
transmission. Gunakan playar, pisahkan circlip ataupun snap ring dan tarikh
keluar shift transfer case.
3) Naikkan kenderaan menggunakan jack atau RAM kenderaan (car lift) dan
pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan meletakkan penahan tayar
supaya kenderaan tidak bergerak semasa melakukan kerja membaiki dan
menservis.
4) Buang minyak pada transfer case.
5) Pisahkan 2 propeller shaft depan dan juga belakang dan pisahkan dynamic
dumper yang bersambung dengan transfer case.
6) Gunakan jack yang ataupun air- jack letakkan di bawah transfer case untuk
mendapat benda untuk menyokong transfer case bila dipisahkan.
7) Pisahkan crossmember yang menyokong transfer case.
8) Pisahkan sensor yang terdapat pada transfer case.
9) Bawak turun transfer case dari kenderaan dengan perlahan dan juga berhati-
hati.
II. Cara untuk membaiki kebocoran pada transfer case.
1) Periksa semua bahagian yang mempunyai oil seal dan juga O-ring jika terdapat
Sebarang kerosakan yang menyebabkan kebocoran pada transfer case sila
tukar dengan segera. Cara untuk menanggal oil seal ialah gunakan screw
driver leper kemudian cungkil oil seal dan gantikan dengan oil seal yang baru.
2) Buka cover transfer case dengan melonggarkan skru pengikat antara cover
transfer case dengan transfer case. Kemudian periksa gasket, jika didapati ada
sebarang kerosakan kemek pada transfer case. Sila tukar dengan segera
supaya transfer case tidak didapati sebarang kebocoran minyak pada transfer
case.

4
c) Untuk mengelakkan kemalangan ketika berada di tempat kerja, beberapa peraturan
hendaklah dipatuhi. Biasanya di setiap bengkel terdapat peraturan am yang telah di
tetapkan dan peraturanh ini boleh dikelaskan kepada dua iaitu:
Keselamatan diri dan keselamatan di bengkel.

Keselamatan adalah perkara yang paling penting semasa di dalam bengkel, tidak kira
masa sama ada sebelum atau selepas melakukan kerja. Keselamatan harus
diterapkan oleh pekerja bengkel untuk mengelakkan kemalangan semasa melakukan
kerja di bengkel. Keselamatan juga merupakan satu aspek yang amat penting dan
perlu dititikberatkan.

Keselamatan diri:
 Pengguna perlu mematuhi peraturan berpakaian ketika berada di bengkel.
 Pengguna hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan
mengendalikan peralatan dan mesin semasa berada di tempat kerja.
 Pengguna tidak dibenarkan bermain-main dan bergurau senda dengan rakan-
rakan sama ada dengan peralatan dalam bengkel.

Keselamatan di bengkel:

 Bengkel mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja
dijalankan dengan baik dan lancar.
 Bengkel mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan
yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak hadapi sebarang
kesilapan.
 Bengkel hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti
serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan
oleh bahan tersebut.

Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai, iaitu tidak terlalu longgar
atau terlalu ketat. Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan
kerana mudah tersangkut pada peralatan dan mesin, terutamanya pada mesin
yang sedang bergerak. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan
dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja.

Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah ditanggalkan
sebelum kerja dimulakan. Barang-barang tersebut hendaklah disimpan kerana ia

5
boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi
pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.

Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut ini dapat
melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat.
Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan
tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.

Ketika anda bekerja di bawah kenderaan yang terangkat, selain menggunakan


penyungkit yang kukuh untuk menaikkan kenderaan, gunakan penyedal bagi
mengelakkan ia menggelungsur. Sebagai contoh kemalanganyang mungkin akan
berlaku ialah kenderaan bergerak dengan secara tiba-tiba kerana keadaan
kenderaan yang tidak stabil.

6
d) transfer case merupakan gear assembly dan memerlukan cecair untuk melincirkan
gear yang bergerak untuk menghalang geseran tinggi yang boleh menghauskan gigi
gear. Penukaran cecair gear perlulah dijaga dan ditukar secara berkala iaitu setiap
40,000 km atau setiap 2 tahun untuk mengelakkan kerosakan pada transfer case.
Antara gred minyak gear yang sesuai bagi transfer case ialah-

SAE 80 W/90

Nombor “80W-90” merujuk kepada gred kelikatan minyak. Oleh kerana ia mempunyai dua
nombor, minyak ini mempunyai dua gred kelikatan. W bermaksud musim sejuk. Bilangan
“80” menunjukkan bahawa minyak yang direka untuk bekerja dengan baik dalam suhu yang
lebih rendah. Bilangan kedua bermaksud bagaimana nipis minyak mesti sekurang 100
darjah celcius. Semakin rendah nombor, semakin nipis minyak itu menjadi.

EP 75W/90

EP 75W/90 sistetik sepenuhnya adalah generasi baru minyak gear manual atau transfer
case, dirumus khas untuk memberikan yang paling dalam perlindungan kotak gear atau
transfer case untuk semua keadaan memandu.

7
RUJUKAN:

 Automotive Principles & Service (Forth Edition) Frank J. Thiessen/Davis N.Dales


 Automotive Mechanic (Tenth Edition) Macmillan/McGraw-Hill
 http://en.wikipedia.org,TransferCase,1 Dec 2014, 17:23