Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
BHD
LAPORAN TENTANG ALAT GANTI DAN SERVIS PADA BULAN JANUARI 2018
DISEDIAKAN OLEH:
(SUPERVISOR)
KEPADA:
(MANAGER)
3 FEBUARI 2018
1.0 PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerja sama dalam
menyiapkan laporan ini. Iaitu kepada Encik. Mohd Syukur bin Sahim, Manager,
sendirian berhad. Rakan- rakan Pusat Servis FIX.CAR yang memberi kerjasama,
pegawai perkhidmatan pelanggan dan Encik Shahrul Ridwan bin Noryusmiza yang
memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan laporan ini bulan Januari 2018 ini.
1
2.0 SENARAI KANDUNGAN
2
3.0 PENGENALAN
Laporan ini membincangkan tentang penggunaan alat ganti dan servis di Pusat Servis FIX.CAR
pada bulan januari 2018. Pusat servis Fix. Car akan beroperasi pada hari isnin hingga jumaat
,kami akan mula bekerja pada pukul 8 a.m. hingga pukul 8 p.m. manakala pada hari sabtu kami
tutup pada pukul 2 a.m dan pada hari ahad kami cuti kerja untuk berehat. Kami membersihkan
bengkel sebelum memulakan kerja. Selepas habis kerja kami akan menyimpan,menyusun dan
membersihkan alat yang telah digunakan semasa bekerja. Kami juga di sini selalu
mengutamakan keselamatan supaya tiada sebarang kecederaan semasa membuat kerja
sebagai contoh kami telah mewajibkan pekerja kami untuk memakai safety bot dan memakai
pakaian yang sesuai semasa bekerja. Selain itu, kami telah meletakkan first-aid dan fire
extinguisher di tempat yang mudah dan senang untuk mengambil semasa berlaku kecemasan.
Di bengkel FIX.CAR kami juga sentiasa bersikap peramah dan bersopan santun terhadap
pelanggan , kami juga tidak akan lupa yang penting di bengkel kami adalah sentiasa memberi
senyuman terhadap pelanggan supaya dapat menarik hati pelanggan. Pekerja kami semua
juga profasional dalam percakapan terhadap pelanggan.Pekerja-pekerja Fix.Car sentiasa
mengamalkan sikap 5S. Sikap ini adalah wajib dan harus dipatuhi oleh pekerja kami. 5S ialah
sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Dengan mengikut atau mematuhi sikap 5S di
tempat kerja. Bengkel Fix. Car akan sentiasa bersih dan keselamatan pekerja sentiasa terjamin.
A. Alat ganti:
i. Oil filter
ii. Brake pad
iii. Wiper
iv. Engine oil
v. Gear box- oil
vi. Air filter
vii. Brake fluid
viii. Battery
B. Servis:
i. Alignment
ii. Air-cond
3
4.0 LAPORAN BULAN JANUARI 2018
100
80
60
40
20
0
OIL FILTER BRAKE PAD WIPER ENGINE OIL GEAR BOX- AIL FILTER BRAKE BATTERY
OIL FLUID
4
4.1.2 ANALISIS
Jadual dan graf di atas menunjukan analisis data bagi laporan alat ganti pada bulan januari
2018 untuk mengenal pasti perbezaaan barang- barang alat ganti yang perlu ditukar pada bulan
januari ini. Didapati alat ganti yang paling tinggi ditukar adalah oil filter dan engine oil
sebanyak 96 kerana kenderaan pelanggan yang datang ke bengkel kebanyakannya yang perlu
ditukar sekali terus adalah oil filter dan engine oil . Seterusnya, kedua yang tertinggi ialah 71
iaitu brake pad dan air filter kerana komponen ini selalu perlu ditukar apabila ada kerosakan
dan kekotoran pada kenderaan pelanggan itu. Selain itu, brake fluid ialah 64 , gear box- oil ialah
62 dan battery ialah 47 kerana alat ganti ini mengikut kepada kehendak permintaan pelanggan
juga untuk mengganti atau pun tidak kepada kenderaan pelanggan itu. Akhir sekali, yang paling
rendah adalah wiper iaitu sebanyak 30 sahaja kerana wiper ini jarang ditukar pada setiap
kereta.
Kami akan menambah benda yang baru supaya dapat menarik minat pelanggan dari masa ke
semasa. Sebagai contohnya, wiper yang paling rendah. Kami akan membuat promosi semasa
menukar alat ganti itu iaitu memberi satu barang percuma atau memberi satu penambahan
perkhidmatan percuma kepada pelanggan yang ingin perkhidmatan ini. Selain itu, kami juga
akan memberi barang-barang yang berkualiti dan produk yang terbaik supaya pelanggan dapat
mengikut cita rasa dan minat sendiri semasa memilih perkhidmatan ini. Kami juga akan
memberi harga yang berpepatutan kepada setiap pelanggan kami ini. Dengan ini , kenderaan
pelanggan akan berjalan dengan lancar dan barang-barang yang digunakan adalah yang bagus
dan sesuai kepada setiap kenderaan pelanggan ini. Di FIX.CAR juga kami akan cuba untuk
menambah perkhidmatan yang baru supaya pelanggan dapat datang dan dapat mengguna
semua perkhidmatan yang sediakan.
5
4.2.1 JADUAL SERVIS
NO SERVIS BILANGAN
1 ALIGNMENT 69
2 AIR-COND 50
70
60
50
40
30
20
10
0
ALIGNMENT AIR-COND
6
4.2.2. ANALISIS
Jadual dan graf di atas menunjukan analisis data bagi laporan servis pada bulan januari 2018
untuk mengenal pasti perbezaaan barang yang diservis pada bulan januari ini. Pada bulan
januari ini , didapati bahawa analisi yang dikaji paling tinggi adalah servis alignment sebanyak
69 manakala servis air-cond yang paling rendah mendapat sebanyak 50 sahaja kerana
permintaan perlanggan yang kurang dan mungkin pelanggan ke perkhidmatan lain yang lebih
bagus daripada perkhidmatan FIX.CAR.
Di bengkel Fix.Car kami akan usaha untuk menambah benda yang baru supaya kami dapat
menarik hati pelanggan. Selain itu, kami juga akan memajukan syarikat perkhidmatan kami ini.
Kami juga akan menambah lagi mesin dan alat bagi alignment dan air-cond supaya kenderaan
pelanggan dapat masuk lebih banyak dan ramai. Kami juga akan kurangkan harga
perkhidmatan ini supaya pelanggan kami mampu untuk membayar perkhidmatan ini. Di
samping itu,servis yang kami buat akan cuba sedaya upaya untuk memilih barang yang
berkualiti dan baik . Dengan ini, kami dapat menarik hati pelanggan satu persatu pada setiap
hari. Seterusnya, kami akan memberi perkhidmatan percuma kepada pelanggan yang ingin
menservis dan kami juga akan memberi barang percuma kepada pelanggan iaitu pengilat tayar
atau lain-lain ,. Dengan ini, pelanggan dapat berasa gembira dan ingin menservis lagi sekali ke
bengkel FIX.CAR kami ini. Selain daripada itu juga, kami akan cuba sedaya upaya untuk
membuat iklan di setiap tempat yang selalu orang kunjungi. Dengan ini juga ia memudahkan
lagi kami untuk mendapat banyak pelanggan.
7
4.3 MAKLUM BALAS PELANGGAN
1. Saya berasa sangat gembira dengan perkhidmatan yang diberikan kerana perkhidmatan
oleh pusat Fix.Car adalah cekap dan bagus bagi saya dan pelanggan.Saya melihat banyak
kemudahan yang telah diberikan seperti ruang menunggu dan tandas. Saya bercadang
agar di pusat servis Fix.Car akan membuat surau untuk kemudahan pelanggan sahaja.
2. Saya bercadang agar di pusat Fix.Car akan ada banyak perkhidmatan servis baru yang
disediakan seperti membaik pulih spark plugs, stering, exhaust ,enjiin belts dan hose.
3. Saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di pusat Fix.Car. Saya bercadang agar di
tempat ruang menunggu diletakkan seperti wifi untuk pelanggan, jualan makanan segera
untuk para pelanggan dan meletakkan tempat duduk yang lebih selesa.
4. Saya berharap di pusat Fix.Car akan membuat servis baru iaitu mencuci kereta serta
membuat promosi dan iklan untuk diperluaskan setiap tempat supaya banyak pelanggan
akan kenal dan datang untuk diservis ke pusat Fix.Car.
5. Saya sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Fix.Car kerana Fix.Car memberi
perkhidmatan yang lewat pada kenderaan saya. Saya sudah melihat di bengkel Fix.Car
kerana tidak mencukupi mesin dan alat. Saya bercadang agar di pusat Fix.Car supaya
menambah lagi mesin dan alat untuk menservis dan menukar alat ganti.
6. Saya suka dengan perkhidmatan di pusat Fix.Car kerana layanan yang diberikan adalah
terbaik dan mesra terhadap semua pelanggan. Walau bagaimana pun saya bercadang agar
mengupah mekanik bergerak supaya memudahkan kenderaan pelanggan yang rosak di
jalan raya. Dengan ini ,saya akan memberi 4 bintang kepada pusat Fix.Car kerana telah
membuat kerja dengan baik.
8
TINDAKAN DI PUSAT FIX.CAR
Di pusat Fix.Car, kami akan sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan
tepat bagi pelanggan kami. Berdasarkan cadangan dan aduan yang diberikan oleh pelanggan.
Tindakan kami di pusat Fix.Car akan kami laksanakan daripada enam komen pelanggan itu
iaitu:
1. Di pusat Fix.Car kami juga telah menyediakan surau untuk kemudahan pelanggan dan
mengasinkan surau untuk pekerja dan pelanggan supaya surau pelanggan sentiasa
cantik dan bersih.
3. Di pusat Fix.Car, kami telah meletakan wifi percuma untuk kegunaan para pelanggan.
Selain itu, kami juga telah menyediakan makanan seperti nasi lemak, makanan ringan
dan mesin air untuk pilihan pelanggan juga serta kami telah menyediakan tempat duduk
pelanggan yang lebih selesa seperti sofa di ruang menunggu.
4. Di pusat Fix.Car, kami masih dalam proses lagi untuk membuat perkhimatan mencuci
kereta. Selain itu, kami telah membuat promosi dan iklan di setiap kawasan supaya
memudahkan orang awam di luar sana untuk datang ke pusat Fix.Car.
5. Di pusat Fix.Car, kami telah membeli mesin dan alatan yang baru supaya memudahkan
kerja dan mempercepatkan kerja semasa menservis . Selain itu, kami juga dalam proses
menambah pekerja mekanik baru yang berkemahiran supaya dapat mempercepatkan
masa menservis kenderaan pelanggan.
6. Di pusat Fix.Car, kami juga telah menyediakan perkhidmatan mekanik bergerak supaya
dapat membaiki kenderaan pelanggan di jalan raya. . Akhir sekali, kami akan sentiasa
menjaga adab di pusat Fix.Car supaya pekerja kami dapat menjaga hati pelanggan
serta dapat membuatkan pekerja di pusat Fix.Car akan lebih disiplin dan mesra
terhadap pelanggan.
9
5.0 RUMUSAN/PENUTUP
Kesimpulan daripada laporan ini adalah tentang penggunaan alat ganti dan servis
di FIX.CAR SDN.BHD pada bulan januari 2018 supaya alat servis digunakan adalah mencukupi
di bengkel serta meningkatkan kualiti alat ganti di pusat Fix.Car. Perkhidmatan ini juga untuk
memajukan syarikat FIX.CAR sendiri supaya syarikat ini dapat sambutan orang ramai dan
dapat menarik minat semua hati pelanggan di luar sana tentang barang-barang yang berkualiti
dan perkhidmatan yang terbaik di bengkel kami ini . Dengan adanya usaha ini perkhidmatan
FIX.CAR dapat diperkenalkan dan dapat memperluaskan di setiap tempat . Dengan ini, orang
awam akan mendapat kemudahan di pusat Fix.Car jika berlakunya kerosakan pada kenderaan
mereka itu.
10