Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM PERDANA

13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2018


Dirasmikan oleh:

YBhg. Dato' Hj. Ahmad Darus,


Pegawai Khas Timbalan Menteri Luar, Merangkap Ketua
Pegawai Operasi Pusat Khidmat,
Parlimen Kepala Batas Tarikh :
24HB FEBUARI 2018

Hari:
SABTU

Masa:
8.00 PAGI -2.55
PETANG

Tempat:
DEWAN SKBP

Disediakan oleh:

1
Mawaddah Binti Mohd Nor
Dan Unit Dokumentasi PIBG 2018

DOKUMENTASI
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 9

ISI KANDUNGAN
Perkara

1.0 Pendahuluan

2.0 Rasional

3.0 Objektif

4.0 Sasaran

5.0 Jawatankuasa

6.0 Ringkasan perjalanan program

7.0 Kelemahan dan kekuatan

8.0 Cadangan penambahbaikan

9.0. Penutup

LAMPIRAN

2
DOKUMENTASI

Kali ke sembilan (9)


1.0 PENDAHULUAN

Matlamat asal penubuhan PIBG di seluruh Negara adalah bertujuan untuk mewujudkan
permuafakatan di antara guru-guru dan ibu bapa serta waris pelajar di setiap sekolah.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggug
jawab bersama dalam meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di
sekolah selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan
komuniti setempat (school home partnership community).
Semua ini diwujudkan bagi semua pihak dapat bergerak dan melaksanakan peranan masing-
masing di landasan yang betul dalam suasana yang penuh harmoni. Keharmonian inilah yang akan
menjamin segala keputusan dan kesepakatan yang dibuat akan meninggalkan impak yang positif
terhadap iklim di sekolah dan komuniti yang mendominasi warga sekolah. Impak positif ini
sebenarnya akan memberi kekuatan kepada pihak pelaksana aktiviti dan program yang
dirancangkan bagi membina inteletual pelajar, membentuk syaksiyyah serta melahirkan insan yang
berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka.
Sesungguhnya, kemenjadian murid yang akan menjadi tonggak pembinaan bangsa dan
Negara adalah bermula daripada pembentukan murid di sekolah. Kecelaruan pengurusan dan urus
tadbir PIBG juga sedikit sebanyak akan mengganggu usaha membina modal insan yang berkualiti di
kalangan pelajar sekolah. Salah faham dan kemelut yang berlaku akibat tidak memahami peranan
PIBG serta melangkau bidang kuasa PIBG seharusnya dielakkan supaya kelak tidak menggugat
kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat dengan pihak sekolah.
Sewajarnya semua menggembeling masa, tenaga dan idea bagi merealisasikan Visi PIBG
Kebangsaan iaitu untuk “Membina Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” seiring

3
dengan misinya iaitu “Melestarikaan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”.

2.0 RASIONAL

Mesyuarat Agung PIBG merupakan platform penyatuan ibu bapa dan guru dalam
merealisasikan misi dan visi sekolah ke arah memastikan Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana akan
muncul di antara TIGA (3) sekolah terbaik dalam Parlimen Kepala Batas menjelang tahun 2020. Di
samping itu juga, ia menjadi medium perbincangan dan membina permuafakatan di antara pihak
sekolah dan ibu bapa pelajar dalam meningkatkan mutu pembelajaran pendidikan di sekolah dan
program peningkatan serta sokongan di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan guru dalam melestarikan matlamat pendidikan
kebangsaan.
3.2 Menjalinkan usaha sama bagi menyelesaikan masalah dalam menangani isu-isu pendidikan,
pembelajaran dan tingkah laku anak-anak pelajar di sekolah.
3.3 Sebagai medium mencari kesepakatan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam isu pendidikan
sekolah dan kewangan PIBG sekolah.

4.0 SASARAN
Semua Ibu bapa dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana

5.0 JAWATANKUASA PIBG 2018


Sila rujuk lampiran 1

4
6.0 RINGKASAN PERJALANAN PROGRAM

MAJLIS PERASMIAN

Kehadiran tetamu bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi amat memberangsangkan
apabila 60 peratus ibu bapa hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 9 ini. Manakala kehadiran guru
adalah 100 peratus. (sila rujuk lampiran 2). Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh
Ustaz Shahfazrul bin Abdul Shahbuhan. Manakala, Lagu Negaraku dinyanyikan oleh semua hadirin
dengan penuh semangat. Majlis diteruskan dengan Ucapan Yang DiPertua PIBG 2017 iaitu Dr Jasni
bin Dolah dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua. Ucapan Perasmian Mesyuarat
PIBG kali ini telah disempurnakan oleh Dato’ Ahmad bin Darus mewakili Dato’ Seri Reezal Merican
bin Naina Merican yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan. Seterusnya,penyampaian cenderahati kepada Murid Cemerlang UPSR 2017 telah
disampaikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.

MESYUARAT AGUNG PIBG

Ucapan alu-aluan Yang di Pertua PIBG telah disampaikan oleh Dr Jasni bin Dolah. Manakala
Setiausaha PIBG iaitu Ustazah Musliawati binti Abdul Halim pula telah membentangkan Laporan
Minit Mesyuarat Agung ke 8 kepada seluruh hadirin yang berjaya hadir ke majlis tersebut. Majlis
diteruskan dengan pembentangan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2017
oleh Encik Sanusi bin Hashim selaku Bendahari PIBG Tahun 2017. Seterusnya, mesyuarat telah
diteruskan dengan sesi membahaskan perkara-perkara berbangkit dalam mesyuarat yang telah
lepas. Sebanyak 23 usul (sila rujuk lampiran 3) dalam mesyuarat kali ini telah dibahaskan oleh ibu
bapa dan guru dengan jayanya sehingga berjaya memperoleh kesepakatan bersama dalam
meneruskan misi dan visi PIBG bagi Tahun 2018.

Pemilihan dan perlantikan AJK Baru PIBG Tahun 2018 telah disempurnakan dalam suasana
yang harmoni selepas pembubaran AJK PIBG Tahun 2017 dilakukan. Sumbangan PIBG pada tahun
ini dikekalkan pada kadar RM50.00 bagi setiap isi rumah. Ucapan Penangguhan Mesyuarat PIBG kali
ke 9 ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG Baru 2018 iaitu En. Meor Syahruddin bin Mior Abu

5
Bakar pada pukul 2.55 petang selepas sesi cabutan bertuah kepada para hadirin yang menyertai
mesyuarat pada kali ini.

7.0 KELEMAHAN DAN KEKUATAN


7.1 KELEMAHAN
7.1.1 Majlis Perasmian PIBG kali ke 9 tidak menepati masa sebagaimana aturan dalam atur
cara majlis yang telah dipersetujui dan ditetapkan.

7.1.2 Kehadiran ke mesyuarat pada kali ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada ibu bapa pelajar.

7.1.3 Perjalanan majlis terlalu panjang dan lama. Bermula pada pukul 9.30 pagi dan tamat
pada pukul 2.55 petang.

7.1.4 Semua usul tidak dapat dibahaskan dengan baik kerana pemberi usul tidak dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat pada kali ini.

7.1.5 Hadirin terpaksa menunggu lama kerana perasmi majlis dan AJK PIBG turut bersama
dalam jamuan selepas selesai majlis perasmian.

7.2 KEKUATAN
7.2.1 Mendapat sokongan daripada pelbagai penaja yang menaja hadiah cabutan bertuah bagi
menggalakkan kehadiran ibu bapa dan guru ke majlis pada hari berkenaan.

7.2.2 Kerjasama dan komitmen daripada semua guru sepanjang proses persediaan menjelang
hari Mesyuarat Agung PIBG kali ke 9 ini.

7.2.3 Kebanyakan usul yang dibahaskan dalam mesyuarat pada kali ini mendapat maklum balas
yang baik dan perhatian daripada pihak AJK PIBG dan pihak pentadbiran sekolah.

7.2.4 Para ibu bapa bersedia memberikan kerjasama dalam setiap keputusan yang diputuskan
dalam mesyuarat.

7.2.5 Barisan Jawatan Kuasa PIBG Tahun 2018 yang dipilih mempunyai pengalaman yang luas
dalam dunia pendidikan dan memahami matlamat,aspirasi dan hala tuju pendidikan di
sekolah.

6
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

9.1 Memulakan majlis tepat pada waktu yang telah dipersetujui dan ditetapkan dalam mesyuarat.

9.2 Perlu mengadakan promosi dan kempen galakan bagi memastikan kehadiran yang
menggalakkan daripada ibu bapa pelajar dalam mesyuarat agung akan datang.

9.3 Perjalanan mesyuarat seharusnya dijalankan mengikut ketetapan waktu dalam atur cara yang
telah disusun.

9.4 Pencadang usul seharusnya hadir dalam sesi pembentangan usul bagi membahaskan usul yang
telah dikemukakan.

9.5 Mesyuarat perlu diteruskan sejurus mesyuarat agung dirasmikan bagi mengelak situasi hadirin
menunggu lama sebelum mesyuarat dimulakan.

9.6 AJK PIBG tidak perlu mengiringi perasmi kemajlis jamuan perasmi. Sebaliknya meneruskan
mesyuarat dengan kadar yang segera.

10. PENUTUP

Mesyuarat Agung PIBG kali ke sembilan berakhir dengan jayanya pada pukul 2.55 petang dengan
bacaan Surah Al-Asr dan tasbih kaffarah.

Disediakan oleh,

……………………………………… Tarikh: 24HB FEBRUARI 2018


(MAWADDAH BINTI MOHD NOR)
Ketua,
Unit Dokumentasi

7
Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke 9
SKBP.