Tarikh
Tarikh
Pada hari Khamis minggu yang lepas ,kita baru sahaja menyambut Hari Guru
peringkat sekolah . Sebenarnya sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan adalah pada 16 Mei
tetapi oleh kerana peperiksaan setengah tahun, sambutan hari guru peringkat sekolah ditunda
pada hari Khamis 18 Mei..Tujuan sambutan Hari Guru pada setiap tahun ialah untuk
menghargai sumbangan para guru kepada masyarakat dan negara.
Guru merupakan insan yang amat berjasa kepada masyarakat. Guru ibarat lilin yang
membakar diri untuk menerangkan orang lain. Ini menunjukkan pengorbanan seorang guru
yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kamu semua.Guru sanggup
mengorbankan masa dan tenaga tanpa jemu untuk mendidik kamu supaya menjadi insan
berilmu dan berperibadi mulia.Dengan ilmu dan keperibadian yang mulia ini, kamu akan
menjadi manusia yang berguna dan dapat berbakti kepada bangsa dan negara. Oleh itu, jasa
guru yang besar ini wajar dihargai. Janganlah kamu menjadi seperti kacang lupakan kulit.
Tugas sebagai seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah. Tugas guru semakin
mencabar kerana zaman dan keadaan telah berubah. Guru sebagai penjana transformasi
pendidikan perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan
contohnya pengajaran dan pembelajaran abad ke 21,penggunaan ICT dan sebagai.
Selain itu, guru juga menghadapi pelbagai cabaran terutama masalah disiplin murid.
Masalah yang utama sekali ialah kedatangan murid. Walaupun diberi banyak kali amaran tetapi
masih ada murid yang selalu tidak datang ke sekolah tanpa sebab. Kesalahan yang lain seperti
tidak bawah buku, tidak siap kerja rumah,hilang buku dan sebagainya. Cabaran yang lebih
besar lagi ialah guru berhadapan dengan ibubapa yang terlalu memanjakan anaknya sehingga
tidak boleh dimarahi walaupun membuat kesalahan
Harapan saya kepada murid-murid sekalian, hormatilah dan dengarlah nasihat daripada
guru agar kamu akan terus berjaya. Hargailah jasa dan sumbangan guru dengan
menghadiahkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Akhir sekali,saya
harap murid-murid tahun enam dapat keputusan yang cermelang dalam peperiksaan UPSR
2017. Sekian terima kasih.
Disediakan oleh,