Anda di halaman 1dari 13

Senarai Peribahasa – Kamus Peribahasa Melayu dan Maksud

PERIBAHASA MAKSUD
Abu Jahal Orang yang jahat
Ada air, adalah ikan Ada negeri pastilah ada rakyatnya
Ada bakat Mempunyai keupayaan
Ada hari, ada nasi Asal masih hidup, pasti akan beroleh rezeki
Ada hati Mempunyai kemahuan / keinginan
Ada jalan Mempunyai kaedah / cara
Ada padi, semua kerja jadi Orang yang berkemampuan akan dapat mencapai sesuatu hajatnya
dengan senang
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas Membuat kebaikan dibalas baik, membuat jahat dibalas jahat
Ada udang di sebalik batu Mempunyai agenda yang tersembunyi
Air beriak tanda tak dalam Ramai bercakap biasanya tanda tak berilmu
Air besar sampan tak hanyut Maksud tiada mencapai
Air dicincang takkan putus Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
Air didih menganak sungai Hiburan yang amat mewah
Air digenggam tiada tiris Amat berhati-hati membelanjakan wang
Air diminum terasa duri, nasi dimakan Amat sedih, sampai tidak enak makan dan minum
terasa sekam
Air muka Wajah atau nama yang bagus
Air susu dibalas dengan air tuba Kebaikan dibalas dengan kejahatan
Ajak-ajak ayam Ajakan yang tanpa bersungguh-sungguh
Alas kaki Kasut
Alas perut Makan saja untuk menahan daripada lapar
Ambil angin Bersiar-siar / berjalan-jalan
Ambil berat Memberi perhatian / mengambil tahu
Ambil pati, buangkan ampas Pakai yang baik, yang tak baik dibuang
Anak anjing takkan menjadi anak musang Orang yang tiada berilmu tidaklah mungkin dapat kedudukan baik
jebat
Anak baik, menantu molek Amat berbahagia
Anak dagang Orang asing / merantau
Anak emas Anak yang sangat disayangi oleh keluarga
Anak gahara Anak raja dari keturunan raja yang tulen
Anak kambing takkan menjadi anak Seseorang yang pengecut tentu pengecut
harimau
Angguk bukan, geleng ya Lain di mulut, lain di hati
Angkat diri Sombong
Angkat kaki Cabut diri daripada sesuatu tempat dengan tergesa-gesa
Angkat muka Tidak tahu gentar / takut
Angkuh seperti merak Gemar menganggap sendiri lebih baik daripada orang lain
Asam garam Sangat banyak pengalaman hidup
Atas pagar Seseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak
Ayam baru belajar berkokok Saja cukup umur
Ayam jalak Orang yang berani
Ayam tambatan Orang harapan di dalam sesuatu pertandingan
Ayam terlepas, tangan bau tahi Seseorang yang membuat kejahatan akhirnya akan dapat malu
Bagai anjing beranak enam Kurus akibat sering melahirkan anak / seseorang yang dibenci oleh
masyarakat
PERIBAHASA MAKSUD
Bagai anjing dengan kucing Bergaduh apabila berjumpa
Bagai anjing tersepit di pagar Mudah mencampurkan sesuatu hal yang tidak baik jika
diperdekatkan
Bagai aur dengan tebing Membantu antara satu sama lain
Bagai ayam disambar helang Orang yang hilang dengan tiba-tiba
Bagai ayam mengeram telur Keelokan muka perempuan / muka merah
Bagai bulan dipagar bintang Seorang perempuan yang cantik
Bagai bulan jatuh ke riba Dapat sesuatu yang tidak disangka
Bagai dakwat dengan kertas Hubungan yang tidak pernah dipisahkan
Bagai duri dalam daging Hal yang tidak menyenangkan hati
Bagai gagak menggonggong telur Gadis hodoh berpakaian bagus
Bagai isi dengan kuku Persahabatan amat erat
Bagai itik pulang petang Amat lambat berjalan
Bagai katak di bawah tempurung Seseorang yang cetek pengetahuan
Bagai kucing kehilangan anak Orang yang kehilangan akal
Bagai kucing lepas senja Susah dicari
Bagai limau masam sebelah Berat sebelah
Bagai melulur bersitungging Membuat sesuatu pekerjaan dengan terpaksa
Bagai menghitung bulu kambing Membuat kerja yang sia-sia
Bagai pinang dibelah dua Dua orang serupa atau sangat mirip
Bahasa dalam Bahasa istana
Bahasa pasar Bahasa percakapan yang tidak mengikut tatabahasanya
Bak cetus api Amat cepat
Bakar tak berapi Cinta secara tidak dengan sebenarnya atau berdiam-diam
Balik belakang lain bicara Mungkir janji
Banyak mulut Bercakap banyak
Batu api Orang yang menyebabkan pergaduhan antara dua pihak
Bau-bau bacang Mempunyai hubungan saudara yang jauh
Bekas tangan Hasil buatan seseorang
Berat mata Berasa mengantuk
Berat mulut Orang yang pendiam
Berat sebelah Tidak adil
Berat tulang Malas
Besar diri Sombong / bongkak
Besar hati Bangga / gembira
Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menyerah diri untuk menjaga maruah diri
Bintang terang Bernasib baik
Buah tangan Hadiah
Buka langkah Melarikan diri sebab takut akan sesuatu
Buka tembelang Membocorkan rahsia yang tersimpan
Buku lima Penumbuk
Bulat fikiran Tetap fikirannya
Bulat hati Tetap hati dan bersugguh-sungguh
Burung terbang dipipiskan lada Bersedia merayakan sesuatu yang belum diperolehi
Buta hati Gelap fikiran / tidak menerima pengajaran orang
Cacing hendak menjadi naga Orang kecil mahu menjadi orang yang hebat
Cacing kepanasan Orang yang selalu gelisah
PERIBAHASA MAKSUD
Cacing menelan naga Yang kuat dapat dikalahkan oleh yang lemah
Cahaya mata Anak
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal Bercakap seperti orang kaya, sebenarnya miskin
lada
Cakap besar Membesarkan diri sendiri
Cakar ayam Tulisan sangat buruk
Campak baju nampak kurap Membocorkan keburukan diri anda
Campak bunga dibalas dengan campak tahi Kebaikan dihargai dengan kejahatan
Campur tangan Melibatkan diri / ambil tahu
Cangkul angin Membuat kerja yang sia-sia
Cantik bagai bidadari Wajah yang manis atau sangat menarik
Cari akal Memikir
Cari umbut kena buku Mencari baik, dapatkan buruk
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan Bernasib malang
Cepat kaki, ringan tangan Rajin dan berdaya usaha
Cerai hidup Suami dan isteri yang perpisahan
Cerai kasih Putus percintaan
Cerdik bagai ekor kerbau Lakukan kerja yang merugikan diri sendiri
Cerdik busuk Pandai tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati orang
Cerita burung Berita yang tiada berasas
Cermin bangkai Menanggung malu akibat sesuatu kejadian
Cicak kubin Sangat kurus
Curi hati Memikat hati / jatuh suka
Curi tulang Malas bekerja
Dada lapang Sabar dan tidak mudah marah
Dada manusia tidak dapat diselam Pengetahuan seseorang itu tidak dapat diketahui
Dagangan bersambut yang dijualnya Cerita dari orang lain yang dia ceritakan
Dalam berselam, dangkal berjingkat Pendapatan sedikit itu dipada-padakan
Dalam dua tengah tiga Tidak berjujur
Dalam tangan Sesuatu yang tentu akan diperoleh
Dapat bahagian Denda / kena pukul
Dapat khabar Menerima khabar
Darah daging Saudara mara sendiri
Darah gemuruh Mudah rasa gugup
Darah manis Mudah mendapat bahaya
Darah muda Semangat atau perasaan tidak sabar
Darah panas Orang yang cepat marah
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir Dari sifat mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar
air yang keruh
Daripada cempedak baiklah nangka, Sedikit sudah cukup daripada tiada langsung
daripada tidak baiklah ada
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak
perdu juga saudara
Daun nipah dikatakan daun labu Jika malas bertanya, tentulah timbul salah faham
Daya fikir Kekuatan berfikir
Dengan kartu terbuka Dengan terus terang
Depan hidung Sangat dekat
Detak hati Perasaan / kata hati
PERIBAHASA MAKSUD
Di bawah ketiak orang Di bawah kekuasaan seseorang
Di luar merah di dalam pahit Lahirnya baik, tetapi fikirannya jahat
Di lurah maka hendak angin, di bukit maka Mahu sesuatu tidak pada tempatnya
hendak air
Di mana bunga kembang, di situ kumbang Di mana ada gadis, anak-anak muda akan ada di situ
banyak
Di mana makan di situ berak Melakukan kejahatan dalam tempat orang mencari rezeki
Diam-diam ubi Perkara berlaku secara senyap
Diberi berpadang luas Diberi kebebasan penuh
Dicocok orang hidungnya Menurut saja perintah orang lain
Didengar ada, dipakai tidak Nasihat yang sia-sia
Digantung tinggi, dibuang jauh Tidak berkuasa sedikit jua
Dimakan mati emak, diluah mati bapa Dalam situasi yang serba salah
Duit kopi Rasuah / wang sogokan
Durian runtuh Mendapat keuntungan secara tiba-tiba
Ekor mata Lihat dengan hujung mata / berhati-hati
Ekor pulau Hujung pulau
Elang terbang mengawan, agas hendak Orang miskin yang ingin meniru tindakan orang kaya
mengawan juga
Elok arak di hari panas Orang yang bersuka-cita kerana mencapai tujuan
Elok buruk dan busuk hanyir Kesenangan dan kesusahan sentiasa ada
Elok lenggang di tempat datar Berseronok-seronok perlu pada tempat dan masa yang sesuai
Emak buyung Wanita yang suka bercerita kepada kanak-kanak
Emak saudara Kakak atau adik perempuan kepada ayah atau ibu
Emas putih Campuran emas berwarna putih
Emas sebungkal Barang yang berharga
Emas tempawan Orang yang dikasihi
Embacang buruk kulit Ia kelihatan buruk tetapi ia sangat baik
Embun betina Embun yang kecil-kecil
Embun di hujung rumput Tiada kekal
Embun jantan Embun yang besar-besar
Enak hati Gembira / senang hati
Enau sebatang dua sigainya Satu pekerjaan yang diketuai oleh dua orang
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata Jika tidak menyukai biasanya banyak alasan
Enggang lalu ranting patah Sesuatu yang berlaku secara kebetulan meninggalkan akibatnya
Entimun bongkok Tiada mengira di dalam pergaulan
Fajar menyingsing Waktu pagi hari
Fikir itu pelita hati Fikiran suluh kebenaran
Fikiran buntu Sukar dapat memikir penyelesaian
Fikiran sempit Seseorang fikiran yang cetek
Fikiran tajam Sangat cepat faham akan sesuatu
Fikiran terbuka Sanggup mempertimbangkan sebarang cadangan
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan Tindakan yang terlanjur, walaupun sedikit akibatnya sama juga
juga dengan yang besar
Gagak bersuara murai Nampaknya hodoh, tetapi suaranya merdu dan baik hati
Gajah berak besar, kancil pun hendak berak Kelakuan orang miskin yang gemar meniru orang kaya
besar juga
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati Jika raja-raja berselisih, rakyat akan dapat susah
tersepit
PERIBAHASA MAKSUD
Gajah berhati, kuman pun berhati juga Kaya dan miskin bersama berfikiran dan bernafsu
Gajah dipandang seperti kuman Terlalu marah
Gajah ditelan ular lidi Yang kuat dapat dikalahkan oleh yang lemah
Gajah empat kaki lagi tersaruk Orang yang berkuasa itu waktunya sampai akan kehilangan
kebesarannya
Gaji buta Orang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji
Gali lubang tutup lubang Pinjam wang untuk bayar hutang
Gar-gar gelegar, rasuk juga menahannya Jangan senang percaya dengan perkataan orang
Garam dikulum tak hancur Orang yang cerdik menyimpan rahsia
Garam jatuh di air Nasihat itu diterima dengan baik
Garuda diburu layang-layang yang dapat Barang yang didapatkan tidak seimbang dengan yang diinginkan
Gatal mulut Suka cakap keburukan orang
Gatal tangan Suka membuat sesuatu yang bukan-bukan
Gaya saja, rasanya wallah Rupanya sahaja yang bagus, tetapi budi pekertinya buruk
Gayung tua, gayung memutus Kata-kata orang tua biasanya betul
Gedang kayu, gedang dahannya Banyak pendapatan, banyak belanjanya
Gelap hati Sukar faham pelajaran
Gelap mata Mengamuk
Gelegar buluh Cakap besar tetapi tiada berfaedah
Geleng seperti si patung kenyang Berjalan melonjak-lonjak sebab sombongnya
Gerak badan Senaman
Gerak hati Perasaan dari dalam hati
Gigit jari Menyesal
Gila bahasa Orang yang tidak panjang fikirannya
Gila bayang Inginkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Gila judi Suka bermain judi
Goyang kaki Dapat kesenangan dalam cara yang mudah
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai Tindakan yang tidak sempurna
mentah
Gulung tikar Perniagaan tetap ditutup
Guna-guna alu, sesudah menumbuk Digunakan apabila terdapat keperluan, selepas itu ditinggalkan
dicampakkan
Gunung payung Orang kesayangan / buah hati
Habis akal Bingung setelah daya usaha
Habis jodoh Bercerai
Habis kapak berganti beliung Amat rajin bekerja
Habis kuman disembelih hendak memberi Susahkan orang kecil kerana ingin menyenangkan orang yang hebat
makan gajah
Habis madu sepah dibuang Digunakan apabila ada keperluan, selepas itu ditinggalkan
Hancur hati Sedih / kecewa
Hangat hati Amat marah
Hangat-hangat tahi ayam Tidak bersungguh-sungguh membuat perkara
Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang Membantu seseorang yang ditimpa kesusahan
dicari
Hapus panas setahun kerana hujan Kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak Cakapnya sahaja yang hebat tetapi buktinya tidak ada
boleh cekap
Harga diri Maruah seseorang
Harga mati Harga yang tetap
PERIBAHASA MAKSUD
Harga pokok Harga tiada mengambil kira sebarang keuntungan
Hari guruh takkan hujan Orang yang amat marah biasanya tidak sampai pukul
Hari ini sedang panas panjang, kacang Orang miskin menjadi kaya, melupakan dirinya
telah lupakan kulitnya
Hari tak selamanya panas Nasib baik dan malang secara bergantian
Hari tidak siang saja Tidak selalu senang secara berterusan
Harimau ditakuti sebab giginya Orang berkuasa itu ditakuti kerana kekuasaannya
Harimau mati kerana belangnya Mendapatkan kemalangan kerana kelebihannya
Harimau menunjukkan belangnya Orang yang menunjukkan kekuatannya
Harta orang hendak digalas Orang yang ingin mengambil harta orang lain
Hati bagai baling-baling Pendirian yang tidak tetap
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung Orang yang tidak mempunyai perasaan
pisang
Hati batu Seseorang yang dengil dan tidak mahu mendengar nasihat
Hati emas Hati yang baik
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama Pembahagian yang sama rata
dicecah
Hati kecil Perasaan hati yang sesungguhnya
Hati perut Bertimbang rasa
Hati tungau Penakut
Hati waja Terus berusaha dan tidak menyukai berputus asa
Hempas tulang tak berbalas jasa Berpenat telah tetapi tidak mempunyai hasilnya
Hendak air pancuran terbit Memperoleh lebih daripada yang dikehendaki
Hendak masak langsung hangus Kerana terlalu banyak meninggikan diri akhirnya dapat malu saja
Hendak terbang tiada bersayap Ingin melakukan sesuatu tetapi tidak berkuasa
Hentam kromo Membuat sesuatu kerja dengan sesuka hati
Hidung belang Orang yang suka mengusik perempuan
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong Gemar ikut campur di dalam urusan orang lain
Hidung tinggi Sombong
Hidup segan mati tak mahu Hidup melarat
Hilang akal Jadi bingung / gila
Hilang di mata di hati jangan Walaupun tempat tinggal adalah jauh tetapi sentiasa diingati di hati
Hilang harapan Telah putus asa
Hujung lurus, pangkal berkait Ia kelihatan baik, tetapi di hatinya adalah kejahatan
Hutang keliling pinggang Menanggung pinjaman yang terlalu banyak
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai
Ibarat negeri berubah rasam, ibarat tahun Orang yang tidak tetap kedudukannya
berubah musim
Ibarat perahu takkan karam sebelah Simpati dengan kaum keluarga yang ditimpa masalah
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa Orang melarat dapat pertolongan
hujan segar kembali
Ibu angkat Perempuan yang membesarkan seseorang seperti anaknya sendiri
Ibu ayam Perempuan yang menjaga pelacur untuk mendapatkan duit
Ibu kandung Ibu sendiri
Ibu keladi Orang tua yang bersikap seperti orang muda
Ibu pertiwi Negara tempat kelahiran
Ikan di hulu tuba di hilir Perbuatan yang sia-sia
Ikan di kuali, habis melompat Bernasib malang
PERIBAHASA MAKSUD
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor Kerana yang sedikit rosak yang ramai
Ikan tergantung, kucing tunggu Mengharapkan untuk memperoleh barang yang dikehendaki
Ikat diri Sangat berat
Ikat hati Menawan
Ikat janji Membuat perjanjian
Ikat perut Orang yang menahan lapar
Ikut jejak Mencontoh sifat baik
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh
tergantung tinggi
Intan baiduri Seseorang yang dikasihi
Intan berlian jangan dipijakkan Untung bahagia jangan dielakkan
Iri hati Perasaan dengki
Isi dada bekal berjalan Jika mempunyai ilmu ke mana pergi mudah rezeki
Isi hati Perasaan
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang Kita yang berkerja, orang lain yang senang
ke kita
Isi perut Perasaan yang sesungguhnya
Isi rumah Keluarga
Itik bertaji Amat penakut, tetapi sombong
Itik diajar berenang Membuat kerja yang sia-sia
Itik mendapat air Memperoleh sesuatu yang sangat disukainya
Jadi abu Sesuatu yang sudah hancur berkecai
Jadi air mandi Sudah menjadi kebiasaan
Jadi alas cakap Hadiah kepada orang yang merit
Jadi penghubung kaki tangan Tempat harapan yang sentiasa memberi pertolongan
Jaga hati Bertolak ansur
Jaga mulut Bercakap dengan berhati-hati
Jalan buntu Menemui sesuatu yang tidak ada penyelesaian
Jalan fikiran Cara berfikir
Jalan keluar Cara penyelesaian masalah yang telah buntu
Jalan mati Jalan yang berhujung
Janda berhias Perempuan masih muda tetapi suaminya sudah mati atau diceraikan
Jangan bagai babi merasa gulai Orang yang hina tidak boleh berkahwin dengan orang bangsawan
Jangan berkemudi di haluan Jangan terlalu mengikut kata-kata isteri
Jangan bersandar di batang rengas Jangan mencari perlindungan pada orang hebat yang jahat
Jangan diajar orang tua makan kerak Jangan diajar oleh orang yang sudah tahu
Jangan difikirkan air pasang saja Jangan mengharapkan sentiasa dapat nasib yang baik
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau Perbuatan yang buruk jangan dibiasakan
tak putus genting
Jangan memberi bunga kepada monyet Memberi sesuatu yang baik sepatutnya pada tempat yang sesuai
Jangan menggerak ular tidur Bahaya jangan mencari
Jangan seperti si buta mematah tongkat Orang yang membantu kita, jangan bermusuh
Jantung hati Orang yang sangat dikasihi
Jari kudung dimasukkan cincin Membuat perkara tidak pada tempatnya
Jarum halus kelindan sutera Tipu muslihat yang amat halus
Jatuh hati Menaruh sayang kepada seseorang
Jauh di mata, dekat di hati Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tiada lupa pada yang
ditinggalkan
PERIBAHASA MAKSUD
Jauh hati Sedih kerana berasa tersinggung
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor Cakap besar di belakang-belakang sahaja
Jauh panggang dari api Jawapan atau sindiran yang tidak tepat
Jejak langkah Mencontohi kelakuan orang yang terdahulu
Jika baik ada cacatnya Tidak ada yang sempurna sebenarnya
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut Yang jahat itu masih jahat
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh Mestilah berusaha untuk dapatkan sesuatu yang dihajati
mendapat sagu
Jinak-jinak merpati Perempuan yang mudah mesra tapi akan menjauhkan diri apabila
didekati
Jiwa besar Mempunyai cita-cita yang tinggi
Juling air Juling sedikit
Kacang hantu Seseorang yang nakal dan suka mengganggu orang lain
Kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asal-usul atau orang yang pernah
menolongnya
Kain basah kering di pinggang Amat miskin
Kain dalam lipatan Wanita yang membuat kejahatan di dalam diam-diam
Kain sehelai sepinggang habis Mengalami kerugian atau kecurian
Kais pagi makan pagi, kais petang makan Orang miskin yang perlu sentiasa bekerja
petang
Kaki ayam Tidak memakai kasut berjalan
Kaki bangku Tidak tahu bermain bola
Kaki botol Orang yang suka minum arak
Kaki judi Seseorang yang suka bermain judi
Kaki lima Lantai di depan kedai
Kaki naik, kepala turun Bekerja tiada berhenti-henti siang dan malam, sentiasa sibuk
Kaki pekuk lenggang ke perut Buruk dan bodoh
Kata hati Perasaan dari dalam hati
Kata putus Keputusan yang terakhir
Katak ditimpa kemarau Berkeluh kesah dengan tiada keruan
Ke gunung tak dapat angin Gagal untuk dapat keuntungan
Ke mana condong, ke mana rebah Telah dilakukan menurut adat yang biasa
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke Peribadi anak selalu dipengaruhi oleh ibu bapa dirinya
nasi
Kebenaran di hujung lidah Tiada keadilan
Kecil jangan disangka anak, besar jangan Pengetahuan itu bukan pasti pada orang tua-tua saja, orang muda-
disangka bapa muda ada juga
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan Menyatakan terima kasih atas pertolongan orang lain
Kecil-kecil anak harimau Walaupun kecil tetapi berani
Kecut perut Perasaan takut
Kembang hati Gembira
Kena luluk kandang kering Dapat kesusahan tidak pada tempatnya
Kepala angin Orang yang cepat marah
Kepala batu Degil
Kepala berat Bodoh
Kepala ke bawah, kaki ke atas Bekerja tiada berhenti-henti siang dan malam, sentiasa sibuk
Kepala tersangkut dengan kulit babi Memperolehi malu besar
Kepala yu, ekor babi Bermuka dua
Kera sumbang Orang yang tidak suka bergaul
PERIBAHASA MAKSUD
Kerang busuk Tersengih-sengih tanpa alasan
Ketam batu Orang yang amat kedekut
Ketam menyuruhkan anaknya berjalan betul Orang yang beri nasihat, tetapi diri sendiri tidak membetulkan
sebagai yang dinasihatkannya
Khabar angin Berita yang belum tentu benarnya
Kucing bertanduk Perkara yang mustahil berlaku
Kuku besi Bersifat kejam dan keras dalam pemerintahan
Kutu embun Seseorang yang suka merayau-rayau sehingga lewat malam
Kutu jalan Orang yang suka merayau-rayau tanpa maksud
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. Persahabatan yang sangat erat
Ladang yang berpunya Gadis yang sudah kahwin
Lagi jatuh ditimpa tangga Berturut-turut mendapat masalah
Lagi lauk lagi nasi Lebih kaya, lebih banyak sahabatnya
Lagi lebai lagi berjanggut Berilmu dan berbudi
Lagi murah, lagi ditawar Lebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta
Lain bengkak lain bernanah Orang lain yang bersalah, yang lain menanggung akibatnya
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati Setiap orang dengan kesukaannya
Lain mangkuk lain cawan Tidak sama pembawaan dan kegemaran
Lain padang lain belalang Adat negeri sentiasa berlain-lainan
Laksana burung diam dalam sangkar Orang yang terikat hidupnya
Laksana cempedak mambung, pulur saja Gadis gemuk yang tidak disukai orang
jual tak laku
Laksana garam dengan asam Pasangan yang jodoh akan bertemui betapa pun jauhnya
Laksana layang-layang melawan angin Membuat kerja yang sia-sia
Langkah bendul Adik perempuan berkahwin lebih dulu dari kakaknya
Langkah kanan Bernasib baik
Langkah kiri Tidak bernasib baik
Langkah seribu Cabut lari
Lapang dada Berasa tenang
Lebai malang Nasib yang kurang baik
Lebar mulut Bercakap banyak
Lembut hati Orang yang mudah menerima nasihat
Lena ayam Belum tidur lena
Lepas diri Tidak bertanggungjawab
Lepas tangan Tidak menyukai campur tangan
Lidah bercabang Percakapan yang tidak boleh dipercayai
Lipas kudung Menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat
Lonjak sebagai labu dibenam Sombong / angkuh
Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga Orang yang berselisih faham meskipun sudah berdamai tetapi
kenangan-kenangannya masih teringat juga
Lupa daratan Melakukan sesuatu yang melampaui batas
Lurus akal Jujur
Mabuk di enggang lalu Amat tertarik hatinya pada orang yang belum dikenal
Macam betung seruas Orang yang terlalu jujur
Macam orang biduk Semua orang makan dan minum bersama tetapi bayar sendirinya
Macam ular kekenyangan Orang yang buncit perutnya sampai jalan pun sudah tak betul lagi
Mahal dibeli sukar dicari Sesuatu yang sangat susah didapat
Makan angin Bersiar-siar / berjalan-jalan
PERIBAHASA MAKSUD
Makan angkat Suka dipuji
Makan bubur panas-panas Kelakuan dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan
Makan diri Perkara yang merosakkan diri sendiri
Makan gaji Bekerja untuk mendapatkan upah
Makan hati Perasaan sedih
Makan kawan Berbahayakan kawan sendiri
Makin banyak orang, makin banyak niat Setiap orang mempunyai kemahuan sendiri-sendiri
Makin murah, makin menawar Lebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta
Malang tak berbau Kemalangan yang terjadi dengan tiba-tiba
Malas bergarit, perut perit Malas mencuba tentulah kelaparan
Malu berani, mati takut Orang yang pengecut
Malu-malu kucing Berpura-pura malu di depan orang
Mandi kerbau Mandi tidak bersih
Mandi peluh Bekerja dengan sepenuh tenaga
Masam muka Tidak bertegur sapa
Masih berbau pupuk jerangau Tidak ada pengalaman
Mata duitan Orang yang amat tamakkan wang
Mata keranjang Lelaki suka menggangu perempuan cantik
Membabi buta Melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu
Membuka pekung di dada Membocorkan keburukan sendiri atau keluarga-keluarga
Memerah keringat Berusaha
Mencurah air ke daun keladi Berikan nasihat yang sia-sia
Merdu bagai buluh perindu Suara yang bagus dan enak didengar
Mulut murai Seseorang yang bercakap banyak
Murah hati Pemurah
Naga ditelan ular lidi Orang yang ada darjat tinggi berkahwin dengan orang biasa
Naik angin Amat marah
Naik basuh kaki saja Mengerjakan sesuatu perkara dengan mudah
Naik kepala Membuat sesuatu yang melampaui batas
Naik pitam Pening
Naik tak bertangga, turun tak berpintu Lakukan suatu perbuatan yang salah
Naik tangan Mudah memukul orang
Nasi masak, periuk pecah Keputusan yang akhir
Nasi sudah menjadi bubur Kerosakan telah tidak boleh dibaiki lagi
Nyawa-nyawa ikan Hampir-hampir mati
Omong kosong Percakapan yang tidak berfaedah
Orang berbudi kita berbahasa, orang Setiap pertolongan orang hendaklah kita kenangi
memberi kita merasa
Orang dapur Perempuan
Orang harapan Orang yang boleh dipercayai
Orang kanan Orang yang diharapkan
Orang kebanyakan Bukan orang bangsawan
Orang luar Orang datang dari tempat lain
Orang rumah Isteri
Otak beku Orang yang bodoh
Otak cair Pandai / Cerdik
Otak udang Orang yang bodoh
PERIBAHASA MAKSUD
Pacat ingin menjadi ular Orang yang miskin berlagak jadi orang yang kaya
Pahit di luar manis di dalam Kata-kata yang kasar tetapi maksudnya baik dan menguntungkan
Paku Belanda Harga tidak boleh ditawar-tawar
Panas baran Seseorang yang mudah marah
Panjang tangan Orang yang suka mencuri
Pasang telinga Mendengar dengan teliti
Patah hati Kecewa
Patah kandar Hilang tempat berlindung atau bergantung
Pekak badak Seseorang yang pura-pura tidak mendengar
Pelanduk dua serupa Dua orang yang seolah-olah rupanya
Perang mulut Berbahas yang hanya meluahkan kata-kata
Perut kosong Lapar
Pipit sama pipit enggang sama enggang Pengelasan orang mematuhi pangkat dan darjat
Puteri Lilin Seseorang yang tidak tahan dengan panas
Rabun ayam Penglihatan yang rabun menjelang waktu malam
Rambang mata Tidak tahu yang mana satu dapat dipilih
Rambut sama hitam hati lain-lain Sungguhpun cara hidup seseorang itu mempunyai kesamaan, tetapi
kehendak dan fikiran adalah berlainan
Ranting reput Sesuatu sudah tiada harapan
Rebung tidak jauh dari rumpun Kelakuan anaknya tidak jauh dari tingkah laku ayahnya
Rebung tidak miang, bembam pula yang Orang bersangkutan senyap diri, orang lain pula yang campur tangan
miang
Rendah diri Tidak sombong
Retak-retak mentimun Retak halus yang cuma di luar saja
Rezeki harimau Makanan yang ramai dan berjenis-jenis
Rezeki mata Sesuatu perkara yang bagus ditengok
Ringan kepala Mudah memahami sesuatu yang diajarkan
Ringan mulut Peramah
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul Bersama-sama dalam membuat sesuatu kerja
Ringan tulang Rajin
Ringan tulang, berat perut Sesiapa yang rajin bekerja dia akan memperoleh rezeki yang lebih
Rumah buruk disapu cat Orang tua yang gemar bersolek
Rumah siap pahat berbunyi Kerja sudah siap, tetapi tak sempurna atau masih dipertikaikan
Runtuh iman Tergoda untuk melakukan kejahatan
Rusuh hati Gelisah
Sagu hati Hadiah
Sakit hati Perasaan tersingguh dan membuatkan orang marah
Sakit mata Benci memandang sesuatu
Sampah masyarakat Orang yang amat hina
Sampai hati Tidak segan-segan
Sauk air mandikan diri Orang yang hidup berusahalah sendiri
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga Kerana keburukan yang sedikit jadi semua kebaikan pun rosak
Sebelum ajal berpantang maut Tidak akan mati sebelum masa kematian dia tiba
Sebulat suara Semua orang bersetuju dalam hal yang tersebut
Sehelai sepinggang Pakaian yang ada pada tubuh
Sekali air bah, sekali pantai berubah Apabila keadaan berubah, suasana berubah
Senyum kambing Senyum yang mengejek
Separuh mati Terlalu penat
PERIBAHASA MAKSUD
Seperti abu di atas tunggul, datang angin Kedudukan atau pekerjaan yang tidak terjamin, mungkin dipecat bila-
terbanglah dia bila masa
Seperti anai-anai makan kayu Lakukan sesuatu yang begitu rajin
Seperti anjing bertemu pasir Orang yang telah menemui barangan kegemaran dirinya
Seperti api dalam sekam Perbuatan jahat yang dilakukan secara tersembunyi
Seperti api dengan asap Hubungan yang tidak boleh diputuskan
Seperti ayam berak kapur Muka pucat kerana menghidap penyakit
Seperti cincin dengan permata Pasangan yang sesuai, sama padan
Seperti ikan kena tuba Tidak berdaya lagi
Seperti kucing dapat tikus Tidak tahu duduk diam
Seperti mentimun dengan durian Orang yang lemah berlawan dengan orang yang kuat
Seperti pahat dengan penukul Tolong-menolong antara satu sama lain
Seperti rusa masuk kampung Berasa hairan atau terkagum pada tempat baru
Seperti tikus membaiki labu Membaiki barang tetapi tak tahu cara, lalu menjadi lebih rosak
Setengah tiang Gila-gila
Sirih pulang ke gagang Kembali ke tempat yang asalnya
Sudah terhantuk baru terngadah Sudah terkena, hanya teringat
Tajam akal Cerdik
Tak lapik dek hujan, tak lekang dek panas Adat tidak mengubah atau sesuatu adalah utuh
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang Tentulah ada sebabnya apabila orang menyatakan sesuatu perkara
tak kata
Tangkai jering Kedekut
Tangkap muat Pilih tidak teliti
Tarik muka Tidak puas hati
Tawar hati Tidak bersemangat
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata Kata-kata yang sudah diucapkan tidak boleh ditarik balik dan
buruk akibatnya sendirinya yang menanggung akibatnya
Tidak dapat dibaiki, jangan dirosakkan Sekiranya anda tidak pandai memperbaiki sesuatu, janganlah
pecahkannya
Tidur mati Tidur yang tidak sedarkan diri
Tinggal kain sehelai sepinggang Kehilangan harta akibat bencana
Tinggi hati Sombong dan Megah
Tumbuk rusuk Rasuah
Ubur-ubur airnya hitam Orang yang jahat boleh dilihat pada tingkah laku dan perkataannya
Ucap habis niat sampai Keputusan yang diperoleh dengan segera
Udang hendak mengatai ikan Tak faham kekurangan dirinya
Ukur baju di badan sendiri Berbelanja mengikut mampuan diri / Keburukan diri tidak boleh
diukur dengan keburukan orang lain
Ukur jalan Merayau-rayau tanpa arah dan tujuan
Ukur mata dengan telinga Mengikut penglihatan dan pendengaran
Ular berkepala dua Tiada tetap pihak mana yang diikuti
Ulat buku Orang yang suka membaca buku
Umpama kayu buruk, buruk dek panas, Bernasib buruk yang tidak dapat dielakkan lagi
reput dek hujan
Umpama kayu lempung belum ditolak Seseorang mudah mengikuti kehendak orang lain
condong sendiri
Untung bagai untung kapas Orang yand terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan
Untung batu Bernasib buruk
Untung sabut Selalu bernasib baik
PERIBAHASA MAKSUD
Untung sabut timbul, untung batu Jika nasib baik akan dapat kejayaan, tapi jika nasib buruk akan dapat
tenggelam kerugian
Wang kopi Wang diberikan sebagai hadiah kerana tolong mendapatkan sesuatu
Wang pokok Duit modal
Wang saku Wang yang diberi untuk perbelanjaan harian
Warta dibawa pikat dan langau Khabar angin
Wau melawan angin Perbuatan yang sia-sia
Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan Ia mudah untuk dijanjikan, tetapi sukar menepatinya
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong Untung yang dijangkakan tidak dapat, sedangkan yang telah ada
berciciran terhilang pula
Zaman beralih, musim bertukar Segala-galanya mesti disesuaikan pada keadaan zaman
Hak Cipta: senaraiperibahasa.com Layari untuk dapat maksud, latihan dan nota peribahasa Melayu

Beri Nilai