Anda di halaman 1dari 7

SULIT PU/SEPTEMBER2015/MPU4013

BAHAGIAN A: PELBAGAI PILIHAN (20 MARKAH)

Pilih jawapan yang tepat.

Pernyataan dibawah merujuk kepada Soalan No. 1:

Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa


pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Tetapi
dia segera memulangkan dompet tersebut.

1. Berdasarkan perlakuan Nora menunjukkan beliau adalah seorang yang


_________.

A. Bermoral
B. Berakhlak
C. Beretika
D. Bernilai

Pernyataan dibawah merujuk kepada Soalan No. 2:

Dia patut berhenti apabila lampu isyarat bertanda merah kerana kegagalan
melakukannya akan membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya
yang lain.

2. Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Pernyataan Normatif
B. Pernyataan Deskritif
C. Pernyataan Normatif Moral
D. Pernyataan Normatif Akhlak

3. Seseorang individu perlu mengembangkan ketiga-tiga dimensi moral. Apakah


dimensi moral tersebut?

i. Penaakulan moral
ii. Perasaan moral
iii. Tingkah laku moral
iv. Pemahaman moral

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas

2
SULIT PU/SEPTEMBER2015/MPU4013

4. Di Malaysia, seorang individu dianggap bermoral sekiranya dia

i. Mematuhi undang-undang
ii. Hidup mengikut kebiasaan masyarakat
iii. Melakukan kebaikan untuk diri sendiri sahaja
iv. Melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. ii dan iv

Pernyataan dibawah merujuk kepada Soalan No.5:

Kehidupan sosial dalam sesebuah masyarakat dipengaruhi oleh peraturan,


adat resam masyarakat dan dipengaruhi komunikasi antara anggota
masyarakat.

5. Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Teori Teleologikal.
B. Teori Deontologikal.
C. Teori Kemoralan Sosial.
D. Teori Keperibadian Mulia.

6. Berikut adalah benar mengenai keperibadian mulia KECUALI

A. Boleh diperolehi melalui latihan


B. Berkecenderungan untuk sesuatu tujuan
C. Semua perlakuan perlu mengambil jalan tengah
D. Terhasil daripada diri individu secara semulajadi

7. Antara berikut yang mana adalah tepat mewakili Teori Teleologikal?

A. Utilitarianisme dan Egoisme


B. Utilitarianisme dan Prinsip Kewajipan
C. Eksistensialisme dan Egoisme
D. Eksistensialisme dan Prinsip Kewajipan

8. Pernyataan berikut adalah benar bagi semua agama KECUALI

A. Agama mengajar penganutnya melakukan kebaikan


B. Agama adalah kepercayaan tentang kewujudan tuhan
C. Agama mendidik penganutnya bermoral dan berakhlak
D. Agama menyebabkan seseorang menjadi individu yang ekstrimes

3
SULIT PU/SEPTEMBER2015/MPU4013

9. Penganut agama Kristian percaya bahawa Jesus Christ ialah anak Tuhan yang
dihantar ke dunia untuk ___________________.

A. Mengampun manusia yang melakukan dosa


B. Menghalang manusia daripada menganiaya manusia lain
C. Menyelamatkan manusia dari segala dosa jika menyembahnya
D. Menghukum manusia yang mengabaikan tanggunggjawab terhadapnya

10. Si Wei (Empat Rukun) dan Ba De (Lapan Nilai Murni) adalah ajaran menurut
________________.

A. Islam
B. Buddha
C. Taoisme
D. Confucious

11. Dalam ajaran Buddha ‘meditasi’ dianggap penting kerana

A. Mendapat idea baru dan kreatif


B. Menguatkan otot-otot tubuh badan
C. Dapat membantu individu menghapuskan hawa nafsu
D. Dapat menenteramkan pemikiran yang suka melayang-layang

Gambar dibawah merujuk kepada soalan No. 12:

12. Gambar di atas ia merupakan identiti orang Sikh. Apakah ‘K’ tersebut?

A. Kanga
B. Kara
C. Kirpan
D. Kesh

13. ‘Ren’ di dalam Lapan Nilai Murni bermaksud _________________

A. Baik hati
B. Murah hati
C. Sopan santun
D. Hormat ibubapa

4
SULIT PU/SEPTEMBER2015/MPU4013

Pernyataan dibawah merujuk kepada Soalan No.14 dan No. 15:

Ah Meng bercadang mengadakan majlis pertunangannya pada bulan hadapan.


Bapanya tidak bersetuju dengan pilihan Ah Meng. Ibunya pula bersetuju tetapi
berpendapat pertunangan tersebutperlu ditangguhkan sehingga tahun
hadapan kerana ibunya begitu sibuk dengan urusan perniagaan. Keluarga
bakal tunang Ah Meng pula meminta majlis pertunangan ini disegerakan.

14. Jika Ah Meng menggunakan Strategi Pencairan Masalah bagi menyelesaikan


konflik di atas, apakah langkah-langkah di bawah yang berkaitan dengan strategi
ini?

i. Mendapatkan nasihat dari kedua-dua belah pihak.


ii. Mengamalkan tolak ansur dalam konflik yang dihadapinya.
iii. Membuat keputusan berdasarkan perasaan kedua-dua ibubapanya.
iv. Cuba menukarkan nilai yang bertembung dengan mewujudkan alternatif nilai
yang lain.

A. i sahaja
B. ii sahaja
C. iii sahaja
D. iv sahaja

15. Jika menggunakan Strategi Kompromi untuk menyelesaikan konflik di atas, Ah


Meng mengambil risiko menghadapi perkara-perkara berikut iaitu

i. Hasil atau untung daripada kompromi adalah kurang atau lebih rendah
ii. Nilai-nilai yang berkonflik tidak boleh diselesaikan walaupun sedikit
iii. Keputusan akan berpihak kepada yang lebih berautoriti dan berkepentingan
iv. Ibubapanya akan berkelahi sesama sendiri dan mungkin melibatkan orang lain

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. iii dan iv

16. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai seks sebelum kahwin

i. Salah disisi undang-undang


ii. Memberi pengalaman dunia perkahwinan
iii. Tidak diterima oleh masyarakat Malaysia
iv. Menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah

A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas

5
SULIT PU/SEPTEMBER2015/MPU4013

Pernyataan dibawah merujuk kepada Soalan No.17:

Dalam kejadian Tsunami di Phuket, seorang warganegara Australia terpaksa


melepaskan tangan pelancong British yang hamil yang memeluk badannya
ketika hanyut dilambung ombak Tsunami. Selepas kejadian itu, warganegara
Australia itu mendapati wanita hamil itu antara ribuan yang mati.

17. Berdasarkan kepada perlakuan melepaskan wanita itu merupakan konflik yang
dihadapinya. Ia menjelaskan bagaimana warganegara Australia itu
menyelesaikan konflik menggunakan strategi apa?

A. Strategi Pembinaan Hierarki


B. Strategi Pencairan Masalah
C. Strategi Kompromi
D. Strategi Analisis Nilai (Theory Of Constrain)

18. Hubungan sejenis dilarang oleh agama di Malaysia kerana perlakuan ini

i. Perlakuan ini diluar batas


ii. Perlakuan ini dikeji dan haram
ii. Perlakuan ini baik dan menjadi trend dunia kini
iv. Perlakuan ini memang tabi’i semula jadi manusia

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. ii dan iv

19. Penyalahgunaan dadah memudaratkan diri sendiri dan keluarga dari segi

i. Psikologi
ii. Fizikal
iii. Rohani
iv. Mental

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas

20. Berikut adalah jenis pengguguran yang berlaku KECUALI

A. Secara spontan
B. Secara paksaan
C. Secara terancang
D. Secara pembedahan

6
SULIT PU/SEPTEMBER2015/MPU4013

BAHAGIAN B: STRUKTUR (10 MARKAH)

Jawab semua soalan.

1. Dalam mempelajari moral, terdapat dua aspek kandungan moral. Nyatakan dua
(2) aspek tersebut.
(1 markah)

2. Senaraikan empat (4) fungsi peraturan masyarakat dalam pembentukan insan


bermoral.
(2 markah)

3. Manusia menghadapi masalah dilema moral dan perlukan kepada peraturan yang
dapat menyelesaikannya. Oleh itu, seorang ahli falsafah bernama Grassian V
menyatakan dua bentuk moral yang dapat membantu menyelesaikan dilema
moral. Nyatakan dua (2) bentuk moral tersebut.
(1 markah)

4. Dalam pembelajaran moral, terdapat tiga dimensi moral individu. Sebutkan ketiga-
tiga dimensi tersebut beserta maksudnya.
(3 markah)

5. Berikan enam (6) peranan ibu bapa dalam pembentukan moral.


(3 markah)

7
SULIT PU/SEPTEMBER2015/MPU4013

BAHAGIAN C : ESEI ( 10 MARKAH)

Jawab DUA (2) soalan sahaja.

SOALAN 1

Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama antaranya
melayu, China, India dan sebagainya. Masing-masing mempunyai agama dan
kepercayaan yang dianuti masing-masing. Mengikut yang anda pelajari, sila pilih
satu (1) agama sahaja dan terangkannya secara terperinci.
(5 markah)

SOALAN 2

Dalam menjalankan kegiatan seharian, kadang-kadang kita terpaksa menghadapi


konflik moral. Terdapat beberapa strategi penyelesaian konflik moral yang anda telah
pelajari untuk menyelesaikan konflik moral yang dihadapi. Nyatakan dua (2)
daripadanya serta jelaskan kelebihan dan kelemahannya.
(5 markah)

SOALAN 3

Kebelakangan ini, terlalu banyak isu-isu moral yang timbul akibat daripada
perbuatan manusia yang tidak bermoral. Dalam pembelajaran anda, nyatakan satu
(1) isu moral di Malaysia serta bincangkan secara keseluruhannya.
(5 markah)

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai