Anda di halaman 1dari 13

GMGA 2023 DASAR AWAM Muka Surat |1

BARANG AWAM , BARANG SWASTA DAN BARANG TOL

PENDAHULUAN

“Public policy is whatever governments choose to do or not to do” Thomas R.

Dye (1995: 3) menyatakan bahawa dasar awam sebagai apa jua pilihan yang diambil

oleh kerajaan sama ada untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Definisi ini

melihat bahawa kita mengkaji apa yang kita lakukan oleh kerajaan, persoalan mengapa

kerajaan melakukannya dan apakah perbezaan yang dapat dilihat apabila kerajaan

melalukannya atau tidak memilih untuk melakukannya. Selain itu, ia juga bermaksud

pihak kerajaan prihatin sehingga melakukan sesuatu untuk menjaga kebajikan

rakyatnya. Seperti mana kata Perdana Menteri, Rakyat Didahulukan Pencapaian

Diutamakan.

Dasar awam merupakan segala keputusan yang dilakukan oleh kerajaan untuk

membangunkan Negara dan menjaga kebajikan rakyat. Dasar mempunyai bentuknya

tersendiri dan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis

tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Oleh itu, terhasil daripadanya barang awam,

barang swasta dan barang tol. Dengan merujuk kepada Dasar Sosial Negara,

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM Muka Surat |2

kemudahan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini adalah selaras dengan dasar

tersebut. Sebagai contoh kita dapat lihat pada matlamat dasar tersebut. Dasar

tersebut adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan

peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial,

ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia yang maju dan mantap.

Dengan menggunakan kemudahan yang ada maka rakyat akan dapat manfaat

daripada kemudahan yang disediakan.

PENGASINGAN

Pemisahan penggunaan yang boleh dilakukan ke atas barangan dan

perkhidmatan yang disediakan merupakan maksud pengasingan. Terdapat juga

barang awam yang tidak dapat dilakukan pengasingan penggunaan apabila disediakan

kepada rakyat, sebagai contoh keselamatan pertahanan dan jalan raya. Ini bermakna

barangan awam yang tulin tersebut merupakan keperluan asas yang wajib dinikmati

oleh setiap rakyat yang menduduki Negara ini dan mereka berhak mendapatkan

perlindungan yang sama rata, tanpa ada perbezaan antara warna kulit, umur, jantina,

agama mahupun kawasan tempat tinggal.

Barang awam yang disediakan tidak boleh dibuat pengasingan. Ini bukan lah

bermakna barangan tersebut akan berkurangan untuk dibuat pengasingan.

Penggunaan barangan awam yang disediakan oleh kerajaan tidak akan mengurang

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM Muka Surat |3

barang tersebut dan tidaklah pula menidakkan hak orang lain untuk menggunakan

barangan tersebut kerana barangan awam tidak boleh dibuat pengasingan adalah tidak

akan terkurang apabila digunakan oleh orang lain. Jika terdapat permintaan berbeza

atau keperluan yang dirasakan berbeza dari satu golongan berbanding golongan yang

lain dan mungkin keperluan tempat di suatu kawasan itu berbeza, sebagai contoh

kawasan Bandar dan luar Bandar. Oleh dari tu pengasingan akan berlaku terhadap

pengeluaran barangan tersebut. Antara barangan yang boleh dibuat pengasingan

adalah seperti lebuh raya bertol, dimana pengguna mempunyai pilihan untuk

menggunakan lebuhraya tersebut bagi pengguna yang menginginkannya.

Selain daripada itu ciri pengasingan merupakan sesuatu barangan itu dapat

dibezakan diantara pemilik yang lain dengan yang lain. Dalam erti kata lain juga

pengguna mempunyai hak milik eksklusif ke atas barangan.

PERSAINGAN

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM Muka Surat |4

Wujudnya pertandingan dalam menggunakan barangan yang dikeluarkan dan

berhadapan pula dengan pelbagai isu persaingan dan pakai habis merupakan maksud

persaingan. Barangan dalam ketegori ini apabila digunakan oleh satu pihak sahaja ia

akan menyebabkan pengurangan kepada penawarannya kepada pihak lain yang juga

memerlukan barangan tersebut. Barangan tersebut, biasanya menjadi hak milik

kerajaan . petroleum, perikanan , lombong emas dan hutan kayu balak.

Selain itu, barang persaingan ialah barang yang penggunaannya boleh

digunakan oleh satu orang pengguna sahaja dan dalam masa yang sama mencegah

pengguna lain untuk menggunakannya. Terdapat dua kategori barang persaingan

iaitu tahan lama dan tidak tahan lama.

Contoh barang yang tahan lama ialah penukul. Seseorang

yang menggunakan penukul tersebut menunjukkan signifikan halangan kepada

orang lain yang berkeinginan untuk menggunakan penukul tersebut pada masa

yang sama. Bagaimanapun, jika pengguna pertama tidak menggunakan penukul,

bermaksud beberapa barang persaingan masih boleh dikongsi melalui masa.

Bagi contoh barang persaingan yang tidak tahan lama ialah buah epal. Sebaik

sahaja sebiji epal dimakan oleh seorang

pengguna sehingga habis, maka epal tersebut tidak boleh lagi dimakan oleh

orang lain.

Persaingan juga membawa erti penggunaan barangan itu menimbulkan faedah

kepada pemilik atau pembeli sahaja. Dan barangan tersebut tidak dapat dirasai oleh
ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM Muka Surat |5

semua orang. Dengan perkataan lain, penggunaan-penggunaan oleh seseorang

individu itu akan menyebabkan persaingan kepada orang lain.

BARANG AWAM

Setiap rakyat dinegara ini berhak menerima perkhidmatan daripada kerajaan.

Perkhidmatan ini bermaksud pihak kerajaan menyediakan kemudahan pasarana

kepada masyarakat di Negara ini. oleh dari itu barang awam adalah wajib dikeluarkan

atau disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat di Negara ini. Selain itu juga,

dengan barang awam ini ia akan dapat menjamin keselesaan dan kemudahan rakyat

atau orang awam.

Menurut Hyman (2002), definasi barang awam adalah barang dimana faedah

daripada penggunaan barang tersebut tidak boleh dikecualikan bagi mereka yang tidak

membayarnya dan dikongsi secara bersama dalam kumpulan yang besar. Barang

awam merupakan barang yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan segala kos

ditanggung oleh pihak kerajaan dengan menggunakan hasil cukai yang di kutip

daripada rakyat. Permintaan daripada rakyat kepada kerajaan untuk menyediakan

kemudahan awam dan perkhidmatan awam berlaku secara langsung apabila perkaitan

hasil cukai dikutip. Ini bermaksud semakin banyak jumlah cukai dikutip, maka pihak

kerajaan harus menyediakan lebih banyak kemudahan kepada rakyat.

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM Muka Surat |6

Di Negara ini untuk mengeluarkan lebih banyak kemudahan awam, pihak

kerajaan bergantung kepada beberapa pendekatan. Seperti pendekatan ekonomi dan

politik. Jika semuanya dalam keadaan baik dan stabil maka pihak kerajaan akan

mengeluarkan kemudahan awam dengan baik bergantung kepada keperluan rakyat.

Diantara barang awam yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat adalah

seperti masjid, sekolah, hospital, jalanraya, pasukan keselamatan dan sebagainya. Di

dalam barang awam tiada berlaku ciri persaingan dan ciri pengecualian dalam

penggunaannya. Ini bererti semua rakyat harus menggunakannya kemudahan yang

disediakan tanpa ada apa apa halangan.

BARANG SWASTA

Seperti mana yang diketahui, barang swasta adalah barang yang dikeluarkan

oleh syarikat atau firma swasta untuk kegunaan rakyat. Ianya berbeza dengan barang

awam. Ini kerana barang swasta memerlukan bayaran untuk menggunakannya. Firma

swasta melakukannya dengan bermatlamatkan memaksimumkan keuntungan mereka.

Untuk menggunakan perkhidmatannya, rakyat harus mengeluarkan kos untuk

menggunakan perkhidmatan ini. Kebanyakan barang swasta ini mensasarkan kepada

golongan tertentu sahaja dan walaupun barang yang dikeluarkan untuk kegunaan

semua pihak, tetapi dengan faktor kos yang ditawarkan di dalam pasaran ekonomi,

tidak semua rakyat mampu mendapatkan manfaat daripada barangan swasta yang

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM Muka Surat |7

dikeluarkan oleh firma tersebut. Barang swasta mempunyai cirri persaingan. Apa yang

dikatakan disini adalah setiap perkhidmatan tersebut memerlukan bayaran kos tertentu

untuk menggunakannya. Oleh itu setiap syarikat swasta yang menggeluarkan

kemudahan ini akan bersaing antara satu sama lain. Kemudahan atau produk yang

mempunyai cirri persaingan yang kuat adalah menjadi hak milik kerajaan, tetapi pihak

kerajaan tidak akan memberikan kepada rakyat yang ramai tetapi memberikan kepada

pihak seasta untuk diolah dan seterusnya dibangunkan produk untuk dijadikan barang

swasta supaya rakyat dapat menggunakan dengan kos yang berpatutan dan

bersesuaian dengan pasaran ekonomi semasa. Antara barang swasta yang terdapat

dinegara kita adalah LRT, Syarikat Kereta Proton dan sebagainya.

BARANG TOL

Barang tol merupakan barang yang dikeluarkan atau dibuat oleh pihak kerajaan

tetapi rakyat sebagai pengguna perlu membayar dengan kos yang tertentu untuk

mendapatkan manfaat daripada barang tol tersebut. Barang tol yang dibuat ini bukan

untuk mencari keuntungan yang besar, tetapi lebih kepada untuk memberi pengetahuan

kepada rakyat tentang usaha yang dibuat oleh kerajaan dan bayaran tersebut dibuat

adalah bertujuan untuk menampung kos operasi barang tol tersebut. Walaupun

barang tol ini memerlukan bayaran , ianya tidaklah membebankan rakyat dan bukan

semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan.

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM Muka Surat |8

Didalam penggunaan barang tol tersebut, terdapat juga ciri-ciri free rider yang

dinikmati oleh rakyat. Ini berlaku apabila rakyat menggunakan perkhidmatan tersebut

tanpa membayar kos penggunaannya. Sebagai contoh pemberian barang tol secara

percuma seperti Kerajaan Selangor yang menanggung penggunaan air bagi setiap

20m3 air yang dirawat bagi setiap isirumah setiap bulan. Sebagai contoh lain pihak

kerajaan menanggung sebanyak RM 20 bagi setiap penggunaan eletrik di setiap

rumah. Contoh barang tol adalah seperti, Tenaga Nasional Berhad, tandas awam yang

dibina oleh PBT dan haighway yang dibangunkan oleh Government Link Company

(GLC) dan sebagainya.

Antara contoh barang tol ialah wayang. Di Malaysia, tayangan wayang

banyak dipertontonkan kepada pengguna bertujuan untuk memenuhi keperluan

sosial pengguna. Di samping itu, wayang juga turut menjadi medium penyampai

mesej tertentu seperti pengajaran, kebudayaan dan cara hidup sesuatu

masyarakat selain dari mempamerkan cetusan idea karyawan negara. Oleh itu,

wayang dilihat mempunyai nilai yang tersendiri. Maka, seseorang yang ingin

melihat wayang tersebut perlu membuat bayaran. Harga bagi tiket wayang ini

ditetapkan dan dikawalselia oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan

dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Hal ini bertujuan untuk mengawal

harga tiket wayang dan meletakkan standard harga tiket wayang pada harga

yang mampu dibeli pengguna. Harga yang dikenakan adalah tetap kerana wayang

tidak mempunyai ciri-ciri persaingan.

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM Muka Surat |9

IMPLIKASI BARANG AWAM, BARANG SWASTA DAN BARANG TOL KE ATAS

BENTUK DASAR AWAM

Setiap barangan tersebut mempunyai implikasi terhadap dasar Negara. Ia juga

dikenali sebagai eksternaliti. Ekseternaliti bermaksud kesan sampingan atau kesan

limpahan kepada pihak ketiga. Ianya timbul daripada pengeluaran atau penggunaan

sesetengah barangan. Ekstenarliti dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu eksternaliti

positif dan eksternaliti negatif. Eksternaliti positif merupakan kesan yang baik kepada

pihak ketiga. Sebagai contoh kemudahan kesihatan. kemudahan kesihatan mempunyai

ciri eksternaliti positif. Apabila seorang mengubati penyakit terutama penyakit yang

mudah berjangkit maka ia bukan memberi manfaat kepada individu tersebut malahan ia

memberi manfaat kepada org sekeliling. Dengan menggunakan kemudahan kesihatan

tersebut, seseorang itu dapat menyelamatkan individu disekelilingnya dari mengidap

penyakit tersebut.

Pihak kerajaan sangat memandang serius terhadap masalah kesihatan di

Negara ini. Oleh itu dengan wujudnya dasar-dasar berkaitan tentang kesihatan, pihak

kerajaan dapat mencegah penyakit berjangkit seperti H1N1, Denggi dan banyak lagi.

Eksternaliti negatif pula merupakan kesan buruk kepada pihak ketiga yang

disebabkan oleh pengeluaran atau penggunaan sesuatu barangan. Sebagai contoh

pencemaran. Masyarakat menanggung kos akibat daripada bunyi yang bising, air yang

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM M u k a S u r a t | 10

tercemar atau udara yang tercemar. Sebagai contoh asap yang keluar dari rokok akan

mencemarkan udara yang disedut oleh orang lain di sekeliling. Masyarakat yang

menghidu asap tersebut akan mengalami sesak nafas dan batuk batuk akibat

keracunan asap rokok tersebut.

Disebabkan kesan yang tidak baik terhadap masyarakat pihak kerajaan telah

menggariskan beberapa dasar-dasar atau polisi polisi yang boleh menjamin

kesejahteraan masyarakat.

PENUTUP

Apabila masyarakat menyatakan bahawa terdapat masalah terhadap barang

awam barang swasta dan barang tol ianya memerlukan polisi polisi awam atau campur

tangan kerajaan untuk memperbaiki atau mengganti sesuatu masalah tersebut. Dengan

mengambil kira permasalahan berikut, pihak kerajaan telah mengeluarkan beberapa

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM M u k a S u r a t | 11

dasar yang berkaitan untuk menjamin keselesaan rakyat. Seperti mana yang telah di

ungkapkan oleh Perdana Menteri kita, “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

“Sesuatu dasar kerajaan adalah pengistiharan hasrat dan nilai (values) kerajaan

terhadap sesuatu fenomena, perkara, isu, keadaan atau masalah di dalam

masyarakat.” Merujuk kepada ungkapan Dr. Abdullah Ab. Rahman di dalam satu majlis

berkenaan Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan Pelaksanaan Dasar Awam.

Dengan adanya penyelidikan terhadap masalah yang terhasil daripada barang awam,

barang swasta dan barang tol ini, pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang

sewajarnya untuk menangani masalah tersebut.

Secara keseluruhannya, penglibatan kerajaan dalam kegiatan ekonomi

secara langsung dan seiringan dengan sektor swasta telah memberi kesan yang

positif ke atas kestabilan dan kesesuaian tingkat harga. Namun begitu, usaha

memajukan ekonomi negara perlu selaras dengan dasar yang digubal dan

mengikut keperluan semasa rakyat. Dalam konteks Malaysia pada hari ini,

ekonomi yang dijanakan perlu mendasari matlamat perpaduan yang ingin

dikecapi oleh Malaysia. Maka, hasrat kerajaan untuk membentuk perpaduan

negara melalui slogan ‘1Malaysia’ perlu disahut demi kesejahteraan rakyat

Malaysia.

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM M u k a S u r a t | 12

RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain, Malike Brahim, Nur Syakiran AKmal Ismail dan Zalinah Ahmad.

(2005 Siri Modul Kendiri PJJ Dasar Awam. Universiti Utara Malaysia : Pusat

Pendidikan Profesional dan Lanjuta (PACE)

ZULHAZMI B
KASMINI

194757
GMGA 2023 DASAR AWAM M u k a S u r a t | 13

Mohd Khalil Mohd Noor (1998). Peranan pengurus sektor awam dalam meningkatkan

akauntabiliti pengurusan kewangan kerajaan.

Buku Panduan Perolehan (1996). Kuala Lumpur:Kementerian Kewangan Malaysia.

Kementerian Kewangan Malaysia (1997). Panduan Perolehan Negara.

Dr. Abdullah Ab. Rahman (2001) Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan

Pelaksanaan Dasar Awam.

ZULHAZMI B
KASMINI

194757