Anda di halaman 1dari 14

Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI APIN, SIMUNJAN


MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
HAL EHWAL MURID BIL 02/2018

Tarikh : 14 Mac 2018


Hari : Rabu
Masa : 2.30 – 4.30 petang
Tempat : Bilik Guru SK. Sungai Apin

Kehadiran guru :
1. Encik Hj. Mat Bin Jeli
2. Encik Abdul Rahman Bin Welo
3. Puan Toria Bt Tandri
4. Encik Wan Sapian Bin Wan Pekeh
5. Encik Jail Anak Ligam
6. Encik Isril Bin Bolhi
7. Encik Faizal Bin Latip
8. Encik Mohd Solihi Bin Ahmad Surin
9. Cik Norafidah bt Md Yusup
10. Puan Rasyidah Bt Shamsul Kahar
11. Puan Dayang Lidya Bt Awang Jemat
12. Puan Norazian Bt Arip
13. Puan Juleha Bt Sani

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab


1.2 Pengerusi mengalukan-alukan kehadiran semua guru dan berterima kasih
atas kerjasama yang diberikan.
1.3 Pengerusi menyatakan agenda-agenda yang akan dibincangkan dalam
mesyuarat.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Cik Norafidah Binti Md Yusup.


Disokong untuk pengesahan oleh Puan Toria Binti Tandri.

3. Ucapan guru Penolong Kanan HEM

3.1 Encik Abdul Rahman Bin Welo (PK HEM ) mengucapkan terima kasih
atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat HEM kali pertama.
3.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas
komitmen yang diberi dalam khidmat UPSR 2018
3.3 Encik Abdul Rahman Bin Welo berharap agar semua guru dapat
memberikan motivasi dan galakkan kepada murid tahun 6 dari masa ke
semasa.
Pengurusan Mesyuarat

3.4 Encik Abdul Rahman memaklumkan pada guru berkenaan jadual tugasan
mingguan guru akan ditampal di papan kenyataan selewat-lewatnya
minggu hadapan.

3. Pengurusan Unit HEM

3.1 Bantuan Kewangan (KWAPM)

i. Bantuan KWAPM telah diagihkan pada hari jumaat, bantuan


tersebut adalah bantuan kewangan 2017. Permohonan baru
untuk sesi 2018 telah disahkan, dan unit HEM perlu
lengkapkan permohonan bagi yang layak dan tidak layak.

Makluman

ii. Kelayakan E-Kasih berdasarkan permohonan ibu bapa. Unit


HEM juga perlu buat analisa bagi pelajar yang layak untuk
menerima bantuan dari Yayasan Sarawak.
Makluman

3.2 RMT 2018

3.2.1 Laporan RMT perlu di buat mengikut pada yang ditetapkan


berdasarkan buku panduan RMT yang telah di emailkan oleh
Cikgu Hasbi.
Tindakan : Setiausaha HEM

3.2.2 Teguran berkenaan bekas plastik pakai buang tidak boleh


digunakan bagi mengisi makanan pelajar RMT.

Makluman

3.3 SPBT

3.3.1 Buku teks yang tidak boleh di gunakan lagi perlu dilupuskan
mengikut panduan pelupusan, dan bilik SPBT perlu
penambahbaikan.

Tindakan : Encik Isril Bin


Bolhi

3.3.2 Peruntukan buku teks tahun 1 tidak mencukupi. pelajar baru


berpindah perlu mengambil buku teks disekolah lama.

Makluman

3.3.3 Buku teks tahun 1 perlu diagihkan pada minggu akhir transisi
Pengurusan Mesyuarat

Makluman

3.4 APDM

3.4.1 Kemaskini APDM untuk tahun 2018, dan guru APDM perlu
maklumkan pada guru kelas dari masa kesemasa sekiranya
perlu untuk guru kelas mengemaskini APDM.

Tindakan : Puan Norazian Bt Arip

3.5 Rekod Kehadiran dan Disiplin

3.5.1 Makluman semua guru kelas buku rekod kehadiran murid


tidak dibenarkan menggunakan liquid paper. Manakala laporan
disiplin online tidak perlu di isi .

Makluman : Guru Kelas

3.6 Keceriaan

3.6.1 Puan Toria Bt Tandri dilantik oleh Guru Besar sebagai guru
keceriaan bilik guru dan dibantu oleh Puan Rasyidah.

3.7 Transisi

3.7.1 Program Transisi Program Transisi dan Guru Penyayang adalah


satu program yang dirancang oleh Jabatan Pendidikan di seluruh
negara bermula pada tahun 2001 dan dikelolakan oleh guru-guru di
setiap sekolah.

3.7.2 Program ini yang dilaksanakan selama 3 minggu untuk


membantu murid-murid menghadapi perubahan pada masa atau
tempoh peralihan dari pendidikan tidak formal di prasekolah atau
tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah.

3.7.3 Melalui program transisi diharapkan murid-murid yang datang


dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan
pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan
pembelajaran secara formal.Penglibatan pihak pentadbiran sekolah
serta kerjasama daripada semua guru di sekolah adalah diharapkan
dapat melancarkan perlaksanaan program ini.

Makluman : Semua guru


Pengurusan Mesyuarat

HAL-HAL LAIN

1. Guru besar memaklumkan berkenaan pakaian seragam pengawas


sama seperti tahun lepas, dan perlu dipakai bermula awal tahun 2018

2. Guru besar memberitahu berkenaan kehadiran guru ke sekolah


selewat-lewatnya 7.00 pagi.

3. Guru besar juga berharap bacaan sifir dan asmaul husna dapat
diselitkan pada perhimpunan pagi.

PENUTUP

1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat Encik Hj. Mat Bin


Jeli dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan
dimaklumkan.

2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

……………………………… …………………………………..
(NORAFIDAH BT MD YUSUP) (ABD RAHMAN BIN HJ WELO)
Setiausaha HEM PK Hal Ehwal Murid
SK. Sungai Apin
Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI APIN, SIMUNJAN


MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
HAL EHWAL MURID BIL 01/2018

Tarikh : 4 Januari 2018


Hari : Khamis
Masa : 2.30 – 4.30 petang
Tempat : Bilik Guru SK. Sungai Apin

Kehadiran guru :
1. Encik Hj. Mat Bin Jeli
2. Encik Abdul Rahman Bin Welo
3. Puan Toria Bt Tandri
4. Encik Wan Sapian Bin Wan Pekeh
5. Encik Jail Anak Ligam
6. Encik Isril Bin Bolhi
7. Encik Faizal Bin Latip
8. Encik Mohd Solihi Bin Ahmad Surin
9. Cik Norafidah bt Md Yusup
10. Puan Rasyidah Bt Shamsul Kahar
11. Puan Dayang Lidya Bt Awang Jemat
12. Puan Norazian Bt Arip
13. Puan Juleha Bt Sani

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab


1.2 Pengerusi mengalukan-alukan kehadiran semua guru dan berterima kasih
atas kerjasama yang diberikan.
1.3 Pengerusi menyatakan agenda-agenda yang akan dibincangkan dalam
meyuarat.

2. Sasaran kerja 2018

2.1 Lembaga Disiplin

2.1.1Dalam Sistem Merit Demerit yang diwujudkan, dua fokus utama


iaitu
a) Disiplin pelajar di dalam kelas
b) Kehadiran pelajar ke sekolah

2.1.2Salah laku yang menyumbang kepada sistem ini perlu disenaraikan. Oleh
itu guru-guru akan di minta untuk meyenaraikan salah laku yang
dikenakan merit demerit
Pengurusan Mesyuarat

2.1.3Mekanisma pelaporan salah laku untuk guru-guru juga perlu disediakan


Tindakan : S/U Lembaga Disiplin

2.1.4 Bagi kes-kes disiplin berat, tindakan adalah seperti biasa. Dalam hal ini
jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling dikehendaki mengenal pasti
pelajar-pelajar dalam kategori ini.
Tindakan : S/U J/K Bimbingan dan Kaunseling

2.1.5KPI dan sasaran kerja bagi Lembaga Disiplin adalah seperti berikut :
KPI Sasaran Kerja
Peratus kes disiplin 0%
Peratus kes disiplin sederhana 0%
Peratus kes disiplin ringan yang 5% (60 kes setahun dengan
melibatkan P&P anggapan kes tidak berulang
kpd pelajar yang sama
setelah masaalah
diselesaikan
Peratus kes disiplin ringan 5% (60- kes setahun dgn
melibatkan lewat hadir ke sekolah anggapan kes tidak berulang
kpd pelajar yang sama
setelah masaalah
diselesaikan

Tindakan : J/K Lembaga Disiplin


2.1.6 Pelajar-pelajar yang sampai ke sekolah selepas jam 7.15 pagi dianggap
lewat

3. Jawatankuasa Organisasi Kelas

3.1 Matlamat utama ialah untuk mewujudkan kelas yang kondusif dari segi
keceriaan, kebersihan dan keselamatan pelajar

3.2 Minimum standard untuk papan kenyataan perlu ditentukan

3.3 KPI dan sasaran kerja bagi jawatankuasa adalah seperti berikut

KPI Sasaran Kerja


Peratus kelas yang mencapai
markah kebersihan dan 100%
keceriaan > 80%
Peratus kelas yang selamat 100%
kepada pelajar

3.4 Semua kelas perlu memastikan pintu kelas ditutup dengan sempurna selepas
waktu P&P. Sebarang kerosakan pintu, kelas tersebut bertanggung jawab
membayar kos baik pulih pintu.

3.5 Oleh kerana sistem merit demerit memfokuskan disiplin dalam kelas, guru
kelas mestilak lebih bertanggung jawab dalam perlaksanaannya.
Pengurusan Mesyuarat

Tindakan : Semua guru kelas

3.6 Dalam waktu pengurusan kelas – 30 minit yang pertama, guru


kelas perlu melakukan perkara –perkara berikut :

3.6.1 Menyemak latihan dan planner pelajar. Bagi pelajar yangsudah


menyiapkan latihan yang diberi guru, pelajar tersebut boleh
membuat latihan yang lain atau nilam
3.6.2 Menanda dan melengkapkan rekod kedatangan pelajar

3.7 Jawatankuasa Pengawas Sekolah

3.7.1 Jawatankuasa ini perlu memantapkan aktiviti-aktiviti yang


sedia ada
3.7.2 Sistem pemilihan pengawas berdasarkan pilihanraya akan
diteruskan
Tindakan : Makluman

3.8 Jawatankuasa SPBT

3.8.1 Aktiviti yang dijalankan ke arah memantapkan sistem


pengurusan SPBT
3.8.2 KPI dan sasaran kerja

KPI Sasaran Kerja


Peratus pelajar yang membalut buku teks 100%
Peratus skor berdasarkan instrumen bilik BOSS 100%

Tindakan : J/K SPBT

4.Jawatankuasa Keceriaan, Kebersihan & Keindahan

4.1 Kawasan-kawasan yang perlu diambil tindakan perlu dikenal pasti dan
jawatankuasa juga hendaklah mengemukakan cadangan .

Tindakan : Jawatankuasa Keceriaan, Kebersihan & Keindahan

5. Hal-hal lain

5.1 PK HEM memaklumkan terdapat perubahan dalam senarai jawatankuasa HEM dan
juga senarai guru kelas

5.2 Kad keluar kelas akan diuruskan oleh Ustazah Norafidah Bt Md Yusup

5.3 Pk HEM memohon kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa supaya dapat
memberi kerjasama dalam memastikan semua program yang dirancang berjalan
lancar.
Pengurusan Mesyuarat

PENUTUP

1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat Encik Hj. Mat Bin Jeli dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan dimaklumkan.

2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

……………………………… …………………………………..

(NORAFIDAH BT MD YUSUP) (ABD RAHMAN BIN HJ WELO)


Setiausaha HEM PK Hal Ehwal Murid
SK. Sungai Apin
Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI APIN, SIMUNJAN


MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
HAL EHWAL MURID BIL 03/2018

Tarikh : 28 Jun 2018


Hari : Khamis
Masa : 2.00-3.00 petang
Tempat : Bilik Guru SK. Sungai Apin
Kehadiran guru :
1. Encik Hj. Mat Bin Jeli
2. Encik Abdul Rahman Bin Welo
3. Puan Toria Bt Tandri
4. Encik Wan Sapian Bin Wan Pekeh
5. Encik Jail Anak Ligam
6. Encik Isril Bin Bolhi
7. Encik Faizal Bin Latip
8. Encik Mohd Solihi Bin Ahmad Surin
9. Puan Rasyidah Bt Shamsul Kahar
10. Puan Dayang Lidya Bt Awang Jemat
11. Puan Norazian Bt Arip
12. Puan Juleha Bt Sani

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab


1.2 Pengerusi mengalukan-alukan kehadiran semua guru dan berterima kasih
atas kerjasama yang diberikan.
1.3 Pengerusi menyatakan agenda-agenda yang akan dibincangkan dalam
mesyuarat.
- Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Kesihatan
- Bantuan Khas
- Pengurusan 3K
- Program Susu 1 Malaysia
- Hal-hal lain

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Puan Rasyidah Bt Shamsul Kahar


Disokong untuk pengesahan oleh Puan Toria Binti Tandri
Pengurusan Mesyuarat

3. Kesihatan Guru kelas


Pegawai kesihatan akan datang membuat lawatan pada awal tahun 2018.
Guru kelas tahun 1 dan tahun 6 diminta membuat persediaan. Terutamanya bagi guru
kelas tahun 1, Buku Rekod Kesihatan murid harus disiap sedia dan ditandatangani oleh
ibu bapa pada bahagian bersetuju atau tidak bersetuju untuk menerima rawatan.

4. Bantuan Khas Guru kelas


Murid yang layak untuk mendapat bantuan KWAPM, RMT, Bantuan Pakaian
Seragam sekolah, berdasarkan pendapatan ibu bapa RM600 kebawah.
Namun, guru kelas diminta untuk mengesan murid yang betul-betul layak menerima
Bantuan tersebut. Bagi ibu bapa yang berpendapatan RM 3000 dan ke ke atas adalah
tidak layak menerima bantuan . Maka, guru kelas perlu meminta penyata gaji dari ibu
bapa dan menyimpannya sebagai bukti.

5. Pengurusan 3K Semua guru


i-Kebersihan
Guru kelas perlu memberitahu murid untuk menjaga kebersihan kelas dan kawasan
sekolah. Guru kelas diminta untuk menyusun kerusi meja secara berkumpulan. Ini
menggalakkan kolaborasi antara murid terutamanya murid tahun 1. Guru kelas tahun
1 juga digalakkan untuk menyusun bangku di bahagian tengah kelas. Murid-murid
boleh duduk di depan semasa pdp dijalankan supaya murid dapat menumpukan
sepenuh perhatian semasa guru mengajar.
ii- Keselamatan
Jadual bertugas harian semua kelas telah di tampal. Guru-guru diminta menjalankan
tugas mengikut jadual supaya keselamatan murid dan kebersihan kawasan sekolah
terkawal.
Guru yang bertugas pada waktu lepas sekolah, sila pastikan murid-murid pulang
mengikut masa yang ditetapkan.
Jika masih terdapatnya sebarang kerosakkan kemudahan dalam kelas, tolong catatkan
dan memberitahukannya kepada unit Hem. Guru kelas perlu memastikan semua
kemudahan dalam kelas berfungsi.
Pengurusan Mesyuarat

6. Program Susu 1 Malaysia GPK HEM

Untuk makluman semua, program susu 1 Malaysia di bekalkan 4 kali setahun di


antara bulan Ogos hingga November

9. Hal-hal lain
Tiada

PENUTUP

1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat Encik Hj. Mat Bin


Jeli dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan
dimaklumkan.

2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

……………………………… …………………………………..

(NORAFIDAH BT MD YUSUP) (ABD RAHMAN BIN HJ WELO)


Setiausaha HEM PK Hal Ehwal Murid
SK. Sungai Apin
Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI APIN, SIMUNJAN


MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
HAL EHWAL MURID BIL 04/2018

Tarikh : 2 Oktober 2018


Hari : Selasa
Masa : 2.30 – 4.30 petang
Tempat : Bilik Guru SK. Sungai Apin
Kehadiran guru :
1. Encik Hj. Mat Bin Jeli
2. Encik Abdul Rahman Bin Welo
3. Puan Toria Bt Tandri
4. Encik Wan Sapian Bin Wan Pekeh
5. Encik Jail Anak Ligam
6. Encik Isril Bin Bolhi
7. Encik Faizal Bin Latip
8. Encik Mohd Solihi Bin Ahmad Surin
9. Puan Rasyidah Bt Shamsul Kahar
10. Puan Dayang Lidya Bt Awang Jemat
11. Puan Norazian Bt Arip
12. Puan Juleha Bt Sani

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab


1.2 Pengerusi mengalukan-alukan kehadiran semua guru dan berterima kasih
atas kerjasama yang diberikan.
1.3 Pengerusi menyatakan agenda-agenda yang akan dibincangkan dalam
mesyuarat.
- Bantuan Khas
- Pengurusan 3K
- Program Susu 1 Malaysia
- Hal-hal lain

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Puan Norazian Bt Arip.


Disokong untuk pengesahan oleh En. Isril Bin Bolhi
Pengurusan Mesyuarat

4. Bantuan Khas Guru kelas


Murid yang layak untuk mendapat bantuan KWAPM, RMT, Bantuan Pakaian
Seragam sekolah, berdasarkan pendapatan ibu bapa RM600 kebawah.
Namun, guru kelas diminta untuk mengesan murid yang betul-betul layak menerima
Bantuan tersebut. Bagi ibu bapa yang berpendapatan RM 3000 dan ke ke atas adalah
tidak layak menerima bantuan . Maka, guru kelas perlu meminta penyata gaji dari ibu
bapa dan menyimpannya sebagai bukti.

5. Pengurusan 3K Semua guru


i-Kebersihan
Guru kelas perlu memberitahu murid untuk menjaga kebersihan kelas dan kawasan
sekolah. Guru kelas diminta untuk menyusun kerusi meja secara berkumpulan. Ini
menggalakkan kolaborasi antara murid terutamanya murid tahun 1. Guru kelas tahun
1 juga digalakkan untuk menyusun bangku di bahagian tengah kelas. Murid-murid
boleh duduk di depan semasa pdp dijalankan supaya murid dapat menumpukan
sepenuh perhatian semasa guru mengajar.
ii- Keselamatan
Jadual bertugas harian semua kelas telah di tampal. Guru-guru diminta menjalankan
tugas mengikut jadual supaya keselamatan murid dan kebersihan kawasan sekolah
terkawal.
Guru yang bertugas pada waktu lepas sekolah, sila pastikan murid-murid pulang
mengikut masa yang ditetapkan.
Jika masih terdapatnya sebarang kerosakkan kemudahan dalam kelas, tolong catatkan
dan memberitahukannya kepada unit Hem. Guru kelas perlu memastikan semua
kemudahan dalam kelas berfungsi.

6. Program Susu 1 Malaysia GPK HEM

Untuk makluman semua, program susu 1 Malaysia di bekalkan 4 kali setahun di


antara bulan Ogos hingga November

9. Hal-hal lain
Pengurusan Mesyuarat

Tiada

PENUTUP

1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat Encik Hj. Mat Bin


Jeli dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan
dimaklumkan.

2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

……………………………… …………………………………..

(NORAFIDAH BT MD YUSUP) (ABD RAHMAN BIN HJ WELO)


Setiausaha HEM PK Hal Ehwal Murid
SK. Sungai Apin