Anda di halaman 1dari 8

KEJOHANAN SUKJAB BAGI SUKAN INDOOR PIALA PUSINGAN

PROF DR AMINUDDIN ANJURAN KKSSK 2017

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

TARIKH : 6 /3/2017 – 10/3/2017

TEMPAT :- RUMAH KESATUAN & KELAB

MASA:- 5.30 PTG – 7.00 PTG


BORANG PENYERTAAN SUKJAB INDOOR GAMES 2017
ACARA CAROM

KATEGORI NAMA PEMAIN NO TELEFON


MEN’S SINGLE
MEN’S DOUBLES 1.
2.
WOMEN’S DOUBLES 1.
2.

NAMA KETUA PASUKAN ZON:…………………………………………… H/p_________________________

ACARA DART

KATEGORI NAMA PEMAIN NO TELEFON


MEN’S SINGLE
MEN’S DOUBLE 1.
2.
WOMEN’S SINGLE

NAMA KETUA PASUKAN ZON:…………………………………………… H/p_________________________

C) BORANG PENYERTAAN UNTUK ACARA CATUR (INDIVIDU GAMES)

KATEGORI NAMA PEMAIN NO TELEFON


PERSEORANGAN WANITA
PERSEORANGAN LELAKI 1.
(Pegawai & Staf Sokongan ) 2.

NAMA KETUA PASUKAN ZON:…………………………………………… H/p_________________________

*PENYERTAAN BAGI KESELURUHAN GAMES DI ATAS ADALAH SEBANYAK RM


100 . SILA SERAHKAN YURAN PENYERTAAN SELEWAT-LEWATNYA HARI
KHAMIS 2 MAC 2017.
FORMAT PERTANDINGAN UNTUK ACARA PERMAINAN KAROM

1.Kategori acara permaian :-

a) Peseorangan Lelaki

b) Double Lelaki

c) Double Wanita

2. Pertandingan yang dijalankan ini adalah mengikut kaedah 3 perlawanan yang terbaik

( best of 3 ) . Pemain yang menang 3 perlawanan adalah dikira pemenang.

3. Semua pemain akan dijalankan tanpa buah merah.

4. Denda 1 biji ( 1 buah Karom) dan hilang giliran akan dikenakan sekiranya striker masuk ke
dalam mana-mana poket papan Karom.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang perubahan perkara yang membatalkan
permaian yang sedang berlangsung adalah terletak pada budi bicara pengadil.

6. Pemberian mata dan penentuan kemenangan.

i) MENANG - 2 Mata

ii) KALAH - 0 Mata

7. Wang Bantahan RM200.00 dikenakan semasa membuat bantahan.

8. Keputusan Pihak Penganjur adalah Muktamad


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DART

1. Setiap pasukan mestilah berada di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan


dimulakan. Sekiranya lewat, pasukan itu dikira kalah.
2. Pengurus Pasukan mestilah menyerahkan borang pemain kepada Pengadil 15 minit sebelum
perlawanan bermula. Pindaan nama pemain tidak dibenarkan kecuali mendapat persetujuan
daripada Urus Setia Pertandingan dan pasukan lawan.
3. Bantahan boleh dibuat dalam tempoh 1 jam selepas perlawanan ditamatkan dengan
menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00.
4. Pertandingan akan dimulakan secara undian yang akan dilakukan oleh Pengadil (Chalker)
secara lambungan duit syiling (Toss of a coin).
5. Seseorang pemain boleh berbincang atau mendapat buah fikiran mana-mana pemain dalam
pasukannya semasa dalam permainan (in between throws) kecuali Chalker. Walau
bagaimanapun, pemain dibenarkan bertanya kepada Chalker bagi mata yang diperoleh dan
baki yang tinggal sahaja.
6. Seseorang pemain tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh dianggap sebagai
tindakan yang disengajakan untuk melambatkan permainan.
7. Menarik diri (walk over) tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan yang berkenaan akan
dianggap sebagai menarik diri daripada pertandingan seterusnya. Keputusan-keputusan
pertandingan yang terdahulu terbatal dengan sendirinya.
9. Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengawal ahli-ahli pasukan agar
mamatuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pertandingan.

10. KIRAAN MATA


10.1 Hanya dart yang melekat pada dart board sahaja yang dikira matanya setelah ketiga-
tiga dart dibaling.
10.2 Seseorang pemain tidak dibenarkan mencabut dart dari dart board sehingga ‘Chalker’
selesai membuat kiraan.
10.3 Seseorang pemain yang berjaya menamatkan permainan dengan double atau balingan
yang pertama, kedua atau ketiga akan ditetapkan sebagai menamatkan permainan.
10.4 Mana-mana salah kira yang dibuat oleh Chalker mengenai baki mata, seseorang
pemain hendaklah memberitahu Chalker akan kesalahan tersebut dan
memperbetulkan sebelum pemain meneruskan balingan. Sekiranya tiada sebarang
bantahan dari mana-mana pihak, maka kesilapan itu akan ditetapkan sah dan
sebarang pembetulan atas score tersebut tidak akan dilayan.
11.PERKARA LARANGAN
11.1 Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang permainan kecuali dengan
kebenaran Pengadil.
11.2 Memakai selipar dan seluar pendek tidak dibenarkan semasa bermain. Semua Ketua
Pasukan adalah diminta memastikan semua pemain berpakaian kemas.
11.3 Semua pemain tidak dibenarkan menghisap rokok, meminum/membawa minuman
keras atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan.

12. Pihak Urus Setia Pertandingan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan
anggota atau kehilangan peralatan pemain di sepanjang tempoh Kejohanan ini.

13. Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama daripada Panel Pengadil yang telah

dilantik berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajar untuk

menjayakan pertandingan ini dan bagi perkara-perkara yang tidak tercatat di dalam

peraturan ini. Keputusan itu adalah muktamad.

12. FORMAT PERTANDINGAN

12.1 2 Kategori dipertandingkan iaitu:-

a) Perseorangan Lelaki ( 2 orang )

b) Perseorangan Wanita ( 1 orang )

12.2 Format permaian adalah dengan kiraan mata 301.

12.3 Setiap pemain akan mempunyai sebanyak 3 balingan.


1.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ACARA SUKAN CATUR.

1.1 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di tempat pertandingan


sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma
akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal
berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu
perlawanan sepatutnya dimulakan.

1.2 Bagi pengurus dan ketua pasukan mereka hendaklah menyerahkan nama
dan susunan pemain-pemain kepada pengadil rasmi sepuluh (10) minit
sebelum perlawanan dimulakan.

2.0 FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

2.1 Perseorangan Lelaki


i- Seorang dari staf sokongan
ii- Seorang dari staf Pegawai
iii- Seorang Wanita.

2.2 Setiap pemain akan diberi masa selama lima belas (15) minit
(menggunakan chess clock). Pemain akan dikira kalah samada di
Checkmate atau kehabisan masa yang diberikan (15 minit). Kemenangan
adalah berdasarkan “best of three”.

2.3 Pertukaran atau penggantian pemain tidak boleh dilakukan selepas


susunan pemain-pemain telah ditetapkan dan diserahkan kepada
penganjur.

2.4 Peraturan permainan adalah mengikut Peraturan Catur Antarabangsa


(World Chess Federation – FIDE Laws of Chess)

3.0 CARA BERMAIN

3.1 Permainan menggunakan set catur dan chess clock yang disediakan oleh
pihak penganjur.

3.2 Penentuan permulaan set putih @ hitam kepada pemain akan ditentukan
secara undian oleh pengadil. Pemain yang mendapat set putih akan
memulakan permainan.

3.3 Setiap perlawanan ada tiga (3) frame. Pemain yang berjaya menang
sebanyak dua kali berturutan tidak perlu meneruskan perlawanan kerana
pemenang dikira berdasarkan „best of three‟.
3.4 Pemain dikira menang samada berjaya membuat „checkmate‟ kepada
pihak lawan atau pihak lawan kehabisan waktu yang diperutukan
kepadanya selama lima belas (15) minit.

3.5 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pemain, jika


pemain lawannya melakukan kesalahan seperti berikut:

(a) Gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit perlawanan


sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan di atas.
(b) Tidak mahu meneruskan perlawanan

3.6 Buah catur yang telah disentuh akan dikira "Touch Move" dan harus
mengerakkan catur berkenaan dengan tidak mengubah keputusan
gerakan lain.

3.7 Pemain boleh menawarkan perlawanan itu seri sekiranya lawannya


bersetuju untuk berdamai secara seri untuk hentikan perlawanan.

4.0 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN

Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan


berikut :

4.1 Merokok, makan atau minum


4.2 Membuat bising atau mengganggu permainan pihak lawan.

5.0 ETIKA BERPAKAIAN.

Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian menjolok
mata adalah dilarang sama sekali.

6.0 PENGADILAN

6.1 Pengadil mempunyai kuasa mutlak mendenda pemain tanpa sebarang


amaran atau teguran.

6.2 Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan


adalah terletak pada budi bicara pengadil.

6.3 Keputusan pengadil adalah muktamad

6.4 Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh
urusetia pengelola.
7.0 BANTAHAN

7.1 Setiap pemain boleh membuat bantahan secara bertulis dengan


mengandungi fakta dan juga bukti dalam bentuk hard copy yang telah
diperakui kepada pihak Urusetia beserta wang cagaran sebanyak
RM200.00, dalam tempoh 30 minit selepas permainan yang dibantah itu
tamat;

7.2 Jawatankuasa bantahan akan ditentukan oleh pihak Urus Setia.

7.3 Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD

Anda mungkin juga menyukai