Anda di halaman 1dari 1

Faktor-faktor kejatuhan Melaka

Kelemahan Pemimpin
1) Kematian Tun Perak
Selepas kematian Tun Perak, jawatan Bendahara telah diambil alih oleh Tun Mutahir yang berketurunan
India Muslim
2) Kelemahan Pentadbiran Tun Mutahir
-Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati
-Difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan
-Dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan
3) Kelalaian Pemerintahan Sultan Mahmud
-Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah
-Melantik Tun Pepatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara
-Amalan rasuah dan fitnah berleluasa
-Kadar Cukai yang tinggi

Kelemahan Askar Melaka


-Askar Portugis lebih terlatih
-Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan Tentera di Goa, India
-Angkatan Perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap
-Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri
-Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap

Kedatangan portugis
- Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez
de Sequeira
- Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya
mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan
- Pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh
kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan
tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka
- Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur mendapat berita
tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi
lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang
India Malabar, lalu menuju ke Melaka.
- Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk
menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru
- Akhirnya Melaka ditawan secara rasminya pada 24 Ogos 1511 dan Sultan Mahmud terpaksa melarikan
diri ke Kampar dan Mangkat di sana.

Masalah perpaduan
Persaingan antara orang Melayu Muslim dengan orang India Muslim dalam mendapatkan pengaruh
Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir
Raja Mendeliar menuduh Tun Mutahir ingin mengatasi kekayaan sultan

Anda mungkin juga menyukai