Anda di halaman 1dari 3

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan

tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.

1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para
peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan


pisang goreng yang dia buat.

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai


pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas


tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke


seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom


selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan


sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-
penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat


perjanjian oleh peguam, akhirnya Ah Chong bersetuju untuk menulis surat
perjanjian tersebut.

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang
tercatat pada bungkusan buku tersebut.

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah
meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan
seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin
membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah
buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam
sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-
memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.

16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam
goreng yang dibaluti tepung itu.

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya
pemjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan
yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.

19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu
dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat
terkenal.

20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah
yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan.

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada
pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan
mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.

23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami
tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja
kerana terlibat dalam kecederaan.

25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati
kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di
atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat


keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti
botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.

30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi


membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.

31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh
seorang tokoh perniagaan yang terkenal.

32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari


masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.

33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan


pegerakan wang ke luar negara.

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi


mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.

35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu


terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan
dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar


mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih
terbengkalai.

38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan
oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.