Anda di halaman 1dari 30

Conth pbs sejarah:

Panduan Kerja Kursus Sejarah STPM Kertas 4 (940/4)

PANDUAN PENULISAN KERJA KURSUS SEJARAH STPM


KERTAS 4 (940/4)
PENGGAL 2

1. Kertas Cadangan (Proposal) Penulisan Esei


Kertas cadangan atau proposal penulisan esei ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara
yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penulis tentang kerja kursus atau esei yang akan
dilakukan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan berikut:
(a) Apakah tajuk esei yang akan dilaksanakan?
(b) Apakah isu yang dikenal pasti?
(c) Apakah objektifnya?
(d) Bagaimanakah kita akan melaksanakan / pengumpulan maklumat atau data?
(e) Berapa lamakah tempoh masa perlaksanaannya?
(f) Berapakah kos yang diperlukan? (jika ada)
Kertas cadangan (proposal) penulisan esei disediakan sebelum sesuatu penulisan esei yang
lengkap dilaksanakan. Ia boleh disediakan mencakupi kerengka masa bermula penggal 2 hingga
ke suatu tarikh akhir penyerahan tugasan tersebut (12 April 2013).
2. Fungsi Kertas Cadangan (Proposal)
Kegunaan Kertas Cadangan (Proposal) penulisan esei merupakan satu panduan yang
menyatakan objektif penulisan esei, langkah-langkah (format) esei keseluruhannya, peralatan
yang digunakan atau tempoh masa perlaksanaan penulisan yang dirancang oleh penulis
(pelajar). Kertas cadangan (proposal) membantu penulis menjalankan kajian penulisan esei
dengan lebih terancang lagi.
3. Kandungan Dalam Kertas Cadangan (Proposal) Penulisan Esei Sejarah STPM
Kertas cadangan (proposal) penulisan esei Sejarah tidak mempunyai format yang khusus
(bergantung kepada tajuk / keperluan esei berkenaan). Namun begitu, berikut adalah panduan
asas untuk memudahkan kita menulis kertas cadangan (proposal) penulisan esei Sejarah yang
berkaitan:
(i) Nama Sekolah (beserta alamat penuh)
(ii) Nama penulis
(iii) Tajuk esei
(iv) Refleksi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkaitan dengan tajuk
(v) Isu keperihatianan / Fokus Kajian
(vi) Objektif Kajian
(vii) Kumpulan Sasaran
(viii) Tindakan Yang Dicadangkan
(ix) Jadual Perlaksanaan
(x) Kos Kajian (jika ada)
4. Format Penulisan Esei Sejarah
Para penulis (pelajar) yang terlibat dalam penulisan kerja kursus 940/4 Sejarah Penggal 2 ini
disarankan merujuk ‘Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah
Kertas 4 (940/4), Manual Sekolah’ yang berkaitan bagi mengetahui maklumat lanjut
berkaitan dengan tatacara penulisan esei Sejarah yang lengkap.
Tindakan penulis (pelajar) agar mematuhi kriteria-kriteria penulisan esei
Sejarah yang betul agar selari dengan tajuk, tujuan, permasalahan, rujukan,
sorotan kajian (literature review), kaedah, struktur esei, teknik rumusan, nota
akhir (endnote) dan bibliografi (rujukan) yang lengkap (Rujuk Manual Calon
Sekolah).

Format penulisan Esei


(a) Eesei ditulis atau ditaip atas kertas saiz A4.
(b) Panjang esei 2500 – 3000 patah perkataan (15 – 18 muka surat) tidak termasuk kertas cadangan,
nota akhir (endnote), jadual, rajah, graf, dan rujukan (bibliografi).
(c) Esei ditaip jarak langkau 2 baris, saiz fon 12 Times New Roman. Penulisan senarai bibliografi
dan nota akhir esei hendaklah mengikuti gaya Chicago, iaitu rujuk, http:// www.
chichagomanualofstyle.org
(d) Muka surat hadapan (cover page).
2.2 inci
1 inci 1 inci
1 inci TAJUK ESEI ( )

(1.5 inci) NAMA PELAJAR


: (1.5 inci)
NO. KAD PENGENALAN :
ANGKA GILIRAN :
NAMA SEKOLAH :
NO. PUSAT :

2.5 inci

Contoh penulisan endnote/bibliografi:


(a) Endnote:
1. R.G. Collingwood, The Idea of History, Oxford, 1977, hal. 77.
2. L. Kreger, Raknke : The Meaning of History, Chicago, 1977, hal. 2-4.
3. Ibid, hal. 6.
4. R.G. Collingwood, op.cit., hal. 89.

(b) Bibliografi: (disusun mengikut abjad)


Abdul Rahman Hj Ismail, Buku Malaysia : Sejarah Kenegaraan Dan Politik, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.

L.S.Stravarionos, The Balkans 1815-1914, America, United States, 1965, hal. 77.

R. Sutralingam, Sejarah India Moden : Imperialisme dan Nasionalisme, USM, Pusat Pengajian
Luar Kampus, 1987.

Contoh Penulisan Kerja Kursus Sejarah STPM Penggal 2


Tajuk: Asal-usul seni bermukun dan persembahannya dalam konteks masyarakat Melanau di
Daerah Matu Daro Sarawak.
Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, menyebabkan wujudnya pelbagai
persembahan tradisional. Lazimnya setiap masyarakat mempunyai kepelbagaian persembahan
tradisional yang unik. Pelbagai kesenian kaum ini dipengaruhi oleh masyarakat luar. Secara
umumnya, kesenian dan hiburan tradisional ini dibawa dari luar tetapi telah mengalami
beberapa proses pengubahsuaian dan unsur-unsur budaya tempatan agar mudah diterima oleh
masyarakat di sini.[1]
Secara umumnya, latihan ilmiah ini adalah mengenai kajian tentang kesenian dan
kebudayaan masyarakat tempatan.Secara umumnya kesenian merupakan aspek-aspek yang
dipamerkan atau ditonton di khalayak ramai. Ini meliputi tarian, muzik nyanyian dan teater.
Kebudayaan pula merupakan amalan dan upacara dalam kehidupan harian. Keadaan ini
meliputi pakaian, adat, serta pelbagai perayaan kaum di Malaysia.[2] Penulis
memilihtajuk seni bermukun atau bergendang dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah
Matu Daro, Sarawak. Seni bermukun atau bergendang ini amat popular dalam etnik Melanau
dan Melayu di negeri ini. Persembahan bermukun Melanau tiada bezanya dangan cara
persembahan masyarakat Melayu Sarawak. Bergendang dan bermukun merupakan satu aktiviti
yang masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melanau dan Melayu, khususnya di
kawasan kampung-kampung. Bermukun merupakan persembahan tradisional Sarawak yang
membabitkan persembahan tarian dan pantun berlagu yang diiringi oleh gesekan biola dan
gendang. Seni ini merupakan satu khazanah yang diwarisi sejak zaman-berzaman.[3]
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah asal usul
seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Sejarah asal sesebuah kebudayaan seni
amat penting kerana melalui sejarah masyarakat dapat lebih mengenali seni tersebut dan
membolehkan masyarakat untuk mendalami kesenian tersebut. Selain itu, penulis juga
akanmengupas berkenaan elemen-elemen penting dalam persembahan seni bermukun, serta
alat muzik yang digunakan dalam persembahan tersebut. Elemen utama dalam persembahan
bermukun adalah satu perkara yang harus dititikberatkan kerana ianya merupakan satu
pelengkap kepada persembahan tersebut. Persembahan seni bermukun akan menjadi tidak
menarik dan tidak sempurna sekiranya salah satu daripada elemen tersebut tiada. Pengkaji juga
ingin mengenalpasti peranan seni ini kepada masyarakat agar timbul kesedaran dalam diri
pengkaji dan masyarakat sekitar akan betapa seni bermukun ini berperanan penting dalam
pelbagai aspek kehidupan seperti dari aspek sosial masyarakat.
Permasalahan kajian adalah mengenai kemalapan persembahan bermukun dalam
masyarakat Melanau pada hari ini. Kajian ini bersesuaian dengan kemalapan beberapa kesenian
Sarawak berikutan daripada transformasi Negara kearah era kemodenan. Kebanyakan rakyat
negara ini,terutama golongan remaja yang masih mentah mula melupakan kebudayaan asal
rakyat kerana terikut-ikut dengan trend yang wujud pada masa ini.Kemodenan yang wujud
bukan merupakan satu alasan kepada masyarakat hari ini untuk menghapuskan pelbagai
kesenian rakyat, namun sikap rakyat yang mengagung-agungkan budaya luar adalah
menimbulkan permasalahan dalam menerapkan kebudayaan asal kita ke dalam jiwa masyarakat
terutama remaja hari ini. Justeru itu, kajian ini mengupas sejarah bagaimana kewujudan seni
bermukun ini agar remaja pada hari ini mengetahui tujuan sebenar bermukun ini diadakan pada
zaman dahulu dan bagi mendapatkan semula tempat seni ini dalam hati mereka yang kian
hanyut dalam arus globalisasi.Selain itu,sejauhmana kepentingan beberapa elemen utama
dalam persembahan seni ini juga akan turut dikaji oleh pengkaji. Sehubungan itu, sejauhmana
masyarakat dapat mendalami seni kehalusan berpantun yang merupakan satu eleman penting
dalam adat bermukun ini.
Menurut Mohd Fauzi Abdullah (1985) dalam kajiannya “pemikiran cinta bermukun
dalam gendang melayu Sarawak” kebudayaan merujuk langsung kepada “the way
of life” atau cara hidup dan pemikiran masyarakat. Penelitian terhadap elemen pantun atau
mukun dalam seni ini membolehkan kita menyelami pemikiran dan cara hidup masyarakat
terdahulu. Persoalan seperti, apakah hal yang sering masyarakat fikirkan? Bagaimana persepsi
masyarakat terhadap sesuatu hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka? Bagaimana
masyarakat menyelesaikan masalah yang mengganggu hidup mereka ? Sesungguhnya puisi
tradisional seperti pantun mukun agak asing dan misteri bagi kehidupan masyarakat hari
ini.Oleh itu kajian ini juga mengkaji sejauhmana peranan seni mukun ini dalam kehidupan
masyarakat dahulu dan sekarang.[4]

Seterusnya, kajian ini amat penting kepada seluruh lapisan masyarakat dalam
memahami seni bermukun yang menjadi khazanah nenek moyang etnik Melayu dan Melanau
di Sarawak. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran umum kepada
masyarakat terutamanya etnik Melanau yang menjadi penggiat utama seni bermukun ini.
Malahan dapat menimbulkan perasaan cinta akan seni kebudayaan sesebuah masyarakat itu
sendiri. Masyarakat dapat mengetahui sejarah asal seni itu wujud dalam etnik mereka sendiri.
Pengkaji juga mengharapkan agar hasil kajian ini boleh menjadi rujukan pengkaji seterusnya.
Pengkaji amatlah berharap agar masyarakat sedar akan peranan seni bermukun ini terhadap
pelbagai aspek kehidupan kita. Justeru itu, kajian ini amat penting bagi menghidupkan semula
seni warisan dan khazanah nenek-moyang masyarakat Melanau iaitu bermukun yang kian
tenggelam dalam arus modenisasi ini. Berdasarkan kajian ini, diharapkan minat masyarakat
terhadap kaeindahan seni dan kebudayaan bermukun ini akan bertambah seterusnya
memperkembangkan seni ini agar dapat dikenali dan menjadi khazanah yang bakal dihargai
dan diteruskan oleh generasi akan datang.
Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah meliputi kerangka masa selama 30 tahun
iaitu antara tahun 1970 hingga tahun 2000. Perbincangan kajian ini akan membincangkan
tentang asal bermulanya kegiatan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau di
Daerah Matu Daro yang di fokuskan di Kampung Penibong. Kampung Penibong merupakan
sebuah kampung yang terdapat dalam pulau Bruit di Daerah Matu Daro. Semua penduduk asal
kampung ini merupakan etnik Melanau asli. Kaum melanaumerupakan salah satu etnik yang
sama seperti bangsa lain di Sarawak. Kebanyakan Sarjana Barat menggambarkan watak dan
keperibadian kaum Melanau sebagai“gentle and peace loving people”. Menurut pendapat Hugh
Low (1968),mengenai kaum Melanau adalah seperti berikut :
“…Next members to the kyans,but of much more peaceful habits and practices,are
the orang milanowes, who inhabit the mouth of the great Rejang river, and the
small rivers to the eastward of print sirik. Their principal town is egan, on the
rivers of that name, which is,however.but a mouthof the Rejang,being that must to
the eastward; hoya,on a small riverstwenty miles of egan ;and Mocha, on another
fourteen miles east of the last mentioned settlement…”

Berdasarkan penyataan tersebut, memang terbuktilah bahawa masyarakat Melanau ini


merupakan masyarakat yang mendiami kawasan persisiran pantai.
Sorotan kesusasteraan adalah amat penting kepada pengkaji bagi kajian yang dijalankan.
Kajian lepas dapat membantu pengkaji untuk menilai dan mendapatkan maklumat tentang
kajian yang bakal dikaji sekarang dan melihat sejauh manakah kajian lepas berkait langsung
dengan kajian akan datang (Lawrence Dino, 2007). Pelbagai maklumat yang berkaitan dengan
kajian telah diperoleh daripada beberapa kajian lepas dan juga buku-buku yang berkaitan.
Antaranya ialah kajian yang bertajuk Pemikiran Cinta Bermukun dalam Gendang Melayu
Sarawak (Mohd Fauzi et.all,1985). Selain itu Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan dalam
pembentangannya “Bergendang dan Bermukun Dalam Masyarakat Sarawak” pada tahun
2009. Selain itu kajian juga dibuat oleh Jasiman Ahmad dan Nora Haji Samat dalam bukunya
yang bertajuk “Persembahan tradisional” pada tahun 2001.
Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data ialah kaedah
kajian lapangan. Pengkaji sendiri meluangkan masa menyaksikan persembahan adat bermukun
ini Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan oleh pengkaji. Kaedah temu ramah dan
perbualan merupakan satu kaedah yang lazim digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang latar belakang atau pandangan daripada seseorang. Pengkaji telah menemubual Puan
Raunah binti Mat yang merupakan salah seorang syeh[5] gendang di Kampung Penibong bagi
medapatkan keterangan lisan yang berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan. Selain itu,
pengkaji juga menggunakan kaedah penyelidikan buku-buku di perpustakaan dan pelbagai
bahan bacaan ilmiah lain bagi memperoleh data skunder. Kajian-kajian lepas yang telah
dilaksanakan juga merupakan satu panduan pengkaji.Bagi mengukuhkan lagi pemahaman
pengkaji, rujukan internet juga digunakan.
Dalam suatu penyelidikan sejarah, asal-usul sesuatu perkara yang hendak dikaji adalah
amat penting agar pengkaji dapat mendalami sejarah terlebih dahulu dan menimbulkan minat
pengkaji untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu isu. Menurut Kamus
Dewan edisi ke-4 perkataan asal-usul boleh didefinisikan sebagai salasilah, asal keturunan
seseorang. Asal-usul juga merupakan kaedah yang mula-mula dan punca kewujudan sesuatu
perkara. Oleh itu, pengertian tersebut bertepatan dengan objektif pengkaji yang ingin
mendalami tentang punca kewujudan dan kaedah mula-mula kesenian bermukun dalam
konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro.
Menurut Tuan Haji Mohd Yassin (2000) secara umumnya seni tari melayu amat rapat
dengan hubungan pengaruh luar seperti kesenian Arab. Bagaimanapun,dasar atau asas sesuatu
seni itu bersifat seni melayu dan segala yang diambil dari luar itu telah disesuaikan dengan
kesesuaian melayu yang sedia wujud. Budaya bermukun dikatakan bermula sebelum era
Brooke ataupun lebih awal. Penduduk sekitar juga telah menyatakan bahawa, kesenian
bermukun ini mula wujud di Daerah ini ketika kemasukan Islam yang mula bertapak di kawasan
tersebut seperti di Kampung Sekaan Matu. Pengaruh pemerintahan kesultanan Brunei
di Sarawak sekitar tahun 1600-an, telah banyak mencorakkan hidup masyarakat Melanau yang
tinggal di sekitar daerah ini. Buyong Adil (1989) menyatakan peranan kerajaan Kesultanan
Brunei menjadi penting dalam penyebaran Islam dan kebudayaan Melayu. Hal ini tertumpu
kepada beberapa tempat barat daya Borneo terutama sekali di Kuching, Kelaka, Sadong,
Semanggang, Sibu, Lundu, Saribas, Muara Sungai Rejang hingga sepanjang kawasan Tanjung
Datu dan Tanjung Sirik.
Namun begitu, Puan Raunah Binti Mat yang merupakan penduduk tetap di Daerah
Matu Daro atau spesifik di Kampung Penibong menyatakan bahawa, tiada terdapat kesasihan
yang sebenar tentang bermulanya seni bermukun dalam masyarakat Melanau ini. Namun
demikian, budaya bermukun ini merupakan satu khazanah yang diperturunkan daripada nenek
moyang mereka sejak dahulu kala. Ketiadaan hiburan pada zaman dahulu mendorong
masyarakat untuk mencipta sesuatu persembahan bagi mengisi masa lapangdan dapat
memberikan hiburan kepada masyarakat.[6] Bostami (1992) juga berpendapat bahawa dalam
proses penciptaan seni traadisional, terjadi hubungan antara subjek pencipta dan kondisi
lingkungan. Pencipta seni tradisional biasanya terpengaruh oleh keadaan sosial budaya
masyarakat di suatu tempat.Keterangan tersebut adalah sejajar dengan penjelasan Puan Raunah
iaitu, asal usul persembahan bermukun di kawasan Kampung Penibong apabila orang terdahulu
memulakan aktiviti bergendang dengan menggunakan papan terbuang. Idea tersebut muncul
apabila mereka mengetuk papan dan ianya menghasilkan bunyi dan irama yang berbeza dan
dapat menimbulkan minat penduduk untuk menari mengikut rentak yang dipukul. Oleh itu,
pelbagai idea untuk mengubah alat muzik tersebut dan akhirnya mereka terfikir untuk
menggunakan gendang yang diperbuat daripada kulit binatang seperti lembu. Akhirnya
persembahan tersebut terus diperkembangkan dalam kalangan masyarakat Melanau di
Kampung tersebut.[7]
Tarian dalam persembahan tersebut juga diringi dengan pelbagai kesusteraan melayu
terutamanya pantun. Pantun yang dipersembahkan dalam seni ini berlandaskan pemikiran cinta,
walaupun digambarkan agak sederhana namun ianya ringan dan menghiburkan, namun isinya
mampu menggambarkan peradaban dan etika masyarakatnya,Mohd Fauzi bin Abdullah (1985).
Penjelasan tersebut di perkuatkan lagi oleh Mary (2009) yang menyatakan bahawa menurut
kata orang tua-tua, pada zaman dahulu, acara bermukun atau bergendang adalah masa untuk
mencari jodoh, berkenal-kenalan sambil berhibur. Keadaan tersebut tidak menghairankan
kerana pada masa dahulu anak- anak gadis jarang keluar rumah dengan bebas.[8] Tambahan
lagi,pada zaman dahulu, majlis bergendang dan bermukun mengikut aturan umum seperti
“bercampak” iaitu mencampak sesuatu seperti bunga, duit syiling atau sapu tangan ke dalam
tabir yang memisahkan tukang gendang dan para penari.[9]
Selain itu persembahan bermukun atau bergendang ini juga dipanggil bernopeng oleh
masyarakat dahulu kala kerana para penari menggunakan topeng ketika persembahan
tersebut.[10] Gendang melayu ini wujud untuk mendidik budaya berbahasa juga mendidik
akhlak menerusi pantun dan tandak (tarian) mudah. Namun, budaya ini pernah disalahgunakan
oleh segelintir individu sebagai medium 'menjerat' dan maksiat.[11] Isu tersebut menjadi
sindiran menerusi novel Melati Sarawak oleh Mohamad Rakawi Yusuf terbitan tahun 1932
mengenai kelonggaran akhlak masyarakat Melayu Sarawak dalam bermukun. Pandangan
serong terhadap seni gendang tersebut ternyata memberi konflik terhadap golongan bangsawan,
perabangan, pengiran, syed dan tunku yang tergolong dalam istilah 'Melayu Sarawak'.
Disebabkan perkara tersebut, mereka yang menggemari budaya ini memenuhi kehendak
mereka dengan memakai topeng bagi menyembunyikan wajah sambil berpantun dan bertandak.
Sejak itu, lahirlah istilah 'menopeng' dalam budaya bermukun.
Seterusnya, pengkaji mendalami cara persembahan seni tersebut serta elemen-elemen
utama dalam persembahan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Menurut
pengalaman pengkaji sendiri yang telah menghadiri majlis bermukun ini, aktiviti bermukun ini
dikendalikan dalam kalangan wanita seramai dua atau lebih yang duduk dibahagian balik tabir
untuk memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil atau dikenali sebagai ‘tukang
gendang’ atau juga ‘syeh gendang’. Para lelaki pulaakan duduk berselerak atau sejajar mengikut
keselesaan sendiri diluar tabir. Namun begitu mereka meninggalkan ruang dibahagian
berdekatan tabir dan tukang gendang sebagai gelanggang tarian. Mereka menari secara bergilir-
gilir dengan pasangan masing-masing sambil menunjukkan kehebatan berbalas pantun bersama
mak gendang. Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah kesubuh
mengikut kehendak dan kemampuan tukang gendang dan penarinya dengan keizinan tuan
rumah. Persembahan bermukun ini biasanya diadakan di anjung rumah dan dalam keadaan
terbuka. Selain itu, aktiviti bermukun ini biasanya diadakan pada malam hari perkahwinan
sebagai tanda kesyukuran dan aktivi bersuka ria.[12] Penyataan tersebut juga dijelaskan oleh
Abdullah Haji Saidol yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Semop dalam ucapannya
dalam program TitikSentuhan dan Mukun Ria anjuran RTM Sibu (2012) berkata :
“bermukun merupakan satu aktiviti yan dikhazanahkan dan merupakan
aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang
dikhalayak ramai terutama pada majlis perkhwinan dan pelbagai majlis
keramaian.”

Seterusnya adalah berkenaan dengan gendang yang merupakan elemen utama dalam
persembahan seni bermukun dan merupakan satu-satunya alat muzik yang digunakan oleh
masyarakat Melanau bagi menyempurnakan seni khazanah mereka. Gendang mempunyai dua
muka yang tidak sama besar. Muka yang kecil dipasang belulang[13] kambing manakala, muka
yang besar pula dipasang belulang lembu. Belulang-belulang tersebut disirat dengan tali rotan
dan dililit dengan rotan yang sudah dibelah dua. Belulang ditegangkan dengan memasangkan
gelong-gelong yang diperbuat daripada kulit.[14] Badan gendang melayu diperbuat daripada
kayu nagka. Badan ini dipanggil temiang. Gendang dimainkan dengan cara meribanya dengan
kedudukan melintang. Muka gendang akan dipukul dengan telapak tangan.[15] Dalam
persembahan bermukun, gendang tersebut dipukul oleh dua orang wanita dengan irama yang
asas agar dapat disamakan dengan gerak tari para penari atau dipanggil sebagai penandak yang
terdiri daripada golongan lelaki. Pukulan asas tersebut adalah pukulan tepi dan tengah. Ditengah
pikulannya berbunyi “pak” dan pada bahagian tepi gendang berbunyi “pung”. Pukulan tersebut
dikenali sebagai pukulan induk.[16] Kedua-dua seh gendang boleh menggunakan pukulan
induk dalam persembahan bergendang. Namun, pukulan gendang harus dikendalikan dengan
berhati-hati agar tidak merosakkan atau menyumbangkan pukulan keseluruhannya.
Elemen yang seterusnya adalah pemukul gendang dan penari ataupun penandak.
Pemukul gendang adalah paling penting dan memainkan dua tugas utama iaitu memukul
gendang dan berbalas pantun dengan penari.Pemukul gendang adalah terdiri daripada dua orang
wanita atau lebih. Pemukul gendang mestilah mereka yang bergiat aktif dan mahir dalam
pukulan gendang melayu.Tambahan lagi,mereka haruslah mempunyai kemahiran
berpantun.[17]Penandak atau juga penari pula adalah terdiri daripada lelaki. Mereka akan
berbalas pantun dengan tukang gendang sambil menari.Para penandak menari berdasarkan
irama pukulan gendang.
Seterusnya adalah tandak.Tandak ialah satu bentuk tarian yang ditari oleh golongan
lelaki. Tuan Haji Mohammad Yasin (2002) mendefinisikan tarian sebagai memandang dan
meneliti gerak-geri, lenggang liuk daun kayu dan sebagainya, menurut kudrat dan bakat yang
ada padanya, manusia mencipta tarian sebagai hasrat jiwanya. Terdapat juga pelbagai bunga
tandak dicipta oleh masyarakat itu sendiri. Di Kampung Penibong, para penandak
kebanyakannya menari meggunakan bunga sorong tarik iaitu hayunan tangan yang
bertentangan dengan kaki. Seperti hayunan kaki dan tangan dalam perbarisan. Ciptaan tarian
tersebut adalah sinonim dengan pelbagai aktiviti harian masyarakat setempat. Kepelbagaian
aktiviti tersebut diterjemahkan dalam bentuk aktiviti kebudayaan bergendang. Masyarakat lama
akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah
disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di
sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat
Piah (1989) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada
alam perlu diketahui untuk memahami sesuatu kebudayaan pada zaman dahulu. Tambahan lagi,
ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, C.Sachs mengatakan bahawa,tarian merupakan:
“…gerakan berirama dan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-
geri berirama yang indah. Gerak-geri yang dimaksudkan itu adalah
berbentuk ciptaan yang indah boleh memberi kepuasan kepada orang
lain…”
Seterusnya adalah pantun yang merupakan sumber penarikan utama seni tersebut.
Pantun dalam adat bergendang juga dipanggil mukun. Pemukul gendang dan penari akan
berbalas pantun secara bergilir. Aktiviti berbalas pantun ini merupakan satu aktiviti bagi
mengasah minda masyarakat.Ada kajian yang dilakukan oleh ahli akademik mendapati
bergendang dan bermukun adalah bertujuan untuk mempamerkan kebijaksanaan, kemahiran,
kecekapan tingkah laku dan menguji minda.[18] Pantun yang terdapat dalam acara ini adalah
berdasarkan pemikiran masyarakat tentang aktiviti harian mereka. Za’ba di dalam bukunya
bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan
puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima
bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu bagi mentafsirkan kelakuan harian
mereka.Belles Lettres (2000) juga berpendapat :
“…if one of the assets of poetry at its best is the magic and beauty
accomplished by language, the Malay pantun can be placed among
the highest achievements of mankind in this form of art…”

Jelaslah bahawa pantun dalam seni bermukun adalah amat penting kepada kehidupan
masyarakat Melanau pada zaman dahulu.
Seterusnya adalah berikutan masalah seni bermukun ini yang kian malap dalam
kehidupan masyarakat Melanau pada hari ini. Menurut Mary berdasarkan kaji selidik yang
dilakukan bersama seorang lagi pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Unimas, Salbia Hassan, 70
peratus daripada responden mengatakan mereka mengetahui wujudnya aktiviti itu tetapi tidak
pernah menyertainya.[19] Berdasarkan penyataan tersebut,ternyata seni ini semakin luput
ditelan kemodenan. Oleh itu, adalah amat wajar bagi pengkaji mendalami kepentingan ataupun
peranan seni bermukun dalam kehidupan masyarakat Melanau pada zaman dahulu dan juga
sekarang.Menurut Richie (2008) terdapat tiga peranan seni hiburan tradisional bergendang dan
bermukun iaitu sebagai medium bagi merapatkan hubungan silaturrahim, medium komunikasi
antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik generasi muda (menerusi pantun).

Pertama sekali seni bermukun adalah amat penting sebagai medium bagi merapatkan
hubungan silaturrahim antara masyarakat. Hal ini demikian kerana, ketika persembahan seni
dilangsungkan, seluruh masyarakat sekitar akan berkumpul dan bersuka ria. Sopi Smile (2008)
berkata:
“…majlis bermukun bukan hanya dihadiri oleh mereka yang datang dari
satu kampung, namun ia disertai oleh para pemuda dari kampung-
kampung yang berdekatan…”
Melalui aktiviti bermukun ini,masyarakat sekitar dapat berkenalan sesama sendiri dan dapat
merapatkan jurang yang wujud antara masyarakat hari ini yang disebabkan perubahan gaya
hidup. Tambahan lagi, persembahan seni bermukun yang sering diadakan pada malam majlis
perkahwinan ini dapat dijadikan oleh masyarakat bagi mengumpulkan ahli keluarga masing-
masing dan meraikan satu keluarga baru yang bakal menempuhi alam rumahtangga.
Seterusnya adalah amat wajar dikatakan bahawa seni bermukun ini adalah sabagai
medium komunikasi antara masyarakat pada masa dahulu terutamanya.Mohd Taib Osman
(1996) menganggap pantun, selain daripada alat komunikasi dalam konteks sosialnya, adalah
artifak budaya.Elemen utama dalam seni tersebut iaitu pantun merupakan ucapan spontan oleh
masyarakat dalam seni bermukun. Hal ini juga sejajar dengan ucapan Abdullah Haji Saidol
(2012) iaitu :
“…unsur bahasa yang istimewa ini memberi keindahan dan kehalusan
tersendiri kepada sastera melayu kerana sesuatu penyataan dan fikiran
hanya akan dikemukakan dalambentuk yang tidak langsung, tidak
menyinggung perasaan tetapi tepat pada makna dan tujuannya…”

Bermukun sebagai satu medium komunikasi juga dinyatakan oleh Mary Subet dalam
kajian menyatakan bahawa pada zaman dahulu, persembahan bermukun adalah masa yang
dinantikan oleh anak-anak muda untuk mencari jodoh dan berkenal-kenalan.[20] Ketiadaan
teknologi komunikasi pada zaman dahulu juga menyebabkan masyarakat menggunakan
persembahan bermukun iaitu ketika kebanyakan masyarakat sekitar berkumpul. Pada majlis
tersebut, masyarakat juga boleh berbincang tentang soal duniawi mahupun akhirat, kerana
hanya pada masa tersebut sahaja mereka boleh berkumpul beramai-ramai sambil menenangkan
fikiran. Selain itu, menurutMohamad Saleeh Rahamad, Universiti Malaya,bagi tujuan
berkomunikasi sesama manusia pantun tergolong dalam fungsi untuk berkasih sayang, adat
resam, agama dan kepercayaan, budi, jenaka dan permainan, teka teki, kepahlawanan, nasihat
dan pendidikan, kritikan, kembara, dan sebagainya. Jelaslah, seni bermukun merupakan
medium komunikasi masyarakat pada masa dahulu dan sekarang.
Selain itu, seni bermukun juga merupakan satu medium bagi mendidik generasi muda
melalui pantun. Pantun-pantun yang berkenaan dengan hubungan kasih-sayang, berbudi bahasa
dan norma kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan
pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka
mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara.
Justeru,jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk
memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan
pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Pantun lebih lanjut dikatakan
harus berperanan untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang penuh berisi nilai-nilai luhur
agama, budaya, dan norma-norma sosial masyarakat (Hodijah widyaiswara, 2009).
Sebagai rumusan, aktiviti seni bermukun dalam kalangan masyarakat Melanau ini
sememangnya sudah menjadi khazanah nenek moyang masyarakat Melanau sejak zaman
dahulu kala. Menurut beberapa pendapat umum, dapat dirumuskan bahawa tiada asal usul
sebenar kewujudan seni ini, mereka hanya menyatakan bahawa seni ini adalah turun temurun
daripada nenek moyang mereka. Selain itu, dalam mengupas beberapa aspek dalam elemen
penting dalam persembahan bergendang, terdapat elemen seperti gendang iaitu alat muzik
utama, pemukul gendang, penari iaitu lebih dikenal sebagai penandak, tarian atau tandak,dan
juga pantun. Seterusnya, seni ini juga berperanan sebagai, medium bagi merapatkan hubungan
silaturrahim, medium komunikasi antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik
generasi muda (menerusi pantun). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa seni
bermukun adalah amat penting dalam beberapa aspek kehidupan masyarakat pada zaman
dahulu dan sekarang.

[1] Hamidah Husein, kesenian dan hiburan tradisional,1995, hal 1.


[2]Ibid, hal 2.
[3]Sopi Samile, “bermukun meriah keramaian,” utusan Malaysia(Kuching Sarawak) 24 september
2008.hal.2
[4] Mohd Fauzi Abdullah et.al. “ pemikiran cinta bermukun dalam gendang melayu Sarawak”
(Institusi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, 1985, hal.2.
[5] Syeh gendang ialah panggilan bagi pemukul gendang dalam masyarakat Melanau.
[6]Op.cit., Hamidah Husein, hal.2.
[7]Raunah bin Mat, (2013) temubual lapangan, Kampung Penibong Matu Daro.
[8] Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan “bergendang dan bermukun dalam masyarakat melayu
Sarawak”(kertas kerja dibentangkan dalam 55TH seminar in the cls research seminar series,
UNIMAS, 4th May 2009) diterbitkan dalam artikel my Sarawak “ bermukun semakin malap”, hal.
3.
[9]Ibid.
[10]Op.cit., Sopi Samile, hal.2.
[11]Mohd RakawiYussuf, Melati Sarawak, 1932, hal.20.
[12]Temuramah dengan Raunah binti Mat.
[13] “belulang” ialah kulit binatang yang telah dikeringkan.
[14]Op.cit., Hamidah Husein, hal.51.
[15]Ibid, hal.52.
[16] Temuramah dengan Raunah Binti Mat.
[17]Temuramah dengan Raunah Binti Mat.
[18]Op.ci., Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, hal.2.
[19]Ibid.
[20]Ibid, hal. 3

(Jumlah Perkataan: 3394 )

Bibliografi :

Sumber Primer :

Temuramah lisan:

Raunah Binti Mat, temu bual lapangan di kampung Penibong, Daro, pada 8 Februari 2013,
pukul 4.30 petang.

Sumber Skunder:

Hamidah Husein, Kesenian dan Hiburan Tradisional, Selangor, Penerbit Prisma, Sdn.
Bhd. 1995.

Jermai Bedihi “Pesta Bermukun 2013” Mingguan Sarawak (Sarawak), 31 Mac 2013.

Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, Gendang dan Bermukun Dalam masyarakat melayu
Sarawak, kertas kerja dibentangkan dalam 55th Seminar in the CLS research seminar series,
2009.

Mohd. Fauzi et.al, Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang melayu Sarawak, Kuala
Lumpur, Institusi Bahasa Melayu Malaysia, 1985.

Mohd Rakawi Yussuf, Melati Sarawak, Sarawak, The Sarawak Printing Company, 1932.
Sopi Samaile, Bermukun Meriah Keramaian, Kuching Sarawak, Utusan Malaysia, 2008.

KERTAS CADANGAN BAGI KERJA


KURSUS SEJARAH
Nama :

Kelas :

No I/C :

Tajuk : Budaya Baba Nyonya.

Pemilihan tajuk
Saya telah memilih tajuk Kebudayaan Baba Nyonya di Melaka. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan
kajian saya adalah sebuah kawasan dimana terletaknya tinggalan sejarah yang kini menjadi tarikan
pelancong untuk datang ke Melaka. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan cara kehidupan dan
budaya yang mereka amalkan. Bagi saya, budaya baba nyonya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai
kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.

Pengenalan
Cara hidup dan kebudayaan Baba N
yonya:

Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan
berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina
yang unik serta tradisi Melayu.
Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara
pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung
kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.

Objektif kajian
Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah

a) Untuk mengkaji asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya


b) Untuk mengkaji keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
c) Untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh kaum Baba Nyonya.
d) Untuk mengkaji tentang pakaian yang digunakan oleh kaum ini.
e) Untuk mengupas makanan tradisional Baba Nyonya.

Permasalahan kajian
Saya akan mengupas mengenai asal usul Baba Nyonya.Selain itu,mengupas tentang keunikan budaya
yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.Selain itu,saya ingin mengkaji dan mengupas bahasa yang
digunakan oleh kaum ini.Akhir sekali,saya akan mengkaji tentang pakaian tradisional yang digunakan
oleh masyarakat Baba Nyonya dan makanan tradisional Baba Nyonya.

Skop kajian
Saya akan mengkaji mengenai asal usul Kaum peranakan Baba Nyonya yang sudah wujud di negeri
ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang merupakan
kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak.

Kajian Lepas:
Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF baru-
baru ini telah mendekati kumpulan minoriti Baba Nyonya yang ada di Melaka untuk mengetahui sejauh
mana adat resam dan budaya masyarakat itu dapat dipertahankan.

Kaedah Kajian
Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah
a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang tempatan yang
mengetahui tentang asal usul kumpulan minoriti Baba Nyonya.

b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian yang didiami oleh kaum Baba Nyonya
di Jonker Walk.

c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini
kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.

d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak
menyumbang kepada hasil kajian saya.

Pembahagian Struktur esei.

Bahagian 1 : Asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya


Ia berpunca pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka menerusi perkahwinan campur yang
berlaku di antara pedagang Cina yang datang berniaga ke Tanah Melayu pada waktu itu yang
kemudiannya jatuh cinta dan akhirnya mengahwini wanita Melayu.

Bahagian 2 : Keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.


Kaum Baba Nyonya mengamalkan cara hidup seperti kaum Melayu.Baba Nyonya ini mempunyai
persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.

Bahagian 3 : Bahasa yang digunakan


Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan
ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa
Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur
bahasa Hokkien.

Bahagian 4:Pakaian
Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai pakaian kaum Baba Nyonya. Kebanyakan
mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari
aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina.

Bahagian 5:Makanan
Di dalam bahagian ini saya akan mengkaji dan mengupas tentang makanan masyarakat Baba Nyonya
yang kita tidak ketahui.Selain itu,dikatakan makanan kaum Baba Nyonya dikatakan sama dengan
makanan masyarakat orang Melayu.
Penutup
Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih
menghargai amalan dan budaya sosial yang diamalkan masyarakat Baba Nyonya yang semakin
disisihkan oleh generasi baru kaum itu. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu
sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran
budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban
dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu
dalam kehidupan bermasyarakat.

Contoh proposal sejarah bagi PBS tingkatan


6 sistem modular

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)
TEMA: SENI DAN KEBUDAYAAN
TAJUK ESEI ILMIAH:
SEJARAH MENGENAI ADAT RESAM KAUM MELANAU
SARAWAK

NAMA PELAJAR : SHENA TING

NO. KAD PENGENALAN : 9410101-12-6446

ANGKA GILIRAN :

NAMA SEKOLAH : SMK MUHIBBAH , SANDAKAN

NO. PUSAT : SE0252


Unit Sejarah JPN Sabah @ 2013
Penyelidikan Esei Ilmiah Tingkatan Enam

Copyright © All Rights


Reserved

Penyediaan kertas Cadangan / Proposal

TEMA: (3) SENI DAN KEBUDAYAAN

TAJUK: MENGKAJI TENTANG SEJARAH ADAT RESAM KAUM


MELANAU SARAWAK.

OLEH : SHENA TING

Perkara Halaman

1.0 PENGENALAN 1

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 2

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN 2

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN 3

5.0 OBJEKTIF KAJIAN ` 3

6.0 SASARAN KAJIAN 4

7.0 SKOP KAJIAN 4

8.0 METODOLOGI KAJIAN 5

9.0 JADUAL PERANCANGAN KERJA 6

10.0 BIBLIOGRAFI 7

11.0 BAJET/KOS
KAJIAN 8
1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan di kawasan Sandakan dengan mengkaji mengenai adat


resam kaum Melanau Sarawak. Penduduk kaum Melanau Sarawak telah
mengamalkan adat resam ini sejak dahulu lagi sehingga kini. Masyarakat Melanau
mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan
dan adat resam.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam
mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti
kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman
berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. Dari aspek kelahiran, ibu yang
mengandung terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang
dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-
buahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil
tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam.
Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil
kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan. Si suami juga
dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan
atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga
tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak.
Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam
kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana
anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak
boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat
ataupun gugur.
Dari aspek perkahwinan pula, kaum Melanau Sarawak menitikberatkan aspek pangkat dalam
institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu
mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima
betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang
mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan
status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain
iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan diadakan secara besar-
besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah.
Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki
dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain
seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan
ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya
iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-
dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara,
jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan
pada tengah hari. Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di
rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang,
antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki
kepada pengantin perempuan.

1
Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misalnya
tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang. Oleh kerana perkahwinan
merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka
yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan.
Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah; Setelah menjadi pasangan suami isteri,
suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh
menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri. Suami tidak boleh memerah kelapa
yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas. Pakaian yang
dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh
menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri. Isteri dilarang keras memarut rumbia atau
menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam
kandungan keguguran. Pakaian tradisonal lelaki ialah; satin berwarna gelap dipadankan
dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa dan menggayakan
baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon
berkopiah Jawa. Manakala pakaian tradisonal bagi wanita pula ialah, baju baldu hitam dengan
sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan
perhiasan kepala kepih sanggul, dan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju
kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai
selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

2.0 LATAR BELAKANG

2
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Sebagai generasi muda kini, saya ingin mengetahui bagaimanakah amalan serta adat
resam kaum Melanau –Sarawak. Saya juga mengkaji beberapa persoalan seperti apakah jenis
pakaian tradisonal yang perlu diikuti oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan dalam
masyarakat kaum Melanau Sarawak? Apakah adat perkahwinan kaum Melanau Sarawak?
Sejauh manakah amalan adat istiadat ini dipraktikkan pada zaman dahulu dengan zaman era
pasca moden kini? Oleh hal yang demikian, maka betapa pentingnya kajian ini dilaksanakan
untuk meneroka dan mengenalpasti serta menerangkan persoalan yang bermain di minda
dengan lebih jelas lagi supaya dapat memahami serta mendalami pemahaman mengenai adat
resam kaum Melanau Sarawak. Jika tidak dikaji maka mungkin tidak akan adanya sumber
untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang serta pengetahuan mengenai adat resam kaum
Melanau Sarawak ini.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidikan ini telah dilakukan berdasarkan kajian lapangan atau menemu bual dan melalui
soalan soal selidik yang dijalankan dalam tempoh penyelidikan .Seterusnya ialah hasil kajian
ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kebaikan serta ilmu pengetahuan kepada pelbagai
peringkat masyarakat termasuklah para pelajar tidak kira pada peringkat rendah atau menengah
mahupun peringkat universiti dan penduduk setempat serta berkemungkinan kepada para
penyelidik yang ingin menyambung kajian ini dan dijadikan sebagai satu panduan kepada
mereka pada masa yang akan datang .

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kerja Kursus ini dijalankan berrtujuan untuk :
a) Mengkaji latar belakang serta amalan dalam adat resam kaum melanau di Sarawak
b) Mengenalpasti kegiatan adat resam kaum melanau di Sarawak.
5.0 SASARAN KAJIAN
Sasaran penyelidik untuk peroleh maklumat tentang adat resam kaum melanau di
Sarawak adalah melalui temu bual seorang penduduk yang berketurunan melanau yang telah
menetap di Sandakan Sabah. Selain itu ,penyelidik telah memperoleh maklumat tambahan
dengan mengedarkan borang soal selidik secara rawak kepada masyarakat kaum melanau
Sarawak yang telah menetap di Sandakan Sabah.

4
6.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di sekitar Sandakan

Peta Lokasi kajian Pusat Bandar Sandakan


Sumber : Laman WEB GOOGLE MAPS

7.0 METODOLOGI KAJIAN


Bagi tujuan pengumpulan data, metod perpustakaan menjadi asas dalam mengolah persoalan
pokok mengenai adat resam kaum melanau sarawak. Metod ini digunakan untuk mengenal pasti
pengertian dan konsep adat resam kaum melanau sarawak.Untuk memperoleh data yang
berkaitan dengan persepsi masyarakat suatu borang soal selidik telah dibuat.Soal selidik ini
dijalankan dengan mengambil kira demografi responden dan beberapa bentuk soalan yang
berkaitan dengan adat resam kaum melanau sarawak
Selain itu, metod yang digunakan adalah dengan melayari laman sesawang yang berkaitan
dengan adat resam kaum melanau sarawak bagi mencari maklumat terperinci mengenai adat
perkhawinan tersebut. Seterusnya metod melawat ke tempat kajian iaitu Bandar
Sandakan dimana penyelidik praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian
kajian kerja kursus ini.

8.0 JADUAL PERANCANGAN KERJA

BIL TEMPOH PERKARA TINDAKAN CALON


1 2 Jan - 4 Jan Pengenalan kepada ilmu sejarah,  Memahami konsep dan teori sejarah
kaedah penyelidikan dan penulisan
sejarah  Memahirkan diri tatacara penyelidikan
sejarah

 Kenal pasti langkah-langkah penulisan


sejarah
2 7 Jan - 18 Jan Penyediaan Cadangan Penyelidikan  Memilih tajuk yang sesuai

 Menulis tujuan kajian

 Membina permasalahan kajiam

 Mencari sorotan kajian (kajian


literature)

 Menggunakan pelbagai kajian


penyelidikan sejarah

 Merangka struktur esei

 Mengaplikasi teknik membuat


rumusan

 Mengaplikasi format penulisan


bibliografi
3 21 Jan - 10 April Menjalankan kajian  Menjalankan penyelidikan

 Menyaring dan
mengklasifikasikan maklumat yang
didapati

 Menulis esei

7
9.0 BIBLIOGRAFI

Rujukan laman sesawang


http://www.komunitikita.my/%20http:/drghazali.blogspot.com/2010/11/index.php?option=co
m_content&view=featured&Itemid=587

Rujukan laman sesawang Blogger


http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/masyarakat-melanau.html#comment-form

Lee Yong Leng “Penduduk dan Petempatan di Sarawak”.


L.W.Jones “The Population Of Borneo” (A study of peoples of Sarawak, Sabah and Brunei)
Haji Buyong Adil “Sejarah Sarawak”

11.0 BAJET/KOS KAJIAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Melayari internet di CyberCafe RM 5.00

2 Dakwat Printer RM 50.00

3 Kertas bersaiz A4 RM 15.90

4 Alat tulis RM 8.00

5 Tambang Bas RM 5.00


6 Fail RM 1.50

7 Kredit telefon membuat panggilan RM 15.00

JUMLAH RM 100.40

MENULIS BIBLIOGRAFI ESEI ILMIAH TINGKATAN 6 Bibliografi merupakan bahagian


terakhir dalam melakukan penulisan sejarah sama ada untuk tesis atau esei ilmiah di
Tingkatan 6. Perkataan bibliografi berasal daripada perkataan Greek iaitu bibliographia
yang bermakna menulis buku. Walaupun begitu, ia lebih sesuai diertikan sebagai satu
senarai rujukan yang sistematik berupa buku, manuskrip, makalah, alat pandang dengar
dan sebagainya yang menjadi rujukan penulis dan disenaraikan di bahagian akhir tesis
atau esei ilmiah untuk menjadi tempat rujukan. Ia juga dianggap sebagai rujukan
tambahan kepada nota kaki atau nota akhir yang telah disenaraikan semasa membuat
penulisan. Bibliografi adalah satu senarai bahan-bahan sumber rujukan yang berkaitan
dengan subjek sejarah yang diteliti, sama ada dirujuk sepenuhnya atau separa sahaja.
Ia adalah untuk memenuhi kehendak pembaca mengetahui dengan lebih teliti tentang
sesuatu sumber yang dirujuk. Berbeza dengan nota kaki atau nota akhir, nama pertama
pengarang dalam bibliografi didahulukan, misalnya Mahayudin Hj. Yahaya. Penekanan
teknik ini ialah nama keluarga (surname) haruslah didahulukan. Biasanya bibliografi
diatur atau disusun mengikut urutan abjad berbanding nota kaki yang dibuat mengikut
keperluan sumber sahaja. Dalam bibliografi juga halamannya tidak perlu dituliskan
seperti mana dalam nota kaki. Biasanya dalam membuat bibliografi, jarak di antara
senarai bibliografi ialah dengan jarak satu langkau iaitu sama seperti membuat petikan
dan notakaki. Penyusunan mengikut nama pengarang dalam urutan abjad adalah perlu
untuk memudahkan membuat rujukan semula. Bagi sumber-sumber yang tidak diketahui
penulisnya, abjad pertama tajuk atau judul sumber akan dijadikan ukuran untuk
membuat bibliografi. Setiap abjad awal juga harus menggunakan huruf besar dan tajuk
buku atau artikel hendaklah menggunakan huruf condong ataupun digariskan. Satu
catatan bibliografi yang lengkap akan mengadungi nama keluarga pengarang, tahun
penerbitan, judul sumber yang lengkap, terjemahan (sekiranya ada), bilangan jilid atau
edisi, nama tempat penerbitan, nama penerbit. Kedudukan baris pertama ayat
bibliografi harus dimulakan pada santak kiri dan baris ayat seterusnya hendaklah pada
kedudukan tergantung (hanging) ataupun dengan ensotan 12.5 mm (pada ketukan
keenam). Harus juga ingat bahawa penekanan tanda noktah diamalkan dalam teknik
bibliografi, tidak seperti teknik notakaki yang menekankan penggunaan tanda koma.
Contohnya; Ibrahim Hj. Yaakob. 1951. Nusa dan Bangsa Melayu. Jakarta: N.V.AL
Maarif. __________. 1957. Sekitar Malaya Merdeka, Jakarta: Penerbitan Kesatuan
Malaya. Gullick, J.M. 1958. Indigenous Political System Of Western Malaya, London:
London University Press. Jika terdapat lebih dari satu sumber karya yang dikarang boleh
penulis yang sama, maka digunakan tanda garisan seperti yang ditunjukkan dalam
contoh di atas. Secara umumnya bibliografi dapat dibahagikan kepada dua kelompok
sumber, iaitu berasaskan kepada pecahan sumber primer dan sumber sekunder.
Sumber primer bagi sesuatu bibliografi adalah merujuk kepada sumber-sumber yang
terhasil sezaman dengan period yang dikaji oleh seseorang ahli penyelidik sejarah. Ini
termasuklah rekod-rekod rasmi yang tidak diterbitkan, rekod-rekod rasmi yang telah
diterbitkan, laporan rasmi dan akhbar. Sementara sumber sekunder pula merujuk
kepada apa-apa hasil penulisan yang telah dibuat boleh ahli-ahli penyelidik sejarah
melalui proses penyelidikan zaman-zaman dahulu. Ia adalah seperti buku, jurnal, kertas
kerja, majalah dan lain-lain. Biasanya sumber-sumber rujukan ini disusun mengikut
jenisnya, iaitu sumber awalan (primer) dan sumber pendua (sekunder) dan juga latihan
ilmiah. Contoh-contoh penggunaan bibliografi adalah seperti di bawah; Buku i. Jika
seorang pengarang. Bourguignon, E.M. 1973. Religion, Altered States of Conciousness
and Social Change. Columbus: Ohio State University Press. ii. Jika lebih dari seorang
pengarang. Adorono,T.W., et.al. 1950. The Authoritarian Personality: Studies in
Prejudice. New York: Harper. iii. Jika penulis adalah penyunting. Wilkinson, R.J. (ed).
1971. Papers on Malay Subjects. New York: Oxford University Press. iv. Terjemahan.
Riffer, John. 1977. The History on Exploration in America. (Terjemahan). New York:
Brown Co. Artikel atau Esei. Abdullah Zakaria Ghazali. 1979. Kebangkitan Anti British di
Malaysia. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Persatuan
Sejarah Malaysia. Suratkhabar. Older, Jonathan. Silver Thorns. The Praine Gity
Cyclone, 24 July 1986. Munuskrip. Squire, James Charles. 19 Mac 1905-17 February
1943. Manuscript. 30 Volumes. Central University of America Library. Used by
permission of Mrs. James Charles Squire. Temubual Nama : Tn.
Hj. Mahmud bin Ahmad Tempat Lahir : Kota Bharu
Umur : 56 tahun Pekerjaan : Ketua Kampung
Pengalaman : Pernah menjadi guru sebelum dilantik menjadi Ketua
Kampung pada tahun 1960. Tempat Temu bual : Di pejabat beliau, Kota
Bharu, Kelantan. Rumusan, dengan ini dapat dikatakan bahawa selain dari melakukan
penyelidikan yang baik dan pengumpulan maklumat atau sumber yang tepat, teknik-
teknik penulisan yang berkesan dan betul juga akan menjadi tali pengukur kepada
sebuah penulisan sejarah. Tanpa memberi perhatian terhadap penggunaan teknik
tersebut, maka hasilnya bukanlah sebuah karya yang ilmiah.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win