Kerja Kusus Sejarah
Kerja Kusus Sejarah
org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad
Nama asal
Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (New
Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini
dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat).
Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan
persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu nama bangunan ini ditukar
kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857
- 1898. Nama ini kekal hingga sekarang.
Lokasi[
Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor.
Ia berdiri di Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan Raja
dahulunya Gombak Road.
Di dalam peta, bangunan ini terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Pelbagai
bangunan dibina di pertemuan dua sungai ini seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur, Stesen Kereta
Api Tanah Melayu dan lain-lain. Di sinilah aktiviti perlombongan bijih timah bermula di Kuala
Lumpur, menjadi pemangkin kejayaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu seterusnya negara
Malaysia sekarang.
Perasmian bangunan
Perletakan batu asas dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles B.H.
Mitchell K.C.M.G. pada 6 Oktober 1894 . Residen British di Selangor waktu itu ialah W.H Treacher
C.M.C. Setelah siap sepenuhnya , bangunan ini di rasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor,
Sir Frank Swettenham K.C.M.G. pada 4 April 1897.
Bangunan Sultan Abdul Samad
باڠونن سلطان عبدال سامد
Tujuan pembinaan
Pentadbiran British di Selangor memerlukan ibu pejabat baru bagi
mentadbir negeri . Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak
di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur.
Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank
Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari
1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor
.
Gaya seni bina Moghul & Moor Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah
dijadikan Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh
Lokasi Jalan Tun Perak, Kuala itu disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–
Lumpur, Malaysia pegawai mahkamah.
Sejarah pembinaan
Pembinaan
Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD).
Disiapkan April 1897 Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Arthur
Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897. Norman
menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat ilham daripada
Pasukan reka bentuk
masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri
senibinaMoor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.
Arkitek Arthur Charles Alfred Norman
Charles Edwin Spooner bertindak sebagai perancang dan Jurutera
Negeri . Pengarah PWD ialah R.A.J. Bidwell .A.B. Hubback
menyediakan pelan dan lukisan rekabentuk.
Idea dan rekabentuk bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas
sebagai Residen British di Selangor. Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor hanya mempunyai
bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol.
Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh
Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.
Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep
Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang
bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk
tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan
reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman.
Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824. Anggaran awal hanyalah
$152,000.Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batu-batu di bina
di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000
pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.
Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri daripada kaum
India . Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah Ghouse, yang berasal
dari Chittagong, India (sekarang Bangladesh).Batu-bata ini dibawa terus melalui Sungai Kelang dan
ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid Jamek sekarang.
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta
lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan
batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang
terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah
tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios. [3]
Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu standard di seluruh
Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kota London.
Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua
tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar
yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di
menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini
Pemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini berbentuk F. Ia bangunan awam pertama di
tapak berbentuk segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan)
yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Kelang serta gereja St Clarke
dan Jalan Mahkamah Tinggi.
Beberapa bangunan pentadbiran di India dibina menggunakan stail seni bina Islam 'Moor' atau
'Mahometan Style' terutama bangunan Taj Mahal di Agra, India. Terdapat unsur Islam pada gerbang
tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk
minaret yang kebiasaannya terdapat pada seni bina Masjid. Nilai estetika ini menjadi ikutan arkitek
di India, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan negara Komanwel yang lain.
Ubah suai dilakukan lagi pada 2007. Majlis penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad kepada
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) telah diadakan
pada 24 Disember 2008. Penyerahan adalah daripada SPAZ Sdn. Bhd. Kepada Jabatan Kerja Raya
Malaysia dan seterusnya kepada KPKKW.
Mulai 2007, bangunan ini dijadikan Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua
Setiausaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit Perhubungan Awam,
Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan KPKKW. Sempena majlis penyerahan
bangunan ini juga turut diadakan bacaan Yassin dan doa selamat.