Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 8

PERSIARAN KEWAJIPAN,
47610 UEP SUBANG JAYA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


KALI KETIGA TAHUN 2010

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2010 (KHAMIS)


MASA : 1.15 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK USJ 8

KEHADIRAN:
1. Pn. Dzurainee Bt. Mokhatar (KP PSK)
2. Pn. Siti Zaliha Bt. Burhanek (S/U PSK)
3. Pn. Norashikin Bt. Mansor
4. Pn. Musliha Bt. Mohamad Johari
5. En. Mohd Ridzuan Bin Mat
6. Pn. Fatimah Muhd Razaki
7. Cik Nur Saadah Bt. Abu Hassan
8. Cik Wardah Bt. Wahid
9. Cik Azlina Bt. Mohamad Said
10. En. Noraizam Bin Sulaiman

TIDAK HADIR:
1. Pn. Kan Fong Yee (Bersebab)
2. Pn. Wan Noriza Bt. Wan Jusoh (Bersebab)
3. Pn. Gheeta A/P Narayanan (Bersebab)
4. En. Mohamad Razri Bin Abd Hamid (Kursus)
5. En. Darnalis Bin Abu Bakar (Berpindah Ke PPD)
6. Pn. Sarasvathy A/P Kanniah (Cuti Bersalin)
7. Pn. Hasnirawatie Bt.Mohd Ghazali (Mesyuarat Guru Tingkatan 3)

1. Ucapan Pengerusi
1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
1.2. Pengerusi memperkenalkan serta mengalu-alukan kedatangan guru Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan yang baru iaitu Cik Azlina Binti Mohamad Said.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1. Minit mesyuarat panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang lau telah dicadang
untuk disahkan oleh Pn. Norashikin Bt. Mansor dan disokong oleh Cik Wardah Bt. Wahid.

3. Perkara Berbangkit
3.1. Pengerusi memaklumkan bahawa Program Khidmat Masyarakat Mengecat Kantin anjuran
bersama Unit Kantin Sekolah yang diadakan pada hari Sabtu, 17 Julai 2010 telah berjaya
dilaksanakan. Pengerusi mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih atas kerjasama
semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang terlibat serta tidak lupa juga
kepada 25 orang murid Tingkatan 4 yang hadir pada hari tersebut.
3.2. Pengerusi memaklumkan bahawa sijil-sijil penghargaan akan disediakan dan diedarkan
secepat mungkin kepada murid-murid yang terlibat.
3.3. Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang terlibat
menjayakan aktiviti Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pada Bulan
Penghayahatan Kemerdekaan yang lalu.
Tindakan: Makluman
4. Perkara Baharu
4.1. Program Khidmat Masyarakat
4.1.1. Program Khidmat Masyarakat bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 akan dijalankan sebelum
peperiksaan akhir bermula. Markah yang diperuntukan adalah 50%.
4.1.2. Bagi Program Khidmat Masyarakat bagi Tingkatan 1 dan 2 adalah bertemakan Warisan
Kepelbagaian Budaya Bangsa. Setiap kelas Tingkatan 1 dan 2 akan menghantar wakil
seramai 4 orang murid dan mereka dikehendaki menjahit pakaian tradisional setiap etnik
di Malaysia. Setiap kumpulan hanya perlu memilih 1 jenis pakaian tradisional sahaja.
4.1.3. Bagi Program Khidmat Masyarakat bagi Tingkatan 3 pula seramai 80 orang murid akan
dipilih untuk mengertai Lawatan Sambil Belajar ke Melaka anjuran bersama Kelab
Kaunseling dan Kerjaya pada 15 November 2010. Program merupakan salah satu aktiviti
Pengisian Selepas PMR.
Tindakan: Makluman
5. Penutup
5.1. Mesyuarat ditangguhkan pada 1.45 petang dengan ucapan ribuan terima kasih kepada
semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang hadir.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

………………………………....…. ……………………..………….
(PN. DZURAINEE BT.
(PN. SITI ZALIHA BT. BURHANEK)
MOKHATAR)
S/U PANITIA PEND. SIVIK DAN KP PEND. SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN KEWARGANEGARAAN

Disahkan Oleh:

……………………..….
(PN. TAN LAN LAN)
GKMP KEMANUSIAN

Anda mungkin juga menyukai