Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN SKTP 3

TAHUN 2018

Murid Terlibat
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
(Tahun)

1. Pertandingan Mewarna PraSekolah, 26 Ogos – 6 September 2018


1,2,3 (Waktu matapelajaran Seni)

26 Ogos – 6 September 2018


2. Pertandingan Melukis Poster 4,5,6
(Waktu matapelajaran Seni)

3. Pertandingan Nyanyian Patriotik


Berkumpulan 4,5,6 13 September 2018

4. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak 4,5,6 5 September 2018

Tayangan Video (Kuiz Sejarah PraSekolah, 26 Ogos – 6 September 2018


5. Kemerdekaan) 1,2,3,
4,5,6

6. Pertandingan Pakaian Kebangsaan PraSekolah 13 September 2018


Tahap 1
Tahap 2

7. Pertandingan Keceriaan Kelas PraSekolah 26 Ogos – 6 September 2018


Tahap 1
Tahap 2

8. Pertandingan Hiasan Basikal Terbuka 13 September 2018


1) AKTIVITI PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1

• Pertandingan diadakan pada 26 Ogos – 6 September 2018


• Dijalankan pada waktu mata pelajaran Seni
• Hasil murid akan diserahkan kepada Cik Nabila Huda dan En. Faizal Bin Latif
• 3 pemenang dengan hasil mewarna yang terbaik akan dipilih daripada setiap tahun
bagi murid Tahap 1.

2) AKTIVITI PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2

• Pertandingan diadakan pada 26 Ogos – 6 September 2018


• Dijalankan pada waktu mata pelajaran Seni
• Hasil murid akan diserahkan kepada Pn. Lee Yun Kin dan En. Aziz Bin Abas
• 3 pemenang dengan hasil lukisan yang terbaik akan dipilih daripada setiap tahun
bagi murid Tahap 2.

3) AKTIVITI PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

• Pertandingan akan diadakan pada majlis penutup iaitu 13 September 2018


• Terbuka kepada semua murid Tahap 2 iaitu tahun 4 dan 5 sahaja
• Bilangan ahli kumpulan tidak kurang daripada 15 orang murid
• Kelas yang berminat untuk menyertai pertandingan perlu mengisi borang dan
menghantar borang penyertaan pada atau sebelum 28 Ogos 2018 (Selasa) kepada
Ustazah Syarifah Aini.
• Latihan bagi setiap kumpulan adalah atas insiatif guru kelas dan kumpulan tersebut
• Lagu yang dipilih MESTILAH bertemakan semangat patriotik
• Kriteria yang akan dinilai semasa pertandingan ialah kreativiti, suara dan
persembahan.
(a) Hakim-hakim bagi pertandingan nyanyian:
• En. Zainal Abidin Bin Johari
• Pn. Maziah Binti Sidek
4) AKTIVITI PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK PATRIOTIK

• Pertandingan akan dijalankan pada 5 September 2018 di Dewan Tertutup SKTP 3


• Pertandingan akan bermula pada jam 10.20 pagi
• Setiap kelas Tahap 2 diminta menghantar dua orang wakil sahaja iaitu seorang lelaki
dan seorang perempuan.
• Peserta dikehendaki mencari dan memilih sajak sendiri atau dengan bantuan guru
Bahasa Melayu kelas masing-masing yang bertemakan kemerdekaan.
• Murid yang berminat untuk menyertai pertandingan perlu mengisi borang dan
menghantar borang penyertaan pada atau sebelum 4 September 2018 (Selasa)
kepada Pn. Juliana Binti Md. Sih.
• Kriteria yang akan dinilai semasa pertandingan ialah kreativiti, intonasi suara,
persembahan dan pakaian.
• Terdapat 3 orang murid yang terdiri daripada murid tahap 2 akan dipilih menjadi
pemenang.
• Hakim-hakim bagi pertandingan ini adalah terdiri daripada:
Pn. Nurul Ashikin dan Pn. Juliana Binti Md. Sih

5) AKTIVITI TAYANGAN VIDEO (KUIZ SEJARAH KEMERDEKAAN)

• Tayangan video dan kuiz dijalankan bermula 26 Ogos – 6 September 2018


• Tayangan akan dilaksanakan di Bilik Tayang pada waktu subjek Bahasa Melayu
• Kuiz dijalankan dalam bentuk kertas edaran kepada setiap murid.
• 3 pemenang akan dipilih daripada setiap kelas Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2.
• Satu jadual bagi penggunaan bilik tayang bagi acara ini akan dilampirkan.
• Hakim-hakim bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
Pn. Norliyana Binti Mohamad Kasim dan Pn Raidah Binti Abdul Hamid

6) AKTIVITI PERTANDINGAN PAKAIAN KEBANGSAAN

• Setiap kelas diminta untuk menghantar seorang wakil sahaja bagi murid Tahap 1 dan
Tahap 2. Bagi murid PraSekolah pula, setiap kelas diminta untuk menghantar tiga
orang wakil.
• Pertandingan akan dijalankan pada Hari Penutup Kebangsaan iaitu 13 September
2018.
• Setiap peserta diminta untuk menggayakan pakaian kebangsaan yang menutup
aurat sahaja.
• Setiap peserta diminta untuk menggayakan pakaian kebangsaan yang dijahit atau
dihias mengikut kreativiti sendiri dan bukannya disewa dari butik ataupun kedai
kostum.
• Peserta yang melanggar peraturan akan ditolak markah
• Murid yang berminat untuk menyertai pertandingan perlu mengisi borang dan
menghantar borang penyertaan pada atau sebelum 4 September 2018 (Selasa)
kepada guru yang bertugas iaitu Pn. Lina Farhana Binti Rosli dan En. Mohamad
Tarmizi Bin Ahmad
• Kriteria yang akan dinilai semasa pertandingan ialah kreativiti, persembahan dan
pakaian.
• Hakim-hakim bagi pertandingan ini adalah terdiri daripada:
En. Salif Yahya Bin Salif Jamah
Pn. Esther Ponmalar A/P Jeyasingem

7) AKTIVITI PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

• Pertandingan dijalankan bermula pada 26 Ogos – 6 September 2018


• Setiap kelas daripada PraSekolah, Tahap 1 dan Tahap 2 hendaklah menghias kelas
masing-masing dengan bertemakan kemerdekaan.
• Pemenang akan dipilih mengikut ketegori iaitu Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2.
• Kriteria yang akan dinilai semasa pertandingan ialah kreativiti sudut kemerdekaan,
kekemasan, keceriaan dan kebersihan.
• Hakim-hakim bagi pertandingan ini adalah terdiri daripada:
En. Salif Yahya Bin Salif Jamah
Pn. Esther Ponmalar A/P Jeyasingem

8) AKTIVITI PERTANDINGAN HIASAN BASIKAL KEMERDEKAAN

• Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SKTP3


• Peserta perlu membawa basikal masing-masing untuk dipamerkan di dewan terbuka
pada Hari Penutup Bulan Kebangsaan iaitu 13 September 2018.
• Peserta dikehendaki menghias basikal masing-masing dengan menggunakan segala
kreativiti yang ada.
• Murid yang berminat untuk menyertai pertandingan perlu mengisi borang dan
menghantar borang penyertaan pada atau sebelum 4 September 2018 (Selasa)
kepada guru yang bertugas iaitu En. Mohd Al-Hafiz Bin Mohd Sabri dan Pn. Munira
Binti Mohamad Mokhtar
• Kriteria yang akan dinilai semasa pertandingan ialah kreativiti, persembahan dan
kekemasan basikal tersebut.
• (a) Hakim-hakim bagi pertandingan hiasan basikal:
En. Zainal Abidin Bin Johari
Pn. Maziah Binti Sidek

9) AKTIVITI PERTANDINGAN HIASAN MEJA GURU

• Pertandingan terbuka kepada semua guru di SKTP 3


• 3 orang pemenang akan dipilih berdasarkan hiasan meja yang menarik, mempunyai
kreativiti yang tersendiri serta bertemakan kemerdekaan
• Tarikh bagi hakim menilai meja-meja guru ialah 12 September 2018
• (a) Hakim-hakim bagi pertandingan nyanyian:
En. Zainal Abidin Bin Johari
Pn. Maziah Binti Sidek