Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SMKSS

TIME CUE ANNOUNCE

12.30 KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan


tgh
Yang Berusaha
Puan Hajah Siti Mariam Binti Abdul Rahman
Pengetua SMK Seri Sembrong

Serta para tetamu jemputan


Masuk ke dewan.

-IRINGAN SELAWAT-

12.45 SALUTASI Bismillahirrahmanirrahim


tgh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam Aidilfitri

(1) Yang Berusaha


Puan Norashikin Binti Abu Bakar
__________________________________________

(2) Yang Dihormati


Encik _____________________________________
___________________________________________

(3) Yang Berusaha


Puan Hajah Siti Mariam Binti Abdul Rahman
Pengetua
SMK Seri Sembrong

(4) Puan Hajah Rohana Binti Abdul Latip


GPK Pentadbiran

(5) Puan Hajah Noraini bt Talib


GPK Hal Ehwal Murid

(6) Barisan Ketua Bidang


Guru-Guru
Para pelajar
Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian.
1
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SMKSS

ALU-ALUAN MC Bersongkok bersampin segak berseri,


Berbaju kurung anggun jelita;
Majlis Aidilfitiri meriah sekali;
Bersama kita meraikannya

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kedatangan tuan-


tuan dan puan-puan ke Majlis Warna warni Hari Raya
peringkat sekolah tahun 2018

BACAAN DOA Rendang daging buat juadah,


Kuah kacang pelengkap rasa;
Sepuluh jari kami menadah;
Mohon berkat Yang Maha Esa

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi menjunjung keberkatan majlis, majlis dengan penuh


takzimnya mempersilakan EN MAAROF BIN MOHAD JAIS
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

-selesai doa-

Amin-amin ya rabbal ‘alamin. Semoga majlis kita


dirahmati Allah.

UCAPAN Hadirin sekalian,


PENGETUA
Baju Melayu baju Kebaya,
Bersulam emas puteri rupawan;
Ucapan puan persis mutiara;
Pinta kami buat pesanan

2
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SMKSS

Seterusnya, kita akan mendengar ucapan yang akan


disampaikan oleh

Yang Dihormati
______________________________________
______________________________________

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput dan


mempersilakan.

-selesai ucapan-

Majlis mengucapkan terima kasih.

1.00 VIP Tuan-tuan dan puan-puan,


ptg MENINGGALKAN
MAJLIS DAN Wajik dodol tradisi kita,
BERSURAI Ketupat rendang pembuka selera;
Tangan dihulur maaf dipinta;
Agar ukhuwah terjalin mesra

Seterusnya, kita akan mendengar ucapan yang akan


disampaikan oleh

Yang Berusaha
Puan Hajah Siti Mariam binti Abdul Rahman
Bonda Pengetua SMKSS untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan
-selesai ucapan-

Majlis mengucapkan terima kasih.

Hadirin yang dikasihi,


Agenda majlis diteruskan dengan Marhaban sempena
sambutan warna-warni aidilfitri 2018 . Marilah bersama2
kita berdiri dan bermarhaban bersama. Marhaban pagi ini
diketuai oleh Ustaz Saien bin _______________.

Alhamdullilah selesai acara marhaban sempenan


sambutan warna warni aidilfitri 2018. Segala puji bagi
junjugan kita, Nabi Muhammad saw.

3
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SMKSS

Pergi ke kedai membeli halia,


Terlihat laman adanya cinta;
Ziarah menziarahi amalan mulia;
Eratkan hubungan antara kita

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Puan


PENGETUA diiringi tetamu jemputan untuk meninggalkan
majlis dan menikmati hidangan yang telah disediakan.

Dipersilakan.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dikasihi,


Agenda majlis diteruskan dengan persembahan dari guru-
guru dan murid-murid

Majlis mempersembahkan.

-selesai persembahan-

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

Anda mungkin juga menyukai