Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Mikro)

Tarikh : 27 September 2011

Masa : 0700 – 0800

Kelas : 2D

Bilangan pelajar : 31 orang

Mata Pelajaran : Matematik

Bidang : Sukatan dan Geometri

Tajuk : Timbangan Berat

Hasil pembelajaran : Murid-murid dibimbing untuk:

11.1 Mengenal unit gram dan unit kilogram

Objektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,

murid-murid dapat :

a) mengenal unit gram dan unit kilogram dengan

memerhatikan senggatan pada alat penimbang.

b) mengenal jisim dalam unit gram dan unitkilogram

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan

dengan timbangan berat (berat, ringan, lebih berat,

lebih ringan)

Nilai : Bekerjasama, yakin diri.

Bahan Bantu Mengajar : Alat penimbang, sayur-sayuran, sampel makanan.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Set induksi

ii. Aktiviti :demonstrasi, bersoal jawab – pengunaan bahan bantu


mengajar – penggunaan papan hitam – pengukuhan

iii. Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Pelaksanaan P&P:

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Langkah 1:

(Penyampaian Isi Pelajaran)

(10 minit) 1. Guru mempamerkan dua jenis alat penimbang bagi unit gram dan unit kilogram.

2. Murid-murid dibimbing untuk mengenal pasti objek-objek yang boleh ditimbang menggunakan alat
penimbangntersebut dan menyatakan sebabnya.

3. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Nilai:

-Yakin diri.
Masa Pelaksanaan aktiviti

Minit 1-4 - Guru mempamerkan alat penimbang di hadapan kelas.

- Bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan alat penimbang.

- Guru menerangkan unit yang terdapat pada kedua-dua alat penimbang tersebut.

- Guru meminta murid menyatakan contoh objek ataupun barangan yang boleh ditimbang
menggunakan alat penimbang yang dipamerkan.

Minit 5-10 - Guru menunjukkan demontrasi menimbang objek ataupun barangan menggunakan
alat penimbang.

Contoh barangan/ objek yang ditimbang: sayuran, buahan, bekas pensel guru, beg sekolah murid dan
seorang murid lelaki.

- Murid-murid dibimbing untuk menyatakan berat sesuatu barangan / objek.

- Bagi mengukuhkan kefahaman murid, guru menyoal murid berkaitan dengan aktiviti yang telah
dijalankan.

REFLEKSI:

KEKUATAN

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah
pertama, penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai dalam langkah 1 mampu menarik
minat murid dan banyak membantu saya menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Bahan bantu
mengajar yang saya guna ialah alat penimbang, buahan dan sayuran mudah mereka jumpai dan biasa
digunakan oleh murid. Murid-murid begitu teruja melihat bahan-bahan yang yang saya bawa. Mereka
tertanya-tanya apakah kegunaan bahan tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-
bahan seperti sayur hanya dimasak oleh ibu mereka. Kedua, ketegasan dan kelantangan suara. Suara
saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid
terhadap apa yang disampaikan oleh saya.

Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabila
kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan murid-
murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan
membuatkan murid hormat kepada saya. Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan
kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Contohnya, ketika saya mengaju soalan dan
meminta beberapa orang murid untuk menjadi model dalam pengajaran saya. Soalan-soalan yang
diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat diikuti dengan mudah. Kejelasan
penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan
tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan keberkesanan
pengajaran.

KELEMAHAN

Kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan pengajaran mikro ini ialah strategi
yang saya gunakan pada langkah 1 lebih kepada pemusatan guru. Contohnya, saya sendiri melakukan
aktiviti menimbang objek menggunakan alat penimbang. Adalah lebih baik sekiranya saya meminta
murid melakukan aktiviti ini manakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan apa yang telah
dilakukan oleh murid.

Seterusnya, teknik penyoalan yang saya gunakan adakalanya mengelirukan murid. Apabila menyoal
murid sepatutnya saya mengemukakan soalan secara kelas terlebih dahulu sebelum memanggil nama
murid untuk menjawab soalan secara individu. Hal ini menyebabkan murid kurang bersedia menjawab
soalan guru. Kelemahan seterusnya dalam p&p saya ialah penggunaan bahasa yang digunakan ketika
menyampaikan isi pelajaran agak tinggi dan kurang sesuai dengan tahap murid tahun dua. Contohnya
ketika saya menyebut berat sebiji betik. “Berat sebiji betik lebih kurang 1.4 kg. Sepatutnya saya
menyebut berat betik itu tepat pada nombor bulat tanpa melibatkan nombor perpuluhan. Hal ini
menyebabkan murid keliru dengan istilah/ bahasa yang digunakan.

LANGKAH MENGATASI

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu
dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan
pengajaran mikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada strategi
pemusatan murid. Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu
yang berkualiti kepada murid-murid. Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan
murid dan keadaan persekitaran bilik darjah. Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran
mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung dengan jayanya.

Guru mestilah peka dengan kehendak dan keperluan murid. Layanan yang diberikan kepada murid
hendaklah adil dan saksama. Hal ini menyebabkan semua murid terasa dihargai dan minat mereka
belajar terus dapat dipupuk. Selain itu, penambahbaikan harus dibuat dari aspek bahasa dan istilah yang
digunakan dalam penyampaian ilmu. Di sini saya harus sentiasa berhati-hati dan beringat tentang istilah
yang digunakan harus sesuai dengan tahap kebolehan dan umur murid. Penggunaan istilah/ bahasa
sangat penting dalam sesi p&p.

Contoh alat penimbang digita

Anda mungkin juga menyukai