Assalamualaikum wr wb
Hati adalah kerajaan di dalam tubuh manusia. Hati bisa menguasi akal, hati juga bisa menjadi tapak
semaian nafsu. Mendidik hati adalah 'keutamaan yang sangat besar (1st priority)', agar hati bisa
tunduk dan patuh kepada pencipta alam dan pemilik seluruh hati.
Kesan dosa yang boleh merosakkan hati sekali gus membinasakan peribadi seorang muslim yang
menakung sejumlah dosa dan maksiat. Manusia kurang waspada terhadap gejala yang merosakkan
kesempurnaan hati. Justeru, pendedahan satu persatu wabak yang akan melanda sebuah wilayah
yang terhimpun di lubuknya mutiara iman dan takwa adalah sangat perlu (essential).
Rasional mesej ini adalah sangat jelas. Setiap manusia dibekalkan sekeping hati yang muluk dan khalis.
Ia mesti dijaga, dirapi, dipantau, dan tahan uji. Lantaran hati adalah ekspresi peribadi dan akal
manusia. Segala tindak tanduk nya mengambarkan rupa paras hati. Keiklasan menekuni ibadah
terhantar melalui kejernihan hati. Lantaran itu jika manusia lalai, melazami maksiat dan dosa, wilayah
hatinya akan diserang wabak, peribadi manusia semakin bejat sehingga tergamak mencabar kudrat
Allah swt sebagai pencipta (Khalid), melupakan berita datangnya kiamat dan melecehkan seruan nabi
Muhammad saw.
Bahawa sesungguhnya dosa menjadi penyebab berkurangnya fungsi dan kekuatan akal. Usah
meremehkan dosa sekalipun kecil dari pengamatan manusia yang dangkal. Kerana dosa umpama debu
yang bertebangan menjadi gunung agam, keras dan membatu.
Setiap dosa yang dilakukan sama ada sedar mahupun tidak, hendaklah diiringi taubat nasuha sebelum
hati menjadi keras dan sukar dilentur.
Akibat berdosa ;
1. Membutakan hati
6. Hilang Nikmat
7. Turunnya Bala
Allah swt dalam firman nya (mafhumnya) : ' Mahukah, aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah
syaitan - syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap - tiap pendusta yang berdosa. Yang
mendengar bersungguh - sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan itu), sedangkan kebanyakan
beritanya adalah dusta ' (Surah asy -syu'araa, ayat 221 - 223)
Ingatlah dalam setiap jasad itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah jasad itu
keseluruhannya, apabila daging itu rosak, maka rosaklah jasad itu keseluruhannya. Ingatlah, daging
itu ialah HATI.
memetik kata- kata ustaz asri dlm kesan2 dosa dlm hidup;
hamba yg terdedah melakukan dosa, Allah akan membuatnya lengah dan lupa mengerjakan perkara
yg mendatangkn kemaslahatan dirinya, dan dia akan melakukan prkara yg kurang atau tidak
bermanfaat yg akan mengakibatkan dirinya terdedah ke dlm KERUGIAN dan KEBINASAAN. Dlm masa
yg sama dia menganggap bahawa tidak ada masalah yg dihadapinya.
utk lebih jelas, spt contoh, dosa mulut atau lidah yg dilakukn akan menyebabkn terabainya agenda
'ibadat lidah', termasuk mmbaca perkara yg akan menjamin kemaslahatan hamba spt mmbaca Al
Quran (mendalami dan mengamalkn ajarannya), beristighfar, tasbih, tahlil dan lain- lain yg merupakan
agenda harian dan amalan asas hamba mukmin yg dinyatakan dlm Quran dan sunnah. Demikianlah
halnya dengan mata, telinga, fikiran, tangan, kaki dan lain- lain.
dosa yg dilakukn seseorg drpd kebiasaannya 'membuang masa dan menghamburkan masa' kepada yg
tidak atau kurang berguna, akan mendedahknnya kpd kebinasaan dan kerugian yg besar yakni dgn
berlalunya kebanyakan umur dan waktunya kepada perkara yg tidak bermanfaat atau perkara yg
kemanfaatannya sgt sedikit. sbg contoh peruntukan masa utk bersama media elektronik dan media
cetak tidak diseimbangkn dengan peruntukan masa utk beribadat, terutama sekali solat (trmasuk solat
sunat dan solat berjemaah di rumah- rumah ALLAH), tilawah Al Quran, majlis ilmu, zikir, amar makruf
nahi munkar dan lain- lain.
semakin tebal dosa dan risiko dosa- dosa yg dilakukn, kepekaan terhadap permasalahan dosa akan
semakin ringan dan berkurang di mana akhirnya seseorg akan termasuk ke dlm kategori org yg dalam
hatinya hinggap atau bersarang penyakit 'NIFAQ' (kemunafikan). seperti yg pernah disampaikn
sahabat Rasulullah SAW yg senior dan kenamaan, Abdullah bin Mas'ud ra, bahawa org munafik itu
akan memandang remeh terhadap dosa, dia menganggapnya laksana lalat yg terbang sahaja.
sebaliknya seorg mukmin akan melihat dosa itu bagaikan gunung yg akan jatuh menimpa
dirinya.cubalah bandingkn antara berat lalat dengan berat sebuah gunung. demikianlah perbandingan
sikap org munafik dan sikap org beriman terhadap dosa.
~bergetar hatiku saat membaca kalimah2 menginsafkn ini. sahabat2 sekalian, sepatutnya, semakin
kita sedar akan tanggungjawab kita, semakin kita begitu hampir dan dekat dgnNYA. semakin kita
tunduk dan semakin kita qanaah dlm kehidupan kita. istighfar selalu kerana ALLAH sentiasa menguji
perihal kita.
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang
berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu. "
(47:31)
jgn kita yakin bila kita buat dakwah, kita fikir mudah utk masuk syurga...
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang
yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. " (3:142)
astaghfirullah....sama2lah kita sentiasa bertaubat dan kembali padaNYA selepas melakukan apa2 saja
pekerjaaan. sungguh, ALLAH sgt mencintai hamba2Nya yg kembali padaNya selepas melakukan
kesalahan. apatah lagi di waktu cuti ini. byk terdedah dgn perkara yg sia2. hurm...
Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau
pernah berpesan dan memberikan lebih daripada 50 nasihat kepada anaknya. Di antaranya:
.
1. “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam,
semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan
engkau berasa ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan
kekejian.”
2. “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk
tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa),
tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
3. “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain),
sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
4. “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia
tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”
5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmutetapi
engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api,
maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
6. “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak
manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan
itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya
adalahTAWAKKAL kepada Allah SWT.”
7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah
menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”
8. “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin
menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan
mendatangkan cela pada dirimu.”
9. “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai
orang yang sombong dan takbur.”
10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang
pernah memberikan barang yang berharga.”
11. “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu
dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha
menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian,
maka berhati-hatilah.”
12. “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang
tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu
darimu.”
13. “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan
selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan
lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
14. “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata
nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini
dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air
hujan.”
15. “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang
menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau
bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakan hartamu.”
16. “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan,
jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamudan
sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”
17. “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan
kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah
agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
18. “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat
sedikit orang yang melakukannya.”
19. “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan.
Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua
muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
21. “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi
Allah SWT.”
22. “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang
berbahaya.”
23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk
akhlaknya banyaklah dukacitanya.”
24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu
menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”
25. “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau
hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya
mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan
kepada anjing sahaja.”
27. “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan
janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu
menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku
tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”
29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala
segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”
30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah
fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada
beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang
dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”
31. “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa
danmusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.”
32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua
sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”
33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru,
jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”
34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu
lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”
35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat
kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT
dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”
36. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai
orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang
tidak benar.”
37. “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh
Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau
apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”
38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah
daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang
amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyaijiran
yang jahat.”
40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah
melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.”
41. “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa
yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?”
43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang
penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar
dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”
44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang
selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”
45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu
disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan
menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini
serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah
belaka.”
47. “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu
sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”
48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain
iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”
49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTlebih mendekatkan
diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.Janganlah anakku
undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak
memberitahukannya terlebih dulu.”
50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan
lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”
Begitulah 50 nasihat yang diberikan oleh Luqman Al Hakim kepada putera kesayangannya. Semoga
ianya bermanfaat kepada diri kita juga.