Anda di halaman 1dari 13

4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

KEPERLUAN AFEKTIF PENGGUNAAN ICT DALAM PERNIAGAAN: KAJIAN


TERHADAP USAHAWAN WANITA MELAYU
1
Nur Ajeerah Othman, 2Faradillah Iqmar Omar, 1Mohd Azul Mohamad Salleh
jeeraothman@gmail.com, faradillah@kuis.edu.my, & azul@ukm.edu.my
1
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS

ABSTRAK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kian berkembang di peringkat global.


Perkembangan ini turut melibatkan penggunaan ICT dalam bidang perniagaan yang menjadi
salah satu sumber dalam pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan Malaysia telah menjalankan
pelbagai inisiatif untuk menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam perniagaan. Kehidupan era digital pada masa kini memainkan peranan penting
dalam membentuk persekitaran perniagaan baharu yang berlandaskan kepada platform ICT.
Kajian ini dijalankan untuk memahami keperluan afektif yang terdapat dalam elemen Teori
Kegunaan dan Kepuasaan (Uses and Gratification Theory) dalam mempengaruhi penggunaan
ICT dalam kalangan usahawan wanita. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini
dengan menemubual secara mendalam usahawan wanita di Negeri Sembilan, Malaysia. Hasil
kajian mendapati antara elemen-elemen keperluan afektif yang mempengaruhi penggunaan
ICT dalam kalangan usahawan wanita adalah kerana mudah digunakan (easy to use),
perbezaan pengalaman yang dialami usahawan sewaktu menggunakan aplikasi dan perlatan
ICT dan proses penyampaian maklumat senang dan pantas. Kajian juga mendapati bahawa
majoriti usahawan wanita menggunakan ICT dalam perniagaan untuk meningkatkan capaian
kepada pelanggan dan sahabat perniagaan yang lain. Selain itu, kebergantungan kepada ICT
ini telah menjadi sesuatu yang penting dalam pengoperasian perniagaan bagi mencapai tahap
yang optimum. Kajian ini memberi implikasi kepada penggunaan ICT dalam kalangan
usahawan wanita terutama untuk meningkatkan ekonomi digital serta menempuh cabaran
dalam era revolusi industri 4.0.

Kata Kunci: Keperluan afektif, mudah digunakan, perbezaan, penyampaian maklumat,


usahawan wanita.

61
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

1.0 PENGENALAN

Dunia perniagaan hari ini telah mencetuskan kemunculan usahawan-usahawan moden yang
berteraskan penggunaan ICT. Perkembangan bidang keusahawanan ini juga dilihat mampu
memberikan kesan yang positif dalam pembangunan ekonomi negara (Nor Azira Ayob, Sity
Daud & Muhamad Takiyuddin Ismail, 2016). Di Malaysia, fenomena usahawan wanita yang
mendominasi ruang lingkup perniagaan dapat dilihat dengan kemunculan nama-nama besar
seperti Fareeda, Bella Ammara, Masrhmallowscarf dan Zawara. Perniagaan mereka tidak
sahaja terhad kepada penggunaan media arus perdana tetapi dengan penggunaan ICT secara
optimum termasuk juga aplikasi Internet yang lain seperti media sosial Facebook dan
Instagram. Jumlah usahawan wanita di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun
kebelakangan ini hasil pelbagai program kesedaran dan capaian yang dilaksanakan oleh
kerajaan. Menurut laporan Utusan Online (2016), sebanyak 1.18 juta usahawan wanita telah
mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini jelas menunjukkan peningkatan
yang ketara golongan wanita menceburkan diri dalam keusahawanan.

Dalam pada itu, Nur Yuhainis dan Shuhymee (2017) menyatakan penggunaan ICT
merujuk kepada aktiviti mengumpul, memproses, mengguna dan menghantar maklumat
secara elektronik melalui penggunaan teknologi yang membenarkan proses komunikasi.
Selain itu, ICT juga turut bertindak sebagai medium yang menghubungkan di antara satu
individu dengan individu yang lain merentasi sempadan, masa dan dunia. Malah,
kebergantungan masyarakat pada hari ini telah menjadikan ICT sebagai sesuatu yang penting
dalam kehidupan seharian.

Menurut Samsudin et al. (2011) Malaysia merupakan sebuah negara yang menyokong
tegar usaha mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pembangunan. Berlaku penembusan
internet yang tinggi di Malaysia pada saban tahun dan peningkatan ini disebabkan oleh
pembangunan prasarana yang disediakan oleh kerajaan. Penyediaan prasarana dalam bidang
teknologi merupakan salah satu usaha kerajaan memastikan rakyat Malaysia mampu untuk
berdaya saing sehingga peringkat global. Pentadbiran kerajaan Malaysia telah menyediakan
tujuh inisiatif berkaitan penggunaan ICT. Antara inisiatif tersebut adalah dengan menjadikan
kerajaan bersifat e-kerajaan serta proses perniagaan melibatkan ICT sebagai medium
komunikasi.

Ironinya, perkembangan ICT secara tidak langsung telah memberi kesan dalam
pembangunan ekonomi negara. Kewujudan sistem e-dagang atau perniagaan dalam talian
62
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

misalnya telah memberikan kesan kepada aktiviti perdagangan apabila ia dijadikan sebagai
medium utama dalam aktiviti perniagaan tersebut. Aktiviti perniagaan yang dilakukan secara
dalam talian telah memberikan satu kelebihan kerana ia membolehkan komunikasi secara
terus berlaku di antara peniaga dengan pelanggan tanpa perlu bersemuka. Peningkatan dalam
penggunaan komputer dan internet di rumah dan dalam bidang keusahawanan telah
menawarkan cara baru untuk membuat pembelian iaitu melalui sistem e-dagang. Melalui e-
dagang juga aktiviti perniagaan semakin mudah dijalankan pada setiap masa tanpa mengira
tempat seiring dengan perubahan kehidupan manusia kini yang mementingkan masa (Nik
Rahim, 2009).

Namun begitu, penerimaan terhadap ICT melalui aplikasi media sosial dalam
perniagaan masih berada di tahap rendah dalam kalangan usahawan wanita serta usahawan
industri kecil dan sederhana (IKS). Ahmad Shahrul, Siti Zobidah dan Muhamad Sham
(2012), menyatakan sistem e-dagang yang terdapat di Malaysia masih dianggap sebagai
medium yang baru bagi usahawan wanita. Perkara tersebut disebabkan kebanyakan
masyarakat masih lagi menjalankan urus niaga secara langsung dan menjalankan transaksi
secara bersemuka tanpa bantuan teknologi. Hanya segelintir pengguna sahaja yang
menggunakan kaedah e-dagang. Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi
menggalakkan penggunaan sistem e-dagang dan ICT dalam kalangan usahawan. Namun,
usaha tersebut terhad kerana wujudnya jurang di antara pertambahan pengguna internet
dengan jumlah pengguna yang membuat urusan jual beli secara dalam talian (Ruslan Ramli
& Norazuwa Mat, 2013).

Walau bagaimanapun, peningkatan bilangan usahawan wanita yang menjalankan


perniagaan secara dalam talian kian bertambah saban tahun. Hal tersebut jelas menunjukkan
usahawan wanita mula menunjukkan minat terhadap penggunaan ICT dalam perniagaan yang
dijalankan. Penghijrahan kaum wanita ke dunia pekerjaan melambangkan berlakunya
peningkatan dalam golongan tersebut yang memilih untuk memiliki perniagaan dan bekerja
sendiri (Bowen & Hisrich 1986). Usahawan wanita adalah individu yang menjalankan
perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan tersebut dimiliki oleh individu yang menubuhkan
dan menguruskan perniagaan dengan prinsip dan matlamat individu tersebut (Smith-Hunter
2006; Faradillah Iqmar, Samsudin, Ali Salman, 2015).

Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengetahui keperluan afektif penggunaan ICT
dalam perniagaan yang dijalankan usahawan wanita. Keperluan afektif merujuk kepada kesan
penggunaan ICT dalam perniagaan yang diusahakan. Kesan tersebut merangkumi emosi
63
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

usahawan sebelum dan selepas menggunakan ICT dalam perniagaan serta factor yang
mendorong usahawan menggunakan ICT dalam perniagaan mereka. Keperluan afektif ini
dianalisis mengikut penggunaan ICT yang dilakukan usahawan wanita dalam menjalankan
aktiviti perniagaan.

1.1 Keperluan Afektif Penggunaan ICT dalam Perniagaan

Dalam mengkaji fenomena penggunaan ICT dalam perniagaan oleh usahawan ini juga, perlu
dilihat daripada perlbagai aspek. Justeru, kajian ini memberi fokus kepada keperluan afektif
yang merujuk kepada bentuk emosi individu apabila menggunakan media. Keperluan afektif
ini juga merupakan salah satu dimensi yang terrdapat di dalam Teori Kegunaan dan
Kepuasan yang diasaskan oleh Katz, Blumler dan Gurevitch (1974). Perasaan yang dialami
sama ada sedih, gembira dan sebagainya memenuhi kepuasan menggunakan media (Iriz &
Dezhi, 2014). Maka, keperluan afektif dilihat merangkumi kesemua emosi, keseronokan dan
perasaan yang dimiliki khalayak sewaktu menggunakan media. Ini juga meliputi aspek ICT
sebagai medium yang mudah digunakan, pengalaman menggunakan ICT serta penyampaian
maklumat.

Kini, dengan adanya ICT, seseorang itu tidak lagi perlu untuk beratur lama bagi
membuat pembayaran bil dengan adanya kaedah pembayaran bil secara dalam talian.
Kerajaan Malaysia turut menggalakkan penggunaan ICT dalam kalangan rakyat untuk
membantu mereka menjadi lebih bermaklumat melalui teknologi. Melalui dasar – dasar
kerajaan yang senantiasa mendokong perkembangan ICT agar negara bergerak seiring
dengan pembangunan ICT di seluruh dunia menjadi pemangkin kepada kepentingan ICT
pada hari ini. Kemudahan ICT khususnya internet telah memudahkan perolehan dan
penyebaran maklumat dalam kalangan masyarakat. Penggunaan ICT yang tiada batasan
membantu memudahkan aktiviti kehidupan seharian. Maka, jelas terlihat kepentingan ICT
dalam kehidupan masyarakat kini dan perkara tersebut menjadi asas kepada kajian yang
dijalankan pengkaji. Ini juga bersesuaian sebagai memenuhi keperluan afektif menggunakan
ICT atas faktor kemudahan.

Selain itu, media sosial juga membuka peluang kepada usahawan wanita untuk
mengenalpasti kehendak dan keperluan terkini masyarakat. Erdogmus dan Cicek (2012)
menyatakan media sosial mempunyai kemampuan yang luar biasa dalam membantu syarikat
khususnya usahawan untuk membina penjenamaan produk menerusi rangkaian jaringan,
komunikasi dan pengstrukturan komuniti. Pada hari ini semakin ramai kaum wanita di

64
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

Malaysia mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Proses jual
beli dan transaksi perniagaan yang mudah serta menjimatkan masa dan tenaga serta
penggunaan modal yang rendah menarik minat ramai wanita untuk menceburi bidang ini
khususnya wanita muda (Chan et al. 2011; Gusniar Nurdin et al. 2014). Di sini jelas, dengan
segala kemudahan yang tersedia melalui ICT, memberi ruang dan peluang kepada usahawan
untuk bergerak lebih efisien lagi.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual secara mendalam bersama
lapan orang usahawan wanita yang menggunakan ICT dalam perniagaan yang dijalankan.
Kaedah temu bual secara mendalam bersifat meluas, terbuka serta tidak bersifat tetap.
Kamarul Azmi (2012) menyatakan kaedah temu bual secara mendalam adalah bertujuan
untuk memahami dengan lebih mendalam subjek sesuatu kajian yang dipilih oleh pengkaji.
Tambah beliau juga kaedah kualtitatif ditakrifkan sebagai suatu usaha untuk memberikan
keterangan tentang sifat dan keadaan manusia dengan menggunakan pandangan umum
tentang apa-apa sahaja berkenaan tindakan sosial.

Kajian ini memilih golongan usahawan wanita yang memiliki perniagaan sendiri.
Pemilihan informan dilakukan mengikut keperluan pengkaji yang mensasarkan golongan
usahawan wanita yang giat menjalankan perniagaan dengan bantuan ICT. Penggunaan ICT
adalah bergantung kepada keperluan perniagaan yang diusahakan oleh usahawan. Kelapan –
lapan orang usahawan wanita (informan) berumur di antara 21 tahun sehingga 45 tahun telah
diajukan soalan mengenai penggunaan ICT dalam perniagaan yang dilakukan.

3.0 DAPATAN KAJIAN

Antara faktor utama penggunaan ICT dalam perniagaan adalah teknologi menjadikan kerja-
kerja usahawan menjadi lebih mudah. Sama ada urusan melibatkan aktiviti perniagaan seperti
urusan kewangan, akaun syarikat, pemasaran produk dan perkhidmatan serta hubungan
dengan pelanggan telah menjadikan ICT sebagai satu keperluan yang afektif kepada
usahawan. Keperluan afektif merangkumi emosi dan perasaan yang dimiliki oleh individu
sewaktu menggunakan media. Antara faktor yang didapati memenuhi keperluan afektif
penggunaan ICT dalam perniagaan adalah mudah digunakan (easy to use), usahawan
merasakan perbezaan yang ketara setelah menggunakan ICT dan akhir sekali proses
penyampaian maklumat lebih afektif dengan bantuan ICT.

65
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

Faktor mudah digunakan dialami usahawan apabila urusan perniagaan yang


dijalankan usahawan mudah dilakukan dengan aplikasi ICT. Informan menyatakan bahawa
media sosial yang menjadi sebahagian daripada ICT memudahkan usahawan untuk
berkomunikasi, berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan. Hal yang demikian dapat
dilihat melalui petikan yang berikut:

U1): “lebih mudah, sebab customer terus berinteraksi dengan kita, boleh terus pm dengan
kitaboleh terus nego dengan orang, selalunya kita minta nombor telefon kan, minta nombor
telefon, pastu kita akan WhatsApp jadi kat situ kita boleh consultation, tanya berapa kuning
baby, kita akan bagi consultation kat situ…”.

(U3): “…Memang lebih mudah, lebih mudah untuk pergerakan bisnes kita…”.

(U7): “…Mudah la, sebab maklumat… jadi senang, so tak adalah, kira saya kat rumah pun
boleh whatsapp lah dia nak tahu info apa apa tak payah email whatsapp is very fast la…”.

Melalui ICT juga maklumat mudah disebar dan dikongsi kepada sesiapa sahaja pada
bila-bila masa dan di mana sahaja. Tambah beliau juga, perbankan dalam talian turut
memudahkan urusan dengan pelanggan kerana pelanggan hanya perlu memindahkan duit
melalui dalam talian. Walaupun beliau menyatakan perlu adanya sistem pengkomputeran
yang lebih konsisten dan mudah dikawal tetapi beliau terpaksa menunda perancangan
tersebut sehingga perniagaan yang diusahakan menjadi Sendirian Berhad. Penyataan tersebut
boleh dilihat melalui:

(U2): “Lagi mudah, sebab semua maklumat tu dihujung jari sahaja, lepastu kalau duit tu
diorang akan transfer je, bagi number account, sebab saya tak ada sistem,sepatutnya ada
sistem dalam komputer,maksudnya dalam google,dia tekan je…

Selain itu, penggunaan ICT juga dilihat memudahkan informan melalui sistem yang
digunapakai dalam perniagaan. Menurut salah seorang informan, beliau menggunakan sistem
SBS (Simplified Business System) dalam perniagaan yang dijalankan. Sistem SBS merupakan
perisian yang dikhaskan untuk perniagaan bersaiz kecil dan sederhana. Perisian SBS tidak
memerlukan informan memiliki pengetahuan mengenai perakaunan kerana sistem tersebut
mudah untuk digunakan. Kelebihan penggunaan sistem tersebut adalah informan boleh
mengakses dan menjejaki prestasi perniagaan pada bila-bila masa sahaja dan dari mana-mana
lokasi. Dengan perisian dalam talian yang mudah ini, didapati membantu informan yang

66
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

menghadapi masalah kerumitan membuat laporan akaun perniagaan. Penyataan informan


boleh dilihat melalui petikan berikut:

(U4): “…Dengan bantuan ICT ni sebenarnya kalau ikutkan macam SBS dia membantu kita
on administration part, mencepatkan process tu kalau tak kita buat manual…ok tapi if the
system is okay then okay lah result dia…”.

Selanjutnya, kajian telah mendapati bahawa terdapat perbezaan yang dialami


usahawan sebelum dan selepas menggunakan ICT. Menurut informan perbezaan yang
dialami agak ketara kerana ICT menjadikan setiap urusan lebih mudah dan senang dilakukan.
Salah seorang daripada informan telah membuat perbandingan sendiri untuk melihat
perbezaan menggunakan ICT dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan. Beliau melihat
perbezaan tersebut apabila menghentikan penggunaan facebook selama dua bulan dan
ternyata beliau berhadapan dengan risiko kehilangan pelanggan apabila tidak menggunakan
facebook. Penyataan tersebut boleh dilihat melalui petikan berikut:

(U1): “Sangat ketara lah kalau compare dengan tak ada internet..saya pernah buat
facebook, contoh dalam bulan 3, bulan 4 ni macam kurang, saya stopkan facebook adds, cam
kurang lah dia punya sales, kalau nak compare dari bulan satu,dua…kita buat straight je,
memang banyak customer datang…cuma bulan 4 ni harapkan customer yang dah buat iklan
yang survey sebelum ni…”.

Perkara tersebut jelas menunjukkan bahawa usahawan wanita pada hari ini peka
terhadap keperluan menggunakan ICT daalm perniagaan. Malah usahawan sendiri sedar akan
kepentingan ICT apabila melakukan percubaan untuk melihat perbezaan menjalankan
perniagaan tanpa ICT dan bagaimana proses perniagaan dilakukan dengan bantuan ICT.
Selain itu, perbezaan turut dilihat melalui penggunaan telefon pintar yang mana hampir
majoriti dalam kalangan masyarakat memiliki telefon pintar. Sekiranya terdapat perniagaan
yang menggunakan risalah (flyers) untuk periklanan, perkara tersebut dianggap biasa dan
jarang sekali dilihat masyarakat membaca risalah. Informan turut menambah dengan
menyatakan perbezaan dirasai apabila berlakunya masalah sistem maka perjalanan aktiviti
perniagaan seharian terpaksa dilakukan secara manual dan perkara ini menyebabkan
kelambatan dan pekerjaan tertangguh dan tidak dapat disempurnakan.

Peranan media sosial pada hari ini juga menjadi faktor kepada usahawan
mendedahkan diri kepada penggunaan ICT. Menurut salah seorang daripada informan,
perbezaan ICT dapat dilihat apabila perniagaan seseorang usahawan dikenali melalui media
67
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

sosial. Sekiranya perniagaan tersebut tular (viral) melalui media sosial, maka masyarakat
lebih mengetahui tentang perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, media sosial dianggap
berperanan menjadikan sesebuah perniagaan itu terkenal dan diketahui umum. Justeru,
apabila perniagaan mula dikenali secara tidak langsung pelanggan turut bertambah. Hal
tersebut turut menjadikan usahawan merasakan perbezaan yang ketara. Penggunaan ICT
membantu pertambahan bilangan pelanggan tetapi sekiranya tidak digunakan ICT bilangan
tersebut sukar bertambah. Tambah informan juga perniagaan yang masih baru memerlukan
penggunaan ICT yang konsisten.

Seterusnya, antara salah satu keperluan yang turut memenuhi emosi usahawan adalah
penyampaian maklumat yang berkesan mengenai perniagaan yang dijalankan melalui ICT.
Penyampaian maklumat yang berkesan penting bagi mendekatkan perniagaan yang
diusahakan kepada pelanggan. Sekiranya penyampaian maklumat sukar dilakukan, maka
perniagaan yang dijalankan tidak mendapat sambutan. Seperti contoh, menurut salah seorang
informan, beliau mengusahakan perkhidmatan sewa mesin terapi untuk bayi baru lahir yang
mengalami kuning. Maka, informan mengenalpasti masalah sesetengah ibu bapa yang tidak
dapat membawa bayi yang mengalami kuning ke hospital. Lalu, perkara tersebut dijadikan
pendekatan kepada informan untuk memberikan maklumat mengenai mesin terapi untuk bayi
yang mengalami kuning boleh dilakukan di rumah tanpa perlu ke hospital. Pelanggan boleh
menyewa mesin terapi yang dihantar sendiri informan ke rumah dan seterusnya diterangkan
bagaimana penggunaannya kepada pelanggan.

Tambah usahawan yang lain juga, dalam proses membangunkan maklumat untuk
disampaikan kepada pelanggan, maklumat yang dikongsi tidak sewajarnya terlalu panjang.
Cukup sekiranya maklumat yang diberikan ringkas dan memenuhi keperluan pelanggan. Hal
yang demikian kerana beliau sedar sesetengah individu tidak gemar membaca penerangan
yang panjang lebar. Penerangan yang panjang lebar kadang kala menyerabutkan pemikiran
seseorang. Maklumat yang diperlukan cukup sekadar perkhidmatan apa yang disediakan dan
bagaimana untuk menghubungi sekiranya berminat.

Penggunaan media sosial seperti Whatsapp juga digunakan informan. Whatsapp


merupakan salah satu alat untuk berkomunikasi yang digunakan oleh semua kalangan
termasuk usahawan. Penggunaan whatsapp juga disebabkan ciri-ciri yang mudah digunakan
seperti yang dikatakan informan, beliau memaklumkan kepada pelanggan melalui whatsapp,
dan sekiranya pelanggan berminat, mereka boleh terus berhubung dengan informan. Antara
usaha lain yang dilakukan oleh usahawan dalam proses penyampaian maklumat adalah
68
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

menghasilkan laman web sendiri bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat
berkaitan produk yang dikeluarkan.

4.0 PERBINCANGAN

Hasil daripada temu bual yang telah dijalankan mendapati penggunaan ICT dalam perniagaan
telah menjadi satu keperluan afektif yang membantu usahawan wanita pada hari ini.
Teknologi telah merubah persekitaran masyarakat pada hari ini. Menurut Suriatie dan Nor
Aishah (2017) teknologi menjadi satu medium kemudahan urusan manusia seharian terutama
dengan wujudnya jaringan jalur lebar. Bidang keusahawanan kini sinonim dengan
penggunaan ICT dan internet untuk aktiviti pemasaran. Perniagaan yang stabil dan kukuh
adalah perniagaan yang sentiasa peka dengan perubahan semasa dan trend terkini (Suriatie &
Nor Aishah 2017; Ruziah et al. 2011).

Kajian telah mendapati keperluan afektif yang berlaku terhadap usahawan wanita
boleh dibahagikan kepada tiga elemen utama iaitu mudah digunakan, perbezaan
menggunakan ICT dalam perniagaan dan yang terakhir penyampaian maklumat melalui ICT.
Majoriti informan menyatakan aplikasi ICT dalam perniagaan menjadikan urusan lebih
mudah dilakukan. Informan mendapati media sosial yang menjadi sebahagian daripada ICT
memudahkan proses komunikasi dan berinteraksi dengan pelanggan. Perkara ini dipersetujui
oleh Suriatie dan Nor Aishah (2017) yang menyatakan variasi dalam cabang media sosial
membolehkan pengguna internet khususnya mempunyai pilihan untuk berkomunikasi antara
satu sama lain. Usahawan wanita melihat perkara ini sebagai satu peluang untuk mendekati
sasaran pelanggan.

Dewasa ini, keusahawanan dalam talian bukan lagi perkara baru tetapi sudah menjadi
trend kepada usahawan wanita untuk membuka saluran di media sosial bagi mendekati
pengguna. Hasil kajian juga mendapati usahawan merasakan perbezaan yang amat ketara
sebelum dan selepas menggunakan ICT dalam perniagaan. Majoriti informan merasai
perbezaan yang ketara apabila menggunakan ICT dalam perniagaan. Informan turut merasai
perbezaan dalam bilangan pelanggan setelah menggunakan ICT. ICT didapati membantu
usahawan wanita untuk menarik minat pelanggan terhadap perniagaan yang dijalankan.
Kesedaran pelanggan terhadap perniagaan yang diusahakan menjadikan bilangan pelanggan
semakin bertambah. Maka, melalui ICT proses pengiklanan dan pemasaran produk mudah
dilakukan.

69
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

Usahawan memerlukan strategi dan pendekatan yang berbeza dalam mengendalikan


perniagaan agar dapat meningkatkan prestasi jualan perniagaan (Suriatie et al. 2017). Hal
tersebut seiring dengan dapatan kajian yang mendapati perbezaan yang dirasai sebelum dan
selepas menggunakan ICT dalam perniagaan amat ketara dalam kalangan informan. Menurut
penyataan salah seorang informan, di awal penubuhan perniagaan, beliau tidak
mengaplikasikan ICT dan perkara tersebut menyukarkan proses kendalian perniagaan yang
dijalankan. Setelah diimplementasikan ICT dalam perniagaan, beliau merasakan proses
kendalian perniagaan berjalan lancar dan mudah dilakukan.

Selain itu, antara keperluan afektif penggunaan ICT adalah proses penyampaian
maklumat. Nur Yuhainis et al. (2017) penggunaan ICT merujuk kepada aktiviti mengumpul,
memproses, mengguna dan menghantar maklumat secara elektronik melalui ICT yang
membenarkan komunikasi berlaku. Melalui ICT yang digunakan informan dapat
menyampaikan maklumat mengenai perniagaan yang dijalankan kepada umum. Perniagaan
informan secara langsung diperkenalkan kepada umum apabila proses penyampaian
maklumat dilakukan. Hasil kajian didapati menjawab objektif kajian yang ingin memahami
keperluan afektif penggunaan ICT dalam perniagaan. ICT telah menjadi satu keperluan
afektif yang memenuhi emosi usahawan dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa keperluan afektif elemen teori kegunaan
dan kepuasan (Uses and Gratifitcation Theory) mendorong penggunaan ICT dalam
perniagaan di kalangan usahawan wanita pada hari ini. Antara faktor utama yang menjadikan
penggunaan ICT dilihat sebagai satu keperluan yang afektif apabila ICT memudahkan urusan
perniagaan, malah usahawan merasai perbezaan yang ketara setelah ICT diaplikasikan dan
proses penyampaian maklumat juga lebih pantas dan berkesan. Teknologi merupakan satu
perkembangan yang berlaku tanpa wujudnya had masa dan hal ini menjadikan aplikasi ICT
seharusnya diterima pakai usahawan bagi memudahkan urusan dan proses pengendalian
perniagaan mengikut peredaran zaman.

Hasil kajian menjelaskan bahawa keperluan afektif penggunaan ICT dalam


perniagaan menjadikan usahawan lebih bersifat terkini dan mampu menghadapi
perkembangan semasa dan mengikuti trend masyarakat kini. Seperti mana media sosial
dilihat berperanan dalam menjadi saluran baru kepada usahawan untuk menjalankan aktiviti
pemasaran dan mendekati pelanggan. Maka, dilihat pengggunaan ICT menjadi satu keperluan

70
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

afektif kepada usahawan wanita. Perkongsian daripada usahawan wanita yang menjelaskan
bahawa penggunaan ICT dalam perniagaan diusahakan menjadi satu keperluan afektif
membuktikan ICT telah menjadi satu kepentingan kepada golongan usahawan wanita kini.
Malah, tidak hanya terhad pada golongan usahawan wanita yang berada di kawasan bandar
sahaja, malah usahawan wanita yang di kawasan luar bandar turut sedar akan kepentingan
ICT.

Justeru, artikel ini diharapkan dapat memberikan pemahaman dan penjelasan terhadap
keperluan afektif penggunaan ICT dalam perniagaan di kalangan usahawan wanita Melayu
ketika ini. Melalui penerangan dan pemahaman tersebut dapat diharapkan membantu
usahawan baru dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana dalam menyedari kepentingan
ICT serta memandang posititif penggunaan ICT dalam perniagaan.

71
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

RUJUKAN
Ahmad Syahrul Haniff Mohd Rawi, Siti Zobidah Omar & Muhamad Sham Shahkat Ali.
(2012). E-dagang di Malaysia: Perkembangan, perlaksanaan, dan cabaran. Jurnal
Teknologi. 57:105-127.

Bowen, D.D. & Hisrich, R.D. (1986). The female entrepreneurs: a career development
perspective. The Academy of Management Review, 11 (2): 393 – 407.

Chan K. L. @ Geraldine, Sivapalan Selvadurai, Bahiyah Dato’ Abdul Hamid. (2011). Youth
entrepreneurship characteristics and challenges faced by youth entrepreneurs in
Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies 5: 1-38.

Erdogmus, I. & Cicek, M. 2012. The impact of social media marketing on brand loyalty.
Procedia-social Behavioral Sciences. Vol.58:1353-1360.

Faradillah Iqmar Omar, Samsudin A. Rahim & Ali Salman. (2015). Penyertaan digital dan
ciri keusahawanan dalam pemerkasaan usahawan wanita di Malaysia. Jurnal
Komunikasi Jil. 31(1): 241-256.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Analisis data dalam penyelidikan kualitatif. Kursus
penyelidikan kualitatif Siri 3. Felda Residence Tg. Leman, Mersing.

Katz, E., Blumler, J., & Gurevitch, M. (1974). Utilization of Mass Communication by the
Individual. The Uses of Mass Communication: Current Perspectives on Gratification
Research. Beverly Hills. CA: Sage. 19-32.

Nik Rahim Bin Nik Wajis. (2009). E-dagang menurut perspektif Islam.Tesis Dr.Fal, Jabatan
Syariah, Institut Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam.

Nor Azira Ayob, Sity Daud dan Muhamad Takiyuddin Ismail. (2016). Modal insan, daya
saing dan prestasi usahawan wanita di Malaysia: Analisis kualitatif usahawan wanita
bumiputera di Melaka. Geografia Online. Malaysian Journal of Society and Space. Iss
10: 56-67.

Nur Yuhainis Ab Wahab & Shuhymee Ahmad. (2017). Hubungan antara penggunaan ICT
dan prestasi perniagaan PKS di Malaysia. Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship (GBSE) Jil. 1 (3): 218-226.

Ruslan Romli & Norazuwa Mat. (2013). Faktor kebergunaan dan kemudahgunaan terhadap
niat penggunaan e-dagang di kalangan industri kecil dan sederhana di Sabah. Kolej
Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.

Sa’adiah Ma’alip. (2015). Pemilihan bahasa dalam komunikasi di laman sosial. Journal of
Communication. Jil 31(2): 2310246.

Smith-Hunter, A. & Leone, J. (2010). Afro-Barzilian women entrepreneurs: charateristics,


critical issues and current comments. Research in Business and Economics Journal.

72
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. (2016). Keupayaan ICT dalam meningkatkan pencapaian
usahawan wanita: satu kajian kes usahawan luar bandar di Malaysia. Journal of
Sciences and Humanities. Vol.11 (2): 78-103.

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. (2016). Petunjuk penggunaan ICT dan persepsi
masyarakat terhadap penggunaan ICT dalam kalangan usahawan wanita luar bandar.
Malaysian Journal of Society and Space. 12(13): 50-60.

Suriyani Muhamad, Noraida Hj Ali, Masita @ Masila Abdul Jalil, Mustafa Man dan Suhari
Kamarudin. (2017). A Sustainable E-Business Model for Rural Women: A Case
Study. Journal of Sustainability Science and Management Special Issue No.3: 165-
178.

Utusan Online. (2016). 1.18 Juta Usahawan Wanita Berdaftar Dengan SSM Di Seluruh
Negara. Diakses daripada http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/1-18-juta-
usahawan-wanita-berdaftar-dengan-ssm-1.201786

73

Anda mungkin juga menyukai