Anda di halaman 1dari 1

KONSEP KEGURUAN

Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), ‘ profesion’ ialah suatu bidang


pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini


memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya
tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah
pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara
pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam
melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara
cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik ,
guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta
sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan
amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai “ knowledge worker”
dalam era revolusi maklumat abad ke-21.

Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru


memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu
tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited
kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat
keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah,
2010,M.s: 2-4)

Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang


diceburinya . Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu
melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang
profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya,
malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam
konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah
mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu:
i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi
ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu
tinggi
iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing
murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai