Anda di halaman 1dari 3
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1. Maklumat Am

Pengawas bertugas bertanggungjawab kepada Naib Canselor dan menjalankan tugas-tugas pengawasan seperti yang telah ditetapkan oleh Peraturan Peperiksaan Universiti dan mematuhi arahan-arahan Ketua Pengawas.

2. Tanggungjawab Pengawas

Tugas Pengawas di setiap dewan peperiksaan merangkumi perkara-perkara berikut:

[a]

Melapor diri kepada Ketua Pengawas di dewan peperiksaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan bermula.

[b]

Mematuhi arahan-arahan Ketua Pengawas.

[c]

Menerima kertas soalan peperiksaan yang dipertanggungjawabkan daripada Ketua Pengawas dan meletakkannya di atas meja setiap calon.

[d]

Mengawas dan membantu Pembantu-Pembantu Peperiksaan meletakkan alat tulis peperiksaan dan mengarahkan mereka meletakkan bahan-bahan lain yang dibenarkan.

[e]

Membenarkan calon-calon masuk ke dewan peperiksaan 10 minit sebelum peperiksaan bermula setelah menerima arahan daripada Ketua Pengawas.

[f]

Memastikan calon-calon tidak membawa masuk bahan-bahan/peralatan yang tidak dibenarkan ke dalam dewan peperiksaan.

[g]

Menyemak pengenalan diri calon dan mengutip borang kehadiran serta menyerahkannya kepada Ketua Pengawas selepas 30 minit peperiksaan berlangsug.

[h]

Mengawasi calon-calon dengan teliti sepanjang masa peperiksaan berlangsung dan menunaikan keperluan-keperluan mereka.

[i]

Menjalankan tugas pengawasan yang secukupnya terhadap mana-mana calon yang dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan; calon yang dibenarkan pergi ke tandas perlu diawasi oleh Pembantu Peperiksaan ataupun Pengawas dan calon tersebut boleh diperiksa [body check] terutamanya saku-saku dan stoking, jika disyaki.

[j]

Melaporkan kepada Ketua Pengawas sekiranya terdapat calon yang sakit, kes-kes penyamaran, penipuan atau hal-hal yang melanggar Peraturan Peperiksaan Universiti.

[k]

Mengarahkan calon-calon supaya berada di tempat masing-masing sehingga skrip-skrip jawapan dikutip da disahkan oleh Ketua Pengawas.

[l]

Membantu Ketua Pengawas mengira jumlah skrip jawapan.

[m]

Menyemak dan memastikan bahawa calon-calon tidak membawa keluar dari dewan peperiksaan skrip jawapan, kertas soalan atau bahan peperiksaan lain yang tidak dibenarkan.

[n]

Bersedia hadir pada bila-bila masa apabila dipanggil oleh Jawatankuasa Penyiasatan Kes Meniru/Menipu Dalam Peperiksaan Universiti untuk membantu penyiasatan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGAWAS

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGAWAS