Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
SINOPSIS
Mengisahkan kehidupan seorang juara tinju Muay Thai Chainarong yang terpaksa mengharungi liku-
liku hidup yang tragis sepanjang kariernya dalam arena tinju Muay Thai. Chainarong bersama-sama
sahabat baiknya A-Wut belajar Muay Thai sejak kecil lagi. Kedua-dua mereka merantau hingga
ke Selatan Thailand mendalami dan mempelajari ilmu tersebut dari beberapa orang guru yang
Semasa berguru dengan Lebai Saleh Kasa di Kg.Simpang Tiga Pattani, Chainarong telah menaruh hati
dengan anak gadis gurunya yang bernama Nawari. Pada masa yang sama Chainarong tidak
menyedari bahawa sahabat baiknya A-Wut juga menyukai Nawari sehinggalah pada suatu hari A-
Wut berterus terang dengan Chainarong dan mengajak Chainarong untuk bertarung merebut Nawari
di gelanggang rumah guru mereka. Chainarong dapat menewskan A-Wut dan disebabkan terlalu
malu A-Wut pulang ke kampung mereka di perkampungan Siam Kg.Nat, Naka Kedah.
Chainarong berulang alik dari Bangkok ke Kanchanaburi setiap minggu selama 7 bulan untuk
menjalani latihan menghadapi pertandingan Muay Thai World Championship kali ke 7. Tiga minggu
sebelum perlawanan akhir, Chainarong menjadi lemah, diserang sejenis penyakit ganjil yang amat
menyakitkan sehingga akhirnya dapat disembuhkah oleh Lebai Kasa gurunya dari Pattani. Lawan
dan pencabarnya dalam pertandingan itu ialah A-Wut. Ben Mustaza yang menjadi pengurus
sembuh. Chainarong tetap berdegil untuk ke gelanggang akhir bertemu A-Wut kerana dia tahu
bahawa selama ini A-Wut menggunakan ilmu hitam untuk melemahkan Chainarong sebelum ke
pertandingan akhir. Biarpun Chainarong dalam keadaan lemah tetapi tetap menentang lawannya A-
Wut dan di gelanggang akhir itu A-Wut membelasah Chainarong sehingga parah. Chainarong rebah
di gelanggang. Disebabkan dendam terhadap Chainarong cukup tebal dalam dirinya, A-Wut
terus memukul Chainarong walaupun setelah diisytiharkan menang oleh pengadil perlawanan. Jari
jemari dari tangan itu sentiasa digenggam kuat dan gagah dibalut, disarung. Chainarong cuba
bangun dan tetap mahu bertarung…Ben Mustaza meluru masuk ke gelanggang menghalang A-Wut
Begitulah, untuk menghalang segenggam bara yang menyala menjadi dendam, Chainarong akhirnya
LOKAN BERTEPUK – 2009 dan ULEK BANDA – 2010 ) kesemuanya membawa persoalan yang sama
yakni mepersoalkan wujudkah kesinambungan titih dalam generasi kini untuk menghidupkan
kembali, memberi nafas kepada beberapa jenis teater tradisional Melayu khususnya Penglipur Lara
yang semakin padam, semakin tenggelam, pupus dan terhapus. Antaranya akan adakah nanti titih
dan pewaris Tok Dalang, Awang Batil, Pak Lokan dan Anak Banda. Pada masa yang sama
saya diheret untuk turut cuba mencari wajah DEKON setepat mungkin. Kali ini kemunculan nashkah
“ Chainarong ” jauh berbeza menerobos pentas dengan membawa isu maruah dan dendam amarah.
Antara hilangnya setia sahabat seperguruan dengan maruah cinta yang pernah kalah.
Apa pun format dan acuan DEKON semakin dekat dan sepakat, moga apa yang dihidangkan dalam
pesta ini pastinya penuh dengan tenaga, akal fakir dan usaha. Kita mohon keberkatan dari Yang
Maha Pemberi, Maha Memberi…Agar sesudah ini sama-sama kita dianugerahi wangi Firdausi…”
Senibayan.
Spot pada pentas di sudut kiri. Bunyi muzik latar. Chainarong dalam posture peninju Muay
Thai beraksi membuka gelanggang. Raut wajahnya menceritakan dunia kemegahan, keunggulan
SUARA LATAR :
Di atas gelanggang sana ialah seorang jaguh yang telah banyak mencipta sejarah dan memberi
warna gemilang dalam dunia tinju Muay Thai. Dari Utara Semenanjung merentas bumi Selatan
Thailand, kemudian menjelajah peringkat bertaraf dunia dari Wilayah Bangkok ke “ Blue Ocean ”,
beliau terus mencipta nama, gah membelah benua, bergelut dengan berani melepasi gelanggang
demi gelanggang. Anak kelima Lebai Samit, dilahirkan di Kg.Nat, Naka sebuah perkampungan Siam di
Kedah ini memulakan karier sebagai peninju dengan berguru dengan arwah Haji Pak Den Kerang di
Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah pada usia 13 tahun. Pada usia beliau mencecah 16 tahun dengan
minat yang terlalu mendalam dalam dunia tinju Muay Thai, membuatkan beliau kemudian merantau
dan berguru dengan Hj. Prasak Suchasit guru Muay Thai terkenal di Bak Nang Narathiwat selama 3
tahun. Beliau kemudiannya mengembara di sekitar Selatan Thailand dengan berguru lagi dengan Hj.
Thirawan Piayapon di Yala dan Lebai Saleh Kasa Kg. Simpang Tiga Pattani. Pada tahun 2005 ketika
usinya 19 tahun, beliau menyertai pertandingan Muay Thai Wilayah Utara di Kg. Nat, Naka,
Kedah dan menjuarai buat pertama kalinya kategori junior lightweight. Dunia pertandingan Muay
Thai dikejutkan apabila beliau berjaya menewaskan Chirasan juara dunia dua kali berturut-turut
dalam World Championship Muay Thai di Bangkok, Thailand 2006. Tahun 2007 beliau sekali lagi
menjuarai World Championship Muay Thai di Sydney, Australia menewaskan Pan Ramos dari Mexico
dan kali terakhir menjuarai juara dunia untuk kali ketiganya dengan menewaskan Kapsin Chiratak di
Bangkok, Thailand dalam tahun 2008.
Tuan-tuan dan puan, juara dunia Muay Thai tiga kali berturut- turut...CHAI...NA...RONG !!!
Bunyi riuh suara latar tepukan. Flash kamera menerangi di setiap sudut pentas. Chainarong berjalan
perlahan-lahan menuju ke hadapan pentas. Dalam dirinya terpantul rasa puas, seperti ada percik
bulan penuh di kandang wajahnya dan sesekali dikerutkan menjadi semacam potret figura garang,
ganas dan dahaga. Sambil mendongak air dalam takungan mulutnya dihembuskan ke atas terpercik
luas terbias di bawah cahaya lampu. Itulah lagak seorang juara, seorang lagenda ! Spot pada
Chainarong dipadamkan.
Spot pada Ben Mustaza di satu sudut. Ada sebuah fail di tangannya.
BEN MUSTAZA :
Chainarong...Satu nama besar dalam dunia tinju Muay Thai. Anak muda yang pada asalnya datang
dari lembah dan sawah, pada usia kecilnya dibalut lumpur di bendang, Dia pernah melihat wajah
kampung yang ditinggalkan dengan memijak lanyau sawah menarik kapar, menangkap belalang
kacung, mengejar kelicap jambul dan cak uban,menyepak bola plastik berbelang merah di padang
sekam dan jerami patah, menguap dan terlena di lantai wakaf sambil tangan menggenggam erat
Di padang, dia terkenang-kenang pucuk rumput yang merayap, kalau di kandang dia mahu
menatang jerami yang kontang, kalau ada bunyi dari mulut lembu jantan tak henti berdegus,
lembu itu ditinjunya, tunggulah harinya liat daging lembu jantan itu akan disiat, disirat.
perkampungan Siam, di Kg. Nat, Naka, Kedah. Sudah tujuh bulan katanya dia tidak pulang ke
Setiap minggu Chainarong akan berulang alik dari Bangkok ke Kanchanaburi 150 kilometer
dari kota Bangkok semata-mata untuk menjalani latihan dengan Chiwadong The Dragon,
untuk kali keempat. Dia sungguh-sungguh berlatih. Dia akan berbuat apa sahaja, bagaimana pun
jua untuk mengekalkan garis horizon nafsunya dan tidak mahu orang lain merampas haknya.
Tinggal sebulan lagi persiapan latihan untuk ke pertandingan World Championship Muay Thai ke 7
pemakanan, aktiviti penggambaran dan fotografi di samping berdepan dengan pengurus syarikat
pengiklanan. Setiap minggu juga aku terpaksa menyediakan laporan khusus perkembangan
dan status kesihatan dan latihan Chainarong kepada Dr. Affendi dan Yang Berhormat Dato’ Alif
Shamsir Presiden Persatuan Muay Thai Kedah, di Alor Setar. Kadang-kadang akal tidak pernah
mampu terlintas menerima takdir indah dari Tuhan, takdir dan nasib yang hadir dalam hidup
Chainarong persis rerama yang tiba-tiba hinggap dan jejak pada segar kelopak merah mawar, ada
titis manis madunya di situ. Begitu Tuhan bukan tandatanya dan persoalan pada kebesaran, jelas Dia
Maha Pemberi, Maha Memberi. Chainarong, jari jemari dari tangan penumbuk besinya sentiasa
digenggam kuat dan gagah dibalut, disarung, Chainarong akan terus bertarung…Chainarong akan
terus bertarung…
Ben Mustaza membuka fail di tangannya dan menelitinya.
BEN MUSTAZA :
15 haribulan photo shoot di Lee Garden Hatyai, jam 3.00 petang. 16 haribulan sesi wawancara
dengan stesen TV 5 di Bangkok jam 8.30 malam. Video clip – iklan 17 haribulan di West Side
prinsip dan aturannya yang tersendiri. Di satu tempat, ruang dan waktu, kita akan lebih bijaksana
meletakkan diskusi yang lebih dominan tentang konsep dan praktik, lantaran mengambil
langkah menjadikan DEKON sebagai produk baru melewati kawasan dan batas geografi
senibayan
Spot pada A-Wut.
A-WUT :
Semakin kusemak, semakin ia menjadi terumbu yang sesak di lubuk yang desau dan payau. Dalam
menung menuba waktu, aku semakin hairan dan mula mencari di mana kejora di benua lapang
cakerawala...Aku sering bertanya mengapa selalu ada sengketa yang tidak dapat aku lepaskan ke
muara, sedang dia adalah sahabat paling setia. Semakin jauh aku melata, benar, segala-galanya
adalah kerana dalam rasa cinta, kerana kalah dan kerana maruah. Aku mula menjadi semakin lupa
biarpun kita pernah hidup dalam gelanggang yang sama. Chainarong…Selepas ini daerah kita akan
berbeza. Kau memiliki segala-galanya sedang aku terpaksa menanggung malu dan derita. Aku
tinggalkan cinta itu bukan bererti aku tewas, kalau pun aku pernah jatuh di gelanggang guru, bukan
bererti aku menyerah mahu merayu. Chainarong, aku sedang mencari waktu. Biarkan masa berdetik
panjang, waktu tetap akan datang, takdir tetap akan hadir. Kita tunggu waktu itu…Chainarong, akan
BEN MUSTAZA :
Tak perlu takut. Nama aku Ben Mustaza bin Dato’ Muzafar, orang Kuala Lumpur. Panggil aku Ben
sahaja. Apa ? Aku tengok kisah kau dalam You Tube. Kau memang ada potensi. Kau tak boleh
bertinju melulu macam itu sahaja, kau perlu ada pengurus. Aku ? Memang aku minat dengan sukan
jenis lasak macam ni. Cuma aku tak pandai bertinju.
Itu pun terpulang kepada kau Chainarong. Kalau kau setuju, aku akan jadi pengurus kau supaya
perjalanan hidup kau sebagai peninju nanti akan lebih teratur. Nanti aku balik KL aku akan sediakan
dokumen-dokumen yang perlu kau tandatangan. Aku percaya kau akan berjaya pergi jauh. Percaya
cakap aku. Kita ? Kita nak ke Alor Setar, jumpa YB Dato’ Alif Shamsir, Presiden Persatuan Muay Thai
Kedah. Aku nak kau berdaftar menjadi ahli, senang nanti nak masuk pertandingan yang lebih besar.
Lepas ini Chainarong, kau akan berubah. Aku akan cuba jadikan kau seorang peninju Muay Thai
bertaraf professional, bukan jaguh kampung Nat Naka tu sahaja, faham ? Kalau faham bagus. Ha ,
apa yang dijual di tepi jalan tu Chainarong ? Nira ? Nira apa ? Nira nipah ? Nah ambil duit ni, kau beli
dua bungkus aku nak rasa.
Gambaran perjalanan gerak dari arah belakang kereta di multimedia berhenti. Ben Mustaza
menyanyi-nyanyi kecil. Seketika kemudian terus beraksi memandu sambil menyedut air nira nipah
mengunakan straw dari dalam plastik.
BEN MUSTAZA :
Emm…sedap nira ni. Kau akan jadi terkenal nanti Chainarong !!!
CHAINARONG :
Mengapa perlu ada darah kencang bergeliat menyekat gelepar melihat restu Tuhan membenarkan
kejayaan manusia lain? Seharusnya kita di depan bersyukur melukis lekuk ombak, mewarnai arca
bulan, memberi cahaya dan harapan, bukan meninggalkan lindap dendam di ambang yang
meradang, tidak perlu dipilin duri menjadi belati iri hati dan angin cemburu menghempas dinding,
Di lubuk hati, dalam cebis sumur minda, bagi aku dunia ini tidak ubah seperti selintang
opera...dalam kota pura-pura, ada manusia satira. A-Wut yang pernah aku anggap sebagai sahabat
paling setia akhirnya mendesak untuk menjadi penentu episod awal dan hujung, tiada lagi erti setia
kawan. Dan aku menjadi lebih keliru mencari cahaya dalam redup temaram di dada kelam, kerana
A-Wut tidak pernah mahu menerima hakikat itu. Tidak pernah menampakkan kejujuran. Bagi
aku, kejujuran ialah estetika setangkai hati yang menolak hukum hipokrasi. Tuhan tidak pernah
mungkir untuk melihat keikhlasan meskipun tersembunyi di sebalik sebiji saga di penjuru hutan.
Kerana seorang Nawari barangkali, anak gadis guru Lebai Saleh Kasa. Gadis yang sama-sama kami
suka, gadis yang sama-sama kami cinta. Ketika itu kami sama-sama tinggal di rumah Lebai Saleh Kasa
di Kg.Simpang Tiga Pattani selama 3 bulan lamanya dan sama-sama belajar menghafal jurus tomoi
sampai jurus ke 12. Nawarilah gadis yang melayan makan minum kami. Aku sendiri memang tertarik
pada keayuan wajahnya dan tidak sedar bahawa A-Wut juga menyimpan perasaan kepada Nawari.
BEN MUSTAZA :
Chainarong bersetuju menjadikan aku sebagai pengurusnya. Bertitik tolak dari situ aku
mendaftarkan Chainarong sebagai peninju professional pada usianya 19 tahun dan pertama kali
menyertai pertandingan Muay Thai Wilayah Utara. Chainarong memang istimewa dan berbakat dan
berjaya menjuarai kejohanan itu. Keesokan malamnya aku dan Chainarong menyambut
kemenangan pertamanya di Shamila Lounge, di Hotel Shamila Alor Setar bersama-sama rakan-
rakan Chainarong, Charayuk, Leman dan Pok Sai . Malam semakin renta bergumpal sejuk udara
basah pendingin hawa. Di luar lesau rintik hujan tertimpa di rerumputan. Chainarong tidak banyak
bercakap walaupun sebenarnya dia cukup gembira dengan kemenangan pertama itu. Malam itu juga
tiba-tiba secara kebetulan kami didatangi A-Wut rakan sekampung Chainarong, yang sama-sama
berguru di Narathiwat, Yala dan Pattani. A-Wut terus merapati Chainarong sambil mengarahkan jari
telunjuk tepat pada muka Chainarong. Kata-kata A-Wut pada Chainarong malam itu masih melekat
pada sumsum jiwa aku. "Hidup kena mencari, berjumpa kena hargai, sayangi, jangan dihilangi...Kita
tengok nanti…" Chainarong bangun dengan keadaan agak marah. Bersepai meja minuman kami.
Aku, Charayuk, Leman dan Pok Sai memegang Chainarong sebelum apa-apa terjadi. A-Wut hanya
tersenyum dan sebelum keluar bersama-sama 4 orang rakannya A-Wut berkata lagi… “Chainarong,
Rupanya Chainarong menyimpan kisah hitamnya bersama A-Wut yang dulu menjadi teman baik dan
senibayan
Spot pada A-Wut di penjuru kiri dan Chainarong di kanan.
A-WUT
Pungguk yang terlalu ghairah mencari indah cahaya bulan, kadang-kadang tak semua
kesampaian…
CHAINARONG :
Kalaupun mahu duduk, jangan ditindih rimbun senduduk, jika melangkah, jangan dipijak busut yang
rekah, sesekali larilah diri dari menjadi haiwan berbulu duri...Ingat pesan guru arwah Haji Pak Den
Kerang… “Chainarong, A-Wut…jangan biarkan sehelai rambut sahabat gugur ditebas tetak tumbuk
A-WUT :
Jangan telalu bercerita dan percaya dengan keasyikan kecil yang berbisik, nanti ada wajah resah
membungkus menjadi gundah. Nadinya akan pedih, senyumnya lirih, pekat rawanya mendidih.
CHAINARONG :
Kalau pun sendiri-sendiri melecur dengan igau-igauan, tersiksa melihat rencana di puncak cemara,
terbakar hati melihat pancang terpacak di angkasa, belajarlah supaya lebih bersabar.
Ingat pesan guru Hj. Thirawan Piayapon di Yala dulu… “Chainarong, A-Wut… Selagi belum fana
dunia, tumbukan belum berbisa, genggam tusuk dan berkatalah, aku zat kau sifat,
binasa sifat kerana zat…” Ingat pesan guru Hj. Prasak Suchasit di Bak Nang Narathiwat… “Bertinju
adalah bersatu antara tubuh dan jasad, jangan ada dengki dan hasad…” Berterus teranglah sahabat !
A-WUT :
Kau …
A-WUT :
Mana bisa si camar buta melihat jingga warna senja, kau sendiri sahabat, menjadi semakin tidak
CHAINARONG :
A-WUT :
CHAINARONG :
Aku sangka…
A-WUT :
Sudah Chainarong ! Kita sama-sama jantan. Aku jumpa kau di gelanggang petang esok.
CHAINARONG :
Lebai Saleh ke Yala esok, lusa baru balik, tak ada latihan katanya.
A-WUT :
Ini bukan soal latihan tapi Nawari. Kita bertaruh di gelanggang. Aku kalah, Nawari milik kau, kau
kalah Nawari milik aku, itu sahaja, kita jumpa petang esok di gelanggang.
CHAINARONG :
Tapi A-Wut…
A-WUT :
Spot pada Ben Mustaza disamarkan. Spot pada A-Wut di satu sudut.
A-WUT :
Di atas gelanggang yang lalu aku turun di bawah nyalaan bara api
lalu membenarkan kau bersilang kaki lega di hujung pantai
dan pada angin dan bunyi serunai Siam yang akan datang
dua tanganku akan menggenggam dendam, menyentuh darah itu yang akan gugur
tidak akan berhenti tapak kakiku melangkah
mengupas kulit matamu hingga hancur ke pembuluhnya
sampai teranjak pangkalan jantung itu
dan sahabat, bagi aku setelah Nawari kaumiliki, Nawari kuanggap telah lama mati,
aku mahu kau juga mati Chainarong…
tidak larat aku menentang kuasa kudrat, jalan halus aku berpakat.
Spot pada A-Wut dipadamkan. Muzik latar serunai. Di satu sudut spot pada Tok Moh sedang
menjampi sesuatu .
TOK MOH :
Sang krak sai preng chiap mai kun chian Ram ram tai samrong chiang suk prai sapti prai sakti…
Kun chai mai, kun chai liap praktisap praktimu. Chainarong, kinbai lam siam mai pong krak suk krak
mai…Chainarong, kinlai chai chai mun prak ku chai lia sam sun sam munmun cha er , char er mai sap
pla. Puh chai man puh chai san…ram ram…
Tok Moh menikam-nikam anak patung di hadapannya. Spot pada Tok Moh disamarkan.
Spot pada Chainarong yang berguling-guling di satu penjuru sambil menjerit-jerit kesakitan.
Chainarong tidak dapat menahan kesakitan, lemah tidak bermaya dan jatuh pengsan.
Spot pada Chainarong dipadamkan.
Spot pada Ben Mustaza.
BEN MUSTAZA :
Dua minggu sebelum pertandingan akhir di Bangkok diadakan, Chainarong terlantar di kampung.
Chainarong semakin tidak bermaya, sering muntah-muntah, tidak boleh makan dan minum.
Entah apa penyakitnya sehingga sidang doktor sendiri tidak dapat mengesahkannya sehinggalah
Lebai Saleh guru Chainarong dari Pattani datang mengubatinya. Aku mendengar dengan jelas
kata-kata Lebai Saleh “Ini bukan permainan biasa, ada 11 jarum tembaga halus mencucuk sehalus
peniti, menikam semua 11 sendi, musuh yang mahukan Chainarong bukan sakit tapi mati.” Aku
sendiri melihat bagaimana Lebai Saleh mengeluarkan jarum-jarum tembaga halus dari segenap
sendi- sendi Chainarong “Laqaulawala…Kucabut roh pada besi jarum tembaga, kuasingkan pada
pecah petala langit, jatuh ke angin, pecah petala bumi hanyut ke laut, berkat doa Laillahaillalah…
Allahuakbar !” Beberapa ketika Chainarong sedar dan di tangan Lebai Saleh terpacak 11 batang
jarum tembaga halus…Begitu ilmu hitam ditewaskan dengan keberkatan kalimah…
Ben Mustaza melangkah ke sudut lain merapati Chainarong yang siap berpakaian lengkap seorang
peninju.
BEN MUSTAZA :
Kau nak teruskan juga Chainarong ? Kau belum benar-benar pulih sepenuhnya.
CHAINARONG :
Ben, pertarungan ini adalah pertarungan maruah. Kalau A-Wut sanggup bermain secara halus, aku
akan buktikan bahawa Chainarong tidak perlukan semua itu. Dia pernah kalah dulu di gelanggang
guru. Aku akan ke gelanggang Ben. Chainarong akan ke gelanggang…Gelaran dan tali pinggang
kemenangan bukan lagi menjadi mimpi aku, tapi ini Chainarong, Chainarong akan melihat kebenaran
akan ditegakkan, doakan aku Ben.
Ben Mustaza memeluk Chainarong yang kelihatan masih lemah. Lampu disamarkan.
“ Dalam upaya memahami DEKON, kita sama-sama turut menebas dan menebang, meneroka
situasi demi situasi. Instrumen pada setiap keupayaan ialah keterlibatan bersama-sama semua
IPTA yang menyertai festival istimewa ini. Secara menyeluruh dan rinci, kita telah sama-sama
membina konvensi dan ideologi, mendasari arca paradigma yang tersendiri...”
senibayan
Spot pada A- Wut di sudut kiri dan Chainarong di sudut kanan.
SUARA LATAR :
Ladies and gentlemen, from the blue conner, from Kedah, Malaysia, A-Wut Prakhason !!!
Bunyi suara latar tepukan. A-Wut mengangkat kedua-dua belah tangan sambil melambai-lambai
kepada penonton.
SUARA LATAR :
And from the black conner, also from Kedah, Malaysia, 3 times Muay Thai World Champion…
Ladies and gentlemen, the defending Champion, Chai…Na…Rong…. !!!
Chainarong dalam keadaan lemah mengangkat tangan dan melambai-lambai juga kepada
penonton. Di sudut masing-masing kedua-dua Chainarong dan A-Wut beraksi membuka gelanggang
diiringi muzik latar. Kemudian Chainarong dan A-Wut bertembung di tengah gelanggang dan
bertarung. A-Wut penuh bertenaga membelasah Chainarong bertubi-tubi. Chainarong yang masih
lemah cuba melawan tetapi tidak berdaya. Muka Chainarong dipenuhi dengan darah. Akhirnya
Chainarong tumbang di gelanggang.
SUARA LATAR :
One, two, three, four, five…six…seven…
Chainarong cuba bangun.
SUARA LATAR :
eight… nine…ten…!
…And the winner is A-Wut !!! A- Wut !!!
A-Wut terus menerkam Chainarong yang terbaring di gelanggang dengan menyepak-nyepak dan
terus menumbuk Chainarong bertubi-tubi untuk melepaskan dendamnya. Ben Mustaza bergegas
masuk dengan memukul A-Wut dengan baldi air. A-Wut berundur ke belakang sambil tersenyum dan
menuding jarinya ke arah Chainarong. A-Wut mengangkat kedua belah tangan dengan penuh
bangga dan meninggalkan pentas. Ben Mustaza meluru mendapatkan Chainarong sambil
mengoncang- goncang badan Chainarong. Chainarong sudah tidak bernyawa lagi. Ben Mustaza
menangis sambil merangkul jasad kaku Chainarong dan meraung kesedihan. Muzik latar. Lampu
disamarkan.
Spot pada Ben Mustaza. Ada kesayuan pada wajahnya sambil mengatur dengan perlahan patah
ayat. Dalam sebak dan isakan halus, Ben Mustaza benar-benar merasai kehilangan itu. Untuk
menghalang gerbang dendam, ada mimpi yang terbang dan tenggelam...
BEN MUSTAZA :
Chainarong...Satu nama besar dalam dunia tinju Muay Thai. Anak muda yang pada asalnya datang
dari lembah dan sawah, pada usia kecilnya dibalut lumpur di bendang, Dia pernah melihat wajah
kampung yang ditinggalkan dengan memijak lanyau sawah menarik kapar, menangkap belalang
kacung, mengejar kelicap jambul dan cak uban,menyepak bola plastik berbelang merah di padang
sekam dan jerami patah, menguap dan terlena di lantai wakaf sambil tangan menggenggam erat
Lampu disamarkan.
- end -
senibayan
“ Chainarong memunggah kecenderungan untuk menepati disiplin DEKON
sedekat mungkin. Di sisi lain, Chainarong adalah kitaran roda dalam pola hidup
manusia dan kemanusiaan, kemenangan dan kekalahan. Tidak ada subjek yang
sebenarnya sempurna, ada hari pasang, akan ada hari surutnya.Kitalah yang
cukup memahami tentang keadilan diri sendiri untuk diadili di kemudian hari…”
senibayan