Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
FAKULTI PENDIDIKAN
SEMESTER 2
SESI 2018/2019
LAPORAN KUMPULAN
TAJUK :
NAMA PELAJAR:
NURUL AFIFAH BT JOHARI (P89556)
MUHAMMAD ZULHELMI BIN ROSLAN (P89580)
NURUL SYAFIQAH SHAZANA BT MARIZAN (P89576)|
NAMA PENSYARAH:
Dr. MOHAMED YUSOFF BIN MOHD NOR
RETURN ON INVESTMENT (ROI) / PULANGAN PELABURAN
PENGENALAN
Pihak kerajaan menggunakan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan dan menbanteras kadar
kemiskinan dikalangan masyarakat. Satu usaha yang hanya mampu mengubah kehidupan
masyarakat adalah melalui wahana pendidikan. Pendidikan negara dapat melahirkan modal insan
yang mampu bersaing untuk meningkatkan produktiviti negara. Kini, kerajaan Malaysia sangat
memberi penekanan terhadap pembangunan sumber manusia.
Terdapat peruntukan kewangan yang besar bagi bidang pendidikan bagi setiap tahun
Kerajaan meletakkan sektor sosial khususnya pendidikan sebagai satu aspek penting dalam usaha
untuk melahirkan modal insan yang unggul selari dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Setiap tahun pihak kerajaan telah melabur wang yang banyak dalam pemberian
insentif subsidi berbentuk bantuan kewangan seperti biasiswa dan pinjaman khususnya kepada
para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi (Najib, 2017). Ini disebabkan
kos mengikuti pengajian di IPTA mahupun Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
memerlukan modal yang begitu tinggi. Kerajaan juga memperuntukkan sejumlah wang yang besar
bagi setiap jenis sekolah (Rahmah & Nanthakumar, 2007)
Pulangan pelaburan atau Return on Investment (ROI) bermaksud ukuran yang menyiasat
jumlah keuntungan tambahan yang dihasilkan disebabkan oleh pelaburan tertentu. Kebiasaannya,
bidang perniaagaan menggunakan pengiraan ini untuk membandingkan senario yang berbeza bagi
pelaburan yang dapat menghasilkan keuntungan dan memberi keuntungan terbesar kepada
syarikat.
Pulangan pelaburan dalam pendidikan juga disebut sebagai educational productivity atau
academic-ROI. Ini bermaksuk ROI Pendidikan adalah alat yang digunakan untuk menekankan
keberkesanan kos dalam keputusan anggaran dan membantu para pembuat keputusan membuat
pilihan yang lebih bijak antara penggunaan sumber yang berpotensi yang berlainan Menurut
Shahril Marzuki (2012) menyatakan bahawa pelaburan dalam pendidikan dapat diketahui sama
ada mendatangkan keuntungan ataupn tidak dengan membuat perbandingan antara kos dan faedah
analisis (cost- benefit analysis) dalam pelaburan pendidikan. Apabila faedah melebihi kos, maka
pelaburan dalam pendidikan menguntungkan. Selain itu, keuntungan pelaburan pendidikan dapat
diketahui melalui kadar pulangan ( rate of return) dan nilai bersih semasa (nett present value)
RM dibelanjakan
Menurut kajian Abdul Samad (2004) menunjukkan sistem pendidikan menengah teknik
mempunyai nilai Kadar Pulangan Pelaburan (Internal Rates of return- IRR) lebih tinggi
berbanding dengan sistem pendidikan menengah kebangsaan. Ini menunjukkan sistem pendidikan
menengah teknik mempunyai daya saing yang lebih baik berbanding dengan sistem pendidikan
menengah kebangsaan.
TEORI MODAL MANUSIA
Modal insan atau modal manusia merupakan aset penting dalam pembentukan sesebuah negara.
Kemajuan dan kekuatan sesebuah negara bergantung kepada sumbangan modal insan terhadap
pelaburan yang telah dilaksanakan dalam pendidikan.
Teori Modal Manusia diperkenalkan oleh Theodore W.Schultz (1961). Dalam teori ini
menunjukkan bahawa peranan ilmu pengetahuan dan keterampilan yang digunakan sebagai
invensi kearah kecemerlangan. Menurut Schultz (1961), modal insan adalah dimana seseorang
individu mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Menurut Becker (1964) modal
insan bermaksud individu yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, kesihatan dan latihan.
OECD (1999) mendefinisikan modal insan sebagai pelaburan yang dilaksanakan bagi
meningkatkan produktiviti diri sama ada dari aspek kemahiran, pengetahuan, kecekapan dalam
pendidikan dan latihan.
Modal insan yang mempunyai ciri-ciri keterampilan ini mampu memacu negara kearah
mencapai kemajuan. Modal insan yang cemerlang mampu bertindak pantas terhadap perubahan
ekonomi serta berpengetahuan luas. Hal ini menunjukkan modal insan merupakan aset terpenting
negara dalam menginovasikan negara ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi (Skuras,
2005).
Sistem pendidikan Malaysia yang memberi akses pendidikan untuk semua bagi pendidikan
rendah dan menengah adalah langkah dan inisiatif kerajaan untuk menhasilkan modal insan yang
berkualiti yang dapat berkhidmat kepada negara. Menurut Schultz (1961), pelaburan dalam modal
manusia mempengaruhi peningkatan pendapatan pekerja. Purata upah yang lebih tinggi dibayar
kepada pekerja yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi (Psacharopoulus, 1996). Ini
menunujukkan bahawa langkah kerajaan untuk meningkatkan sosioekomi masayarakat adalah
melalui wadah pendidikan. Peningkatan pendapatan pekerja adalah bergantung kepada tahap
pendidikan yang diperolehinya.
Bagi meningkatkan kesan kepada sumber terhad organisasi, analisis pulangan pelaburan
digunakan untuk meningkatkan kecekapan sumber. Kebiasaanya , pulangan pelaburan digunakan
secara meluas dalam dunia perniagaan. Disebabkan dalam dunia perniagaan ianya
membandingkan keuntungan atau pulangan seunit iaitu pelaburan melalui pelbagai tindakan yang
berpotensi. Tetapi, menurut Stephenn (2014), menyatakan pendekatan strategi sistem dalam
pendidikan semakin meningkat dan proses ini dipanggil sebagai produktiviti pendidikan atau
akademik pulangan pelaburan.
Perbezaan antara pulangan pelaburan dalam pendidikan dan dalam perniagaan ialah
pemimpin pendidikan tidak mencari pulangan ke atas wang yang dilaburkan tetapi mereka
mencaripembelajaran pelajar yang besar atau hasil pembelajaran pelajar seperti kadar tamat
pengajian yang tinggi, peningkatan pendapatan atau pilihan kerjaya.
Pemimpin pendidikan yang menggunakan pendekatan strategi sistem untuk
memaksimumkan analisis pulangan pelaburan, terdapat lima (5) strategi yang boleh diambil untuk
membantu penggurusan membuat perancangan.
Abdul Samad. 2004. Prospek pelaburan pendidikan sekolah menengah teknik dan sekolah
menengah kebangsaan di Malaysia. Tesis Sarjana Sastera (Pendidikan). Universiti Sains
Malaysia.
Frank, S., & Hovey, D. (2014). Return on Investment in Education: A" System-Strategy" Approach.
Education Resource Strategies.
Najib Tun Abdul Razak. 2017. Bajet 2018. Kementerian Kewangan Malaysia
Gary S.Becker. 1964. Human Capital: A Theoretical and Empirical Analysis, with Special
Reference to Education, Second EditionOrganization for Econ Cooperation and
Development. 1999.
Psacharopoulos, G., E. Velez, A. Panagides and H. Yang. 1996. "The Returns to Education
during Boom and Recession: Mexico 1984, 1989 and 1992." Education Economics 4(3):
219-230.
Rahimah Ismail & Nanthakumar Loganathan. 2007. Analisis kadar pulangan pendidikan di
Malaysia. Jurnal Pendidikan, 32: 103-118.
Shahril Marzuki .2007. Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional Sdn.
Bhd.
Theodore W. Schultz. 1961. Investment in Human Capital. The American Economic Review
Vol. 51, No. 1 (Mar., 1961), pp. 1-17