Anda di halaman 1dari 2

STPM 2013 (SOALAN 20)

20. Penetapan gaji minimum dalam sesuatu bidang pekerjaan perlu dilakukan untuk memastikan
golongan pekerja di negara ini memperoleh pendapatan yang berpadanan dengan pekerjaan yang
mereka lakukan. Bincangkan kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimum tersebut.
Dasar Gaji Minimum yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dijangka akan
memanfaatkan golongan pekerja. Golongan pekerja ini merangkumi 25% daripada guna tenaga di
Malaysia yang memperoleh pendapatan bawah RM700 sebulan dan menjalani kehidupan di bawah
paras kemiskinan.
Antara kebaikan pelaksanaan gaji minimum dalam sesuatu bidang pekerjaan ialah
mengakibatkan peningkatan kadar pendapatan yang lebih tinggi bagi menangani kos hidup tinggi
golongan pekerja dalam sektor awam mahupun swasta di negara ini. Pendapatan tinggi dan kos hidup
ini dapat memberikan peluang kepada pekerja untuk menikmati pendapatan yang lebih berbaloi dan
dapat menampung kos sara hidup yang tinggi pada masa kini. Hal ini demikian kerana, ia membawa
kepada kemakmuran hidup masyarakat selain daripada dapat menurunkan kadar kemiskinan golongan
pekerja di negara ini. Natijahnya, kadar pengangguran dapat dikurangkan dalam kalangan rakyat
tempatan bagi mengukuhkan ekonomi negara.
Kebaikan pelaksanaan gaji minimum dalam sesuatu bidang pekerjaan yang seterusnya ialah,
pasti dapat mengurangkan masalah guna tenaga buruh manusia yang menganggur terutama dalam
kalangan rakyat Malaysia sendiri. Masalah pengurangan guna tenaga dalam kalangan rakyat tempatan
dapat membawa kepada pekerja asing untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ditawarkan kepada
mereka. Hal ini kerana, gaji minimum yang ditawarkan dapat menarik minat lebih ramai individu yang
menganggur untuk mula bekerja. Oleh itu, ia membawa kesan positif kepada pembangunan negara
dalam sektor awam dan swasta.
Selain itu, kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimum juga lebih mampu menambah baik
kualiti hubungan antara majikan dengan pekerja yang sepatutnya sentiasa dalam keadaan sangat
harmoni. Perhubungan antara majikan dengan pekerja yang tidak bersefahaman akan mengundang
pertikaian hal-hal yang berkaitan dengan kenaikan gaji. Pertikaian ini dapat dielakkan melalui aktiviti
makan malam tahunan, hari sukan dan hari keluarga. Oleh hal yang demikian penetapan gaji minimum
dapat mengurangkan pertikaian yang berlaku malahan dapat meningkatkan hubungan baik antara
majikan dengan pekerja dalam setiap program yang dianjurkan.
Kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimum dalam sesuatu bidang pekerjaan yang
selanjutnya ialah, dapat meningkatkan lagi tahap produktiviti pekerja dalam melaksanakan sesuatu
tugasan yang diberikan sehingga mencapai piawaian antarabangsa. Hal ini kerana, penetapan gaji
minimum menjadi pendorong untuk memastikan produktiviti pekerja menjadi lebih berkualiti dan telus
bagi mengurangkan kebergantungan pekerja terhadap bantuan kerajaan. Impaknya, apabila pekerja
meninggalkan sebuah syarikat, ini mengurangkan produktiviti dan kerajaan terpaksa mencari dan
melatih semula tenaga kerja baru yang melibatkan kos pendapatan yang tinggi. Jelaslah bahawa
peningkatan produktiviti dalam kalangan pekerja dapat mengaut keuntungan kedua-dua belah pihak
dan juga dapat meningkatkan gaji setiap pekerja.
Kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimum yang terakhir ialah, ia lebih mampu membela
nasib golongan berpendapatan rendah yang sering ditindas dan diberikan layanan buruk sebelum
ini. Hal ini demikian kerana, majikan tidak seharusnya melewat-lewatkan peningkatan gaji kerana gaji
minimum telah ditetapkan oleh kerajaan. Majikan perlu menstrukturkan semula operasi mereka bagi
mengatasi masalah majikan yang kerap mempergunakan pekerja. Oleh itu, pihak majikan perlulah
menghargai semua pekerja yang telah bekerja dibawahnya dan menambah baik nilai murni dalam diri
majikan.
Kerajaan campur tangan dengan mengambil inisiatif melaksanakan gaji minimum untuk
memastikan pekerja tidak tertindas. Pada masa yang sama, kerajaan mahu memastikan golongan
pekerja berpendapatan rendah mampu menjalani hidup mereka tanpa menghadapi bebanan kewangan.

Anda mungkin juga menyukai