Anda di halaman 1dari 1

menjadi tunjang dalam pemodenan Jepun dan juga sumbangannya kepada titik permulaandalam

kemajuan bidang ilmu pengetahuan dan intelektual di negara Jepun.43Perbezaan yangketara


sepertimana yang dibincangkan adalah boleh dilihat dari aspek perkembangan keadaansistem politik
dan sosial itu sendiri mengikut arus zaman tersebut sehinggalah mencapaitahap yang lebih mapan pada
zaman Tokugawa. Walaupun wujudnya perbezaan tetapi nilai-nilai persamaan juga boleh dlilihat
menerusi konsep pemerintahan dan pentadbiran yang berlandaskan konsep Feudalisme iaitu adanya
masyarakat yang sangat memerlukan

40 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun(Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). hlm.
51.41 Ibid., hlm. 54.42 Chie Nakane & Shinzaburo Oishi, Tokugawa Japan: The Social and Economic
Antecedents of Modern Japan, Translater: Conrad Totman (Japan:University of Tokyo Press, 1990). hlm.
231.43 Edwin O. Reischauer, Jepun:Sejarah Sebuah Negara, Penerjemah: Azhar Mad Aros (Kuala
Lumpur, Malaysia:Universiti Malaya, 2006). hlm. 75.12

perlindungan dan perhubungan peribadi yang saling bergantung antara yang kuat dengan yang lemah44
dan situasi ini sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat di negaraJepun seperti hubungan taat
setia daimyo dengan bakufunya. Selain itu, nilai persamaan jugaboleh dilihat dalam kegiatan kesenian
dan kesusasteraan masyarakat di Jepun yang telahdiamalkan sejak dari zaman Kamakura sehingga
zaman Tokugawa walaupun kegiatan inidikatakan lebih maju ketika pemerintahan syogun Tokugawa.
Oleh itu, penulis ingin merumuskan bahawa jurang perbezaan melalui keadaan sistempolitik dan sosial
di Jepun dalam tempoh kurun ke-12 hingga ke-16 dengan zaman Tokugawa(1600-1868M) adalah
berlainan dari segi tahap perkembangannya. Tahap perkembangan initelah dibincangkan melalui bentuk
perluasan kuasa pemerintah dan diperintah, dasardiplomatik dan perubahan mazhab Buddhisme
kepada mazhab Konfucianisme. Seterusnya,bentuk peranan setiap golongan dalam susun lapis
masyarakat seperti golongan saudagar danwanita, tahap kemajuan dalam bidang keintelektuan dan juga
corak kegiatan sosialmasyarakat yang jelas menunjukkan perbezaan tahap perkembangannya dalam
lingkunganzaman tersebut.

44 Abu Talib Ahmad & Cheah Boon Keng, Isu-isu Pensejarahan: Esei Penghargaan kepada Dr. R.
Suntharalingam(Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia, 1995), hlm. 6.13

Anda mungkin juga menyukai