Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Nurul ‘Izzati Binti Zainudin

Dalam program ini saya telah memegang jawatan sebagai Bendahari program yang
memerlukan saya mengumpul RM10 dariapada setiap ahli kumpulan untuk membeli peralatan
yang diperlukan bagi program ini. Shahirah dan Habibah telah membantu saya membeli
barang-barang yang diperlukan. Akan tetapi, kami mendapati bahawa duit yang telah dikumpul
tidak mencukupi dan memerlukan semua ahli untuk menambah RM5 pada hari berikutnya.

Program ini dijalankan pada 27/10/2018 (Sabtu) yang memerlukan kami berkumpul dan
bergerak pada pkul 7 pagi. Saya bersama Hafizah telah bangun lambat pada hari tersebut
berikutan Festival Konvokesyen yang baru sahaja tamat pada hari sebelumnya. Dalam 7.15
pagi kami terjaga dan merasakan amat risau jika tiba lambat di Asrama Al Falah tetapi kami
bernasib baik kerana jalan raya tidak sesak pada waktu tersebut dan membolehkan kami tiba
lebih kurang sama dengan rakan-rakan yang lain.

Pagi tersebut, kami telah menjalankan aktiviti bersama dengan adik-adik di Asrama Darul Al
Falah yang merupakan anak-anak mualaf yang datang dari keluarga asnaf. Satu majlis
perasmian yang santai telah dirasmikan oleh Dr. Azymawaty yang merupakan pensyarah bagi
subjek ini.

Sebagai salah satu fasilitator bagi program tersebut saya telah membantu menjalankan
beberapa aktiviti bersama adik-adik di sana. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat
memberangsangkan. Namun begitu, saya mendapati terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan
kurang berkesan atau tidak sesuai dengan keadaan peserta. Seperti contoh, Ujian Personaliti
Kerjaya Holland yang telah dilakukan pada akhir program agak tidak memberikan kesan
kepada mereka. Terdapat beberapa ahli kumpulan yang saya ketuai seperti tidak terfikir untuk
mempunyai kerjaya pada masa hadapan dan yang menyukarkan proses tersebut adalah
kesukaran bagi salah seorang ahli yang tidak berapa fasih dengan Bahasa Melayu. Hal ini
menyukarkan saya untuk menerangkan keputusan ujian tersebut kepada beliau.

Majlis penutup pula telah dilaksanakan oleh pihak kami bersama wakil LPPKN dengan
memberikan sijil, dan cenderamata kepada kedua-dua pihak LPPKN dan Asrama Darul Al
Falah. Secara keseluruhan, saya merasakan program ini sedikit sebanyak dapat membantu adik-
adik di Asrama Darul Al Falah.

Anda mungkin juga menyukai