Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

<SEMESTER 5 / TAHUN 2017 >

MPU3412

COMMUNITY SERVICE

NO. MATRIKULASI : 851019015065001


NO. KAD PENGNEALAN : 851019015065
NO. TELEFON : 016-7091368
E-MEL : minghua.1019@gmail.com

1
Pengenalan

Program khidmat masyarakat merupakan sebahagian daripada kursus yang saya perlu ambil
sebagai seorang pelajar OUM . Dengan mempelajari mata pelajaran ini, saya dapat merancang dan akan
melaksanakan serta membuat refleksi selepas projek dilaksanakan . Oleh itu , kertas kerja ini dirancang
bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar OUM seperti saya menjalankan satu
aktiviti khidmat masyarakat yang bermakna ini .

Sebelum saya menetapakan banyak elemen yang perlu ada dalam kertas kerja ini , saya perlu
memahami sebab atau kepentingan program khidmat masyarakat ini dijalankan . Program ini membolehkan
saya meningkatkan pengetahun dan kemahiran untuk menyelesaikan permasalahan penduduk tempatan .
Aktiviti membersihkan taman rekreasi ini dapat membentuk keperibadian saya dan seterusnya saya dapat
mempelajari dan memahami konsep kerjasama dalam masyarakat .

Selain itu , aktiviti pembersihan ini dapat memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam diri
saya terhadap masyarakat di persekitaran . Saya juga dapat mempraktikkan atau mengamalkan gaya hidup sihat
dan nilai membantu orang lain untuk membolehkan kehidupan penduduk tempatan bertambah baik .

Secara tidak langsung , saya sebagai seorang pelajar OUM ini dapat dipupuk menjadi
warganegara yang patriotik , prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
yang tercinta ini .
Setelah berbincang dengan kawan saya iaitu Yeo Yong Shang , kami berdua telah membuat
keputusan untuk membersihkan taman rekreasi yang berhampiran dengan rumah kami . Idea ini adalah tercetus
daripada kami berdua semasa keluar untuk bersarapan pagi . Sepanjang perjalanan kami , kami telah mendapati
dan mengesan bahawa Taman Rekreasi Bandar Selesa Jaya agak kotor dipenuhi oleh sampah sarap dan daun
kering berguguran di merata-rata tempat di sana .

Tambahan pula , terdapat banyak penduduk yang tinggal di sana perlu menjalankan aktiviti mereka
di sana seperti berjoging ,bermain taman permainan , berbasikal dan sebagainya . Kami berdua tidak mahu
keadaan sebegini diteruskan lagi , maka kami bertekad untuk membersihkan taman rekreasi yang kotor ini

2
supaya kehidupan masyarakat tempatan lebih terjamin .Seperti yang kita maklum ,kebersihan adalah asas
kesihatan dan kesihatan menjadi kunci kebahagiaan kehidupan seseorang itu .

Oleh hal yang demikian ,kami berdua membuat persediaan awal untuk memastikan program
khidmat masyarakat ini dapat dijalankan dengan lancar . Saya menyediakan penyapu yang berbentuk pencakar
dan beg plastik sampah yang berwarna biru manakala kawan saya menyediakan penyedok dan beg plastik
sampah besar yang berwarna hitam .

Disebabkan rumah tiada penyapu (pencakar) untuk menyapu daun kering , maka saya pun
bertanya sana dan sini untuk mendapat peralatan ini . Akhirnya , saya dapat meminjam alatan ini daripada
sekolah saya . Saya berterima kasih atas bantuan yang sudi dihulurkan oleh pihak sekolah saya ,

Kami berdua berkumpul dan bermesyuarat untuk menetapkan tarikh ,masa , dan sebagainya untuk
melancarkan aktiviti ini .

1.1 Tema : Cintai Alam Sekeliling


1.2 Nama Projek : Membersihkan Kawasan Rekreasi
1.3 Latar belakang Projek Khidmat Masyarakat : Taman Rekreasi Bandar Selasa Jaya
1.4 Tarikh , Masa dan Tempoh Pelaksanaan Projek : 8 Julai 2018 . 4.30pm-6.30pm. (Dua jam)
1.5 Ahli kumpulan Projek khidmat masyarakat : a) Beh Ming Hua b) Yeo Yeong Shang
1.6 Objektif Projek

Setelah menjalankan projek ini , peserta dapat menunjukkan keprihatinan terhadap kepentingan
perkhidmatan kepada masyarakat dan mendekati diri dengan masyarakat . Selain itu , peserta dapat
memperlihatkan dan menghayati ciri-ciri manusia yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang baik .
Peserta juga dapat belajar merancang , melaksana dan memainkan peranan masing- masing untuk
menyiapkan tugasan ini .Nilai kerjasama dan kolaboratif boleh dipelajari sepanjang program ini dijalankan .
Tugasan ini dapat memupuk kecintaan terhadap budaya bantu-membantu sesama anggota masyarakat .

Tugasan ini dapat membentuk nilai menghargai dalam kalangan peserta . Peserta dapat menghayati
nilai khidmat masyarakat secara mendalam .
1.7 Perancangan dan pelaksanaan aktiviti
3
Sebelum memulakan tugasan ini , saya perlu memahami makna melakukan khidmat masyarakat .
Setelah membaca nota yang disediakan di My Inspire , saya dapati saya perlu membuat sesuatu untuk
menjadikan masyarakat ini lebih baik .
Oleh hal yang demikian , saya ingin mengajak kawan saya yang bernama Yeo Yeong Shang untuk
menyiapkan tugasan ini bersama-sama dengan penuh ertinya . Saya dan Yeo mendapati kawasan rekreasi yang
berdekatan dengan rumah kami adalah kotor dan dibiarkan sahaja . Saya sebagai seorang warganegara yang
mengamalkan amalan sivik perlu membuat sesuatu supaya keadaan tersebut dapat dibaiki .

Terlebih dahulu , saya telah meminjam penyapu yang berbentuk pencakar dari sekolah untuk
menyapu daun kering yang berguguran di taman rekreasi tersebut . Kami berdua telah bersepakat untuk
menjalankan aktiviti khidmat masyarakat ini dengan memulakan mengutip sampah dahulu . Hal ini disebabkan
sampah kena dipungut dulu supaya daun kering lebih senang untuk dikumpulkan dan dibuangnya .

Semasa pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat ini , teman perempuan Yeo bersukarela untuk
membantu kami merakam aktiviti membersihkan taman rekreasi tersebut . Pada mulanya , rakamannya tidak
lancar seperti yang kami bayangkan ,tetapi selepas komunikasi proses rakaman adalah memuaskan .
Walaupun kami berdua nampak nervous atau sikit takut untuk menampilkan diri di hadapan tanggapan kamera
tersebut , tetapi kami bersemangat untuk melakukan tugasan ini. Akhirnya , tugasan ini dapat disiapkan dengan
lancar .

4
7 Julai 2018 (Sabtu)
3.00 petang - Berkumpul dan mengenal pasti lokasi tugasan khidmat masyarakat yang dijalankan

5.00petang – Menyediakan peralatan seperti penyapu ( berbentuk pencakar , penyedok sampah ,sarung tangan
dan beg plastik sampah .

8 Julai 2018 (Ahad)


4.30 petang – Berkumpul di lokasi tugasan khidmat masyarakat .
Bermula tugasan khidmat masyarakat
- Mengutip sampah sarap
- Menyapu daun kering

6.30 petang - Tamat tugasan .

1.8 Cadangan / Komen

Saya mencadangkan bahawa kami boleh mencari kawasan rekreasi lain yang lebih kecil disebabkan
hanya dua orang yang menjalankan kerja pembersihan ini supaya kerja dijalankan dengan lebih berkesan .

Pada masa yang sama , saya mendapati bahawa kumpulan kami agak kecil dan perlu mencari lebih
ramai orang untuk menyiapkan tugasan ini . Hal ini demikian kerana daun-daun kering di sana adalah terlalu
banyak .Maka diperlukan lebih ramai tenaga kerja untuk menyapunya sehingga habis .

1.9 Penghargaan

Berterima kasih kepada teman perempuan Yeo bagi merakamkan aktiviti yang dijalankan itu .
(978 patah perkataan )

5
2.0 Rakaman video

https://youtu.be/wcfiAZvFLeY
https://youtu.be/wcfiAZvFLeY

3.0 Aktiviti 3 Jurnal Refleksi

3.1 Refleksi sebelum pelaksanaan

Sebelum menjalankan tugasan , saya mendapati bahawa saya perlu mengenal pasti lokasi kawasan
rekreasi yang sesuai untuk dijalankan dan menyediakan peralatan yang berkenaan supaya melancarkan proses
menyiapkan tugasan ini. Saya tidak dapat cari penyapu yang berbentuk pencakar di rumah kawan saya .Oleh
itu , saya bertanya lebih ramai kawan lagi , tetapi gagal mendapatkan .

Akhir sekali , saya terfikir bahawa sekolah saya pernah menggunakan penyapu jenis pencakar ini ,
barulah saya mendapat peralatan ini. Saya patut bertanya rakan sekerja yang berpengalaman terlebih dahulu ,
kerja mendapatkan penyapu tersebut akan menjadi lebih senang . Hal ini disebabkan mereka tahu lebih daripada
saya bagaimana mendapat sumber berkenaan . Dengan ini , masa dapat dijimatkan .

6
3.2 Refleksi semasa pelaksanaan

Sepanjang proses pembersihan kawasan rekreasi dijalankan ini, saya dapati bahawa rakaman
bukanlah perkara yang senang disiapkan . Perakam tersebut perlu berfikiran jelas dengan cara merakam yang
baik dan sesuai dengan situasi semasa . Saya dan Yeo pun perlu sentiasa menghala ke tanggapan kamera
tersebut supaya hasil filem adalah baik dan memuaskan .

Fokus projek khidmat masyarakat pula diutamakan iaitu menyapu sampah dan daun-daun
kering .Kedua-dua kerja ini disiapkan dengan baik .

3.3 Refleksi selepas pelaksanaan

Setelah menamatkan rakaman tugasan khidmat masyarakat ini, saya mendapati bahawa
suara orang yang dirakam susah untuk diterima dengan baik ke dalam gajet kamera tersebut .

Saya dan Yeo bersama-sama menyiapkan video di Movier Maker dan dapati bahawa perkara ini
bukan perkara yang mudah disebabkan kami berdua jarang menggunakan perisian ini. Lantaran itu , saya
berasa saya perlu menyentuh dan kerap menggunakan perisian seperti Movie Maker supaya hasil kerja kelak
adalah lebih baik .

( 274 patah perkataan )

7
8