Anda di halaman 1dari 14

HBEF 3103

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

SEMESTER JANUARI 2018

HBEF 3103

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN


HBEF 3103

NO. MATRIKULASI : 870418086198001

NO. KAD PENGNEALAN : 870418086198

NO. TELEFON : 0122858012

E-MEL : yuvaneshwary@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SRI RAMPAI LEARNING CENTRE

1.0 Pengenalan

‘Teknologi Instruksional’ lebih dikenali dengan pendekatan sistematik dan saintifik terhadap
sesuatu penyelesaian masalah pengajaran. Teknologi istruksional merupakan proses yang rumit
dan bersepadu merangkumi manusia, kaedah, alat dan organisasi untuk mengkaji masalah dan
merancang, melaksanakan, menilai dan mencari penyelesaian masalah dalam situasi pembelajaran
yang terkawal. Menurut Michael Molenda, teknologi instruksional adalah sistematik dan saintifik
mengenai kegiatan merancang, menghasilkan dan melaksanakannya secara anggun atau canggih,
menyelesaikan masalah instrumental dalam bentuk media cetak, visual, audio, ceramah atau
sistem pengajaran yang teratur dan menghabiskan proses pembelajaran dengan cekap dan
berkesan.

Tujuan teknologi instruksional adalah untuk membantu, mencetus, proses pembelajaran serta
menyediakan kemudahan atau kemudahan pembelajaran. Pencapaian matlamat pembelajaran
dalam bentuk perubahan pengetahuan, kemahiran, dan sikap relatif tetap disebabkan oleh
HBEF 3103

pengalaman. Namun, teknologi instruksional adalah terhad kepada situasi pembelajaran yang
dikawal dan bertujuan.

2.0 Penjelasan tentang makna teknologi instruksional dengan unsur-unsur yang


dinyatakan oleh Seels & Richey,1994.

Dari tahun 1960an sehingga pada tahun 1994, Seels dan Richey bersama-sama dengan
jawatankuasa Association for Educational Technology (AECT) mendefinisikan teknologi
instruksional adalah aplikasi teori pembelajaran dan sesuatu teknologi baru yang boleh
menyelesaikan masalah pengajaran dan prestasi. Golongan profesional melakukan lima unsur asas
yang untuk menentukkan pengetahuan asas dan fungsi pembelajaran. Unsur-unsur yang tersebut
adalah:
 Reka bentuk
 Pembinaan
 Penggunaan
 Pengurusan
 Penilaian

2.1 Reka bentuk


Reka bentuk merupakan proses memastikan syarat untuk pembelajaran. Reka bentuk sangat
penting dan memainkan peranan yang sangat besar dalam bidang pendidikan. Reka bentuk adalah
untuk mewujudkan sesuatu teknik atau strategi dan sesuatu bahan yang berskala besar seperti
sesuatu program pembelajaran,kursus,bengkel serta bahan yang berskala kecil, seperti
modul,latihan dan lain-lain lagi. Ia juga sesuatu proses untuk memastikan komponen sistem
pembelajaran, ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Sebagai contoh, analisis kekuatan
pelajar dan isi kandungan pembelajaran, merancang kaedah pengajaran dan komunikasi antara
orang dan komputer.

Reka bentuk mempunyai 4 bidang yang penting.Iaitu :


HBEF 3103

 Reka bentuk sistem instruksional


 Reka bentuk mesej
 Strategi instruksional
 Ciri-ciri pelajar.

2.2 Pembinaan
Pembinaan dalam teknologi instruksional adalah bermaksud melibatkan proses
menterjemahkan butiran terperinci reka bentuk untuk mewujudkan bahan instruksional seperti
bahan yang boleh dicetak seperti mesin pencetak, bahan pandang dengar seperti LCD dan
Projecter, bahan yag berasaskan komputer seperti menggunakan VLE-Frog, bahan multimedia
seperti menghantar email, pelayar chrome dan sebagainya.
Contohnya guru mengajar pelajar dengan menggunakan papan pintar, apabila pelajar
memerlukan untuk membuat latihan yang terdapat pada paparan, guru boleh menghantar latihan
itu kepada pelajar dengan menggunakan email. Ini memudahkan kerja guru dan pelajar juga akan
menunjukkan minat mereka pada matapelajaran yang tertentu.

2.3 Penggunaan
Untuk meningkatkan suasana pembelajaran yang berkesan, unsur penggunaan adalah sangat
penting. Pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berefektif apabila
menggunakan teknik dan model instruksional, alat atau bahan perkakasan media seperti radio,
television, komputer dan persekitaran seperti bahan wujud yang terdapat sekeliling kita
Penggunaan boleh dikategorikan kepada 4 kategori. Iaitu penggunaan media dengan lebih
bersistematik, penerimaan inovasi, menggunakan bahan atau alatan dan juga menerima dan
mengekalkan penggunaan bahan untuk jangka masa yang panjang.
Contohnya, apabila guru menggunakan komputer riba,projecter, pembesar suara dan LCD
untuk mengajar lagu, pelajar cepat menumpukkan perhatian mereka pada apa yang di ajar oleh
guru. Ia juga dapat menceriakan suasana bilik darjah.Selain itu, pelajar dapat memahami isi
kandungan atau objektif pelajaran dengan lebih mudah.

2.4 Pengurusan
Pengurusan boleh mengawal teknologi instruksional dengan merancang, menyusun,
menyelaras dan menyelia teknologi pendidikan agar boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan teratur dan berkesan.
HBEF 3103

2.5 Penilaian
Penilaian adalah satu proses yang bersistematik untuk memastikan kesesuaian dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Mempunyai empat kategori penilaian. Iaitu
penilaian analisis masalah contohnya mengadakan peperiksaan untuk memastikan tahap
penguasaan pelajar, penilaian rujukan kriteria contohnya penguasaan unit pelajaran, penilaian
formatif contohnya untuk mengesan kefahaman pelajar samaada perlu membuat penambahbaikan
atau tidak, penilaian sumatif contohnya untuk membuat keputusan penggunaan sesuatu bahan.

3.0 Peranan Teknologi Instruksional memberi fokus kepada penggunaan ICT

Pengenalan teknologi instruksional dalam pendidikan telah banyak membuat perubahan pada
gaya pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, guru juga menyampaikan pengajarannya kepada
pelajar dengan lebih mudah dan bersistematik. Pelajar lebih memahami isi kandungan pelajaran
dengan lebih mendalam. Teknologi instruksional dalam pengajaran dan pembelajaran ini sangat
efektif dan bersesuaian apabila menyampaikan pengajaran. Penggunaan ICT dapat
memudahcara kaedah pengajaran guru dan cara pembelajaran pelajar mahupun didalam bilik
darjah dan di luar bilik darjah. Pelajar dapat menyelesaikan masalahnya di dalam kelas ataupun
diluar kelas dengan mudah dengan bantuan penggunaan ICT.Teknologi instruksional memainkan
peranan yang paling penting dalam hal tersebut. Peranan-peranan tersebut adalah seperti yang
berikutnya :-

3.1 Menggurangkan beban guru dan pelajar.


Penggunaan ICT dalam teknologi instruksional dapat meringankan beban guru. Guru tidak
perlu lagi membazirkan masa untuk berfikir secara mendalam untuk menyediakan
ABM/BBM/BBB yang mahal. Kadang-kadang ABM/BBM/BBB yang mahal ini tidak berfungsi
apabila tidak mencapai objektif pembelajaran. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan
multimedia guru dapat menyampaikan pengajaraanya dengan lebih efektif dan bersistematik tanpa
pembaziran masa dan duit. Denagan ini guru juga dapat menunjukkan kecekapan dan kepakaran
mereka apabila menggunakan ICT dalam pengajarannya. Selain itu pelajar juga tidak rasa beban
untuk menerima isikandungan pembelajaran. Mereka lebih memahami apabila menunjukkan
HBEF 3103

sesuatu secara visual ataupun audio. Selain itu, beban menyiapkan kerjarumah juga dapat
dielakkan. Bahan-bahan ataupun kerjarumah yang diberikan oleh guru dapat dimuatnaikkan pada
email murid. Pelajar dapat membuat kerjarumahnya atau membuat ulangkaji dimana jua mahupun
didalam kelas ataupun diluar kelas dengan hanya menggunakan komputer riba ataupun “tablets”.
Contohnya, guru mengajar tentang planet dalam matapelajaran sains. Guru hanya
memuatturunkan gambar dan video berkaitan planet dan guru juga boleh menunjukkan tayangan
gambar 3D untuk pelajar.Cara ini lebih berinovatif. Pelajar dapat belajar dengan bimbingan yang
minimum oleh guru. Bahan-bahan yang guru guna seperti gambar, video ataupun tanyangan
gambar 3D boleh menghantar ke email pelajar untuk pelajar membuat ulangkaji ataupun sebagai
rujukkan pada bila-bila masa dan dimana jua. Pelajar tidak perlu lagi membawa alat tulis dan buku
ke semua tempat.

3.2 Mengubah pengalaman pengajaran dan pembelajaran


Selain itu, peranan teknologi instruksional adalah dapat mengubah pengalaman pembelajaran
yang lama kepada yang baru. Pada zaman dahulu proses pengajaran dan pembelajaran adalah
berlaku sebagai “chalk and talk” dan hanya berlaku berpusatkan guru sahaja. Tetapi sekarang,
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku berpusatkan pelajar.Guru hanya sebagai fasilitator.
Guru memberi pendedahan kepada murid untuk meggunakan ICT dalam PdP. Guru juga akan
menerangkan isikandungan pembelajaran secara keseluruhan dan murid akan mencari maklumat
tentang isikandungan pembelajaran dengan sendiri. Pelajar akan mencuba cari maklumat daripada
google,youtube, dan lain-lain lagi. Dengan cara ini, pelajar dapat mengembangkan minda meraka.
Selain itu pelajar dapat merasai pengalaman baru untuk belajar didalam kelas dan diluar kelas.
Contohnya, guru memberi tugasan untuk menyiapkan folia sains mengenai kehidupan air.
Guru hanya memberi penerangan tentang kehidupan air dan menunjukkan contoh-contohnya
dengan menngunakan LCD. Didalam kelas pelajar akan menanya soalan berkaitan folio tersebut
kepada guru, dan di luar kelas pelajar akan mencari maklumat,gambar dan video mengenai
kehidupan air dari internet dan sebagainya. Mereka dapat menyiakan folia mereka dengan mudah
dan penuh dengan maklumat.

3.3 Memberikan alternatif yang mudah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi instruksional berperanan untuk memberikan alternatif yang mudah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran guru
boleh membuat persediaan awal dengan menggunakan alat ICT.Bukan macam dulu lagi, guru
HBEF 3103

terpaksa mencari buku latihan dan buku-buku lain untuk mencari maklumat mengenai sesuatu
tajuk. Sekarang, guru hanya perlu akses melalui internet dan memberikan maklumat yang lengkap
kepada pelajar. Penggunaan powerpoint, bahan interaktif, bahan mulitimedia ataupun animasi
dapat menarik perhatian pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baru semasa di dalam bilik
darjah. Teknik ini menggunakan dalam bilik darjah dengan lebih mudah,ringkas, serta penuh
dengan maklumat.
Sebagai contoh, guru menerangkan kehidupan oarang purba dengan menunjukkan animasi.
Guru tidak perlu bergantung pada teks dan gambar yang diberikan dalam buku teks. Dengan
menunjukkan animasi, pelajar boleh merasai perasaan orang purba dengan lebih jelas tanpa
membuat gambaran semata-mata.

3.4 Mewujudkan suasana yang lebih aktif dan menyeronokkan


Selain itu, teknologi instruksional juga berperanan untuk mewujudkan suasana yang lebih
aktif dan menyeronokkan. Pelajar lebih seronok apabila menggunakan alat ICT semasa proses
PdP. Pelajar pada zaman sekarang, tidak suka lagi kerja-kerja menulis. Ia membazirkan masa
mereka dan cepat mereka berasa jemu. Apabila menggunakan alat ICT dalam proses PdP pelajar
lebih aktif menggunakan alatan itu dengan mudah dan lebih cepat.
Cotohnya, dalam aplikasi VLE-Frog guru memberikan latihan sebagai pengukuhan dalam
cara permainan. Pelajar akan membuat latihan itu dengan seronokdan aktif. Pada masa yang sama
juga mereka membuat latihan pengukuhan dan objektif guru juga dapat mencapai.

Gambar rajah 1 menujukkan contoh permainan dalam aplikasi VLE-Frog

3.5 Membantu pelajar untuk menyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan
tepat.
HBEF 3103

Salah satu peranan teknologi instruksional adalah dapat membantu pelajar untuk
menyelesaikan masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat. Ada segelintir pelajar yang
malu menanya soalan di depan kawan-kawan yang lain. Mereka lebih suka menanya soalan
kepada guru secara persendirian tetapi kekangan kerja, guru tidak dapat meluang masa dengan
murid selain daripada bilik darjah. Dengan mengadakan aplikasi-aplikasi tertentu pelajar dapat
berkomunikasi dengan guru secara persendirian dan dapat menyelesaikan masalah mereka dengan
cepat.
Contohnya, aplikasi Frog-VLE membantu murid untuk berkomunikasi dengan guru bila-bila
masa untuk menyelesaikan masalah mereka yang terdapat dalam matapelajaran. Pelajar akan
berkomunikasi dengan guru seperti menanya soalan dengan menghantar mesej. Guru akan
menjawab soalan pelajar semasa mendapat masa. Dengan ini,masalah pelajar juga dapat
menyelesaikan dengan cepat dan tepat. Guru dan pelajar dapat berkomunikasi dimana jua tanpa
perasaan malu. Pembelajaran tetap berlaku di dalam kelas dan luar kelas.

4.0 Perhubungan diantara Teknologi Instruksional dan prinsip-prinsip utama


pembelajaran.

‘Teknologi Instruksional’ lebih dikenali dengan pendekatan sistematik dan saintifik terhadap
sesuatu penyelesaian masalah pengajaran. Teknologi istruksional juga merupakan proses yang
rumit dan bersepadu merangkumi manusia, kaedah, alat dan organisasi untuk mengkaji masalah
dan merancang, melaksanakan, menilai dan mencari penyelesaian masalah dalam situasi
pembelajaran yang terkawal.
Malah, prinsip-prinsip utama pembelajaran adalah sesuatu bahagian yang paling penting
difahami oleh semua guru. Dengan memahami prinsip-prinsip pembelajaran, guru boleh membuat
rujukan dalam pembelajaran supaya pembelajaran akan berjalan dengan lebih berkesan dan dapat
mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan. Menurut Vienna Sanjay prinsip pembelajaran
adalah matlamat,aktiviti, integriti,inspirasi, keseronokan, mencabar dan motivasi. Ada juga
terdapat prinsip-prinsip utama pembelajaran. Iaitu bermula daripada pengetahuan atau
pengalaman yang sedia ada pada murid, memberi motivasi, perlu tersusun atau jelas, penglibatan
pelajar, maklum balas kemajuan dan pengukuhan pelajar, kenalpasti perbezaan individu dan kena
jelas dengan matlamat.
Perhubungan di antara teknologi instruksional dan prinsip-prinsip utama pembelajaran adalah
sangat berkait rapat antara satu sama lain. Dengan bantuan teknologi instruksional prinsip-prinsip
HBEF 3103

utama pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Selain itu boleh, mengenalpasti masalah
dan dapat menambahbaikkan masalah tersebut dengan mudah.
Apabila guru memilih objektif bagi sesuatu matapelajaran, guru perlu mendapat tahu
pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada pelajar. Pembelajaran akan lebih efektif bila kita
mendapat tahu pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada pelajar kerana apabila pelajar
mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang sesuatu tajuk, mereka akan menunjukkan minat
mereka pada tajuk tersebut dan mereka akan memberi tumpuan dengan baik.
Guru juga kena memberi motivasi kepada murid seperti memberi ganjaran ataupun pujian di
hadapan semua orang untuk mengeluarkan bakat atau kebolehan pelajar yang terpendam pada diri
sendiri. Di sebabkan ini, suasana bilik darjah akan menjadi ceria dan pelajar akan berani
melibatkan diri dalam aktiviti kelas ataupun di luar kelas.
Selain itu, aktiviti pengajaran harus tersusun supaya pembelajaran dapat berlaku tanpa
sebarang gangguan. Pelajar juga mengikuti urutan aktiviti tanpa sebarang kekeliruan. Dengan ini
pelajar dapat memahami isikandungan pembelajaran dengan lebih teliti.
Guru juga kena melibatkan pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran. Guru tidak boleh
berpusatkan guru sahaja, ini membolehkan pelajar jadi jemu dan kurang minat pada pembelajaran.
Apabila melibatkan pelajar dalam aktiviti, pelajar akan menjadi lebih aktif dan memotivasi diri
untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti tanpa rasa takut.
Dengan mengadakan maklumbalas kemajuan pelajar, pelajar dapat mengenalpasti kelemahan
mereka dalam sesuatu matapelajaran dan dapat menambaikkan kelemahan tersebut.
Guru perlu memberi utama kepada perbezaan individu. Ini untuk mengelakkan pelajar yang
bermasalah daripada ketinggalan dalam kelas. Guru perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang
bersesuaian untuk pelajar supaya pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.
Pembelajaran yang jelas matlamat dapat meningkatkan proses pembelajaran yang lebih
berkesan.
Prinsip-prinsip utama pembelajaran tersebut lebih bersistematik dan terurus apabila teknologi
instruksional berhubung bersamanya seperti :
 Mengkaji dan merancang kaedah atau teknik untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran supaya
aktiviti-aktiviti tersebut lebih menarik dan berkesan.
 Setelah mengkaji dan merancang kaedah atau teknik, aktiviti pembelajaran dapat
melaksanakan dengan kaedah atau teknik tersebut.
 Kaedah atau teknik tersebut melaksanakan untuk membuat penilaian samaada kaedah atau
teknik tersebut sesuai untuk aktiviti pembelajaran atau tidak.
HBEF 3103

 Dengan membuat penilaian, dapat mencari penyelesaian masalah dan dapat menambahbaikan
kaedah atau teknik tersebut. Kalau kaedah atau teknik sesuai dengan aktiviti pembelajaran,
kaedah dan aktiviti tersebut akan diteruskan.

Sebagai contoh, kaedah menggunakan alat ICT dapat menarik perhatian pelajar untuk
melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran didalam kelas. Prinsip-prinsip pembelajaran seperti
pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada ,memberi motivasi, tersusun atau jelas, penglibatan
pelajar, maklum balas kemajuan dan pengukuhan pelajar, kenalpasti perbezaan individu dan jelas
matlamat akan berjalan dengan lancar dan apabila kaedah tersebut dilaksanakan.

5.0 Perhubungan di anatara teori dan amalan

5.1 Teori
Teori adalah untuk memahami asas masalah pembelajaran. Teori dapat memberi idea atau
kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Ada beberapa fungsi teori yang
dapat membantu guru. Iaitu :
 Membantu guru untuk membuat penilaian, menyemak bahan, teknik dan kaedah yang
digunakan untuk pelajar.
 Memberi panduan dan konsep bekerja untuk mengubahsuai sesuatu ilmu yang baru dan ia
sangat penting untuk memberi panduan yang bersistematik, dengan ini dapat membentuk
tindak balas yang positif dan diharapkan.
 Pembentukan secara berproses.

Terdapat beberapa teori pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru untuk diamalkan
dan dinilaikan pada masa pengajaran dan pembelajaran. Iaitu :
 Teori Tingkahlaku (behavioris)
 Teori Konstruktivisme
 Teori kognitif

5.2 Amalan
Menurut kamus pelajar edisi kedua amalan bermaksud perbuatan yang baik. Terdapat
beberapa amalan yang perlu dikuasai dan dihayati oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Iaitu:
HBEF 3103

 Menukarkan kandungan kurikulum kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang


berkesan dan bermakna.
 Kena peka dengan penguasaan alat teknologi moden dan ia perlu digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya.
 Melalui Penguasaan kemahiran generik, pengajaran dan pembelajaran bermakna dan
berfikrah.
 Membantu pelajar untuk mencapai matlamat pendidikan, menunjukkan hala tuju, perlu
memantau kemajuan dan memberi peluang untuk belajar secara persendirian.
 Mewujudkan suasana pembelajaran kendiri yang kreatif dan berdikari.
 Membantu untuk menghasilkan pembelajaran bestari yang dapat dibantu untuk proses
pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri.

5.3 Hubungan antara teori dan amalan pengajaran dan pembelajaran.

Teori dan amalan saling berkaitrapat dengan satu sama lain untuk mewujudkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dalam persekitaran yang kondusif. Dalam semua teori pengajaran
dan pembelajaran dapat menerapkan semua amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, sekarang adalah trend abad ke-21, kegunaan peranti ICT dan aplikasi sangat menitik beratkan
oleh semua pihak. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang dibantu oleh peranti ICT dan
aplikasi menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Berikut adalah beberapa teori dan amalan yang
dibantu oleh peranti ICT dan aplikasi untuk mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
:

5.3.1 Teori Tingkahlaku (behavioris)


Teori tingkahlaku bermaksud faktor persekitaran mempengaruhi faktor tingkahlaku.
Tingkahlaku dapat dianalisakan dengan melihat gerak balas seseorang. Gerak balas dapat dikawal
melalui peneguhan (ganjaran) dan dendaan.
Sebagai contoh, dalam sesuatu matapelajaran guru mengunakan “powerpoint” untuk
menerangkan sesuatu tajuk. Dengan ini, pelajar akan menunjukkan minat dan menumpuhkan
perhatian terhadap tajuk tersebut. Jadi “powerpoint” mewakili faktor persekitaran dan
menunjukkan minat dan menumpuhkan perhatian mewakili faktor tingkahlaku yang positif.
Disebadkan pelajar menunjukkan tingkahlaku positif, pelajar juga akan mendapat peneguhan yang
HBEF 3103

positif seperti ganjanran atau pujian. Apabila mendapat ganjaran atau pujian pelajar akan
mengulangi tingkahlaku positif tersebut selama-lamanya.
Guru memainkan peranan bagi menerapkan amalan pengajaran dan pembelajaran untuk
menukarkan kandungan kurikulum kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti
menggunakan peranti ICT dengan berkesan dan bermakna.

5.3.2 Teori konstruktivisme


Teori konstruktivisme adalah berpusatkan pelajar, pelajar akan melakukan sesuatu aktiviti
dengan pengalaman yang sedia ada dan mereka dapat menerapkan pengalaman yang sedia ada
tersebut dalam situasi-situasi yang berbeza. Pelajar juga akan membuat penyelidikan,
menganalisis dan mempersembahkam maklumat. Dalam teori ini guru boleh menghubungkaitkan
amalan membantu pelajar untuk mencapai matlamat pendidikan, menunjukkan hala tuju, perlu
memantau kemajuan dan memberi peluang untuk belajar secara persendirian dan mewujudkan
suasana pembelajaran kendiri yang kreatif dan berdikari.
Contohnya, guru menerangkan planet-planet dalam sistem suria dengan menggunakan klip
video yang dimuatturunkan daripada aplikasi “youtube”. Kemudia guru menggalakkan pelajar
untuk mencari maklumat mengenai tajuk tersebut secara persendirian. Pelajar akan mencari
maklumat tersebut melalui internet dan menceritakan dengan maklumat-maklumat yang didapati
olenya kepada guru. Dengan ini keyakinan pelajar dapat dipertingkatkan.

5.3.3 Teori kognitif


Teori kognitif adalah lebih kepada proses mental iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan
jangka pendek. Maklumat yang diterima akan diproses melalui pemilihan, perbandingan dan
penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada. Guru perlu memberi peluang untuk pelajar untuk
bercakap. Aktiviti yang guru disediakan perlu dari urutan sederhana ke susah. Guru perlu
menggunakan peranti ICT supaya pelajar dapat menunjukkan minat mereka dan ia membantu
pelajar mengingat semula pada bila-bila masa sahaja.
Contohnya, guru mengajar sesuatu tajuk sejarah dengan menceritakan secara lisan dan
menunjukkan tayangnan cerita tersebut. Apabila guru melakukan aktiviti tersebut Pelajar akan
mengingat balik apa yang mereka dengar sebentar tadi dan mereka terus menyimpan jalan cerita
itu dalam ingatan secara visual. Ini membantu pelajar mengingati cerita tersebut selama-lamanya.
Dengan ini guru menghubungkaitkan teori kognitif dengan amalan peka dengan penguasaan
alat teknologi terkini.
HBEF 3103

6.0 Kesimpulan
Teknologi instruksional saling berkait rapat dengan penggunaan ICT, pedagogi, dan psikologi.
Oleh itu, untuk menghasilkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan guru perlu
mendapat tahu tentang teknologi instruksional. Untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih
kreatif dan berinovatif guru perlu menggunakan peranti ICT dan aplikasi sepenuhnya kerana, ini
adalah era moden dimana anak kecil juga dah mula minat pada komputer. Jadai sebagai pendidik
kita harus mempunyai kepakaran dan kefahaman tentang peranti ICT dan aplikasi. Guru juga perlu
peka dengan perubahan-perubahan terkini.
Secara keseluruhan, teknologi instruksional merupakan sesuatu bidang yang sangat penting
untuk setiap individu. Dengan memahami matlamat dan tujuan teknologi instruksional kita boleh
berusaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kita.

( 2927 patah perkataan)

Rujukan

1.http://yusuphashim.blogspot.my/2006/12/penggunaan-teknologi-instruksional.html
2.https://www.scribd.com/doc/114599610/Definisi-Teknologi-Instruksional
HBEF 3103

3.http://firyalrofifah.blogspot.my/
4.https://whiteyukiyuki.wordpress.com/2010/12/12/apakah-itu-teknologi-instruksional/
5.http://psv3.blogspot.my/p/teknologi-instrustional.html
6.http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Teori%20&%20Model%20P&P.pdf
7.http://pomizi-pedagogi.blogspot.my/p/teori.html
8.https://www.slideshare.net/xuelishirleycho/a-51263734
9.Anon. (2014). prinsip-prinsip pembelajaran.
10.Emran Yunus (n.d.). Teori dan Reka Bentuk Instruksional.
11.Yusup Hashim (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional.

Anda mungkin juga menyukai