Anda di halaman 1dari 1

SITI FARIDAH BINTI KARIM

SEKOLAH AGAMA SERI MAAMOR,

84900, TANGKAK,JOHOR 13 September 2018

PEJABAT PENDIDIKAN ISLAM

DAERAH TANGKAK

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN PROGRAM PENGAJIAN ISLAM, GURU AGAMA DAERAH
TANGKAK TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya Siti Faridah binti Karim tidak dapat menghadirkan diri ke Program Pengajian Islam, Guru
Agama Daerah Tangkak pada hari Rabu 12 September 2018.

3. Sebab ketidakhadiran saya adalah kerana kurang sihat, cirit birit, mabuk dan muntah-muntah
memandangkan saya sedang mengandung anak kedua sekarang.

4. Sehubungan dengan itu, saya sertakan surat sakit (MC) pada lampiran

5. Dengan itu, saya berharap pihak tuan/puan dapat memaafkan saya atas kegagalan untuk
menghadirkan diri ke Program Pengajian Islam, Guru Agama Daerah Tangkak pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih

Yang benar

.............................................

SITI FARIDAH BINTI KARIM

GURU SEKOLAH AGAMA SERI MAAMOR,

84900, TANGKAK,JOHOR

Anda mungkin juga menyukai