Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2018

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: PACK3013 Semester / Tahun: SEMESTER 2/TAHUN 4

Nama Kursus: Ambilan: JUN 2015


REKA BENTUK TEKNOLOGI,
PENGURUSAN ACARA Kumpulan:
SEJARAH, SAINS

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1 Penulisan Esei Pengurusan Acara 8.7.18 20.7.18

2. Penulisan Skrip Pengacaraan Majlis 21.7.18


28.7.18

3 Penganjuran/Pengendalian Majlis Rasmi 29.7.18 10.8.18

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan definisi dan kepentingan pengurusan acara dengan merujuk pelbagai


sumber (C2,LO1,LO6,LL1)

2. Menghuraikan tatacara, organisasi dan pengurusan seranta dalam menguruskan


acara dengan berkesan (C5,LO3,CTPS2)

3. Menghasilkan skrip pengacaraan menggunakan format yang betul mengikut konteks


dan etiket berdasarkan jadual pengurusan acara, dengan merujuk pelbagai sumber
(C6,LO6,LO8,LL2,EM3)

4. Mengendalikan majlis berdasarkan garis panduan dan tatatertib acara secara


berkumpulan (C5,LO4,LO5,CS4,TS4)

Kerja projek ini bagi menilai Hasil Pembelajaran : 1,2,3,dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menghuraikan mengenai kepentingan pengurusan acara dari segi tatacara,


organisasi dan pengurusan seranta
2. Menulis skrip pengacaraan majlis menggunakan format yang betul mengikut konteks
dan etiket.
3. Menganjurkan atau mengendalikan majlis rasmi berdasarkan garis panduan dan
tatatertib.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

1. Tugasan

Pelaksanaan majlis atau program yang berkualiti bukan sahaja memberi impak kepada
imej sesebuah institusi tetapi juga merupakan elemen penting dalam meningkatkan
reputasi institusi tersebut pada peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Program
atau majlis yang dianjurkan seperti seminar, persidangan, syarahan awam, pelancaran
buku, konvokesyen, lawatan tetamu kenamaan, majlis anugerah, majlis penghargaan dan
lain-lain banyak melibatkan tetamu-tetamu kenamaan dan jemputan dari dalam dan luar
negara. Oleh yang demikian, semua majlis atau program yang dianjurkan perlu
dilaksanakan dengan lebih professional dan memberi impak yang positif kepada imej
sesebuah institusi.
Jurnal Pelan Strategik UPM
Jun 2014

1. Penulisan Esei (40 % ) – Tugasan Individu

Berdasarkan stimulus yang diberikan, secara individu anda diminta menulis satu esei
berdasarkan satu majlis/acara yang akan dianjurkan di IPG Kampus Sultan Mizan dan
menghuraikan serta menilai kepentingan pengurusan majlis/acara tersebut
berdasarkan tatacara, organisasi dan pengurusan seranta dengan berkesan demi
meningkatkan reputasi IPG Kampus Sultan Mizan. Panjang esei tersebut ialah 1000
perkataan.

2. Penulisan Skrip Pengacaraan ( 30 % ) – Tugasan Individu

Melalui stimulus di atas, secara individu hasilkan skrip pengacaraan majlis atau acara
rasmi yang akan dianjurkan (dalam tugasan 1) di IPG Kampus Sultan Mizan dengan
menggunakan format yang betul mengikut konteks dan etiket berdasarkan jadual
pengurusan acara daripada pelbagai sumber.Panjang skrip tersebut ialah 600
perkataan.

3. Penganjuran/Pengendalian Majlis (30%) – Tugasan Kumpulan

Secara kumpulan bertiga anda dikehendaki menganjurkan atau mengendalikan satu


majlis atau acara rasmi yang telah dipilih (dalam tugasan 1) berdasarkan garis
panduan dan tatatertib acara dengan berkesan dan lancar.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data dan maklumat.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
2.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini,
2.2 Fon Arial
2.3 Saiz huruf 11
2.4 Langkau 1.5 baris
2.5 Jawapan ditulis hanya dalam bahasa Melayu
2.6 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan.
4. Panjangnya tugasan ialah tidak melebihi 7 muka surat sahaja halaman termasuk,
lampiran, bibliografi, isi kandungan dan pengakuan.
5. Hasil tugasan perlulah diserahkan kepada pensyarah mengikut format yang berikut:
5.1 Tugasan diserahkan dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’
5.2 Hasil tugasan perlulah dijilidkan dan pada bahagian hadapan hendaklah
dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
i. Nama Guru Pelatih dan Nombor kad pengenalan
ii. Angka giliran
iii. Kumpulan/Unit
iv. Kod kursus dan nama kursus
v. Nama pensyarah
vi. Tahun pengajian dan ambilan
6. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek hendaklah
disertakan dalam lampiran

Tugasan yang baik haruslah menunjukkan kriteria-kriteria yang Berikut;


1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:
a. Pengenalan yang menarik
b. Perkembangan
c. Implikasi
d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah anda seperti graf, gambar,
rajah dan lain-lain yang berkaitan.
4. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak
yang lain).
5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlulah menunjukkan ketulenan dengan sokongan
ilmiah.
6. Penulisan tugasan haruslah menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras
bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan
Disediakanoleh: Disemakoleh:

____________________________ _____________________________
(Nama: TUAN HJ FUADI BIN ABDUL (Nama:TUAN HAJI ROSLI BIN ABD
RAZAK) GHANI)

Pensyarah / PenyelarasKursus PakarBidang (SME) / PenyelarasKursus /


PensyarahKanan

Disahkanoleh:

_____________________________
(Nama: MD SHAMSUDDIN NGAT DENIN )

KetuaJabatan, JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Anda mungkin juga menyukai