Anda di halaman 1dari 2

MIKROEKONOMI

PENGGAL 1
LATIHAN BAB 1

1. (a) Berdasarkan contoh yang sesuai, bezakan antara barang percuma dengan barang ekonomi. [4]

(b) Apakah hubungan antara konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas? [6]

2. (a) Apakah maksud keluk kemungkinan pengeluaran? [2]

(b) Bagaimanakah kos lepas mempengaruhi bentuk keluk kemungkinan pengeluaran? [8]

3. Andaikan sebuah Negara mengeluarkan barang pertanian dan barang perkilangan. Dengan menggunakan rajah,
huraikan kesan terhadap keluk kemungkinan pengeluaran apabila berlaku:

(a) Kemajuan teknologi yang lebih pesat dalam sektor perkilangan berbanding dengan sektor
pertanian [4]

(b) Peningkatan pelaburan dalam semua sektor pengeluaran [3]

(c) Kemasukan buruh asing dalam sektor perkilangan [3]

4. Rajah dibawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi Negara Z yang mengeluarkan barang
pertanian dan barang perkilangan.

(a) Nyatakan dua faktor yang membolehkan titik E dicapai? [2]

(b) Terangkan apa yang akan terjadi kepada kos lepas jika ekonomi beralih dari

(i) Titik A ke titik B dan ke titik C [6]

(ii) Titik D ke titik A [2]


SOALAN KUANTITATIF

1. Jadual berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran barang modal dan barang pengguna bagi sesebuah
negara.

Kombinasi A B C D E F G
Barang
Modal 0 10 20 30 40 50 60
(unit)
Barang
Pengguna 105 100 90 75 55 30 0
(unit)

Berdasarkan jadual di atas,

a) Lukiskan keluk kemungkinan pengeluaran [3]


b) Apakah andaian yang dibuat untuk melukis keluk kemungkinan pengeluaran itu [4]
c) Hitung kos lepas per unit barang modal apabila barang modal ditambahkan daripada
40 ke 50 unit. [1]
d) Kadar tranformasi sut apabila kombinasi pengeluaran berubah dari C ke D [1]
e) Kadar tranformasi sut apabila kombinasi pengeluaran berubah dari F ke E [1]

2. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dn barang Y bagi sesebuah Negara.

Kombinasi A B C D E
Barang X
0 4 8 12 16
(unit)
Barang Y
40 38 33 21 0
(unit)

a) Hitung kos lepas bagi mengeluarkan


i. Seunit barang X pada setiap kombinasi [2]
ii. Seunit barang Y pada setiap kombinasi [2]

b) Apakah bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bagi Negara ini? [1]

Anda mungkin juga menyukai