Anda di halaman 1dari 10

DIMENSIKOOP

Nor Aslamiah Ali


Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi

Teknologi maklumat telah berkembang dengan pesatnya bermula dari era industri ke era
maklumat atau juga dikenali sebagai ‘digital age’. Konsep digital citizenship berkembang
seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan Internet. Wujudnya pelbagai
sumber maklumat di dalam talian seperti aplikasi multimedia, aplikasi elektronik
mudah alih dan tanpa wayar, aplikasi media sosial, web 2.0 dan lain-lain mentakrifkan
bagaimana seseorang mendapatkan maklumat dan cara untuk belajar dan mengajar.
Masyarakat dari seluruh dunia memanfaatkan kehadiran jaringan online untuk saling
berinteraksi antara satu sama lain secara digital, membentuk komuniti untuk saling
bertukar maklumat, memanfaatkan kandungan digital yang diperoleh dalam pelbagai
bentuk seperti video, e-book, gambar dan lain-lain lagi. Penggunaan laman sosial seperti
Facebook, Twitter dan Instagram mencatatkan perkembangan yang ketara bagi setiap
lapisan masyarakat sama ada pelajar, ahli politik, golongan akademik, masyarakat
awam mahupun kanak-kanak.

BIL. 47 NOVEMBER 2015 11


DIMENSIKOOP

Berdasarkan Economic Report 2013/2014 yang


dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, jumlah
pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat
daripada 18 juta tahun lepas kepada 25 juta pada
tahun 2015. Jumlah pengguna yang memiliki telefon
bimbit juga semakin meningkat di rantau Asia
Pasifik, terutama di Malaysia, iaitu hampir separuh
atau 47 peratus pengguna memiliki lebih daripada
satu telefon bimbit, diikuti Hong Kong (31 peratus)
serta Singapura dan China (29 peratus). Sumber
yang dikongsi oleh comScore dan Nielsen pula
menunjukkan masyarakat Malaysia cenderung untuk
menghabiskan purata masa selama 16 jam sehari
menggunakan Internet setiap minggu, iaitu 6.2 jam
dihabiskan untuk menonton video secara online.
42 peratus masyarakat Malaysia menggunakan
masa dengan menonton televisyen dan filem secara lain. Tidak dinafikan, kita tidak boleh lari daripada
online dan 82 peratus memuat turun kandungan berhubung melalui e-mel, instant messaging, dan
video online setiap bulan. Penggunaan jalur lebar menggunakan Internet walaupun sedang bercuti.
bagi setiap isi rumah mencapai 4.51 juta pada masa Kini, dengan adanya peranti mudah alih seperti
ini (Department of Statistics Malaysia, MCMC Q4 telefon pintar (smartphones), tablet dan sebagainya
2013; comScore, Nielsen 2012-2013). memudahkan kita untuk berhubung secara online
dengan sesiapa sahaja pada setiap masa, dalam
Dunia sudah berubah dan jalur lebar telah menjadi apa jua keadaan. Aplikasi seperti Instagram, Viber,
sebahagian daripada keperluan asas masa kini. Line, WhatssApp, Kakao Talk, WeChat dan Telegram
Sememangnya gaya hidup masyarakat hari ini telah menjadi pilihan masyarakat untuk berhubung antara
berubah seiring dengan perkembangan teknologi satu sama lain. Rangkaian televisyen dan radio
maklumat dan komunikasi. Penggunaan aplikasi juga mudah diakses di mana-mana sahaja asalkan
seperti e-kerajaan, e-kesihatan, e-pendidikan, mempunyai capaian Internet.
e-perbankan dan sebagainya telah mendigitalkan
masyarakat. Ini ditambah pula dengan adanya Dengan adanya semua teknologi ini, pernahkah
kemudahan infrastruktur jalur lebar yang kita bertanya pada diri sendiri “Adakah kita
dipertingkatkan oleh kerajaan dari semasa ke menggunakan teknologi dengan betul, bijak dan
semasa. berhemah”? Di dalam al-Quran, Surah al-Hujurat,
ayat 6 yang bermaksud:

Menjadi Masyarakat Digital “Wahai orang-orang yang beriman! Jika


yang Bertanggungjawab datang kepada kamu seorang fasiq membawa
sesuatu berita, maka selidiklah (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu
Kewujudan teknologi telah mengubah hidup kita. tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat perkara yang tidak diingini - dengan sebab
hanyalah di hujung jari. Kebanyakan daripada kita kejahilan kamu mengenainya - sehingga
tidak dapat ‘hidup’ tanpa telefon bimbit, tablet, pemain menyebabkan kamu menyesali apa yang
MP3 atau peranti-peranti elektronik mudah alih yang kamu telah lakukan.”

12 BIL. 47 NOVEMBER 2015


DIMENSIKOOP

Dengan pelbagai teknologi dan saluran yang ada, Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih
sesuatu maklumat dapat disebarkan ke seluruh dunia dikenali sebagai ICT hendaklah digunakan secara
hanya dengan satu klik melalui pelbagai jaringan berhemah dan bijak. Setiap pengguna perlu tahu
media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, bagaimana untuk mengawal dan menguasai teknologi.
Blog dan banyak lagi. Namun demikian, terdapat Tidak dinafikan teknologi mempunyai kesan positif
juga segelintir masyarakat yang menyalahgunakan dan negatif, tetapi ia bergantung kepada cara kita
media sosial dengan menyebarkan berita-berita menggunakannya. Walaupun begitu, terdapat segelintir
atau maklumat yang tidak benar. Maka, tidak masyarakat yang menyalahgunakan ICT untuk
mustahil akan berlakunya fitnah kerana berita yang melakukan ancaman siber.
disebarkan belum tentu kesahihannya lagi.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd
Menurut Shaikh Mohd Saifuddeen (2000:42), umat Najib bin Tun Abdul Razak semasa merasmikan
Islam perlu mengambil kesempatan yang disediakan Forum Antarabangsa UMNO yang bertema
melalui teknologi untuk: “Dunia Kesalinghubungan Digital: Cabaran Dalam
Pembinaan Negara” di Pusat Dagangan Dunia
1. Menyebarkan dakwah dan memberi penerangan Putra (PWTC) pada 24 November 2014, berkata,
mengenai kebenaran dan kesucian agama Islam “Teknologi maklumat telah berubah secara eksponen
dengan menggunakan multimedia dan Internet; sehingga kebanyakan orang membawa dunia di
2.
Menambahkan kefahaman mengenai dunia, dalam poket mereka menggunakan gajet komunikasi.
budaya dan peradaban melalui peluang untuk Jika mereka tidak berpuas hati dengan keadaan
melayari (surfing) laman-laman web di Internet; kerajaan mereka, mereka boleh memberitahu dunia
3.
Memahami dan menghormati nilai-nilai mengenainya dengan menghantar gambar, video dan
kemanusiaan dengan mengaplikasikan adab ‘hashtag’ dalam masa nyata untuk menyebarkan mesej
menggunakan Internet atau "vnetiquette" semasa mereka. Situasi ini menampakkan masyarakat kita
menggunakan pelbagai kemudahan di Internet menggunakan kuasa teknologi ICT dalam semua aspek
seperti laman web, mel elektronik, media sosial kehidupan, justeru, adalah penting untuk memastikan
dan sebagainya. peranan teknologi ICT dapat digunakan ke arah yang

BIL. 47 NOVEMBER 2015 13


DIMENSIKOOP

bermanfaat dan menyediakan peluang pendidikan, teknologi untuk informasi politik dan dalam pekerjaan
pembangunan ekonomi dan hubungan sosial.” untuk meningkatkan ekonomi. Mereka berupaya
untuk mengambil bahagian secara online. Justeru itu,
untuk menyertai dan berkolaborasi dalam jaringan
Etika Warganegara Digital Internet, masyarakat digital memerlukan pengetahuan
(Digital Citizenship) dan kemahiran dan dibekalkan dengan "Digital
citizenship" sebagai satu set ciri-ciri daripada
warganegara digital.
Digital citizenship boleh didefinisikan sebagai
peraturan-peraturan yang sesuai dan sikap Microsoft Fostering 2013 menjelaskan mengapa
kebertanggungjawaban ke arah menggunakan muncul konsep digital citizenship. Berikut dinyatakan
teknologi dengan betul. Ia merupakan satu konsep alasan mengapa digital citizenship cukup penting
mengenai apa yang pengguna teknologi perlu tahu untuk dikaji:
untuk menggunakan teknologi dengan betul dan
beretika. Digital citizenship dalam erti kata lain ialah 1.
Generasi remaja sekarang memandu ke arah
kebolehan mengelola dan mengawasi tingkah laku pembentukan budaya dan norma-norma digital
dalam menggunakan teknologi dengan mengambil yang kadangkala tidak jelas. Oleh itu, mereka
kira nilai-nilai keselamatan, etika, norma dan perlu belajar tentang kewarganegaraan digital dan
budaya. menanamkan rasa pemilikan dan tanggungjawab
peribadi untuk berkelakuan baik dan beretika
Persoalannya, bagaimana kita memanfaatkan dalam dunia online.
teknologi secara selamat tanpa menimbulkan
kerugian dan membahayakan keselamatan diri 2.
Berada dalam dunia tanpa sempadan bukan
sendiri mahupun orang lain. Bagaimana seharusnya sahaja memberikan peluang yang besar malah boleh
kita berkomunikasi dalam jaringan sosial dengan mengundang pelbagai risiko kepada generasi
menjaga etika, dalam lingkungan jaringan internal, kini. Oleh itu, perlu untuk menerapkan semangat
nasional dan juga universal. Bagaimana kita kewarganegaraan digital dari awal.
melakukan transaksi di dunia maya, terutama dalam
urus niaga perniagaan Internet. Maka, seharusnya 3.
Ia bukan sahaja sebagai langkah perlindungan,
menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab kita malah satu pendekatan untuk keselamatan
untuk menjadi warga digital (digital citizenship) semasa dalam talian iaitu termasuk dalam aspek
yang beretika. Penerapan nilai-nilai etika yang baik kewarganegaraan digital agar pengguna dapat
seharusnya dimulai daripada pendidikan awal di berinteraksi dengan selamat. Etika digital bukan lagi
sekolah. Mereka perlu diajar bagaimana mengakses pilihan tetapi ia adalah penting.
pelbagai informasi melalui Internet secara betul
dan selamat dan mampu berkomunikasi secara Maka, adalah perlu bagi semua pengguna
beradab melalui laman web yang diakses. Demikian teknologi khususnya Internet untuk menyiapkan
saranan Mike S. Ribble dan Gerald D. Bailey, “Digital diri dan memperoleh maklumat berkaitan
Citizenship must become part of our school culture- kewarganegaraan digital serta menanamkan rasa
not just a class or lesson but the way we do business pemilikan dan tanggungjawab peribadi untuk berbuat
in education”. baik dan beretika semasa berada dalam talian.
Bahkan, adalah menjadi kewajipan pengguna untuk
Menurut Mossberger et.al 2008, warganegara mengetahui mengenai literasi digital, etika digital
digital juga ialah mereka yang menggunakan dan etiket dalam dunia online.

14 BIL. 47 NOVEMBER 2015


DIMENSIKOOP

Digital citizenship mempunyai sembilan elemen Elemen-elemen ini dikategorikan sebagai Digital
utama untuk menerangkan penggunaan teknologi Access, Digital Commerce, Digital Communication,
dalam era digital. Element tersebut adalah Rights, Digital Literacy, Digital Etiquette, Digital Law,
Safety, Security, Access, Communication, Etiquette, Digital Rights and Responsibility, Digital Health and
Responsibility, Education, dan Commerce. (Ribble, Wellness, dan Digital Security.
Bailey & Ross, 2004; Ribble & Bailey, 2004a).

Rajah 1: Elemen Kewarganegaraan Digital

1. Akses Digital (Digital Access) 2. Perniagaan Digital (Digital Commerce)

Setiap orang mempunyai hak yang sama dalam Warga digital perlu menyedari bahawa sebahagian
mengakses fasiliti ICT. Setiap pengguna teknologi proses jual beli dilaksanakan secara online. Pelbagai
perlu menyedari hak setiap orang dalam mengakses laman jual beli boleh diakses dengan mudah oleh
teknologi ICT, walau dibatasi dengan infrastruktur penjual dan pembeli seperti lazada.com, mudah.com
mahupun lingkungan komunikasi. Belajar menghargai dan pelbagai kedai online yang lain. Kemudahan akses
hak setiap individu untuk memiliki akses teknologi ICT, dan tahap kesedaran masyarakat yang tinggi tentang
serta berjuang untuk mencapai kesaksamaan hak dan teknologi ICT mendorong wujudnya pelbagai laman
ketersediaan kemudahan untuk mengakses teknologi web jual beli. Dalam proses jual beli online, penjual
maklumat merupakan asas kepada konsep digital dan pembeli perlu menyedari risiko dan keuntungan
citizenship. Setiap warga digital juga perlu menyedari yang boleh diperoleh daripada transaksi secara online.
kekangan kepada capaian teknologi ICT, seperti faktor Contohnya dari segi risiko penipuan, perbezaan
infrastruktur hinggalah faktor adat dan budaya. Seiring barangan yang dihantar, tempoh penghantaran
dengan perkembangan teknologi, akses digital semakin sehinggalah kesahihan barang yang didagangkan
mudah diperoleh dan cabaran terbesarnya adalah melalui online. Warga digital perlu mengetahui
penggunaan teknologi tersebut. bagaimana untuk menjadi pembeli mahupun penjual
online yang baik.

BIL. 47 NOVEMBER 2015 15


DIMENSIKOOP

Kebanyakan
3. Komunikasi Digital (Digital Communication) pengguna teknologi
tidak peduli dengan
Dalam persekitaran pembelajaran, pekerjaan dan
urusan harian, komunikasi merupakan kewajipan
etika penggunaan
yang perlu dilakukan oleh setiap orang untuk bertukar teknologi, tetapi terus
maklumat dan idea. Komunikasi boleh dilakukan dalam menggunakannya
pelbagai cara dan keadaan. Perkembangan teknologi
tanpa mengetahui
digital telah mengubah cara dan sikap seseorang
berkomunikasi. Pelbagai bentuk komunikasi digital
dan mengabaikan
tersedia di abad ini, seperti e-mel, sms, chatting, peraturan dan adab.
forum dan pelbagai bentuk lain yang membolehkan
setiap individu terus berhubung dengan individu lain
dari mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Setiap
warganegara digital sebolehnya mengetahui pelbagai dunia digital berinteraksi tanpa bersemuka, sesuatu
jenis komunikasi menggunakan media digital. Warga yang melanggar adab boleh menyinggung perasan
digital juga diharapkan dapat mengetahui kelebihan orang lain. Etika digital dibuat untuk menjaga
dan kekurangan dari setiap jenis komunikasi tersebut, perasaan dan keselesaan pengguna lain. Namun,
dan boleh memilih penggunaan komunikasi yang tepat peraturan dan dasar yang diwujudkan tidak
dan sesuai dengan keperluan. cukup sekiranya tiada didikan dalam menjadikan
masyarakat sebagai warganegara digital yang
bertanggungjawab.
4. Literasi Digital (Digital Literacy)

Dunia pendidikan telah cuba untuk mengintegrasikan 6. Undang-undang Digital (Digital Law)
teknologi digital dalam proses pembelajaran dan
pengajaran, sehingga pelajar boleh menggunakan Undang-undang digital menetapkan etika
teknologi digital untuk mencari dan bertukar maklumat. penggunaan teknologi dalam masyarakat. Warga
Dalam bidang pekerjaan pula, pelbagai teknologi baru digital perlu menyedari bahawa penipuan, mencuri
dapat diaplikasikan seperti video conferencing dan data yang akan menyebabkan kerosakan kepada
sebagainya. Literasi digital merupakan proses belajar hasil kerja orang lain, penyamaran identiti, plagiat,
dan mengajar mengenai teknologi dan penggunaan menghantar spam, mewujudkan dan menyebarkan
teknologi. Belajar untuk belajar apa sahaja, bila-bila virus adalah contoh perbuatan yang tidak beretika
masa dan di mana-mana sahaja. Apabila teknologi baru dan merupakan satu jenayah. Malaysia telah
muncul, masyarakat perlu belajar bagaimana untuk meletakkan asas yang kukuh dalam pembangunan
menggunakan teknologi dengan cepat dan tepat. ICT dengan menyediakan undang-undang siber,
iaitu:

5. Etiket Digital (Digital Etiquette) • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998


• Akta Suruhanjaya dan Komunikasi dan Multimedia
Kebanyakan pengguna teknologi tidak peduli 1998
dengan etika penggunaan teknologi, tetapi • Akta Tandatangan Digital 1997
terus menggunakannya tanpa mengetahui dan • Akta Jenayah Komputer 1997
mengabaikan peraturan dan adab. Sering kali • Akta Teleperubatan 1997
pengguna teknologi lupa bahawa walaupun dalam • Akta Hak Cipta

16 BIL. 47 NOVEMBER 2015


DIMENSIKOOP

7. Hak & Tanggungjawab Digital 9. Keselamatan Digital (Digital Security)

Warga digital mempunyai hak untuk privasi, Dalam setiap komuniti, terdapat individu yang
kebebasan bersuara dan lain-lain. Hak digital mencuri karya, merosakkan atau mengganggu
perlu ditangani, dibincangkan dan difahami dalam individu lain. Walaupun kita tidak boleh berburuk
dunia digital. Dengan hak-hak ini juga wujudnya sangka, namun hakikatnya kita tidak boleh
tanggungjawab bersama. Pengguna hendaklah mempercayai seseorang begitu sahaja, kerana ia
membantu menentukan bagaimana teknologi ini mampu mengancam keselamatan diri, keluarga
harus digunakan dengan cara yang sesuai. Dalam mahupun masyarakat. Hal ini berlaku dalam dunia
masyarakat digital, semua perlu bekerjasama untuk digital. Dalam dunia nyata, kita membina pagar,
menjadi pengguna yang produktif. mengunci pintu, menambah penggera keselamatan
dalam rumah dengan alasan keselamatan. Hal yang
sama juga perlu diterapkan dalam dunia digital
8. Kesihatan Digital (Digital Health & Wellness) seperti memasang antivirus, firewall, melakukan
data pendua (data backup), dan melindungi data
Sebalik manfaat teknologi ICT, terdapat beberapa sensitif seperti nama pengguna (username), kata
ancaman kesihatan yang perlu diambil tahu seperti laluan (password), nombor kad kredit dan lain-lain.
kesihatan mata, telinga, tangan bahkan keseluruhan Sebagai warga digital, kita perlu sentiasa mengambil
badan. Bukan hanya kesihatan fizikal, kesihatan langkah berjaga-jaga dalam setiap urusan online
mental juga turut terancam jika pengguna teknologi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
tidak menetapkan had penggunaan teknologi digital.
Untuk mencegahnya, pengguna perlu menyedari
tentang kesan negatif yang boleh ditimbulkan oleh
penggunaan teknologi digital ini.

Rajah 2: Infografik “I am a Digital Citizen”

BIL. 47 NOVEMBER 2015 17


DIMENSIKOOP

Dalam masyarakat digital, terdapat dua jenis masa dan meningkatkan kawalan dalam hidup
pengguna teknologi utama iaitu: mereka.

1. Technology Slaves - seseorang yang mempunyai Konsep Respect, Educate, and Protect (REP)
harapan yang tinggi dan beban kerja yang adalah satu cara untuk mendidik masyarakat dan
memerlukannya bekerja lebih masa dan boleh menjelaskan tentang digital citizenship melalui
diakses 24/7 untuk memajukan organisasi sembilan elemen tersebut. Ia juga menerangkan cara
(ketagihan bekerja) untuk menjadi digital citizenship yang baik, dengan
pelbagai cabaran semasa seperti penyalahgunaan
2. Technology Master - pengguna yang sederhana media sosial, pembuli siber (cyberbullying), jenayah
dalam menggunakan teknologi sebagai alat siber, ketagihan Internet, keselamatan privasi online
untuk kehidupan peribadi dan kerja dan sekali gus dan sebagainya.
meningkatkan keupayaan untuk menguruskan

Rajah 3: Infografik “Citizenship in the Digital Age

18 BIL. 47 NOVEMBER 2015


DIMENSIKOOP

Etika Warganegara Digital

Menurut Pew Research, Microsoft, Symantec, • Menggunakan alat (teknologi) digital untuk
Association for Psychological Science, antara ciri- meningkatkan pembelajaran dan sentiasa peka
ciri warganegara digital yang baik adalah: dengan teknologi yang berubah-ubah.
• Bertanggungjawab apabila melakukan pembelian
• Menyokong hak dan akses digital secara sama dalam talian dan melindungi maklumat
rata pembayaran
• Menghormati hak orang lain dan tidak melakukan • Menegakkan hak asasi manusia di semua forum
pembulian siber. digital
• Tidak mencuri atau merosakkan hasil kerja digital, • Melindungi maklumat peribadi daripada ancaman
identiti atau harta orang lain. luar yang mungkin menyebabkan bahaya.
• Membuat keputusan yang sesuai semasa • Secara proaktif mengehadkan risiko kesihatan
berkomunikasi melalui pelbagai saluran digital. fizikal dan psikologi terhadap teknologi

BIL. 47 NOVEMBER 2015 19


DIMENSIKOOP

Konsep “THINK” boleh digunakan semasa bahawa ICT merupakan medium yang hebat dalam
berkomunikasi dalam dunia digital, iaitu: mendorong transformasi sosial di seluruh dunia.
• Is it True?- Benarkah posting anda? Atau hanya Digital citizenship tidak hanya sebagai penerima
isu yang tidak jelas sumbernya? maklumat tetapi juga sebagai penghasil dan
• Is it Hurtful?- Apakah post anda akan menyakiti penyebar maklumat dalam jaringan Internet yang
perasaan orang lain? terhubung melalui gajet atau alatan yang dimiliki.
• Is it Illegal?- Adakah post anda menyalahi undang-
undang? Persoalannya, bagaimana kita menggunakannya
• Is it Necessary?- Pentingkah post anda? Post sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya.
yang tidak penting akan mengganggu orang lain. Dalam dunia online, kita terdedah kepada pelbagai
• Is it Kind?- Santunkah post anda? Pastikan post risiko yang akan mengancam keselamatan diri,
yang dihasilkan tidak menggunakan perkataan keluarga, masyarakat, mahupun negara. Konsep
yang boleh menyinggung orang lain. digital citizenship membantu dalam memastikan
keselamatan pengguna dan berupaya memandu
masyarakat dan generasi akan datang menggunakan
Kesimpulan teknologi dengan bijak dan beretika. Seperti yang
sering diperkatakan “The world is moving online and
we can either choose to master it or be left behind”.
Internet merupakan satu teknologi yang hebat dan
boleh dicapai di hujung jari. Tidak dapat dinafikan

Rujukan

Intan Norasyikin Mohd Ariffin.(2009). Tekno Dai’e: dakwah melalui teknologi. Dicapai daripada http://www.ukm.
my/rsde/wp-content/uploads/2014/11/23-peranan-tekno-daie-dalam-berdakwah-di-era-teknologi-
maklumat-dan-komunikasi-ict.pdf.

Kenneth Wong.(2014). Dicapai daripada http://www.adtechkl.com/images/ppt/mda_kenneth_wong.pdf.

Malaysia gila telefon pintar.(2013). Sinar Harian.Dicapai daripada http://www.sinarharian.com.my/malaysia-


gila-telefon-pintar-1.204032.

Microsoft Fostering.(2013). Fostering digital citizenship. Dicapai daripada http://www.oaesv.org/wp-content/


uploads/2013/02/Fostering_Digital_Citizenship.pdf.

Mossberger, K., Tolbert, C. J., & McNeal, R. S.(2008). Digital citizenship. The Internet, society, and participation.

Mstar. (2014).Najib senaraikan tiga cabaran dunia kesalinghubungan. Dicapai daripada http://www.mstar.com.
my/berita/berita-semasa/2014/11/24/najib-kesalinghubungan/Mike Ribble. (2015). Nine Themes of Digital
Citizenship. Dicapai dari http://digitalcitizenship.net/Nine_Elements.html.

Ribble, M. S., Bailey, G. D., & Ross, T. W.(2004). Digital Citizenship: Addressing Appropriate Technology
Behaviour. Learning & Leading, 32(1),6-12

Pew Research, Microsoft, Symantec, Association for Psychological Science.(n.d) Dicapai daripada http://
mindmake.com/Themes/MindMakeTheme/Content/images/blog/mindmake_citizenship_in_the_digital_
age_infographic.pdf.

.
20 BIL. 47 NOVEMBER 2015

Anda mungkin juga menyukai