Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERSATUAN TINGKATAN 6
SMK Lubok China
78100 Lubok China
Melaka

KERTAS KERJA

“Program Pemantapan Sahsiah Dan Jati Diri Murid Pra Universiti”

PROGRAM : PERSATUAN TINGKATAN 6

UNIT KEROHANIAN, SMK LUBOK CHINA

TARIKH : 24, 31 OKTOBER, 7 & 14 NOVEMBER

2018

GURU PEMBIMBING : PN. SYARIFAH KAHAR

SMK LUBOK CHINA Page 1


KERTAS KERJA

1.0 PENDAHULUAN

Program Pemantapan Sahsiah Dan Jati Diri Murid Pra Universiti merupakan program
yang buat julung kalinya dirancang bagi kemenjadian murid dalam bidang sahsiah dan
jati diri murid. Persatuan Tingkatan 6 dengan kerjasama Unit Kerohanian SMK Lubok
China menjalankan slot pemantapan sahsiah setiap pagi Rabu pada jam 7.40 pagi hingga
8.40 pagi di bilik kuliah Pra U2 untuk semua murid Pra U, SMK Lubok China. Persatuan
Tingkatan 6 mengatur slot pemantapan sahsiah sebanyak empat kali setiap hari Rabu
bermula 24 Oktober 2018 sehingga 14 November 2018. Program khas ini dijalankan
selama sejam khas untuk murid tingkatan 6 dengan pendekatan agama dan kerohanian
bagi memantapkan jati diri masing-masing. Kami bercadang menjemput penceramah di
kalangan ustaz atau ustazah di sekolah ini untuk mendekati mereka agar mesej lebih
berkesan dapat disampaikan. Semoga program yang diatur dapat membantu untuk murid
sentiasa menjaga sahsiah diri yang positif.

2.0 RASIONAL

Penganjuran program Pemantapan Sahsiah Dan Jati Diri Murid Pra Universiti ini
merupakan satu wadah bagi semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan
Lubok China khasnya murid-murid tingkatan 6 dalam memantapkan lagi sahsiah
terpuji dan jati diri dalam diri sebelum mereka tamat persekolahan mereka bagi
menempuhi dunia globalisasi yang semakin mencabar. Selain itu adalah
diharapkan agar program ini dapat memberikan impak yang positif dalam diri
setiap individu yang terlibat terutama murid tingkatan 6. Murid-murid juga akan
lebih mengenal potensi diri mereka dengan bimbingan guru yang terlibat.

3.0 MATLAMAT

SMK LUBOK CHINA Page 2


KERTAS KERJA

3.1 Melahirkan generasi yang berakhlak dan berdisiplin bagi mengawal sosial
yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.
3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid disamping
meningkatkan jati diri dalam diri setiap individu.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membentuk keperibadian mulia dan jati diri di kalangan murid.

4.2 Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta
peka dengan peraturan sekolah.

5.0 MAKLUMAT AKTIVITI

Nama aktiviti : “Program Pemantapan Sahsiah Dan Jati Diri Murid Pra U”
Tarikh : 24, 31 Oktober, 7 dan 14 November 2018
Masa : 7.40 pagi – 8.40 pagi (Rabu waktu koku)
Tempat : Surau, SMK Lubok China

6.0 SASARAN

Murid-murid Pra U1 & Pra U2, SMK Lubok China

7.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH TAJUK AKTIVITI

24 Oktober 2018 “Jom Dhuha” bersama Ustaz Mohd Khir bin Maarum

31 Oktober 2018 “Rahsia Solat Suboh” bersama Ustaz Danial bin Othman

“Munakahat, Tujuan dan Hukum Pernikahan dalam Islam”


7 November 2018
bersama Ustazah Hamidah bt Othman
“Sahabat Jannah atau Sahabat Ke Jahannam?” bersama
14 November 2018
Ustazah Hjh Zahriah bt Hj Zuber

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Tuan Hj Hussin bin Sirun (Pengetua)


Naib Pengerusi 1 : Pn Sepiah binti Ibrahim (GPK Hal Ehwal Murid)

SMK LUBOK CHINA Page 3


KERTAS KERJA

Naib Pengerusi 2 : En Noordin bin Ambon (GPK Tingkatan 6)


Guru Pembimbing : Pn. Syarifah bt kahar
Ketua Program : Muhamad Azmi bin Mohd Azlani (PU2)
Penolong Program : Nor Farah Aqirrah Bt Ismail (PU1)
Setiausaha : Nor Izyan Diniyah binti Abu Bakar (PU2)
Intanku Zaireen Bt Mohd Zaidi (PU1)
AJK Jemputan : Nur Asni binti Abd Aziz (PU2)
Siti Nur Hafizah Bt Karim (PU1)
Cenderahati & Sijil : Amirah Basyirah binti Ismail (PU2)
Nurin Irdina Nisha Bt Rosli (PU1)
Dokumentasi : Ahmad Firdaus bin Sukarno (PU2)
: Muhammad Syafiq Bin Maiyandri (PU1)
PA Sistem : Muhammad Hafizuddin bin Zulkapli (PU2)
: Muhamad Fais bin Anuar (PU1)
Pengerusi Majlis : Nooranis Shahira Bt Othman PU1)
: Nurshakinah Bt Mansor (PU1)

9.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH


1. Cenderahati Penceramah 4 x RM10.00 RM 40.00
JUMLAH

10.0 SUMBER KEWANGAN

Tabung Koku Pra U RM 50.00

SMK LUBOK CHINA Page 4


KERTAS KERJA

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan,program ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak
dan juga pihak pentadbir sekolah dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hal ini
penting agar dapat melahirkan murid yang berakhlak dan berdisiplin bagi
mengawal masalah sosial dan menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup
warga SMK Lubok China. Ia juga dapat memantapkan lagi sahsiah terpuji dan
jati diri dalam diri setiap murid Pra U sebelum mereka tamat persekolahan
mereka bagi menempuhi dunia globalisasi yang semakin mencabar. Kerjasama
dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat diperlukan bagi
memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas kerjasama dan perhatian
daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

.......................................... ........................................
(Muhamad Azmi bin Mohd Azlani) (PN. SYARIFAH BINTI KAHAR)
Ketua program Guru pembimbing
“Program Pemantapan Sahsiah Dan Guru Persatuan Tingkatan 6
Jati Diri Murid Pra U” SMK Lubok China

DISOKONG OLEH: DISAHKAN OLEH:

....................................... ........................................
(EN. NORDIN BIN AMBON) (TUAN HJ HUSSIN BIN SIRUN)
GPK Tingkatan 6 Pengetua
SMK Lubok China SMK Lubok China

SMK LUBOK CHINA Page 5

Anda mungkin juga menyukai