Anda di halaman 1dari 109

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH


MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

PIMK2033R
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLIK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa mulai November 2015


Kemas Kini Ogos 2017
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

November 2016
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan


yang tidak ada kepentingan komersial, tidak
dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-
apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
MUKA SURAT
2
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii
Falsafah Pendidikan Guru Ii
Notis Hak Pengarang Iii
Kandungan iv – vii
Panduan Pelajar viii – ix

Pengenalan X

Agihan Tajuk xi - xiv

UNIT 1 KONSEP ASAS PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM 1

1.1 Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran


1.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

1.3 Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)


1.4 Jadual Tindakan Pelaksanaan Ujian PAFA (SR)

UNIT 2 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM


26

2.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

2.2 Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA)

2.3 Dokumen Standard Prestasi

2.4 Kerangka Standard Prestasi

UNIT 3 JENIS DAN BENTUK PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN


42
ISLAM

3.1 Jenis-jenis pentaksiran 40

3.2 Bentuk-bentuk pentaksiran

3.3 Pentaksiran mengikut bidang

3
UNIT 4
PEMBINAAN JSU DAN ITEM UJIAN 71

4.1 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

4.2 Item Ujian


4.3 Peraturan Pemarkahan
4.4 PenyeIarasan dan integriti

UNIT 5 ANALISIS ITEM DAN PENSKORAN DALAM PENDIDIKAN


90
ISLAM

5.1 Statistik Asas

5.2 Indeks Kesukaran


5.3 Indeks Diskriminasi
5.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Item

UNIT 6
PELAPORAN UJIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM 111

6.1 Tujuan Pelaporan

6.2 Kaedah Pelaporan

6.3 Bentuk Pelaporan

6.4 Contoh Pelaporan

Rujukan
Panel
Simbol

PANDUAN PELAJAR

4
PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran


agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran


yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat
menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai
autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI) yang mendaftar dengan
Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SR/SM yang dilaksanakan
dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukan 60% daripada Jumlah
Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka, manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran
Pelajar pembelajaran kendiri.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit


2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Refleksi/ Latihan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

5
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam RMK yang pelajar pelajari secara
interaksi bersemuka dan modul.

PENGENALAN

6
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pentaksiran dalam
Pendidikan Islam untuk diaplikasikan daalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan konsep dan tujuan pentaksiran dalam Pendidikan Islam Sekolah


Rendah dengan merujuk kepada pelbagai sumber.

2. Menganalisis secara terperinci bidang-bidang pembelajaran berasaskan standard


prestasi.

3. Menghuraikan jenis dan bentuk pentaksiran mengikut Dokumen Standard


Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam.

4. Membina jadual spesifikasi ujian (JSU), item ujian dan peraturan pemarkahan
mengikut aras taksonomi Bloom secara berkumpulan.

5. Menghuraikan kaedah analisis item dan pelaporan dalam pentaksiran Pendidikan


Islam mengikut kaedah yang ditetapkan.

7
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Modul ini dibina berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK). Sejumlah 60% dari
tajuk tertentu dalam RMK diajar kepada pelajar melalui interaksi bersemuka dan 40%
lagi diajar melalui modul. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi
bersemuka dan pembelajaran melalui modul.

MODUL BERSEMUKA
JUMLAH JAM
TAJUK/ TOPIK 40% 60%
PEMBELAJARAN
(18j) (27j)
1. Konsep Asas Pentaksiran Pendidikan
Islam :

• Konsep Pengujian, Pengukuran,


Penilaian dan Pentaksiran.
• Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
• Perkara Asas fardhu Ain (PAFA).
6 4
• Tujuan Pentaksiran 2
• Ciri-ciri Pentaksiran
- Kesahan
- Kebolehpercayaan
- Keobjektifan
- Kebolehtadbiran.

2. Pentaksiran dalam Kurikulum


Pendidikan Islam :

• Bidang Pembelajaran
- Penguasaan Ilmu
- Penguasaan Kemahiran
- Penghayatan dan Amalan
• Pernyataan Standard Prestasi
- Band
- Standard
- Deskriptor 9 4 5
- Evidens
• Tahap Kemahiran Aras 1-6
- Ilmu,
- Amali
- Amalan
- Iltizam
- Penghayatan
- Pentabiatan.

8
MODUL BERSEMUKA
JUMLAH JAM
TAJUK/ TOPIK 40% 60%
PEMBELAJARAN
(18j) (27j)
3. JENIS DAN BENTUK PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN ISLAM :

• Jenis-jenis pentaksiran
- formatif
- sumatif
• Bentuk-bentuk pentaksiran
- lisan
- tulisan
- pemerhatian
9 4 5
- atas talian.

• Pentaksiran mengikut bidang.


- al-Quran
- al-Hadis
- Aqidah
- Ibadah
- Sirah
- Adab
- Jawi
4. Pembinaan JSU dan Item Ujian :

• Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


- kepentingan
- komponen
- langkah penyediaan.
9 3 6
• Item Ujian
- item objektif
- item struktur
- item esei.
• Peraturan Pemarkahan
• PenyeIarasan dan integriti.
5. Analisis Item dan Penskoran Pentaksiran
Pendidikan Islam

• Statistik Asas
- skor mentah
- min, median, mod
- sisihan piawai
• Indeks Kesukaran
6 3 3
• Indeks Diskriminasi
• Kesahan dan Kebolehpercayaan Item

9
MODUL BERSEMUKA
JUMLAH JAM
TAJUK/ TOPIK 40% 60%
PEMBELAJARAN
(18j) (27j)
6. Pelaporan Ujian dalam Pendidikan Islam

• Tujuan Pelaporan
- prestasi murid,
- prestasi matapelajaran.
• Kaedah Pelaporan
• Bentuk Pelaporan 6 2 4
• Contoh Pelaporan
- manual,
- atas talian.

JUMLAH 45 JAM 18 JAM 27 JAM

10
KONSEP ASAS PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
UNIT 1

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat :


1. Mengenalpasti dan menghuraikan konsep dan tujuan pengujian, pengukuran,
penilaian dan pentaksiran.
2. Menganalisis ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan dan
kebolehtadbiran

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan konsep asas pentaksiran Pendidikan Islam yang meliputi
pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.

1. KANDUNGAN UNIT 1: Konsep Asas Pentaksiran Pendidikan Islam :

1.1 Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran.


1.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
1.3 Perkara Asas fardhu Ain (PAFA).
1.4 Tujuan Pentaksiran
1.5 Ciri-ciri Pentaksiran
- Kesahan
- Kebolehpercayaan
- Keobjektifan
- Kebolehtadbiran.

1.1 Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

11
Pendahuluan

Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Contohnya sebelum
anda dianugerahi Ijazah Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan
amali. Kita sebagai guru juga sentiasa menanya soalan-soalan seperti :Sejauh
manakah pelajar kita bersedia untuk pelajaran berikut? Sejauh manakah pelajar
mencapai kehendak-kehendak minima kursus tersebut? Apakah jenis-jenis kesukaran
pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar?

Untuk menjawab soalan-soalan tersebut, kita harus mengumpul maklumat sesuai


tentang pelajar. Akan tetapi pernahkah anda bertanya bagaimana ini boleh dilakukan?
Pengukuran, pengujian dan penilaian amat berbeza dan ramai di antara kita kurang
dapat menghuraikan perbezaannya. Dalam tajuk ini, kita akan membincangkan
perbezaan antara pengukuran, pengujian dan penilaian.

1.1 Pentaksiran ,pengukuran, pengujian dan penilaian


1.1.1 Pentaksiran
Pentaksiran di bilik darjah bermaksud proses mengumpulkan dan menafsirkan
maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat
meningkatkan pembelajaran dan pengajaran.
Tujuan umum penaksiran di bilik darjah ialah untuk mengintegrasikan
pengukuran dan penilaian dengan pengajaran sehingga meningkatkan mutu
pembelajaran dan pembelajaran. Tujuan ini adalah berbeza daripada tujuan amalan
pengukuran dan penilaian tradisional, di mana tujuan ujian dan peperiksaan adalah
sekadar untuk mengetahui “ apa “ yang berjaya dicapai oleh pelajar dan menetapkan
gred pencapaian. Lantas ujian dan peperiksaan hanya penting diadakan di akhir
sesuatu unit pelajaran atau di penghujung semester. Akan tetapi penaksiran di bilik

12
darjah adalah untuk mendapat maklumat bagi mengukuhkan pembelajaran dan
pengajaran. Untuk itu mengumpulkan maklumat perlu dilakukan dalam setiap langkah
penagajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir pengajaran. Rumusannya ialah
penaksiran di bilik darjah bertujuan membantu guru untuk mengukur dan menilai kedua-
dua aspek pembelajaran dan pengajaran iaitu produk dan proses pembelajaran dan
pengajaran.
Untuk menterjemahkan tujuan tersebut secara konkrit dalam amalan di bilik
darjah proses penaksiran perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilaikan dengan teliti.
Semasa merancangkannya guru perlu memberi pertimbangan sama ada usaha itu
dapat menghasilkan jawapan yang positif kepada soalan-soalan berikut ;
1. Adakah proses penaksiran yang dirancangkan bertujuan utuk memperbaiki
prestasi pelajar dan tidak sekadar untuk mengaudit tingkat pencapaian ?
2. Adakah proses penaksiran itu berpotensi mengukur dan menilai sesuatu
prestasi secara meluas dan mendalam ?
3. Adakah penaksiran itu mampu mengesan perubahan dan kemajuan
pencapaian ?
4.Adakah maklumat yang dikumpulkan dapat digunakan untuk mengenalpasti
kelemahan-kelemahan pembelajaran dan pengajaran secara konkrit ?
Selain dari itu, Pentaksiran di bilik darjah dikenali juga sebagai proses mengumpulkan
maklumat tentang pembelajaran dan pengajaran secara berterusan. Proses ini
melibatkan dua aktiviti yang dikenali sebagai Pengukuran dan Penilaian.

1.1.2 Pengujian

Pengujian adalah satu alat atau prosedur bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ia
terdiri daripada satu set terpiawai soalan-soalan atau tugasan yang berkehendakkan
murid memberi satu set tindakbalas. Calon ujian mungkin diminta menyelesaikan
sesuatu masalah seperti mendefinisikan sesuatu perkataan, menyusun ayat-ayat al-
Qur’an, menyatakan dalil atau hujjah sesuatu kenyataan dan sebagainya. Ujian
merupakan alat pengukuran yang membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar
khususnya dalam bentuk markah. Pengujian menjelaskan tentang berapa baguskah
prestasi individu tertentu.

Maksud terpiawai ialah semua prosedur telah dinyatakan awal dan semua pelajar dalam
sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengan cara yang
sama di samping mendapat arahan yang sama. Skor atau markah yang diperolehi hasil
daripada jawapan kepada sesuatu ujian adalah sebagai indikator numerik tentang

13
prestasi pelajar. Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana ketepatannya selain
analisis boleh dilaksanakan dan ini akan membantu dalam membuat sesuatu keputusan.

Berikut adalah antara tujuan pengujian:


a) Mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi.
b) Mengesan kemajuan yang telah dicapai tentang pencapaian hasil-hasil
pembelajaran yang lain.
c) Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh calon ujian.

Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan, kemudian


peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. Melalui proses pengujian
guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang
telah dipelajari.

Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh para
guru sahaja, malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui sejauh
mana sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru, penilaian sangat
penting dalam konteks pembelajaran.

1.1.3 Pengukuran

Pengukuran merupakan suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik untuk


menentukan setakat manakah individu mempunyai ciri-ciri tertentu yang disukat dengan
menggunakan alat. Dalam pendidikan, pengukuran mengukur secara kuantitatif
peringkat atau tahap pencapaian pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran
guru. Pada lazimnya, guru menggunakan alat pengukuran yang mungkin terdiri
daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran
adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau
membuat keputusan. Ia tidak bersifat mutlak, bergantung kepada keobjektifan, kesahan
dan kebolehpercayaan alat ukur.

Fungsi pengukuran adalah seperti berikut :


a) Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang telah dicapai.
b) Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi.
c) Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek
pembelajaran yang lain.
d) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid

14
e) Bagi mendapatkan maklumat untuk :
i. Bimbingan.
ii. Kecekapan guru.
iii. Rekod prestasi dan profil murid, khususnya sebagai maklum balas
kepada murid dan ibu bapa.

Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap. Tahap-
tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986):
a) Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10
orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan
menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk
pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana
pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau
perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih
berbanding dengan murid-murid lain. Skala yang digunakan di tahap ini ialah
skala urutan sahaja (skala ordinal).
b) Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan. Pengukuran
jenis ini menggunakan skala selang. Guru harus menyediakan ujian yang
memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1%
adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan
sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.

1.1.4 Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul,


menganalisis dan menginterpretasi maklumat perubahan tingkahlaku berdasarkan data
kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu, mendapat dan memberikan
maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.
Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi
aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil
tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.
Tujuan Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan
pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran guru.

15
Melalui penilaian, guru dapat :
a) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
b) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal
dari semasa ke semasa;
c) mengetahui keberkesanan pengajarannya;
d) merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
e) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid
yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan
yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam
pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di
peringkat pusat.

Proses penilaian melibatkan melibatkan tiga langkah berikut:


a) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
b) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
c) Membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran.

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan


dan penyimpulan. Berikut adalah lima prosedur penilaian secara ringkas:
a) Peringkat persediaan ujian.
b) Peringkat pentadbiran ujian.
c) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran.
d) Peringkat analisis.
e) Peringkat interpretasi dan tindakan.

Dari segi konsep, penilaian merupakan konsep yang paling luas dan gambarannya
boleh dilihat seperti rajah berikut:

Pentaksiran

Penila
Pengujian
Pengukuran ian

Pengukuran

16
Penilaian
Rajah 1.1 Perhubungan di antara penilaian, pengukuran, pengujian dan pentaksiran.

1.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang

bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan

sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan

pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan

penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat

mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil

pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu

berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010

telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai

sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui

penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap

progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang

dihasratkan dalam Misi Nasional.

17
PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat

Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah

akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan

dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

Komponen Pentaksiran

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP),

manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini

memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif

dan sumatif yang berasaskan sekolah.

18
1.2.1 Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru

sekolah yang berkenaan.

1. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan

pembelajaran(P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran

kerja,pemerhatian,kuiz,senarai semak,laporan tugasan,tugasan rumah dan ujian.

2. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan

dan tahun.

Pentaksiran Sumatif berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for

learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

1.2.2 Pentaksiran Pusat

Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkoddi peringkat sekolaholeh guru

berdasarkanperaturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan,

peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan

mengikut mata pelajaran.Pelaporan dikeluarkan LP.

1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolaholeh guru berdasarkan

penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktivitisukan, kokurikulum dan ekstra

kurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) dan Body Mass Index(BMI)

dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

19
1.2.4 Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur

kebolehan (innate abilitydanacquired ability),kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan

masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak

berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Band, Penilaian Gred Baharu

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor

mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D. Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh

melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas

contohnya bagi Matematik murid

di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau

menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham

nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran

pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi

mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek

tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau

melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan

operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.

20
Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,

dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi

matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji

telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,

mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran

dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan

maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara

tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di

antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran

terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti

pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan

kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan

murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru

bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya

kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap

pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat

dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau

terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang

diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal

mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.

21
1.3 Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)

Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain

yang berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan

Islam. PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui,

memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna

sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

Penilaian PAFA Sek.Rendah

Tujuan Peraturan Pelaksanaa


n

1.3 1 Tujuan PAFA

• Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara

Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya

faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.

• Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain.

Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.

• Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk

menghayati amalan kehidupan sehari-hari.

1.3.2 Peraturan PAFA

• Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan


Penilaian PAFA Sek.Rendah
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tujuan Peraturan Pelaksanaan

22
• Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya oleh

sekolah.

• Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas

masing-masing sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P).

• Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana yang telah

ditetapkan.

• Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam

laman web ini. Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid hendaklah

diberitahu lebih awal.

• Tempuh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama

persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan

sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.

• Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang

dan bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan

memperbaiki kesalahan dan kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya

faham dan dapat mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan

sempurna.

• Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini

dalam Borang Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod

bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.

• Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan

Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan

harian biasa. Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan

penilaian.

23
• Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham dan

dapat mengamalkan kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan

yang PALING MINIMUM sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.

• Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian Perkara Asas fardu

Ain apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK

soalan yang ditetapkan.

• Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian kepada Lembaga

Peperiksaan Kementerian Penidikan menurut prosedur biasa yang ditetapkan.

• Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL'

dalam keputusan atau sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah

atau menjejaskan sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang

sedang berjalan sekarang.

1.3.3 Pelaksanaan PAFA

Pelaksanaan PAFA adalah berdasarkan kepada surat pekeliling berikut:

• SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 :

Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994

bersamaan 29 Ramadhan 1414H.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Perkara Asas

Fardu ’Ain akan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran

24
Malaysia (SPM), mulai Sesi 1994/1995. Perkara Asas Fardu ’Ain tersebut adalah

seperti berikut :

Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah :

(a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah


(b) Rukun Iman
(c) Rukun Islam
(d) Beristinjak
(e) Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis
(f) Berwuduk
(g) Mandi Wajib
(h) Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, serta Doa
selepas Azan dan Iqamah
(i) Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan
hikmat
(j) Adab terhadap ibu bapa
(k) Ihsan

● SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/2002 :

PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) DI

SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH bertarikh 3 Disember

2002.

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Penilaian PAFA yang sedang

dilaksanakan di sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian

Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah disemak semula. Penilaian PAFA

Semakan ini akan dilaksanakan serentak dengan Pelaksanaan Kurikulum

Pendidikan Islam KBSR/KBSM Semakan bermula sesi Persekolahan 2003.

Bagi menyelaras pelaksanaan dan menentukan keberkesanan penilaian tersebut, pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan tiga buah buku panduan berikut:

25
2.1 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain

(PAFA) UPSR;

2.2 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain

(PAFA) UPSR/PMR/SPM; dan

2.3 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain

(PAFA) PANDUAN GURU.

Setiap murid Islam dan Guru Pendidikan Islam harus memiliki buku berkaitan. Sekiranya

murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut

dan menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam

dikelasnya. Murid dan guru boleh membeli buku tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) atau cawangan-cawangannya. Setiap sekolah hendaklah memiliki

sekurangkurangnya satu set buku-buku tersebut sebagai rujukan.

Soalan yang akan ditanya semasa penilaian PAFA adalah tidak rahsia. Semua murid

mesti lulus 100% kod-kod yang telah ditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan pada bila-bila masa setelah murid

bersedia. Guru bertanggungjawab membimbing secara berterusan dan mempastikan

mereka menguasai setiap kod yang ditentukan.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994.

APA YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAFA?

Melalui P&P, perkara yang hendak dicapai oleh setiap murid/pelajar ialah:

1. Boleh mengucap Dua kalimah syahadah dengan betul serta mengetahui dan

memahami maknanya.

2. Mengingat dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman.

26
3. Mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan cara menyucikan tubuh badan,

pakaian, tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan tayammum.

4. Boleh mendidikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan,

iqamah, menjawab azan dan iqamah serta do’anya.

5. Menghayati ibadat puasa, memahami hikmahnya dan perkara-perkara yang

membatalkan puasa.,

6. Mengetahui dan menghayati akhlak yang mulia yang berasaskan ‘ihsan’ dan

bermula dari ‘birru al-walidain’.

7. Memahami dan meyakini sistem kekeluargaan Islam dalam pembentukan

ummah yang kuat dan teguh.

1.3.4 Struktur Pelaksanaan PAFA

Sekolah Rendah:

• Tahun 1 : Jun – Oktober

• Tahun 2 – 5 : Januari – Oktober

• Tahun 6 (UPSR): Januari – Julai

Kemaskini Borang Berkelompok:

• Mac

• Jun

27
Jadual Tindakan Pelaksanaan
Ujian PAFA (SR)

Ogos
Julai

Sept
Catat

Mac
Feb

OKt
Jan

Jun
Mei
Apr
Bil Tindakan
an

1 Memastikan murid memiliki


buku panduan penilaian √ √ √ √
PAFA

2 Penyediaan Fail PAFA


(borang berkelompok) √ √
3 Pelaksanaan PAFA
3.1 Tahun 1 √ √ √ √ √
3.2 Tahun 2-5 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
3.3 Tahun 6 √ √ √ √ √ √
4 Kemaskini borang
berkelompok √ √

5 Menghantar keputusan
penuh PAFA/ Disket ke Unit/ √
Bahagian Peperiksaan
(JPN)

6 Mengemaskini rekod
pencapaian individu murid
yang akan berpindah √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
sekolah baru (sekiranya
ada)
7 Penyetaraan daripada
Kementerian/JPN/ Mengikut taqwim pihak berkenaan
Bahagian/ Daerah

Agihan Kod PAFA


(SR)

TAHUN KOD DINILAI TAJUK


01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
02 Rukun Islam
03 Rukun Iman
1
04 Beristinjak
05 Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis
06 Cara Berwudhuk
07 Cara Bertayammum (SM)
08 Cara Mandi Wajib
2
09 Azan dan iqamah serta jawapan dan doa selepasnya
10 Solat Fardhu
11 Solat Jenazah (SM)
3 12 Puasa

28
13 Adab Terhadap Ibu bapa
15 Ihsan
16 Kewajipan Menutup Aurat (SM)
17 Batas Pergaulan Dalam Islam (SM)
01 Mengucap dua kalimah syahadah
02 Rukun Islam
03 Rukun Iman
04 Beristinjak
05 Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis
4
06 Cara Berwuduk
07 Cara Bertayammum (SM)
08 Cara mandi wajib
09 Azan dan Iqamah serta jawapan dan doa selepasnya
10 Solat Fardhu
11 Solat Jenazah (SM)
12 Puasa
13 Adab terhadap ibu bapa
14 Perkahwinan (SM)
5
15 Ihsan
16 Kewajipan menutup aurat (SM)
17 Batas pergaulan dalam Islam (SM)
15 Ihsan

1.4 Ciri-ciri Pentaksiran

1.4.1 Kesahan

Apakah yang anda faham dengan istilah “kesahan”? Kesahan merujuk kepada
takat mana suatu ujian boleh mengukur apa yang sepatut diukur, iaitu, takat mana
ujian itu memenuhi objektifnya. Kita akan tanya soalan, “ Adakah ujian itu mengukur apa
yang ia sepatutnya diukur?”
Apakah sebenarnya kesahan? Pertama, ia merujuk kepada kesesuaian interpretasi
keputusan sesuatu ujian atau alat penilaian untuk satu-satu kumpulan individu, bukan
alat itu sendiri. Kedua, ia merupakan suatu anggaran darjah. Ia paling sesuai dianggap
dalam bentuk kategori-kategori yang menentukan darjah, seperti kesahan tinggi,
kesahan sederhana dan kesahan rendah. Ketiga, ia spesifik terhadap kegunaan
tertentu atau interpretasi. Tiada ujian yang sah untuk semua tujuan. Sebagai contoh,
keputusan-keputusan suatu ujian matematik mungkin mempunyai darjah kesahan yang
tinggi dalam menentukan kemahiran komputer, satu darjah kesahan yang rendah untuk
penaakulan matematik dan darjah kesahan yang sederhana untuk meramalkan
kejayaan dalam seni atau muzik.

29
Jenis Jenis Kesahan Ujian

Pada asasnya, terdapat lima jenis kesahan ujian. Antara berikut adalah:
(i) Kesahan muka
(ii) Kesahan kandungan
(iii) Kesahan ramalan
(iv) Kesahan serentak
(v) Kesahan konstruk

Bolehkah anda membezakan antara setiap jenis kesahan ujian? Ia penting untuk
mengetahui apakah jenis kesahan dan cara-cara yang boleh digunakan untuk
mempastikan setiap jenis kesahan.

(i) Kesahan Muka

Kesahan muka merujuk kepada apa yang kerap diperlihatkan atau digunakan sebagai
bentuk pengujian. Untuk mempastikan kesahan muka, item-item ujian harus disemak
oleh pakar dalam bidang yang diuji. Satu format ujian yang biasa dan bentuk serupa
digunakan.

(ii) Kesahan Kandungan

Ini adalah proses menentukan setakat mana satu set tugasan ujian menyediakan
sampel relevan dan mewakili sampel domin tugasan yang mana interpretasi skor ujian
dibuat. Bagaimana ini boleh dilakukan?

Dalam ujian bilik darjah, domin pencapaian tugasan-tugasan ditentukan oleh pengajaran
dan pembentukan ujian melibatkan (a) menentukan dengan jelas domin item/tugasan-
tugasan yang relevan untuk diuji dan (b) membina atau memilih satu set yang mewakili
item/ tugasan ujian. Oleh itu, untuk memperoleh satu ukuran hasil pembelajaran yang
sah, kita beralih dari pengajaran (apa yang telah diajar) kepada domin pencapaian (apa
yang patut diuji) dan akhirnya ujian itu sendiri ( satu sampel mewakili item/tugasan
relevan).

Justeru, kesahan kandungan berlaku semasa pembentukan ujian. Ia dapat dicapai


dengan penyediaan spesifikasi ujian yang terperinci dan kemudian membina satu ujian
yang menepati spesifikasi tersebut. Adakah anda setuju?

30
(ii) Kesahan Ramalan

Apakah kesahan ramalan? Bolehkah anda mengingat kembali jika skor ssuatu ujian
yang dibina oleh anda dapat meramal pencapaian atau prestasi pelajar pada masa
hadapan? Satu ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh meramal watak atau
perubahan seseorang pada masa hadapan. Sebagai contoh, seorang pelajar
matrikulasi yang berjaya dalam peperiksaan SPM/STPM akan juga berjaya dalam
peperiksaan matrikulasinya nanti.

Dalam cara ini, ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh digunakan untuk memilih
calon untuk sesuatu jawatan dan meramal prestasi akademik pelajar masa hadapan
atau kejayaan dalam kerjaya mereka. Untuk memperoleh kesahan ramalan yang tinggi
dalam suatu ujian, item-item harus benar-benar menguji kebolehan-kebolehan yang
relevan kepada kemampuan, kemahiran atau kelayakan yang diperlukan dalam
sesuatu bidang kerja masa hadapan.

(iv) Kesahan Serentak


Apakah kesahan serentak? Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda
membina item-item ujian yang merangkumi aspek-aspek tertentu seperti terdapat
dalam latihan harian pelajar, dan anda kemudian dapati bahawa pencapaian ujian
mereka hampir serupa dengan latihan-latihan harian? Jika keadaan sebegini, ujian
tersebut boleh dikatakan sebagai mempunyai kesahan serentak yang tinggi. Mengapa?
Ini kerana item-item ujian dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau menunjukkan
ketekalan dalam pengukuran. Contoh lain termasuklah kesahan serentak yang tinggi
untuk ujian Matematiks dan Sains tetapi kesahan serentak yang rendah untuk ujian
Matematiks dan Bahasa Inggeris.

(v) Kesahan Konstruk

Untuk memahami kesahan konstruk, anda harus terlebih dahulu memahami maksud
konstruk. Satu konstruk didefinisikan sebagai kualiti psikologi yang menerangkan
beberapa aspek tingkah laku. Contoh-contoh konstruk termasuklah kreativiti,
kecerdasan, motivasi, keikhlasan, ketabahan, keresahan, kebolehan penaakulan,
pemahaman membaca dan watak.

Kesahan konstruk didefinisikan sebagai proses menentukan takat mana prestasi ujian

31
seseorang pelajar boleh diinterpretasi berdasarkan satu atau lebih konstruk
psikologikal. Ia merupakan suatu darjah di mana seseorang boleh membuat inferens
beberapa konstruk dalam suatu teori psikologikal daripada skor ujian.

Bilakah kesahan konstruk penting? Kesahan konstruk penting untuk ujian-ujian yang

mengukur ciri-ciri (Konstruk) seperti kecerdasan, motivasi, keasertifan dan sebagainya.

Sebagai contoh, seorang guru ingin membina satu ujian kertas dan pensil untuk

mengukur kreativiti. Apabila dibina, ujian akan dianggap sebagai mempunyai kesahan

konstruk jika skor ujian adalah berhubungkait dengan penghakiman yang dibuat

berasaskan pemerhatian tingkah laku yang dikenal pasti sebagai kreatif. oleh teori

psikologi.

Jika keputusan ujian tidak mencerminkan konstruk yang diperlukan, maka ia bukan alat
yang sah. Sebagai contoh, satu ujian yang dibina untuk mengukur motivasi intrinsik di
kalangan pelajar-pelajar tidak dapat diterima sebagai sah jika item-item didapati tidak
mengukur motivasi ektrinsik juga.

Bolehkah anda beza kesemua jenis kesahan ujian? Ia penting untuk kita mengetahui
bahawa setiap jenis kesahan mempunyai tujian tertentu dan terdapat faktor-faktor yang
mempengaruhi kesahan ujian. Apakah faktor-faktor ini? Bolehkah anda menyenaraikan
beberapa daripada faktor-faktor tersebut?

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesahan Ujian


Antara beberapa faktor- faktor, termasuklah yang berikut:
• Arahan yang kurang jelas;
• Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami;
• Ambiguiti;
• Masa yang diberikan tidak mencukupi;
• Aras kesukaran item ujian tidak sesuai;
• Item-item ujian tidak dibina dengan baik;
• Bilangan item yang tidak mencukupi;
• Susunan jawapan (item objektif) boleh diramalkan
• Kekaburan pernyataan dalam item ujian menyumbang kepada salahtafsiran dan
kekeliruan.

32
Adakah anda tahu tentang implikasi-implikasi kesahan ujian? Kesahan ujian boleh
menyediakan bukti konkrit untuk mempastikan takat di mana ujian-ujian boleh
membekalkan data relevan untuk membuat keputusan masa hadapan berkait dengan
tingkah laku-tingkah laku tertentu. Jika kesahan ujian rendah, ujian adalah tidak
bermakna dan keputusan tidak mencerminkan kebolehan yang diuji.

1.4.2 Kebolehpercayaan

Apakah yang anda faham dengan kebolehpercayaan ujian? Untuk mendefinisikan


kebolehpercayaan, kita harus tanya soalan ini - Adakah ujian mengukur apa yang ia
sepatutnya mengukur dengan tepat dan tekal? Ketekalan pengukuran adalah penting,
iaitu bagaimana konsisten skor-skor ujian atau keputusan-keputusan penilaian antara
satu pengukuran dengan yang lain.

Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi pelajar dalam
dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan. Sebagai contoh,
seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian Matematik dan kemudian
memperoleh markah yang sama apabila ujian yang sama ditadbirkan selepas seminggu.
Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Mari kita memberi perhatian kepada sifat kebolehpercayaan. Pertama,


kebolehpercayaan merujuk kepada keputusan yang diperolehi dengan satu instrumen
penilaian, bukan kepada instrumen itu. Adalah sesuai untuk menyatakan bahawa
kebolehpercayaan “skor ujian” atau “ pengukuran” daripada “ujian” atau “instrumen”
Kedua, satu anggaran kebolehpercayaan sentiasa merujuk kepada ketekalan tertentu.
Skor-skor ujian boleh dipercayai pada tempoh-tempoh masa yang berlainan terhadap
sampel soalan yang berlainan, pelbagai pemeriksa dan sebagainya. Ketiga,
kebolehpercayaan adalah satu keperluan tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk
kesahan. Satu ujian yang memberi keputusan yang tidak konsisten tidak mungkin
merupakan maklumat sah tentang prestasi yang diukur. Pada satu pihak yang lain,
keputusan-keputusan ujian yang konsisten mungkin mengukur sesuatu yang salah atau
digunakan dalam cara yang tidak sesuai. Akhirnya, kebolehpercayaan ujian mudah
dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti emosi, tempat ujian, situasi sekitar, kesihatan,
masa dan keselamatan item ujian.

Kaedah-Kaedah menentukan kebolehpercayaan

33
Secara umumnya, terdapat empat cara, iaitu,
• Uji- Ulang uji (test-retest)
• Cara bentuk setara (equivalent forms method)
• Cara bahagi dua (split half)
• Cara Kuder-Richardson

Jika anda berminat untuk belajar tentang setiap kaedah, anda boleh baca
bahan bacaan yang relevan. Mari kita menyiasat beberapa faktor yang
mempengaruhi kebolehpercayaan. Jika anda berminat untuk belajar tentang
setiap kaedah, anda boleh baca bahan bacaan yang relevan. Mari kita
menyiasat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan


Beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang berikut:

• Panjang ujian. Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut.
Ini kerana ujian yang lebih panjang akan membekalkan satu sampel soalan
yang mencukupi tentang tingkah laku yang diukur, dan skor adalah sesuai dan
kurang diseleweng oleh faktor-faktor peluang seperti meneka. Tambahan pula,
ujian yang lebih panjang cenderong untuk mengurangkan pengaruh tekaan.
Dalam membina ujian, adalah penting untuk mengingati tentang pengaruh
penjang ujian. Maka, ingat, jika ujian pendek diperlukan disebabkan had masa
atau umur pelajar, anda harus adakah ujian yang lebih kerap.

• Sebaran skor. Semakin tersebar skor, semakin tinggi anggaran


kebolehpercayaan. Apakah pandangan anda?

• Kesukaran ujian. Ujian rujukan norma yang terlalu mudah atau terlalu sukar
untuk kumpulan ahli yang mengambilnya berkecenderungan menghasilkan skor
yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Ini kerana kedua-dua ujian
yang menghasilkan sebaran skor yang terhad. Untuk ujian yang mudah, skor-
skor akan berada rapat sekali pada bahagian atas skala. Manakala, untuk ujian
yang sukar, skor-skor berkelompok di bahagian bawah skala. Untuk kedua-dua
ujian, perbezaan individu adalah kecil dan tidak boleh dipercayai. Ujian bilik
darjah yang direkabentuk untuk mengukur perbezaan di kalangan pelajar harus

34
dibina agar skor purata adalah 50% betul dan bezantara skor dari hampir sifir
kepada markah penuh. Bolehkah anda cuba dan ingatkan ini?

• Keobjektifan ujian. Merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi


memberi keputusan yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang
dperolehi tidak dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa. Untuk
ujian bilik darjah yang dibina oleh guru-guru, keobjektifan memainkan peranan
penting. Dalam pengujian esei, ia bergantung kepada pemeriksa dan pemeriksa
yang tidak konsisten akan mempengaruhi kebolehpercayaan pengukuran.

1.4.3 Keobjektifan

Bolehkah anda menerangkan kefahaman anda tentang keobjektifan? Satu ujian yang
mempunyai keobjektifan yang tinggi merujuk kepada takat mana pemeriksa memberi
markah yang sama kepada kertas jawapan ujian yang berlainan dengan jawapan –
jawapan yang sama berdasarkan peraturan memberi markah. Jika keadaan sebegini,
ujian tersebut dikatakan sebagai mempunyai keobjektifan yang tinggi.
Ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana pemeriksaan tidak
dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi pemeriksa. Manakala, ujian subjektif
mempunyai keobjektifan yang rendah kerana skor yang diberi mungkin akan berbeza
daripada seorang pemeriksa dengan yang lain walau pun mereka diberi kertas jawapan
yang sama.
Oleh yang demikian, bagaimanakah kita boleh cuba mempastikan keobjektifan dalam
ujian subjektif? Ini boleh dilakukan dengan menyedia dan membekalkan peraturan
memberi markah untuk digunakan oleh semua pemeriksa bagi sesuatu ujian
berkenaan. Tambahan pula, pemeriksa boleh dilatih dan moderasi pemarkahan
dilaksanakan untuk mengurangkan perbezaan dalam skor yang diberikan oleh mereka.

1.4.4 Kebolehtadbiran.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebolehtadbiran sesuatu ujian? Ia sebenarnya


merujuk kepada pelaksanaan ujian-ujian dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan
dengan lancar. Ini bermaksud ujian yang ditadbir harus memenuhi syarat-syarat dan
keperluan untuk pengujian. Dalam perkataan lain, ia harus praktikal dan boleh diurus
dengan mudah. Adakah anda setuju?

35
Faktor- Faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran
Apakah antara beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran? Ia merangkumi
perkara-perkara berikut:
• Mudah dalam pentadbiran. Ini bermaksud arahan yang jelas dan mudah serta
tempoh masa ujian perlu diberi perhatian. Ia merangkumi penyediaan dewan
peperiksaan secara sistematik dan berkesan, pengagihan kertas peperiksaan,
pengawasan dan pengumpulan kertas peperiksaan serta kertas jawapan
• Masa yang diperlukan untuk pentadbiran. Jika kita hendakkan pengukuran yang
boleh dipercayai dalam bidang yang diliputi, kita perlu tingkatkan masa pengujian
kerana kebolehpercayaan berkait secara langsung dengan panjangnya ujian.
• Kos pengujian.

Rumusan
Berdasarkan kepada perbincangan yang panjang berkait dengan pentaksiran,penilaian,
pengukuran dan pengujian ini telah membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan tidak akan bermakna jika kesemua pentaksiran dan sebagainya tidak
dijalankan dengansebaiknya.

TUGASAN

Tugasan Perbincangan

1.Dengan menggunakan jadual, bandingbezakan antara pengujian, pengukuran,


penilaian dan pentaksiran.

2.Mengapakah kebolehpercayaan sangat penting dalam sesuatu pentaksiran. Berikan 5


sebab beserta contoh.

3.Bincangkan faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesahan Ujian yang dijalankan oleh


Guru Pendidikan Islam.

36
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
UNIT 2

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat :


1- Menghuraikan kaedah pentaksiran terkini dalam Pendidikan Islam
2. Menganalisis pernyataan standard prestasi dan enam tahap kemahiran
pernyataan standard prestasi dan enam tahap kemahiran.

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan konsep kaedah pentaksiran terkini dalam Pendidikan Islam
dan

KANDUNGAN UNIT 1:
• Bidang Pembelajaran
- Penguasaan Ilmu
- Penguasaan Kemahiran
- Penghayatan dan Amalan
• Pernyataan Standard Prestasi
- Band
- Standard
- Deskriptor
- Evidens
• Tahap Kemahiran Aras 1-6
- Ilmu,
- Amali
- Amalan
- Iltizam
- Penghayatan
- Pentabiatan

PENDAHULUAN
Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat tentang
pembelajaran murid, memberi nilai kepada maklumat, menginterpretasi maklumat,
membuat inferens, dan membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan
terhadap murid untuk memperbaiki proses pembelajaran. Proses pengajaran,
pembelajaran, dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan bersepadu. Hal ini
bermakna seseorang guru membuat pentaksiran untuk mengetahui tahap penguasaan
murid ketika mengajar. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan
PENDAHULUAN
Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat tentang pembelajaran
murid, memberi nilai kepada maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens, dan
membuat keputusan tentang perkara yang perlu 37dilakukan terhadap murid untuk memperbaiki proses
pembelajaran. Proses pengajaran, pembelajaran, dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan
bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran untuk mengetahui tahap
penguasaan murid ketika mengajar. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan
akhlak mulia yang bersifat holistik semasa proses tersebut berjalan. Proses
pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan pelbagai cara sama ada
secara formal atau tidak formal dengan menggunakan instrumen pentaksiran seperti
ujian, soal selidik, amali, kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan
akan dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang kebolehan
seseorang murid dalam pembelajaran.

2.1 Bidang Pembelajaran


Tumpuan penguasaan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Islam ialah kepada 3
perkara iaitu:
a) Penguasaan Ilmu
b) Penguasaan kemahiran
c) Penguasaan amalan dan penghayatan

2.1.1 Penguasaan Ilmu

Murid dapat menguasai pengetahuan dalam setiap kandungan yang dipelajari mengikut

keupayaan masing-masing seperti dalam bentuk fakta tentang definisi aqidah, ibadah,

rukun, syarat , hukum dan sebagainya.

Bidang Pembelajaran Yang Diuji

DIMENSI PROSES KOGNITIF

Kategori & Proses Nama Alternatif Definisi Dan Contoh


Kognitif

1 MENGINGAT - Mendapat kembali pengetahuan yang berkaitan daripada memori


jangka panjang
1.1 MENGECAM Mengenal pasti Mencari pengetahuan dalam ingatan jangka
panjang yang konsisten dengan bahan yang
dipersembahkan (seperti mengenal pasti
tarikh peristiwa penting dalam sejarah A.S)
1.2 MENGINGAT Mendapatkan Mendapatkan kembali pengetahuan berkaitan
KEMBALI kembali (seperti mengingat kembali tarikh penting
dalam sejarah A.S)

2. PEMAHAMAN - Membina makna daripada mesej pengajaran, termasuk lisan, bertulis


dan komunikasi grafik
2.1 PENTAFSIRAN Penjelasan, Berubah daripada satu bentuk perwakilan
Parafrasa, (contohnya numerikal) ke bentuk lain
Pewakilan, (seperti verbal) (contohnya
Penterjemahan memparafrasakan ucapan dan dokumen
penting)
2.2 PENCONTOHAN Mengilustrasikan, Mencari contoh yang khusus atau ilustrasi
Memberikan sesuatu konsep atau prinsip (contoh;

38
contoh memberikan contoh pelbagai gaya lukisan
artistik)
2.3 MENGELASKAN Pengkategorian Menentukan bahawa sesuatu tergolong
Penggolongan dalam sesuatu kategori (contoh konsep atau
prinsip) (contohnya mengelaskan kes-kes
gangguan mental yang diperhatikan atau
diperihalkan)
2.4 MERINGKASKAN Pengabstrakan Pengabstrakan tema umum atau titik utama
Generalisasi (contohnya menulis ringkasan pendek
peristiwa yang digambarkan pada pita video)
2.5 MEMBUAT Menyimpulkan, Menghasilkan satu kesimpulan logik daripada
KESIMPULAN Penentuluaran, maklumat yang disampaikan (contohnya,
Penentudalaman, dalam pembelajaran bahasa asing, membuat
Meramalkan kesimpulan prinsip tatabahasa daripada
contoh)
2.6 MEMBANDING Mengkontraskan Mengesan hubungan antara dua idea, objek
Pemetaan dan sebagainya (contohnya, membandingkan
Pemadanan peristiwa-peristiwa sejarah dengan situasi-
situasi kontemporari)
2.7 MENJELASKAN Membina model Membina satu model sebab dan akibat
sesuatu sistem (seperti menerangkan sebab-
sebab kepentingan peristiwa pada abad ke 18
di Perancis)
APLIKASI - Menjalankan atau menggunakan prosedur dalam sesuatu keadaan
3 tertentu
3.1 MELAKUKAN Menjalankan Mengaplikasikan satu prosedur bagi satu
tugas yang biasa (contohnya, bahagikan satu
nombor bulat dengan nombor bulat lain,
kedua-duanya dengan pelbagai angka)
3.2 MELAKSANAKAN Menggunakan Menggunakan pengetahuan (selalunya
berbentuk prosedur) untuk satu tugas yang
bukan rutin. (Contohnya, penggunaan Hukum
Newton Kedua dalam situasi di mana ianya
sesuai)
4 MENGANALISA - memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagiannya dan
menentukan bagaimana bahagian-bahagian berkenaan berkait dengan satu sama lain
serta kepada struktur atau tujuan keseluruhan
4.1 MEMBEZAKAN Mendiskriminasi, Membezakan antara bahagian relevan
Membezakan, dengan tidak relevan atau bahagian penting
Memberi dengan bahagian tidak penting yang
tumpuan, Memilih dibentangkan (contohnya, bezakan antara
nombor yang relevan dan tidak relevan
dalam masalah perkataan matematik)
4.2 MENYUSUN Mencari Menentukan bagaimana unsur-unsur
kepaduan, menepati atau berfungsi dalam sesuatu
Mengintegrasikan, struktur (contohnya, bukti struktur dalam
Merangka, keterangan sejarah kepada bukti yang
Penghuraian, menyokong dan menentang penjelasan
Penstrukturan sejarah tertentu.)
4.3 PENYIFATAN Dekonstriksi Menentukan sudut pandangan, bias, nilai-
nilai, atau ada niat yang mendasari bahan
yang dibentangkan (contohnya, tentukan
pandangan penulis daripada esei dari segi
perspektif politik beliau)

39
5 MENILAI - membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard

5.1 MENYEMAK Menyelaras, Mengesan ketidakselarasan atau kesilapan


Menguji, dalam proses atau produk. Menentukan
Mengesan, sama ada proses atau produk mempunyai
Memantau ketekalan dalaman; mengesan
keberkesanan prosedur semasa ia sedang
dilaksanakan. (contohnya, tentukan
sekiranya kesimpulan seorang saintis itu
mengikuti data yang diperhatikan)
5.2 KRITIKAN Mengadili Mengesan ketidakseragaman antara produk
dan kriteria luaran, menentukan sama ada
produk yang mempunyai ketekalan luaran;
mengesan kesesuaian sesuatu prosedur
untuk tugas atau masalah yang diberikan
(contohnya, tentukan yang mana satu antara
dua kaedah merupakan cara yang terbaik
untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan)
6 MENCIPTA - menggabungkan elemen bersama-sama untuk membentuk satu
keseluruhan yang koheren atau berfungsi; menyusun semula elemen-elemen ke dalam
corak baru
6.1 MENJANA Menghipotesis Tampil dengan alternatif atau hipotesis
berdasarkan kriteria (contohnya, hipotesis
untuk menjelaskan fenomena yang
diperhatikan)
6.2 MERANCANG Mereka bentuk Merangka prosedur untuk menyempurnakan
beberapa tugas (contohnya, merancang
kertas penyelidikan mengenai topik sejarah
yang diberikan)
6.3 MENGHASILKAN Membina Mencipta produk (contohnya, membina
habitat untuk tujuan tertentu)

2.1.2 Penguasaan Kemahiran

Objektif bidang Kemahiran psikomotor memberi penekanan kepada perkembangan


pergerakan anggota seseorang pelajar secara sistematik. Dalam pengajaran, guru
berusaha untuk memastikan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau tindakan yang
melibatkan anggota zahir secara teratur dan betul.

Dalam pendidikan Islam, penilaian yang boleh dilakukan dalam bidang


penguasaan kemahiran ini dapat ditunjukkan secara khusus melalui pemerhatian
terhadap tingkah laku pelajar semasa melaksanakan amali seperti wuduk, solat, tilawah
dan hafazan al-Qur’an, tayammum, menyuci najis dan lain-lain. Penguasaan pelajar
terhadap kemahiran tersebut biasanya menggunakan alat ukur seperti senarai semak
dan borang pemerhatian.

40
Objektif bidang kemahiran intelektual pula melibatkan kemampuan pelajar,
pertama: menggunakan alat-alat berfikir (KBKK) bagi memahami, mengaplikasi,
membuat analisis, mensintesis, menyelesaikan masalah serta menilai, dan kedua:
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran belajar seperti mencatat nota, mengingat,
menghafaz dan lain-lain.

2.1.3 Penguasaan Penghayatan Dan Amalan (Afektif)


Objektif bidang penghayatan dan amalan memberi penekanan kepada perkembangan
perasaan, emosi, sikap dan nilai seseorang pelajar. Guru atau pensyarah akan
berusaha menerapkan dan mengembangkan perasaan, emosi,sikap dan nilai positif
dalam kalangan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Satu cara
pengelasan objektif aras taksonomi afektif adalah berdasarkan kategori yang dibina oleh
Krathwohl.et.al (1964) seperti rajah di bawah:

Taksonomi afektif Krathwohl,et.al (1964) ini menjelaskan satu proses di mana proses
penerimaan bermula dengan kesedaran dan keprihatinan seseorang terhadap
wujudnya sesuatu rangsangan. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar sedar
tentang kewujudan malaikat dan tugas-tugasnya dalam melaksanakan perintah Allah
s.w.t. terhadap makhlukNya. Kata tugas yang sesuai untuk aras penerimaan ini ialah:

• Menamakan

• Memberitahu

• Mengenal

• Memilih

• Menerangkan

Gerak balas

41
Proses penerimaan berbentuk pasif ini diikuti dengan kesanggupan untuk mendengar
dan bertindakbalas dengan rangsangan tersebut. Sebagai contoh: Pelajar dapat
membezakan antara akhlak yang baik dengan akhlak yang buruk. Kata tugas yang
sesuai yang sesuai untuk aras gerak balas antaranya ialah:

• menerangkan

• membezakan

• menyelesaikan

• mencadangkan

• melaporkan

Menilai
Aras afektif menilai menekankan penilaian dan penghargaan pelajar terhadap sesuatu
rangsangan. Pada aras ini pelajar berupaya membuat pertimbangan terhadap sesuatu
aktiviti berasaskan nilai kepada diri sendiri. Sebagai contoh: Pelajar dapat menunjukkan
tingkah laku yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Kata tugas yang
sesuai untuk soalan aras penilaian ialah:

• menunjukkan

• membezakan

• mencadangkan

• mengamalkan

• menyelesaikan

• menggunakan

Penyusunan

Aras objektif afektif penyusunan menekankan proses penyusunan semula idea, sikap
dan kepercayaan seseorang terhadap suatu rangsangan dengan sistem nilai yang sedia
ada pada dirinya. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menyatakan
nilai-nilai murni yang perlu diterapkan bagi membentuk masyarakat madani. Pada
peringkat penyusunan ini idea-idea yang bernilai disusun bagi memastikan ketekalan
dan kesesuaiannya antara satu nilai dengan nilai yang lain. Di antara soalan ujian yang
sesuai dengan aras penyusunan ialah:

42
• mengenalpasti

• mengaitkan

• membandingkan

• menjelaskan

• menyusun

• mengubah

• menyatukan

Perwatakan

Aras tertinggi domain afektif perwatakan menekankan ketekalan tingkah laku dengan
sistem nilai yang dianuti oleh seseorang. Sebagai contoh: Pada akhir pelajaran ini
pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat madani. Individu yang berada
pada peringkat perwatakan mengotakan apa yang dikata. Kita tidak mengharapkan
pendidik merubah tingkah laku pelajar melalui pengajaran yang diajar di dalam kelas
dalam tempoh kurang setahun. Namun, taksonomi afektif memberi implikasi yang
penting bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidik. Antara kata
tugas yang sesuai digunakan bagi soalan ujian yang mengukur aras perwatakan ialah;

• membezakan

• mencadangkan

• menunjukkan

• menggunakan

• menyelesaikan

• mengamalkan

43
3.2 Pernyataan Dalam Dokumen Standard Prestasi

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah

Rendah(KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran

Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang

sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum

matapelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat

kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan

tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan seimbang

2.2.1 Band

ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun

secara hierarki digunakanbagi tujuan pelaporan individu.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND PERNYATAAN BAND

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

44
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

2 Tahu dan Faham

1 Tahu

TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
Murid mampu menzahirkan idea
yang kreatif dan inovatif,
mempunyai keupayaan membuat
Tahu, Faham Dan Boleh keputusan untuk mengadaptasi
6 Buat Dengan Beradab permintaan serta cabaran dalam
Mithali kehidupan seharian serta boleh
berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat
menggunakan ayat yang sesuai
secara bertatasusila dan menjadi
contoh secara tekal.
Tahu, Faham Dan Boleh Muridmelaksanakan sesuatu
5 Buat Dengan Beradab kemahiran pada situasi baru,
Terpuji dengan mengikut prosedur atau
secara sistematik, serta tekal dan
bersikap positif.
Tahu, Faham Dan Boleh Murid melaksanakan sesuatu
4 Buat Dengan Beradab kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara
sistematik.
Tahu, Faham Dan Boleh Muridmenggunakan pengetahuan

45
3 Buat untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
Tahu Dan Faham Murid menunjukkan kefahaman
2 untuk menukar bentuk komunikasi
atau menterjemah serta menjelaskan
apa yang telah dipelajari.
Tahu Murid tahu perkara asas, atau boleh
1 melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara
yang asas.

2.2.2 Tahap Penguasaan:

Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan


standard pembelajaran yang telah ditetapkan

Himpunan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi ini akan
digunakan oleh guru untuk mengukur tahap penguasaan yang boleh dicapai oleh murid
setelah berlakunya interaksi antara guru dan murid dalam sesi PdP. Bagi menentukan
tahap penguasaan murid, guru mesti menghabiskan satu standard kandungan dan
keseluruhan standard pembelajaran yang berkenaan dalam waktu PdP yang ditetapkan.
Standard Kandungan dan himpunan Standard Pembelajaran ini disebut sebagai
kelompok. Prestasi murid akan ditentukan oleh guru setelah mereka menghabiskan
setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah ditetapkan
dalam interaksi antara guru dan murid.
Tafsiran tahap penguasaan secara umum telah dibangunkan untuk memudahkan setiap
subjek menentukan apakah tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh murid bagi
memastikan seseoramg murid telah mencapai standard yang telah ditetapkan bagi
setiap mata pelajaran.

46
Tafsiran Tahap Penguasaan Secara Umum

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan


kemahiran asas atau memberi respons terhadap
perkara yang asas.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk
komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa
yang telah dipelajari.
3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan
sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan
beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi
baharu dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik serta tekal dan bersikap positif.
6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan
kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi
baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan
inovatif serta boleh dicontohi.

2.2.3 Standard

ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan
bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Antara contohnya
ialah:

a)Standard Prestasi

ialah pernyataan tentang tahap perkembangan

pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di

mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan

pembelajarannya.Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu

47
perkembangan secara mendatar (konstruk) danperkembangan menegak (band).

Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan

perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk

hasil pembelajaran.

2.2.4 Deskriptor

ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan
standard di manakualiti boleh ditaksir dan dicapai.

2.2.4 Evidens
Evidens adalah bukti-bukti yang merangkumi murid dan instrument. Ianya adalah seperti
berikut :
a . Murid

Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia

tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

b. Instrumen

Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang

melaksanakan sesuatutugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik,

artifak, laporan dan lain-lain. Instrumen juga ialah alat yang digunakan untuk menguji

penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain sepertiujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

2.3 Tahap Penguasaan dan Tahap Kemahiran Aras 1-6

Penerangan tentang tahap Penguasaan dan Tahap Kemahiran Aras 1 hingga 6 dalam
matapelajaran Pendidikan Islam dijelaskan dalam jadual di bawah ini.

48
Pernyataan Umum Tahap Kemahiran dan Penguasaan Pendidikan Islam
Tahap Tahap Kemahiran Pernyataan Standard
Penguasaan

Murid dapat menguasai asas


1 ILMU pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
setiap kandungan yang dipelajari mengikut
keupayaan masing-masing.

2 AMALI Murid dapat menjelaskan konsep atau


menggunakan pengetahuan, kemahiran
dan nilai secara praktik dalam kandungan
yang dipelajari mengikut keupayaan
masing-masing.

3 AMALAN Murid dapat menjelaskan dan


mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai daripada kandungan yang
dipelajari mengikut keupayaan masing-
masing dalam kehidupan harian.

4 ILTIZAM Murid berkebolehan menghuraikan dan


mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai daripada kandungan yang
dipelajari secara bersungguh-sungguh dan
bertanggung jawab melaksanakannya
dalam kehidupan harian.

5 PENGHAYATAN Murid berkebolehan memberikan justifikasi


serta istiqamah terhadap tindakan yang
dilakukan dalam kehidupan harian
berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai daripada kandungan yang dipelajari.

49
6 PENTABIATAN Murid berkebolehan merumuskan
pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran
dan nilai daripada kandungan yang
dipelajari dalam bentuk perubahan tingkah
laku serta mempamerkan ciri-ciri
kepimpinan sebagai seorang yang
bertaqwa dan boleh dicontohi atau boleh
membimbing orang lain.

Rumusan
Dalam tajuk ini, dapat dirumuskan bahawa pentaksiran dalam matapelajaran Pendidikan
Islam begitu menitikberatkan kepada penguasaan murid bukan sahaja dalam berbentuk
fakta tetapi juga berbentuk kemahiran dan yang lebih penting lagi dalam bentuk amalan
dan penghayatan sepanjang hayat. Dalam matapelajaran Pendidikan Islam juga tidak
ketinggalan dalam menekankan elemen-elemen baru dalam pentaksiran terkini iaitu
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti Dokumen Standard Prestasi, tahap
penguasaan murid, band, evidens dan sebagainya.

TUGASAN

Tugasan Perbincangan

1.Huraikan secara ringkas tentang bagaimanakah cara yang tepat untuk guru
Pendidikan Islam dapat menilai murid-murid dalam penguasaan ilmu, kemahiran serta
amalan dan penghayatan .
2.Terangkan kepentingan guru-guru Pendidikan Islam menguasai tentang Dokumen
Standard Prestasi , tahap penguasaan murid, band, evidens dan sebagainya.

50
JENIS DAN BENTUK PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
UNIT 3

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat :


1.Menyenaraikan tentang jenis-jenis pentaksiran
2.Mengenal pasti dan membanding beza antara penilaian formatif dan sumatif
3.Menghuraikan bentuk-bentuk pentaksiran dan penilaian
4.Menganalisis cara pentaksiran mengikut bidang-bidang pendidikan Islam

3. Mengenal pasti dan memahami tentang kurikulum sekolah rendah dan


menengah

2. Mengenal pasti dan memahami kurikulum bagi program khas sekolah


menengah dan model-model program j-QAF

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan tentang jenis-jenis pentaksiran formatif dan sumatif , bentuk-
bentuk pentaksiran. Ia juga membincangkan pentaksiran mengikut bidang-bidang dalam
pendidikan Islam

KANDUNGAN TAJUK 3 :
3.1 Jenis-jenis pentaksiran
3.1.1 formatif
3.1.2 sumatif

3.2 Bentuk-bentuk pentaksiran


3.2.1 lisan
3.2.2 tulisan
3.2.3 pemerhatian
3.2.4 atas talian

3.3 Pentaksiran mengikut bidang


3.3.1 al-Quran
3.3.2 al-Hadis
3.3.3 Aqidah
3.3.4 Ibadah
3.3.5 Sirah
3.3.6 Adab
3.3.7 Jawi

51
3.1 Jenis-jenis pentaksiran

Pentaksiran adalah kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai. Kepentingan
pentaksiran kepada guru adalah untuk memberi gambaran tentang perkembangan
murid, menilai keberkesanan PdP, membantu memperbaiki PdP dan membantu
menyusun perancangan untuk melaksanakan tindakan susulan. Kepentingan
pentaksiran kepada murid pula adalah untuk memahami tujuan mereka belajar,
meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dan memaklumkan kepada murid tentang
tindakan susulan yang perlu diambil untuk mereka mencapai standard yang ditetapkan.
Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang
lebih autentik dan holistik dapat dijalankan. Dua bentuk pentaksiran dijalankan, iaitu
pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif dijalankan secara
berterusan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Maklumat yang diperolehi
memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
Guru dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid.
Kelemahan murid yang dikenal pasti perlu diatasi melalui aktiviti pemulihan dan
kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Contoh pentaksiran
formatif : latihan, kerja rumah, kuiz, lembaran kerja, tugasan, pemerhatian dan lain-lain
yang bersesuaian. Pentaksiran Sumatif pula dikaitkan dengan pentaksiran pada akhir
unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. Memberikan nilai yang membezakan
pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain dan seringkali digunakan untuk
membuat pemilihan. Contoh ujian sumatif: ujian topical, ujian bulanan, peperiksaan
penggal dan lain-lain ujian yang bersesuaian.

3.1.1 Pentaksiran Formatif

Pentaksiran yang dijalankan bertujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki


kurikulum dikenali sebagai penilaian formatif. Pentaksiran ini dijalankan sepanjang masa
dan maklumat yang diperoleh daripada penilaian ini digunakan secara berterusan.

52
Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid
setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang
terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang
diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan
gred atau kedudukan di dalam kelas. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan
kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi
pelajaran boleh disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal
dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai
seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan
maklumat ini akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah
strategi pengajarannya jika perlu.

Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan.
Secara lebih dekat lagi lihat contoh berikut, guru mengajar mata pelajaran Pendidikan
Islam Tingkatan 1, bab 1, bahagian Tilawah Al Quran Sumber Kejayaan. Di akhir
pengajaran guru mengedar soalan-soalan seperti berikut:

a) Jawab soalan-soalan berikut berpandukan surah Al Baqarah ayat 1-5:


i. Nyatakan ciri-ciri orang yang bertakwa.
ii. Terangkan maksud perkara ghaib serta berikan dua contoh.
iii. Nyatakan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas.

3.1.2 Pentaksiran Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian
ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain
dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan
dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa
melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek
termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara
berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi
maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat
saling melengkapi dalam sistem penilaian.

53
Sebagai contoh penilaian sumatif, cuba lihat soalan peperiksaan SPM bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam Ulum Syariah seperti berikut:

a) Soalan 1
i. Jelaskan pengertian Islam.
ii. Sebutkan dalil naqli pengiktirafan Allah terhadap Islam.

b) Soalan 2
i. Mengapakah ilmu pengetahuan dianggap penting.
ii. Apakah akibat jika ilmu pengetahuan tidak diamalkan.

c) Soalan 3
i. Terangkan maksud poligami dalam Islam.
ii. Ceritakan dengan ringkas riwayat hidup Ibn Rushd.

Perbezaan antara Ujian Formatif dengan Ujian Sumatif

Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif boleh dilihat dari beberapa aspek
seperti berikut:

a) Fungsi.
Ujian formatif menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang
kemajuan murid. Ia dapat mengesan punca-punca kelemahan untuk kegunaan
dalam pendidikan pemulihan. Ujian sumatif digunakan untuk pensijilan atau
penggredan murid di akhir kursus.

b) Masa diberi.
Ujian formatif diberi sepanjang pengajaran, manakala ujian sumatif diberi pada
akhir satu-satu unit atau kursus.

c) Tekanan dalam penilaian.


Ujian formatif memberi penekanan kepada tingkah laku kognitif, psikomotor dan
afektif. Ujian sumatif menekankan kepada tingkah laku kognitif sahaja.

d) Fokus pengukuran.

54
Ujian formatif difokuskan kepada satu-satu segmen. Ujian sumatif difokuskan
kepada objektif kursus.

e) Sifat sampelan.
Ujian formatif terhad kepada tugasan pembelajaran.berubah-ubah mengikut
segmen. Ujian sumatif adalah beraneka jenis.

f) Kesukaran item.
Ujian formatif berubah-ubah mengikut segmen. Ujian sumatif kesukarannya
terdapat pada semua peringkat, ada yang sangat senang dan ada pula yang
sangat susah.

g) Jenis alat.
Alat pengukur formatif dibentuk secara khusus. Pengukur ujian sumatif adalah
pada peperiksaan akhir tahun.

h) Jenis-jenis skor.
Ujian formatif dijadikan ujian rujukan kriteria. Ujian sumatif biasanya merupakan
ujian rujukan norma, tetapi boleh juga digunakan sebagai ujian rujukan kriteria.

i) Cara melapor skor.


Skor dalam ujian penilaian formatif adalah gagal atau lulus. Dalam ujian sumatif,
jumlah skor diambil kira.

j) Contoh.
Contoh ujian formatif adalah ujian bulanan dan lembaran kerja. Contoh ujian
sumatif termasuklah peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan seumpamanya.

3.2 Bentuk-bentuk pentaksiran

Pentaksiran terhadap hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan
menggunakan bentuk-bentuk pentaksiran berikut :
a) Lisan
b) Tulisan
c) Pemerhatian
d) Atas Talian

Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:


a) Hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

55
b) Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk


mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan,
perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

a) mengesan serta-merta.

b) mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta

dalam pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus.

c) mengesan kemajuan.

d) mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran.

e) perlu dirancang secara individu atau kumpulan.

f) menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian

bertulis.

g) mengesan pencapaian.

h) mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada

akhir program.

i) perlu dirancang secara individu.

j) dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis

dan ujian lisan.

3.2.1 Pentaksiran secara lisan

Pentaksiran secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku


interaksi antara:
a) murid dengan guru.

b) murid dengan murid.

c) murid dengan bahan pembelajaran.

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

a) kefahaman konsep.

56
b) pengetahuan fakta.

c) kecekapan mendengar.

d) penggunaan bahasa yang tepat.

e) kefasihan menghafaz.

f) sebutan dalam berbahasa.

g) kecekapan mencongak.

h) gaya persembahan.

i) pertuturan dan sikap.

Instrumen Pentaksiran Lisan

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

a) bacaan kuat.

b) Syarahan.

c) Perbahasan.

d) Bercerita.

e) Perbincangan.

f) Hafazan.

g) temu bual.

h) soal jawab.

i) Nyanyian.

j) deklamasi sajak.

k) mendengar dan memberi respon secara lisan

Pentaksiran secara lisan membolehkan guru :

a) mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan

bertutur secara gramatis.

b) mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

c) mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.

d) mengesan kelancaran dalam sebutan.

57
e) mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen Pentaksiran lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti


yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen
tersebut guru perlu memastikan:

a) soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah
difahami.
b) aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
c) pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan
untuk merangsang murid berfikir.
d) aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

3.2.2 Pentaksiran Secara Penulisan


Pentaksiran secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan
dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:

a) karangan.
b) laporan projek/kerja kursus/folio.
c) latihan dan ujian bertulis.
d) huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Pentaksiran Penulisan

Instrumen Pentaksiran Penulisan seperti set soalan bertulis, digunakan untuk mengesan
kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti
yang berikut:
a) kemahiran menulis.

b) menyusun idea.

c) penggunaan tanda baca.

d) perbendaharaan kata.

e) Mengaplikasi.

f) Mentafsir.

g) Menilai.

58
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diberi
perhatian:

a) soalan menepati kemahiran yang akan diuji.

b) bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami.

c) bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.

d) aras kesukaran soalan dipelbagaikan.

e) skema pemarkahan disediakan.

Soalan yang digunakan dalam pentaksiran penulisan yang biasa dijalankan ialah:

a) soalan subjektif.

b) soalan objektif.

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah
dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat tersebut dapat menilai peningkatan
tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan
penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh
merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami
secara kritis dan kreatif.

3.2.3 Pentaksiran Secara Pemerhatian

Pentaksiran secara pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar


dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:

a) sikap.

b) perlakuan/amalan.

c) Amali.

d) kemahiran manipulatif.

e) kemahiran bersosial.

f) kemahiran belajar.

59
g) kemahiran kinestetik.

h) kemahiran literasi komputer.

i) kemahiran mereka cipta.

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan
kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu
kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan
gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan
dan penulisan. Instrumen pentaksiran pemerhatian meliputi senarai semak dan
skala kadar.

Cara-cara Mengukur Sikap Melalui Pemerhatian


Pemerhatian boleh dibuat dalam dua cara iaitu secara berstruktur atau tidak berstruktur.
Pemerhatian berstruktur memerlukan perancangan rapi terlebih dahulu sebelum
melaksanakan pemerhatian. Perancangan biasanya tertumpu kepada tujuan membuat
pemerhatian, pola perlakuan yang hendak dilihat atau diukur (kerap dilakukan atau tidak
kerap dilakukan), tingkah laku yang telah dikenal pasti dan bagaimana catatan akan
dilakukan sama ada secara membilang kekerapan atau menyatakan kekerapan secara
pangkatan (”sangat kerap”, ”kerap”, ”sekali sekala”, ”tiada langsung”).

Pemerhatian tidak berstruktur pula tidak memerlukan sebarang perancangan


sebaliknya hanya perlu menetapkan masa, tempat dan tempoh pemerhatian yang akan
dibuat. Walau bagaimanapun masa yang panjang diperlukan bagi menghurai dan
mentafsir maklumat yang telah dikumpul. Daripada maklumat yang diperolehi, guru akan
mengkategorikan perlakuan (aspek sikap - tingkah laku), perbualan dan pergerakan
(sikap - afektif), dan merekod prestasi (kognitif). Seterusnya maklumat itu akan ditafsir
bagi menerangkan sikap terhadap sesuatu konsep itu.

3.2.4 Pentaksiran Atas Talian

Suatu bentuk pentaksiran yang menggunakan komputer dan akses internet ;


• Penilaian Formatif
• Kuiz
• Latihan

60
Tujuan utama pentaksiran atas talian adalah untuk mengetahui tahap pencapaian murid.

Kekuatan Kelemahan

Mengurang jurang perbezaan murid Memerlukan komputer dan rangkaian

pelbagai gaya

Jimat (masa, kos seperti percetakan) Berlaku sikap tidak jujur (murid)

Fleksibel tempat dan masa Memerlukan kemahiran menggunakan

perisian

Sesuai untuk penilaian formatif : Masa yang lama untuk mempelajari

-Penerangan cepat diperoleh

-maklum balas yang cepat

memotivasikan pelajar

Maklum balas yang sama terhadap

semua murid

Contoh Perisian / Aplikasi :

61
3.3 Pentaksiran Mengikut Bidang-Bidang Pendidikan Islam

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan


pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh
dilakukan oleh murid. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah
dibahagikan kepada tujuh bidang iaitu:

3.3.1 Bidang al Quran


Bidang ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan
bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah dan surah tertentu daripada
juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.

3.3.2 Bidang Hadis


Bidang ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta
menghayati pengajarannya.

3.3.3 Bidang Aqidah


Bidang ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan
tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan
mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian .

3.3.4 Bidang Ibadah


Bidang ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara beribadah
yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.

3.3.5 Bidang Sirah


Bidang ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s.a.w dan
mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian.

3.3.6 Bidang Adab


Bidang ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan manusia
dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.

3.3.7 Bidang Jawi


Bidang ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis jawi serta
mempelajari asas seni khat.

62
Standard Kurikulum diperlukan bagi merealisasikan hasrat;

• Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.

• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.

• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.

• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Rumusan

Berdasarkan tajuk ini, dapat diringkaskan bahawa kemampuan dalam penguasaan jenis

dan bentuk pentaksiran akan membantu GPI menentukan penilaian yang betul untuk

murid. Tajuk ini juga boleh membantu GPI melaksanakan penilaian mengikut bidang

dengan cara dan bentuk yang tepat.

TUGASAN

TUGASAN PERBINCANGAN

1. Bandingbezakan antara penilaian formatif dansumatif.

2. Terangkan bentuk-bentuk pentaksiran yang sesuai untuk bidang ibadah dan Asuhan

Tilawah Al-Quran.

3.Huraikan tentang kelebihan Pentaksiran secara lisan kepada GPI

63
PEMBINAAN JSU DAN ITEM UJIAN
TAJUK 4

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat : .


1. Menghuraikan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Item Ujian, Peraturan
Pemarkahan, PenyeIarasan dan integriti.

2. Menganalisis dan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) , Item Ujian dan
Soalan ujian Pendikan Islam mengikut aras kesukaran.

SINOPSIS
Kursus ini membincangkan tentang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Item Ujian,
Peraturan Pemarkahan, PenyeIarasan dan integriti.

KANDUNGAN TAJUK 4:
4.1 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU):
.
4.1.1 kepentingan
4.1.2 Komponen
4.1.3 Langkah penyediaan

4.2 Item Ujian:


4.2.1 item Objektif
4.2.2 Item Struktur
4.2.3 Item Esei

4.3 Peraturan Pemarkahan.


4.4 PenyeIarasan dan integriti.

4.1 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print atau Test
Specification. JSU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan (paksi
menegak) dengan paksi aras kemahiran (paksi melintang). Dalam ruangan aras
kemahiran pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan

64
taksonomi objektif pendidikan. Secara am objektif pengajaran dinyatakan dalam
kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat dalam sukatan pelajaran sesuatu mata
pelajaran berkenaan. Tiap-tiap pelajaran mempunyai penekanan aras kemahiran yang
berbeza sesuai dengan objektif mata pelajaran berkenaan.

Senarai semak penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berikut akan dapat
menentukan penyediaan ujian untuk semua objektif pengajaran yang telah ditetapkan
telah diliputi. Beberapa soalan yang perlu dipertimbangkan adalah:
1. Adakah JSU mengandungi tajuk diajar?
2. Adakah JSU mengandungi aras pengetahuan dan kemahiran sebagaimana
objektif sukatan pelajaran?
3. Adakah pemberatan markah mengikut nisbah kandungan dan masa yang
diperuntukkan bagi pengajaran sesuatu tajuk?
4. Adakah tajuk yang digunakan bagi pengajaran seterusnya diberi pemberatan
yang lebih?
5. Adakah tajuk berkaitan dengan aktiviti atau amali diberi lebih pemberatan?
6. Adakah aras kemahiran asas pengetahuan, kefahaman dan penggunaan
diambilkira?
7. Adakah aras kemahiran yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian
diambilkira?
8. Adakah semua markah dan bilangan soalan digenapkan agar memudahkan
pembinaan ujian?
9. Adakah JSU mengandungi soalan pelbagai bentuk ujian objektif dan subjektif?
10. Adakah JSU menunjukkan bilangan soalan jawapan dibina dan jawapan dipilih?

Dengan membina JSU dapat membantu guru menyatakan topik-topik dalam isi
pelajaran atau kandungan kursus dan objektif tingkah laku atau kemahiran yang guru
inginkan murid-muridnya itu belajar. Jadual Spesifikasi dapat menentukan penegasan
isi, taburan bilangan item (soalan) ujian/ peperiksaan mengikut pemberatan.

4.1.1. Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


i. Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
ii. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
iii. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada guru
yang mengajar dan menggubal ujian.
iv. Memastikan terdapat perseimbangan antara topk-topik dengan aras-aras
kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai).

65
v. Menjadi panduan membentuk format ujian.
vi. Menjadi panduan membentuk soalan.
vii. Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan.
viii. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain.
ix. Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.
x. Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke semasa.

4.1.2. Komponen Utama Dalam JSU


i. Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar.
Bahan-bahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topic demi
topic seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat
secara ringkas dan am yang mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop
yang luas seperti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan
kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Pembahagian
begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan dan kurang memberi
faedah kepada guru dan penggubal soalan.
ii. Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran
yang merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang
diharapkan pada tiap-tiap topic dalam paksi kandungan. Model yang
digunkan ialah taksonomi pendidikan iaitu domain kognitif, afektif dan
psikomotor.
iii. Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan
kepada tiap-tiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan
bolehlah didasarkan kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk
yang diajar pada sesuatu ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas
penggunaannya, pemberatan tentulah berdasarkan kepada keluasan isi
pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan kepadanya. Proses
pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
iv.
• Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung
paksi tersebut.
• Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif
atau esei.
• Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.

66
v. Kepayahan soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah
dimaksudkan peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada
sesuatu soalan. Semakin besar peratus semakin mudahlah sesuatu soalan
itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan norma, min kepayahan ujian
sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan yang mudah dan sukar
harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah iaitu lebih kurang 70%
daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi kepada calon-
calon yang lemah. Soalan yang sukar pula lebih kurang 30% daripada calon
dapat menjawabnya, boleh menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak.
Perbanyakkan soalan beraras kepayahan sederhana antara 40% hingga
60%. Terdapat kajian menunjukkan soalan-soalan beraras kepayahan
sederhana boleh menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada
kebolehpercayaan ujian.
vi.

Tajuk ini agak sukar difahami…


Sila hubungi pensyarah/pembimbing anda jika menghadapi masalah

4.1.3. Langkah Penyediaan


Langkah 1:
Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah, objektif, topik-
topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja kursus serta kerja amali.
Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak berulang secara tepat dalam
ujian/peperiksaan.
Langkah 2:
Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis soalan, bahagian,
bilangan soalan, peruntukan masa bagi setiap bahagian, pemberatan markah.
Buat rumusan format seperti contoh berikut:

Rumusan Format
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Panjang Masa : 2 jam
Bentuk : Objektif dan esei
Markah : 100

Perkara Objektif Esei

67
Masa 1 jam 1 jam
Markah 40 60
Bilangan soalan 40 3
Markah 1 soalan 1 20
Masa bagi setiap soalan 1.5 minit 20 minit

Langkah 3:
Senaraikan tajuk/ topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang diperuntukkan bagi
setiap tajuk.

Rajah 4.1: Carta aliran proses menyediakan JSU

68
Jadual 4.1: Contoh JSU Mata Pelajaran: Pendidikan Islam
Tajuk: Solat Lima Waktu

Kandungan Domain Kognitif (Objektif Intelektual) Jumlah


@ Mengingat memahami menggunakan menganalisis menilai mencipta %
Tajuk

Pengertian 1 1
Bilangan 1 1
Waktu
Rukun 1 1 1 3
Hikmah 1 1 2
Jumlah 2 1 1 1 1 1 7
Peratus 28.5 14.3 14.3 14.3 14.3 14.3 100

Nota: Ratio untuk mudah: sederhana: sukar = 1:3:1


Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran mesti diuji dalam
sesuatu penilaian/ujian. Aras kemahiran boleh diubahsuai kepada mudah dan sukar.

Untuk pengujian domain kognitif, Taksonomi Bloom Dua Dimensi digunakan untuk
menggubal item-item yang berbeza dari segi aras seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.1.
Contoh-contoh kata kerja untuk setiap aras menunjukkan tugasan-tugasan yang
dilakukan seperti jadual x.

Jadual 4.2: Struktur Dimensi Proses Kognitif


1. Mengingat
• Mengenal pasti
• mengingat semula
2. Memahami
• menginterpretasikan
• memberi contoh
• mengelaskan
• merumuskan
• membuat inferens
• membandingkan
• menjelaskan
3. Menggunakan

69
• menjalankan
• melaksanakan
4. menganalisis
• membezakan
• menyusun
• memberikan lambang atau simbol
5. menilai
• memeriksa
• mengkritik
6. mencipta
• menjana
• merancang
• menghasilkan

Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item ujian:
item aras rendah ( menguji mengingat, memahami dan menggunakan) dan item beraras
tinggi (menguji menganalisis, menilai dan mencipta). Adalah penting untuk mengambil
perhatian bahawa item beraras tinggi bukanlah item yang sukar. Sebenarnya, item
beraras tinggi berkehendakkan calon untuk menggunakan kemahiran berfikir yang lebih
kompleks atau beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item atau
kemahiran yang dipilih dan diuji harus padan dengan objektif ujian dan perkembangan
kognitif pelajar. Walau bagaimana pun, item-item yang menggunakan kemahiran
berfikir aras tinggi digalakkan.

4.2. Item Ujian

Jenis-jenis soalan:
Penulisan item memerlukan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam dalam
pelbagai aspek seperti bentuk item, jenis item, aras item, penyusunan item, kelebihan
dan kelemahan setiap jenis item ujian dan sebagainya. Guru haruslah memahami
bagaimana untuk membentuk ujian yang bermutu tinggi. Ujian bermutu tinggi ialah ujian
yang mengandungi semua ciri ujian iaitu kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,
kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. Langkah-langkah berikut perlu diambil kira oleh
guru untuk memastikan ujian yang itu bermutu tinggi:

70
i. item-item ujian hendaklah disediakan berdasarkan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) mengikut kepada tujuannya
ii. bilangan item hendklah diberikan secara berpatutan, mengikut masa ujian
yang diperuntukkan
iii. proses pengujian hendaklah dijalankan secara teratur dan kemas
iv. kertas jawapan hendaklah diperiksa secara objektif, mengikut skema
pemarkahan yang baik.
v. keputusan ujian hendaklah mudah ditafsirkan mengikut suatu sistem
penilaian yang berkesan.

Pemilihan bentuk ujian juga adalah penting. Ujian sama ada objektif atau
struktur, kedua-duanya memerlukan peringkat kebolehan yang sama jika ditadbirkan
dengan baik boleh menghasilkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai.

4.2.1 Ujian Objektif

Didapati lebih sesuai menguji kebolehan calon di aras kognitif yang rendah iaitu
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Walaubagaimana pun kajian menunjukkan jika
soalan objektif digubal dengan teliti boleh juga menguji kebolehan calon di aras kognitif
tinggi.
Jawapan item jenis ini mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan dapat
diperiksa secara mudah dan tepat oleh pemeriksa yang berlainan. Menurut Gronlund
(1993), pelbagai jenis item objektif boleh didapati tetapi setiap satunya mempunyai satu
ciri yang serupa, iaitu ia menghidangkan tugasan (task) yang terkawal dan
membataskan gerakbalas (respon) yang dibuat oleh calon. Oleh itu sistem
pemarkahannya adalah tetap. Tidak ada kebebasan diberikan kepada pemeriksa bagi
membuat pertimbangan atau keputusan sendiri tentang jawapan yang dikemukakan
oleh murid.

Ciri penting dalam item ujian objektif ialah setiap item hanya menumpukan satu perkara
dalam pengetahuan atau kemahiran. Jawapannya adalah spesifik dan tidak menguji
banyak perkara sekaligus.

Jenis-Jenis Item Objektif

71
Terdapat dua jenis/kumpulan item/soalan yang biasa digunakan dalam ujian
objektif. Satu kumpulan item yang memerlukan sumbangan jawapan pendek daripada
calon (item respons bebas), manakala kumpulan kedua memerlukan calon membuat
pilihan daripada beberapa pilihan jawapannyang disediakan (item respons tetap).

Kumpulan pertama: Jenis item respons bebas

Jenis item Contoh


1. Item jawapan pendek Siapakah nama datuk nabi Muhammad s.a.w.?
_____________________________

2. Item melengkapkan ayat Peristiwa Nabi s.a.w. dibawa berjalan malam dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus ke Sidratul
Muntaha dinamakan peristiwa
______________________________

3. Item perkaitan Tuliskan tempoh penyusuan Nabi s.a.w. dengan


wanita-wanita berikut:
Ibu Khadijah:...................................................
Suwaibah al-Aslamiyyah:................................
Halimah as-Sa’adiyyah:..................................

Kumpulan kedua: Jenis item respons tetap

Jenis item Contoh

1. Item betul/salah Pahala sembahyang berjemaah adalah 27 kali ganda


daripada sembahyang bersendirian. (
Betul/salah )

2. Item padanan Suaikan perkara-perkara berikut:


Anjing dan babi najis mughallazah
Muntah najis mukhaffafah
Air kencing najis mutawassitah

72
3. Item pengelasan • Tuliskan nombor pada ruang jawapan.
• A B Jawapan
• 1.Niat Rukun ...............
• 2.Masuk waktu Sunat ...............
• 3.Mengelap air Makruh ...............
• 4.Berkumur-kumur Batal ...............
• 5.Bercakap-cakap Syarat sah ...............

4. Item aneka pilihan Pembukaan kota Makkah berlaku pada tahun ke


- satu jawapan salah berapa hijrah?
- satu jawapan betul
- satu jawapan terbaik A 3H
- jenis negatif B 5H
- ayat KECUALI C 8H
- item cantuman D 10H

Panduan menulis pokok soalan dan Distraktor (Pengganggu) bagi soalan aneka pilihan.

a) Pati masalah hendaklah dalam pokok soalan. Calon sepatutnya dapat


mengetahui apa yang dikehendaki oleh soalan tanpa membaca pilihan.
b) Pokok soalan hendaklah khusus boleh menguji kefahaman calon tentang
sesuatu perkara dengan cara menggunakan tugasan.
c) Pokok soalan hendaklah dinyatakan secara mudah. Buangkan perkataan-
perkataan berlebihan dan kurang berfungsi.
d) Memulakan pokok soalan dengan "mengapa" dan "bagaimana" lebih baik
daripada soalan "siapa" dan "bila". Soalan awal ini lebih mudah diikuti dengan
soalan sukar dan lebih tinggi peringkatnya.
e) Kurangkan pokok soalan yang berbentuk negatif kerana keadaan begini mungkin
menimbulkan kekeliruan.
f) Elakkan mengambil petikan secara langsung daripada buku teks dan nota.
g) Bilangan soalan objektif hendaklah sesuai dengan masa yang diberi.
h) Pastikan tiap-tiap soalan adalah bebas daripada soalan yang lain.

73
i) Gunakan bentuk soalan objektif yang sesuai. Jika hendak mengukur ketepatan
fakta boleh gunakan bentuk Betul-Salah dan jika hendak mengukur fakta yang
homogen boleh gunakan bentuk padanan.

Panduan menulis distraktor

a) Semua distraktor hendaklah selaras dengan pokok soalan sama ada dari
segi tata bahasa atau perkara
b) Bagi soalan yang berkaitan dengan pengiraan tiap-tiap distraktor hendaklah
dicuba terlebih dahulu.
c) Distraktor hendaklah munasabah dan homogen. Keadaan ini memaksa calon
meneliti dan memikirkan semua distraktor.
d) Gunakan bilangan distraktor yang sesuai.
e) Pastikan hanya terdapat SATU sahaja jawapan yang betul atau yang paling
tepat.
f) Untuk membentuk soalan mengukur proses mental tinggi hendaklah soalan
yang berbeza daripada yang diajar dalam kelas.
g) Pelbagai aras kesukaran soalan.
h) Kurangkan penggunaan pilihan "semua di atas" atau "bukan semua di atas"
sebagai salah satu daripada distraktor. Soalan cantuman boleh mengatasi
masalah ini.

Kelebihan Dan Kelemahan Item Objektif

Kelebihan item objektif:

1. Mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana kertas jawapan mudah diperiksa
dengan tepat dan mdah oleh sesiapa sahaja.
2. Banyak topik, bab atau unit boleh dijadikan soalan untuk diuji. Liputan lebih
besar dan mempunyai kbolehpercayaan yang tinggi.
3. Ia boleh menguji isi kandungan dalam kebanyakan aras kesukaran domain
kognitif.
4. Mudah ditadbir.
5. Mudah menyediakan jadual spesifikasi kerana setiap soalan menguji topik, bab
atau unit yang khusus.

74
Kelemahan item objektif:

1. Banyak masa dan tenaga untuk menghasilkan soalan ujian objektif yang bermutu
tinggi.
2. Tidak sesuai untuk mengukur aras kesuakran domain kognitif yang lebih tinggi
seperti analisis, sintesis dan penilaian.
3. Naan bahasa.Ia menggalakkan calon meneka jawapan yang sedia ada.
4. Ia tidak sesuai untuk digunakan untuk mengesan kelemahan dalam penggunaan
bahasa.
5. Ia mungkin mempunyai ciri kesahan yang rendah jika ada calon ysng
menggunakan teknik menolak gerak balas yang dianggap salah tanpa
menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir.

4.2.2 Item Subjektif

Ujian ini ditakrifkan sebagai ujian berbentuk esei di mana calon berpeluang
memberi gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri sama ada
dalam satu ayat, beberpa ayat, satu perenggan atau beberapa perenggan berbentuk
karangan yang lengkap dan menyeluruh.

Jenis-jenis soalan subjektif

a) Soalan jenis gerak balas terhad.

Soalan yang menentukan bentuk dan batasan kandungan gerak balas calon. Gerak
balas yang dikehendaki adalah secara ringkas mungkin dalam bentuk satu frasa atau
satu ayat. Kata lazim yang digunakan ialah:
i. Berikan ii. Apakah
iii. Bilakah iv. Nyatakan
v. Senaraikan

Contoh:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan najis mukhaffafah.
2. Senaraikan syarat-syarat sah tayammum.

75
b) Soalan jenis gerak balas bebas.

Jenis ini melibatkan jenis perbicaraan. Ia memberi peluang calon menjawab secara
bebas dengan menghuraikan idea atau pendapatnya secara bertulis dalam satu atau
beberapa perenggan berbentuk karangan. Soalan ini sangat sesuai digunakan untuk
mengukur proses pemikiran kreatif dan kritis, daya pemikiran analitikal, inferensi,
keaslian idea, induksi dan imaginasi yang lebih tinggi iaitu aras analisis, sintesis dan
penilaian.

Kata dasar yang digunakan ialah:


i. Terangkan
ii. Bezakan
iii. Bincangkan
iv. Rancangkan
v. Huraikan

Contoh:
1. Bezakan antara ujian objektif dengan ujian subjektif.
2. Bincangkan kesan-kesan hijrah kepada individu, masyarakat dan perkembangan
agama Islam.

Kelebihan Dan Kelemahan Item Subjektif

Kelebihan item subjektif:

1. Soalan mudah digubal dan cepat disediakan.


2. Sesuai untuk menguji semua aras kesukaran dalam kognitif.
3. Sesuai untuk menguji kemahiran calon menulis, menyusun dan
mengintegrasikan idea-idea.
4. Sesuai untuk menguji kemahiran berbahasa.
5. Menggalakkan calon berfikir untuk mencari jawapan (bukan meneka
jawapan).
6. Mudah untuk mengesan kesalahan dan kelemahan calon.

76
Kelemahan item subjektif:

1. Nilai kebolehpercayaan soalan adalan rendah kerana soalan yang hendak


diuji adalah terhad sedangkan bidang yang hendak diuji adalah menyeluruh.
2. Calon boleh meramal soalan yang hendak diuji memandangkan bilangan
soalan adalah terhad.
3. Soalan subjektif yang kecil bilangannya adalah kurang sesuai untuk
penilaian sumatif.
4. Ia kurang sesuai digunakan untuk penilai pencaqpaian calon dalam bidang
kognitif terutama calon yang menghadapi penguasaan bahasa.
5. Ciri keobjektifan soalan mungkin rendah kerana kelainan pemeriksa.
6. Memeriksa kertas soalan subjektif memerluka tenaga dan masa yang lebih.
7. Skema pemarkahan adalah sukar ditentulan kerna bukan mudah bagi
penggubal soalan menentukan jumlah skor untuk isi penting dan kurang
penting.
8. Menghadapi kesukaran untuk mengira indeks diskriminasi kerana setiap
soalan mempunyai markah yang berbeza-beza dan berkait dengan soalan
lain.

4.3. Peraturan Pemarkahan

Bagi soalan subjektif, adalah penting suatu skema pemarkahan disediakan supaya
pemeriksa boleh memberi markah dengan tepat atau hampir tepat dengan skema
pemarkahan. Dengan adanya skema pemarkahan ini, pengaruh unsur-unsur subjektif
dapat dikurangkan. Hal ini dapat meninggikan ciri keobjektifan serta kebolehpercayaan
dalam ujian subjektif yang akan ditadbirkan.

Cara menyediakan skema pemarkahan


a. Cara analitik
b. Cara holistik

a) Cara analitik:
Dengan cara ini, contoh jawapan disediakan bagi setiap soalan. Pada umumnya,
unsur-unsur penting dalam pemarkahan caqra analitik merangkumi nilai tara

77
kandungan, pengelolaan dan proses. Misalnya, dalam ujian karangan, markah-
markah boleh dicerakinkan seperti berikut:
Isi : 40
Ejaan : 10
Bahasa : 30
Gaya : 10
Pengolahan : 10
Jumlah :100

Untuk mengelak masalah kebolehpercayaan, semasa penyelarasan dibuat,


penerangan lanjut perlu dilakukan dengan memperincikan apa yang dimaksudkan
dengan isi, ejaan, bahasa, gaya, pengolahan dan sebagainya serta berapakah
markah yang diberikan bagi tiap-tiap perkara yang diperincikan itu. Misalnya jika jika
isi penting yang dikehendaki 8 dan markah penuhnya 40, maka markah penuh untuk
setiap satu isi ialah 3 dan jika lengkap dengan contoh setiap satu isi ditambah 2
menjadikan jumlahnya 5.

Bagi mata pelajaran bukan bahasa, unsur-unsur yang penting dalam skema
pemarkahan ialah isi kandungan. Oleh itu, markah-markah akan dicerakin kepada
isi-isi penting.

Contoh
Soalan:
Huraikan 5 keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. (10m)

Skema pemarkahan:
i. Merupakan sirah yang paling sahih mengenai kehidupan Rasulullah kerana
ia diriwayatkan secara ilmiah yang paling kuat lagi tepat
ii. Kehidupan Nabi begitu jelas dalam setiap peringkat.
iii. Sirah Nabi merupakan lukisan sejarah seorang manusia biasa yang
mendapat keistimewaan dan tidak diberi sifat-sifat ketuhanan.
iv. Sirah Nabi meliputi seluruh aspek kemanusiaan
v. Satu-satunya sumber yang tepat dan benar menceritakan bukti kenabian dan
kerasulan menggunakan metod iman dan akal

78
Satu isi = 2 markah.
5 isi x 2 = 10 markah.

Kesimpulan

Dalam mengubal soalan/item ujian, guru haruslah mengambil kira banyak perkara.
Selain kandungan isi pelajaran, pencapaian dan kebolehan pelajar juga perlu diberi
perhatian. Oleh kerana pencapaian dan kebolehan pelajar adalah berbeza-beza, maka
para guru perlu menggunakan satu ujian piawai yang boleh diterima dan diuji untuk
semua pelajar.

Tugasan tutorial.

Binakan satu set soalan ujian bagi satu bab atau tajuk pelajaran yang telah
dilaksanakan. Soalan-soalan tersebut mewakili semua bentuk soalan ujian
objektif dan ujian subjektif.
Bentangkan tugasan ini semasa interaksi bersama pensyarah anda.

4.4 Penyelarasan dan integriti

4.4.1.Intergriti dalam pendidikan

Integriti
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu
pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah
berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

Integriti individu

79
Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan
apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika
dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan
umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia
bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia
dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak
berintegriti atau lemah intergritinya.

Integriti Penjawat Awam


Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam,
integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan
menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan
kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri.
Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan
kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus
memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang dibawahnya dan kepada pihak
lain.

Kesimpulan
Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia
melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan
media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut
kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan
kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas
dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai
sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap,
teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran
dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya
seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.
http://integritiguide.blogspot.my/p/penjelasan-etika-dan-integriti-adalah.html

80
TUGASAN

TUGASAN PERBINCANGAN
1. Jelaskan jenis-jenis penilaian beserta dengan contoh yang sesuai.
2. Huraikan kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
3. Bina item soalan objektif dan soalan subjektif meliputi bidang al-Quran,
Ulum Syariah dan Akhlak Islamiah.
4. Bandingbezakan antara Item Objektif dan Subjektif
5. Terangkan cara yang betul dalam membina distraktor untuk jawapan bagi
soalan objektif.

81
ANALISIS ITEM DAN PENSKORAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK 5

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat :


1. Mengenal pasti statistik asas yang digunakan dalam pentaksiran
Pendidikan Islam.
2. Menganalisis pentaksiran dari sudut indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi item.
3. Menghuraikan aspek-aspek Kesahan dan Kebolehpercayaan Item

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan statistik asas yang digunakan dalam pentaksiran Pendidikan
Islam, pentaksiran dari sudut indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item dan aspek-
aspek Kesahan dan Kebolehpercayaan Item

KANDUNGAN TAJUK 5:
5.1 Analisis Item dan Penskoran Pentaksiran Pendidikan Islam

5.1.1 Statistik Asas


a. skor mentah
b. min, median, mod
c. sisihan piawai

5.1.2 Indeks Kesukaran


5.1.3 Indeks Diskriminasi
5.1.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan Item

82
5.1 Statistik Asas.
Setelah data-data mentah sesuatu pentaksiran diperolehi, ia perlu dianalisis dan
diinterpretasi untuk memberi gambaran tentang prestasi murid dan prestasi mata
pelajaran. Peringkat ini merupakan peringkat yang penting dalam proses pentaksiran di
mana-mana peringkat sekali pun. Pernyataan prestasi ini perlu dikemukakan dalam
bentuk yang mudah difahami.
Biasanya statistik asas yang sering digunakan dalam proses penilaian ialah
pemindahan skor mentah kepada graf, poligon kekerapan atau histogram, termasuklah
pengiraan dan penggunaan julat, peratus, min, median dan mod. Hasil pengiraan
menggunakan statistik asas ini akan membolehkan satu interpretasi dan pelaporan
pentaksiran boleh dikemukakan.

5.1.1 Skor mentah.

Skor mentah merupakan data yang penting dalam sesuatu proses pentaksiran.
Ia merupakan markah-markah yang dikumpulkan secara rawak tanpa mengikut tertib
tertentu. Contohnya, seorang guru memperoleh skor mentah dari hasil ujian yang telah
diberikan kepada 20 orang muridnya sebagaimana berikut:

73, 70, 68, 68, 67, 67, 65, 65, 63, 62,
60, 59, 59, 58, 58, 56, 52, 50, 41, 40.

5.1.2 Min, median dan mod.

Min, median dan mod boleh diertikan sebagai ukuran kecenderungan memusat.
Ketiga-tiga ukuran ini merupakan statistik asas yang digunakan untuk membuat
perbandingan tentang pencapaian antara calon-calon yang menduduki ujian yang sama.
Oleh itu, seorang guru perlu mengorganisasi dan mempamerkan skor mentah yang
diperolehi ke dalam bentuk yang teratur supaya ia lebih bermakna. Ia melibatkan
pengiraan mudah untuk mentafsirkan data secara tepat.

i. Min.

Min merupakan ukuran kecenderungan memusat yang terbaik. Ia merupakan.purata


markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Nilai min sering digunakan

83
kerana ia mengambil kira setiap skor dalam sesuatu taburan. Ia dihitung dengan cara
menjumlahkan semua skor dan membahagikannya dengan jumlah bilangan skor dan
frekuensinya. Dengan kata lain, ukuran min memberi gambaran secara keseluruhan
tentang sesuatu taburan. Rumusnya adalah seperti berikut:

Sebagai contoh, dalam satu ujian pendidikan Islam,skor untuk 10 orang pelajar adalah
45,52,58,77,85,88,80,92,94 dan 88. Hitungan min berpandukan formula di atas adalah
sebagaimana berikut :

= 45+52+58+77+85+88+80+92+94+88
10

= 759
10

= 75.9

84
Pengiraan min untuk data terkumpul yang lebih kompleks pula adalah sebagaimana
berikut :

ii. Median.

Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai
purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam
satu susunan taburan menaik atau menurun. Sebagai contoh, median untuk skor ujian
ejaan jawi (40,56,35,70,94) dan ujian penulisan (55,62,96,45,76,80) adalah berikut :

Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam sesuatu taburan.
Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80. Walau pun min
taburan ini ialah 40, tetapi ini tidak menggambarkan ukuran kecenderungan memusat.
Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna sebagai ukuran kecenderungan
memusat.

85
iii. Mod.

Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu
secara menaik atau menurun. Mod (Mo) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang
paling tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih mod
atau tidak mempunyai mod langsung. Mod memberi satu gambaran umum tentang
taburan. Sebagai contoh, dalam penghasilan baju-T, pengetahuan tentang mod akan
membantu pengusaha menentukan saiz baju-T yang paling dikehendaki. Cuba
perhatikan contoh skor-skor ujian pendidikan Islam berikut :

Contoh 1 : 76,55,34,80,60,95,70

Taburan skor ini tidak mempunyai mod.

Contoh 2 : 86,70,59,70,75,68,70

Taburan skor ini mempunyai satu mod (unimod) sahaja. Nilainya ialah 70.

Contoh 3 : 76,62,54,68,62,54,88,71

Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod).


Nilai mod ialah 62 dan 54.

5.1.3 Sisihan Piawai

Selain daripada mengetahui tentang ukuran kecenderungan memusat, kita perlu


juga mengira untuk mengetahui berapa jauh skor-skor itu tersebar. Kiraan ini dinamakan
sisihan piawai.

i. Kaedah pengiraan

86
Terdapat dua kaedah mengira Sisihan Piawai iaitu Sisihan Piawai Untuk Data
Tidak Terkumpul dan Sisihan Piawai Untuk Data Terkumpul.

- Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul

Cuba faham contoh di bawah:

- Contoh 1 : Skor untuk 5 orang pelajar ialah 1,2,3,4, dan 5

- Contoh 2 : Mengira sisihan piawai untuk satu set skor yang tidak
terkumpul.

87
- Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul

Untuk data terkumpul rumus yang digunakan adalah seperti berikut:

Contoh : Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk satu ujian


Pendidkan Islam.

88
Cuba kirakan sisihan piawai.

ii. Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai

Sisihan Piawai ialah ukuran keboleh-ubahan atau sebaran skor-skor. Ia


merupakan sejauh mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai,
semakin kecil sebaran skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah
berhampiran antara satu sama lain (homogen). Begitu juga, semakin besar nilai sisihan
piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan. Ini bermakna data adalah tersebar
luas antara satu sama lain (heterogen).

Kira sisihan piawai skor-skor berikut dan tafsirkan nilai sisihan piawai yang diperoleh
bagi skor-skor berikut: 4, 7, 9, 3, 2

89
Sisihan piawai ialah 6.8,di mana ia kurang daripada 10. Nilai kecil menunjukkan bahawa
kebanyakan skor adalah berhampiran dengan min 5. Ini bermaksud bahawa taburan
bercorak homogen dan skor-skor tidak tersebar luas.

iii. Skor Piawai.

Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi berapa sisihan
piawai skor tersebut berada di atas atau di bawah min taburan. Dan ia biasanya diwakili
dengan skor-z atau skor-t.

- Skor-z dikira dengan menggunakan rumus berikut:

- Skor-t dikira dengan menggunakan rumus berikut:

t = 50 + 10z

90
Contoh: Skor untuk 5 orang pelajar dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3.
Cari
skor-z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai 10 markah.

iv. Penafsiran Skor Z.


Sebagai contoh, Fairuz mempunyai skor sebanyak 55 dalam ujian Pendidikan
Islam ; skor purata kumpulan normal ialah 60 dan sisihan piawai 15. Maka skor
piawai Fairuz ialah :

Ini bermaksud skor Fairuz adalah satu pertiga sisihan piawai daripada min. Tanda
negatif menunjukkan bahawa ia adalah satu pertiga sisihan piawai di bawah min.

91
Bagi contoh kedua, katakan Fairuz mempunyai skor sebanyak 75 dalam satu ujian
Pendidikan Islam ; purata skor untuk kumpulan normal ialah 65 dan sisihan piawai ialah
10. Maka skor piawai Fairuz ialah :

Ini bermakna Fairuz adalah satu sisihan piawai daripada min. Tanda positif
menunjukkan bahawa ia adalah satu sisihan piawai di atas min.

5.2 Indeks Kesukaran.

Indeks kesukaran dibuat bertujuan untuk melihat samada item ataupun


soalan yang digubal terlalu sukar, pada tahap sederhana dan terlalu mudah bagi murid.
Berikut merupakan cara yang digunakan bagi mengira indeks kesukaran.

Indeks Kesukaran = ,

Bagi bilangan calon yang besar pula, cara tersebut digunakan untuk mengira Indeks
Kesukaaran:

Indeks Kesukaran =

= Bilangan calon kumpulan pada aras tinggi yang

menjawab dengan betul.


= Bilangan calon kumpulan pada aras rendah yang

menjawab dengan betul.


J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah.

Hasil penganalisisan daripada pengiraan Indeks Kesukaran boleh dilihat pada jadual
berikut :

92
Indeks kesukaran (I.K) Pentafsiran Item Keputusan

I.K. < 0.3 Terlalu Sukar Ubahsuai item

0.3 < I.K. < 0.8 Sederhana Item sesuai dan boleh
diterima

I.K. > 0.8 Terlalu Mudah Ubahsuai item

5.3 Indeks Diskriminasi.


Pengiraan Indeks Diskriminasi pula dilakukan bagi membezakan calon-calon daripada
kumpulan pada aras tinggi dan kumpulan pada aras rendah. Rumus yang digunakan
untuk mengira indeks diskriminasi ini adalah seperti berikut:

I.D. =

= Bilangan calon kumpulan pada aras tinggi yang


menjawab dengan betul.
= Bilangan calon kumpulan pada aras rendah yang

menjawab dengan betul.


J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah.
Daripada hasil pengiraan yang telah dilakukan untuk mendapatkan nilai indeks
diskriminasi ini, kesesuaian item untuk digunakan dan dapat dikategorikan kepada item
yang amat sesuai diterima, harus diubahsuai ataupun dibuang terus.

Indeks Pentaksiran Item Keputusan


diskriminasi (D)

I.D. > 0.4 Diskriminasi poisitif yang Item amat sesuai diterima
tinggi

0.2 < I.D. < 0.4 Diskriminasi positif yang Item perlu diubahsuai dan perlu

93
sederhana dicuba sekali lagi

0 < I.D. < 0.2 Diskriminasi positif yang Item perlu diubahsuai dan perlu
rendah dicuba sekali lagi

I.D. < 0 Diskriminasi negative, Item perlu dibuang


prestasi kumpulan murid
yang berada pada aras
rendah lebih baik daripada
kumpulan pada aras tinggi.

5.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Item.

5.4.1. Kesahan.

i. Definisi Kesahan.
Kesahan ujian ialah ujian yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian
yang tinggi. Sesuatu ujian dianggap mempunyai kesahan yang tinggi apabila ia
mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ujian yang baik juga harus menghasilkan skor
ujian yang sah dan boleh dipercayai
ii. Jenis-Jenis Kesahan.
- Kandungan Semasa/ serentak Ramalan/ telahan Konstruk/ gagasan
Kriteria muka

- Kesahan Isi Kandungan.

Ia merujuk kepada sejauh mana isi kandungan ujian tersebut dapat


mewakili domain pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur
oleh ujian it
- Kesahan telahan/ramalan

Kesahan yang mengambil kira sejauh mana skor ujian dapat


meramal kriteria yang diukur.
- Kesahan Kandungan.

94
Kesahan ini menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi
bidang yang hendak diuji.
- Kesahan Semasa/serentak

Ia merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu sepadan


dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah.
- Kesahan Ramalan Ketepatan

Kemampuan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan sebenar


seseorang murid untuk menjalankan sesuatu ujian pada masa
hadapan di dalam situasi yang lain

iii. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesahan.


- Panjang ujian

- Liputan isi kandungan.

- Kejelasan soalan

- Syarat-syarat yang diletakkan untuk mentadbir ujian

- Kesilapan semasa memeriksa.

- Kelakuan individu bagi calon yang menduduki ujian

- Penelitian yang diberi semasa membina ujian.

iv. Bagaimanakah Kesahan Ujian dapat ditingkatkan.

- Soalan ujian dibina hendaklah berdasarkan aras Taksonomi Bloom

- Soalan yang dibina perlulah memenuhi Spesifikasi Ujian,JSU dan


DSKP.

- Memastikan segala istilah yang diguna pakai dalam soalan difahami


dan diketahui oleh murid.

- Soalan yang dibina berdasarkan topik yang telah dipelajari oleh


murid.

95
- Guru perlu memastikan bahawa soalan yang dibina dengan arahan
yang jelas dan mudah difahami oleh murid.

5.4.2. Kebolehpercayaan
i. Definisi Kebolehpercayaan.
Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana tekalnya
(consistent) dua set ukuran yang mengukur perkara yang sama. Ketekalan bermaksud
pangkat (rank) yang terdapat dalam ukuran yang pertama adalah serupa dengan
pangkat (rank) yang dihasilkan bagi ukuran kedua. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan
skor yang berubah- ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah
Dua set pengukuran boleh diperolehi dengan cara:
- Mengulangi ujian yang sama selepas sesuatu masa tertentu.
- Mentadbir secara bergilir-gilir dua ujian yang serupa, yang mengukur
domain isi kandungan yang sama.
- Mentadbir dua ujian yang serupa yang mengukur domain isi kandungan
yang sama selepas sesuatu masa tertentu.

ii. Faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan ujian


- Panjang ujian

- Kesukaran item.

- Homogeniti (keseragaman) item

- Kuasa diskriminasi item.

iii. Kepentingan kebolehpercayaan


Aspek kebolehpercayaan dalam sesuatu pentaksiran amat penting untuk
memastikan bahawa jawapan yang dikemukakan oleh murid mencerminkan
keupayaannya dan bukanlah disebabkan nasib.
-

iv. Bagaimanakah Kebolehpercayaan Ujian dapat ditingkatkan


- Ujian perlu ditadbir dalam suasana yang sesuai dan kondusif

- Skrip jawapan murid perlulah dinilai oleh lebih daripada seorang


pemeriksa untuk skrip jawapan yang sama.

96
- Skrip jawapan murid perlulah ditanda mengikut Panduan Memberi
Markah (PMM) yang telah disediakan.

- Elakkan daripadaSoalan yang menggunakan ayat- ayat yang boleh


mengelirukan murid selain mengelakkan masalah- masalah teknikal.

c. Perkaitan antara Kesahan dengan Kebolehpercayaan.

- Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat


atau objektif ujian itu dibina

- Kebolehpercayaan memastikan ketekalan dalam pengukuran


pencapaian murid dalam sesuatu ujian

- Kebolehpercayaan boleh dikaji terus dari data ujian tetapi kesahan


tidak boleh

- Ujian yang boleh diterima mestilah sah dan boleh dipercayai.

- Untuk mengesahkan sesuatu yang digunakan, pengukuran


hendaklah mempunyai kebolehpercayaan.

- Konsep kesahan dan kebolehpercayaan lebih merujuk kepada


maklumat yang diperolehi daripada alat pengukur itu dari
menerangkan alat pengukur itu sendiri

d. Tujuan Kesahan dan Kebolehpercayaan perlu dititik-beratkan.


- Membolehkan pengurus sekolah memahami ciri-ciri ujian yang baik;
- Memperkenalkan kepada pengurus sekolah konsep-konsep kesahan dan
kebolehpercayaan ujian;
- Membolehkan pengurus sekolah mempertingkatkan mutu ujian yang
dibina di sekolah dengan mengambil kira faktor- faktor yang
mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian
Rumusan
Perbincangan tentang statistik asas yang digunakan dalam pentaksiran Pendidikan

Islam telah dibuat dengan mendalam. Begitu juga dengan aspek-aspek Kesahan dan

Kebolehpercayaan Item yang begitu penting dalam membuat pelaporan tentang

keputusan pentaksiran yang dilaksanakan oleh setiap guru

97
TUGASAN

Tugasan Perbincangan
1.Terangkan dengan ringkas apakah yang dikatakan indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi?
2. Huraikan kepentingan kesahan dan kebolehpercayaan dalam pembinaan item.

98
PELAPORAN UJIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK 6

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat : .


1. menerangkan tujuan tujuan pelaporan, kaedah pelaporan,bentuk pelaporan
ujian.
2. Menulis pelaporan ujian secara manual dan atas talian mengikut contoh
yang disediakan.

SINOPSIS
Unit ini membincangkan berkaitan tujuan pelaporan, kaedah pelaporan,bentuk
pelaporan dan diakhiri dengan contoh pelaporan secara manual dan atas talian.

KANDUNGAN TAJUK 6:
6.1 Tujuan Pelaporan:
• Prestasi murid
• Prestasi matapelajaran

6.2 Kaedah Pelaporan


• Rasional
• Impak

6.3 Bentuk Pelaporan


6.4 Contoh Pelaporan

• Manual
• Atas talian

99
6.1 Tujuan Pelaporan :

Pelaporan adalah tindakan yang menyusul selepas selesai proses penyemakan kertas
ujian.Ianya merupakan proses penyediaan laporan pencapaian untuk melihat prestasi
murid dan prestasi matapelajaran disamping tujuan dokumentasi, tindakan
penambahbaikan dan makluman kepada pelbagai pihak yang berkepentingan.

6.1.1 Prestasi Murid

Pelaporan mampu untuk menilai tahap penguasaan dan kemajuan serta pencapaian
seseorang murid dalam aktiviti pembelajarannya. Guru-guru perlu mengetahui tahap
prestasi murid mereka agar mereka sedar dan mengetahui tahap keberkesanan
pendekatan atau strategi pengajaran yang telah dilaksanakan ( Tanner,2001 )
.Maklumat berkaitan turut digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling agar tindakan
susulan boleh diambil terhadap murid yang lemah dan bermasalah pembelajaran.

Murid-murid pula memerlukan maklumat ini untuk mengetahuai tahap kemampuan dan
kemajuan akademik mereka dan mengambil tindakan-tindakan susulan untuk kemahiran
dan pengetahuan yang kurang dikuasai.

Manakala bagi ibu bapa dan penjaga murid,pelaporan ujian merupakan salah satu
strategi pemuafakatan sekolah dengan rumah. Penglibatan mereka dalam pembelajaran
murid-murid merupakan asas menilai prestasi murid agar sentiasa berterusan.*cara
langsung.

Pelaporan prestasi murid akan diteliti oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ( JKS )
.Badan tersebut akan mengenal pasti keperluan dan bantuan sewajarnya akan diberi
kepada mana-mana murid yang berkaitan.Tindakan yang lebih berfokus dan
pemantauan yang berterusan serta sistematik

Selain daripada itu,pelaporan prestasi bagi pihak- pihak berkepentingan (stakeholders)


lain seperti pihak Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) membantu pihak berkaitan merancang
aktiviti untuk meningkatkan Prestasi murid.

100
6.1.2 Prestasi Matapelajaran

Post mortem merupakan analisis secara menyeluruh prestasi sesuatu


matapelajaran.Situasi serta faktor yang mempengaruhi peningkatan dan penurunan
mata pelajaran dikenalpasti. Dapatan akan dilaporkan dalam bentuk markah, gred,
peratusan lulus,gagal,gred purata sekolah ( GPS ), gred purata mata pelajaran ( GPMP
),gred purata individu ( GPI ) dan sebagainya. Rumusan pencapaian
Berdasarkan dapatan itu;keupayaan guru mata pelajaran,keupayaan murid belajar (
kuasai tajuk) ,kualiti soalan ( bardasarkan JSU), keberkesanan program pemulihan dan
pengayaan serta keberkesanan pengurusan panitia dikenalpasti dan tindakan susulan
yang sesuai serta efektif dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi mata
pelajaran.

6.2 Kaedah Pelaporan

Terdapat pelbagai kaedah pelaporan untuk menentukan markah dan gred prestasi
murid iaitu melalui:
- Gred
- Peratus
- Senarai semak
- Lulus/ gagal
- Sistem campuran.
Kaedah pelaporan ini akan diterangkan lebih terperinci dalam bentuk pelaporan di
bawah ini.

6.3 Bentuk Pelaporan

Bentuk laporan adalah berbeza mengikut ketetapan dan pilihan sekolah berkaitan.Setiap
sekolah mungkin menyediakan laporan yang berbeza berbanding dengan sekolah yang
lain. Terdapat juga penyeragaman bentuk pelaporan mengikut daerah dan negeri.
Secara umum,bentuk pelaporan yang digunapakai dalam sistem pendidikan di Malaysia
adalah menggunakan kaedah gred abjad, sistem lulus – gagal, pelaporan bertulis dan
pelaporan lisan.

101
i. Sistem Abjad
Bentuk pelaporan ini menggunakan abjad A, B, C, D, E dan F dalam
menentukan prestasi murid.Ianya adalah bentuk yang paling mudah,senang mencari
puratanya dan popular pada masa kini. Setiap abjad mewakili prestasi mengikut
tahapnya: A untuk cemerlang, B untuk baik, C untuk memuaskan, D untuk lemah, E atau
F untuk gagal. Penetapan tahap adalah kombinasi prestasi, daya usaha, tatakerja dan
tingkahlaku. Penilaian adalah mengikut ketetapan guru secara subjektif****

ii. sistem Gagal – Lulus

Penetapan sistem Gagal – Lulus atau memuaskan – tidak memuaskan dikaitkan


dengan kaedah rujukan kriteria. Ianya diberi berdasarkan sesuatu tahap pencapaian
minimum. Sistem ini mudah digunakan tetapi gred yang diberi tidak banyak
mengandungi keterangan tentang prestasi pada masa kini atau akan datang. Sistem ini
amat wajar bagi mata pelajaran yang memerlukan penguasaan atau kemahiran murid.

(vi) Sistem Senarai Semak

Sistem ini diguna pakai untuk menentukan sesuatu tahap prestasi murid.
Sebarang simbol boleh digunakan atau ditentukan oleh guru dan difahami maksudnya.
Sebagai contoh, C** untuk Cemerlang, m**untuk Memuaskan dan P** Perlu untuk
diperbaiki.Sistem ini perlu jelas,mudah dibaca dan difahami oleh pihak yang berkaitan.
satu untuk prestasi dan satu untuk usaha, kemajuan atau pembangunan. Sebagai
contoh, gred bagi prestasi kognatif akan diberikan bersama senarai semak yang
merujuk kepada prestasi afektif dan ( atau ) psikomotor; berdasarkan kriteria objektif
pengajaran atau objektif sekolah. Ciri dan kaedah adalah bergantung kepada ketetapan
pihak berkaitan; sekolah,PPD,jabatan atau kementerian.

(vii) Sistem Campuran

Berdasarkan sistem ini, laporan mengandungi dua atau lebih kombinasi sistem di
atas. Kemungkinan dua bentuk gred untuk setiap mata pelajaran, iaitu satu untuk
prestasi dan satu untuk usaha, kemajuan atau pembangunan. Sebagai contoh, gred
bagi prestasi kognatif akan diberikan bersama senarai semak yang merujuk kepada

102
prestasi afektif dan ( atau ) psikomotor; berdasarkan kriteria objektif pengajaran atau
objektif sekolah.

6.4 Contoh Pelaporan


6.4.1 Manual

i. Buku Rekod/ Laporan Prestasi

Rekod Prestasi menunjukkan pelaporan berkaitan kemahiran yang ditetap


dalam setiap mata pelajaran. Pencapaian murid akan ditandai pada ruangan yang
disediakan mengikut gred tertentu. Sebarang tindakan susulan sama ada pengayaan
atau pemulihan akan dikesan daripada pelaporan yang tercatat.

ii.Rekod Profil
Menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan murid. Segala aspek
perkembangan potensi intelek, rohani, jasmani dan social. Ia sebagai panduan kepada
ibubapa dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak-anak mereka. Ianya juga
sebagai panduan kepada sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

103
contoh rekod profil

a. Pelaporan bertulis

Laporan bertulis akan menggambarkan tahap prestasi murid. Penyediaan


laporan yang tepat lagi terperinci akan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan
bagi mengelak laporan daripada disalahtafsirkan.

b. Pelaporan Lisan

Pelaporan secara lisan berlaku semasa sesi pertemuan ibu bapa dan guru.
Prestasi murid dibincang secara bersemuka dan sebarang kelebihan dan kelemahan
dapat dibincang dan diambil tindakan sewajarnya. Pelaksanaan sesi pertemuan perlu
dirancang secara sistematik dengan mengambilkira tempat, tempoh masa, bahan
pelaporan dibuat.

6.4.2 Secara atas talian


Pelaporan data ujian secara atas talian(online) telah banyak dilakukan oleh pihak
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri-negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah sama ada melibatkan keputusan peperiksaan secara berpusat atau Pentaksiran
Berasaskan Sekolah(PBS). Guru-guru hanya memasukkan keputusan ujian yang

104
dianalisis mengikut bentuk pelaporan yang dikehendaki sama ada berbentuk gred, atau
lulus-gagal dan sebagainya.

Contoh pengisian laporan data ujian secara atas talian.

Rumusan
GPI seharusnya dapat menguasai berkaitan tujuan pelaporan, kaedah pelaporan dan
bentuk pelaporan supaya dilihat sebagai guru yang kompeten.Seterusnya GPI juga
mesti mahir membuat pelaporan secara manual dan atas talian.

TUGASAN PERBINCANGAN

TUGASAN

105
Tugasan Perbincangan:
1.Huraikan tujuan dan kaedah pelaporan ujian PAFA.
2. Bincangkan tentang bentuk-bentuk pelaporan yang perlu dibuat oleh setiap
guru.
2. Analisiskan contoh pelaporan secara manual dan atas talian.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

106
RUJUKAN

Abdullah Ishak. (2000). Perkembangan pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, metodologi dan pedagogi Pengajian Islam:
KPLI Pengajian Islam & j-QAF. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Johor: UTM, Skudai

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Buku panduan perlaksanaan model


pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum j-QAF tahun 1-6, Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kementerian Pelajaran Malaysia: Huraian Sukatan Pendidikan Islam (KBSR)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah


Rendah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Mohd Hairudin Amin & Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Sekolah agama di Malaysia :
Sejarah, isu dan cabaran. Johor Bahru: Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi
Malaysia.

Noor Hisham Md. Nawi. (2011). Konsepsualisasi semula kurikulum Pendidikan Islam.
Tanjung Malim : Nur Niaga Sdn. Bhd.

Mohammad Najib Abdul Ghafar (2012). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah Edisi
2. Johor : UTM Press

Vincent Pans, Denis Lagium, (2014), Penilian Dalam Pendidikan, Kota Kinabalu : UMS
Press

Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang, (2008), Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan,
Kuala Lumpur : DBP

James H. McMillan, (2014), Classroom Assessment Principles And Pactice For Effetive
Study Sixth Edition. Virgenia Commenwelth University.

Mohd Sahari Nordin (2012) Cetakan 3, Pengujian dan Pentaksiran Di Bilik Darjah,
Gombak :IIUM Press

Zamri Muhamad, Muhammad Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, (2010)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Panduan Untuk Guru BM, Inggeris dan Arab,
Bangi : UKM

107
James Ang Jib Ng. Ed. D Balasandram, Ramiah DBA. (2009), Kepimpinan Instruksional
Satu Panduan Praktikum, Kuala Lumpur : PTS Profesional

PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNI


PIM2033 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

Bil. Nama Kelayakan Akademik


PhD. Bahasa Arab, UM
Sarjana Bahasa Arab, al-Yarmouk University, Jordan.
Dr. Mohd Sharani bin
1 Sarjana Muda (Kepujian), Bahasa Arab dan Tamadun Islam,
Mohd Naim
UKM
Diploma Pendidikan, IPG Kampus Kota Bharu
Sarjana Syariah, UM
2 Wan Anuar bin Yaacob B.A (Hons) Syariah, UM
Diploma Pendidikan (B.Arab/P.Islam), UIAM

Sarjana Bahasa Moden (B.Arab), UM.


Zulkefli bin Junoh BA (Hons) Bahasa Arab, Muhammad al-Khamis, Morocco
3
Sijil Perguruan, MPI.

Sarjana Pendidikan Islam, UKM.


4 Kamilah binti Mohamed BA (Hons) Pengajian Islam (Syariah) UKM
Diploma Pendidikan (P.Islam/B.Arab) UIAM
Sarjana Pendidikan Bahasa Arab, UKM
Mohd Ridhuan bin Hj. B.A (Hons) Bahasa & Sastera Arab Yarmouk University,
5
Jusoh Jordan.
Diploma Pendidikan (Pengajian B. Arab/P.Islam) MPI
Sarjana Pendidikan Islam, UM
Zaiton Bt. Mat Deris B.A (Hons) Bahasa & Sastera Arab UIAM.
6
Sijil Perguruan (/P.Islam /Pengajian B. Arab) MPI

108
SILA GUNAKAN SIMBOL-SIMBOL BERIKUT
BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

109

Anda mungkin juga menyukai