Anda di halaman 1dari 3

Selamat pagi kepada guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya

akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang

Sombong”. Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.

Badannya besar dan kuat. Semua haiwan takut kepadanya.

Pada suatu hari, tebuan terbang menghampiri Singa yang

sedang tidur. “ Hai Singa, mari kita berlawan.” Kata Tebuan. “ Kamu

nak berlawan dengan saya?” “ Belum cuba, belum tahu.

Jawab Tebuan penuh semangat. “ Baiklah, kalau kamu berani,

marilah.” Kata Singa.

Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu

berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya.

Lama kelamaan, Singa itu menjadi letih. Dengan pantas, tebuan

masuk ke dalam lubang hidung singa lalu menyengat Singa dari lubang

hidungnya. Singa meraung kesakitan dan bersin beberapa kali tetapi

tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Tidak lama kemudian, Singa

mati kesakitan. Semua binatang bersorak kegembiraan.

Ingat kawan-kawan, orang yang besar tidak semestinya kuat

dan orang yang kecil tidak semestinya lemah. Akal yang cerdik dan

semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.

Sekian, terima kasih.


Selamat pagi kepada guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk cerita

saya ialah Arnab dengan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat seekor arnab yang cantik.

Bulunya lebat dan putih. Binatang lain selalu memuji arnab ini.

Akibat itu, arnab menjadi semakin sombong. Arnab bersikap

angkuh dan tidak mahu bercakap dengan kawannya.

Pada suatu hari, arnab berjalan di tepi sungai. Arnab ternampak

seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa amat takut

dan tidak berani mendekati buaya itu.

“Hai Arnab, cantiknya gigi kamu ! ” kata buaya kepada arnab.

Arnab berasa sungguh gembira. “Bagaimana kamu menjaga gigi?”

tanya buaya. Arnab berasa bangga lalu berkata, “kamu mesti banyak

makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”

Kemudian, buaya pun membuka mulutnya. “Bolehkah kamu tolong

periksa gigiku? kata buaya. Tanpa berfikir panjang, arnab pun

memeriksa gigi buaya satu demi satu. Dengan pantas, buaya terus

menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat

arnab. Wahai kawan-kawan, kita mesti berfikir sebelum melakukan

sesuatu kerja. Sekian, terima kasih.


Selamat pagi kepada guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk cerita

saya ialah Harimau yang tamak.

Di dalam sebuah hutan tinggal seekor harimau yang

tamak. Harimau itu mahu makan makanan yang banyak. “Aku mahu

makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari,

tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.”

Setelah berfikir, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja

Singa. “Apakah kehendak kamu?” Harimau terkejut mendengar

suara Singa. Hatinya berdebar-debar.

“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” “Tujuh apa?”

“Tujuh hari sekali !” jelas Harimau.

“Baik. Aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan

permintaan kamu. Mulai hari ini, kamu akan dapat rezeki tujuh hari

sekali,” kata Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia

hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan

tujuh hari sekali.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali.

Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak

bermaya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai