Anda di halaman 1dari 1

Faktor kecelaruan sosial

Hubungan seks bebas merupakan salah satu masalah sosial yang melanda remaja dewasa
ini. Ekoran daripada itu, ramai di antara remaja perempuan yang hamil luar nikah dan seterusnya
terlibat dalam pengguguran haram. Biarpuan kaedah yang digunakan boleh mengundang maut
dan menyalahi undang-undang negara, namun ada di antara mereka sanggup menanggung risiko
akibat terdesak.
Anak muda kini dikhayalkan dengan percintaan dalam cari jodoh yang menyebabkan
mereka lalai, lalu hanyut di arus noda dan maksiat. Kemudian timbullah perbuatan haram seperti
zina, membuang bayi dan membunuh diri. Usia yang sangat mentah dan tiada persediaan dengan
kehamilan yang tidak dirancang menyebabkan golongan remaja ini bertindak cepat dengan
harapan mereka dapat menyelesaikan masalah mereka.
Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud :
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat.”
Pergaualan bebas dalam usaha mencari jodoh adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah
bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan.
Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video
lucah, filem yang menggairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada penzinaan. Pada
zaman generasi yang terdedah dengan sistem maklumat di ‘hujung jari’, ibu bapa kini harus
sedar orang yang cari jodoh ini sedang diserang dengan budaya barat seperti couple dan
hedonism (hiburan yang melampau)
Penularan gaya hidup Barat ini menjadi ikutan dan kebanggaan generasi muda alaf baru.
Apa tindaknya hampir setiap hari di dada-dada akhbar seperti Harian Metro, Berita Harian,
Utusan Malaysia dan sebagainya, kisah-kisah seperti ‘ritual seks di pantai, ‘pesta minum arak’,
gadis Top Up’, ‘pengakuan gadis hilang dara’ dan sebagainya menajdi paparan umum
maasyarakat. Golongan muda kini tidak segan silu mendedahkan tubuh sehingga berani
memaparkan aksi dalam video klip di internet. Bukan setakat itu sahaja, perkhidmatan seks kini
turut mudah didapati yang ditawarkan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan di sebalik
ruangan chat, blog porno dan sebagainya. Kegemparan kes Sufiah Yusod (Shilpa Lee) pada 31
Mac 2008, budak genius yang menawarkan khidmat seks untuk hidup mewah di Britian
menadakan kepintaran (IQ) tanpa pembangunan akhlak dan iman (EQ) yang mantap
memudahkan manusia terjerumus ke lembah maksiat.

Anda mungkin juga menyukai