Anda di halaman 1dari 11

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

SEMESTER 1 / JANUARI 2017

MPU3123

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : 790724015611001


NO. KAD PENGNEALAN : 790724015611
NO. TELEFON : 010-4076369
E-MEL : smaiva@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR LEARNING CENTRE


1.0 Pengenalan

Bangsa dan Negara Malaysia telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan seperti yang terkandung di dalam Rukun Negara. Agama merupakan fenomena penting
dalam kehidupan manusia. Di Malaysia agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang
saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Rukun
Negara adalah salah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan
bermasyarakat, kebudayaan, ekonomi dan sosial yang meliputi aspek keagamaan. Contohnya
hampir semua etnik Melayu menganuti agama Islam kerana keluarga serta datuk, nenek
moyang mereka menganuti agama Islam. Kepercayaan Kepada Tuhan diletakkan di tempat
yang pertama di dalam susunan Rukun Negara Malaysia. Ini dapat mendorong penduduk
negara ini untuk meletakkan kepercayaan kepada tuhan menjadi asas kepada keharmonian
rakyat. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini
sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain
boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan.
Tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah
dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Sehubungan itu,
prinsip kepercayaan kepada Tuhan telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2.0 Berdasarkan prinsip pertama Rukun Negara, “Kepercayaan Kepada Tuhan”,


bincangkan bagaimana aspek “ketuhanan dan kepercayaan” berupaya membangunkan
tamadun manusia yang unggul.

Salah satu ciri bagi sesebuah tamadun yang berjaya ialah agama. Malahan, agamalah
yang membezakan sesuatu tamadun dengan tamadun yang lain. Agama juga melambangkan
adat resam atau sistem kepercayaan. Sesuatu tamadun itu tidak akan wujud tanpa agama dan
pembangunan sesuatu tamadun akan mengalami kepincangan jika ia hanya bergantung kepada
pembangunan fizikal semata-mata. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang berbilang
bangsa, agama, dan kepercayaan.Secara umumnya, semua agama menekankan konsep
ketuhanan kecuali agama Buddha yang menekankan kepada falsafah moral dan etika. Ajaran
Buddhisme tidak menekankan konsep ketuhanan. Semua agama dan kepercayaan mempunyai
MPU3123
doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-
pengikutnya. Doktrin tersebut terkandung dalam kitab-kitab suci agama-agama seperti Al-
Quran bagi umat Islam; Taurat (Old Testament) bagi penganut agama Yahudi; Injil (New
Testament) bagi penganut agama Kristian dan kitab-kitab Veda bagi penganut agama Hindu.
Doktrin dan amalan inilah yang menjadi panduan hidup manusia sehingga berjaya mewujudkan
pelbagai tamadun yang unggul.
Terdapat beberapa aspek dalam setiap agama mempunyai persamaan. Misalnya,
kepercayaan hidup selepas mati, balasan akhirat, konsep syurga dan neraka serta perhitungan
dan pembalasan bagi setiap amalan dan tingkah laku. Di dalam agama Hindu dan Buddha,
terdapat konsep kelahiran semula dan hukum karma. Karma merupakan konsep yang berkaitan
dengan pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia.

2.1 Pembentukan Identiti

Agama tidak langsung telah memberi identiti kepada para penganutnya. Hal ini dapat
dilihat antaranya beberapa kaum terbesar di Malaysia seperti orang Melayu yang beragama
Islam. Agama Islam telah memberikan identiti kepada masyarakat Melayu di mana agama
Islam telah menjadi asas kepada cara berpakaian, perlakuan, kesenian, adat, pemikiran, dan
seluruh gaya hidup orang Melayu. Begitu juga dengan kaum-kaum lain seperti orang India
yang beragama Hindu. Melalui agama, identiti mereka boleh dikenali melalui kesenian,
pakaian, makanan, dan sebagainya.
Agama Islam juga sangat menitik beratkan akhlak dan amalan yang baik seperti
bersolat, berpuasa, bersedekah, menghormati ibu bapa dan lain-lain lagi. Amalan-amalan yang
dilakukan semasa didunia yang akan menentukan mereka ke syurga ataupun neraka. Secara
tidak langsung, kepercayaan dan aspek ketuhanan ini membantu mengawal tingkah laku dan
ketertiban manusia agar tidak mencetuskan huru-hara, kerosakan dan hidup lebih harmoni.
Kesannya, masyarakat yang patuh dan mengamalkan agama dan kepercayaan akan berjaya
memajukan dan membentuk ketamadunan yang unggul.
Setiap agama menekankan kepimpinan yang unggul. Peranan dan tanggungjawab
pemimpin sangat besar. Mengimbas kembali ketamadunan silam, sesebuah tamadun akan
gemilang jika pemimpin atau raja perlu adil dan saksama. Manakala sesebuah ketamadunan
runtuh, apabila pemimpin mempunyai nilai dan moral yang sangat rendah. Ciri-ciri pemimpin
yang adil ini terdapat dalam beberapa penulisan oleh Moh-Tze, Kung Fu Tze, Kautilya, Al-

1
MPU3123
Farabi, Ibn Khaldun dan lain-lain lagi. Pemimpin dan raja merupakan pemimpin agama dan
menjalankan pentadbiran yang cekap berpandukan nilai dan ajaran agama.

2.2 Pembentukan Nilai-nilai Murni

Agama menjadi asa kepada pembentukan rohani, sahsiah dan nilai-nilai murni dalam
jiwa setiap manusia. Sudah menjadi fitrah manusia yang suka akan kebaikan, keamanan dan
kedamaian. Dalam hal ini, dengan adanya agama, seseorang manusia itu akan terdidik dengan
sifat-sifat terpuji seperti menghormati orang lain, jujur, ikhlas, amanah, tidak menipu,, hormat
ibubapa, guru dan sebagainya. Kepercayaan dan aspek ketuhanan juga memainkan peranan
penting dalam kemajuan ekonomi sesebuah masyarakat.Oleh itu, muncul konsep hak-hak
kehidupan dalam agama Buddha yang termaktub dalam salah satu daripada ajaran jalan lapis
(eight fold path). Ajaran Islam pula menegaskan aspek halal dan haram yang berkait rapat
dengan persoalan akhlak. Penipuan, riba, rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan amat
ditegah dalam Islam. Falsafah konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang
kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan dan untung. Semasa zaman
pertengahan di Eropah, ajaran Kristian juga melarang unsur-unsur rasuah, riba dan penipuan.
Kepercayaan dan aspek ketuhanan ini dapat mengelakkan sebarang bentuk eksploitasi ekonomi
dan penindasan. Masyarakat digalakkan berusaha secara sihat untuk meningkatkan ekonomi
sendiri dan ketamadunan bangsa.

2.3 Kewujudan Semangat Patriotisme

Agama secara khususnya memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat


patriotisme atau nasionalisme masyarakat. Dalam agama Islam misalnya, hamba-hambanya
aagar diajar untuk mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air daripada tercalar dan
dihina oleh orang-orang yang ingin memusnahkan Islam. Orang yang mempertahankan agama
dan negara adalah dikira mati syahid. Jika menggunakan agama Islam sebagai contoh, terdapat
banyak dalil-dalil dalam al-Quran dan hadis yang menyuruh hamba-hambanya tolong
menolong, bertolak ansur, bekerjasama antara manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan
mahupun agama yang dianuti. Islam menggalakkan seluruh umat manusia agar salir kenal
mengenali antara satu sama lain dan menjauhkan diri daripada persengketaan.

2
MPU3123
2.4 Sumber Undang-Undang Dan Pemerintahan Negara

Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan perkara ini telah termaktub di bawah
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Sebelum kedatangan Islam, Tanah Melayu telah
mempraktikkan Islam sebagai agama masyarakat Melayu. Dalam hal ini, agama Islam telah
dijadikan asas dalam sistem pemerintahan dan perkara ini berlanjutan sehinggalah
kemerdekaan dan terbentuknya Malaysia pada tahun 1963. Kini agama Islam telah dijadikan
asas dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara Malaysia. Oleh itu, jelas bahawa aspek
ketuhanan dan kepercayaan merupakan elemen yang sangat penting dalam kemajuan sesebuah
negara. Aspek ketuhanan dan kepercayaan ini merupakan panduan kepada masyarakat dalam
menjalani kehidupan seharian termasuk dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

3.0 Huraikan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dalam membentuk masyarakat


yang berbudi pekerti dan saling menghormati berserta contoh pengaplikasiannya di
Malaysia.

Prinsip pertama Rukun Negera ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Ia menjadi nadi
pembinaan jati diri masyakat Malaysia dan sewajarnya menjadi panduan dan pedoman hidup
bermasyarakat oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Pada dasarnya,
prinsip ini mengungkapkan bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada kepercayaan
kepada Tuhan. Ini bermakna Malaysia adalah negara yang menolak sebarang ideologi yang
tidak mempercayai wujudnya Tuhan (atheisme). Kepercayaan kepada Tuhan mampu
menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama.
Jika masyarakat berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing secara postif maka ia
dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Melalui ikatan keagamaan, manusia
akan bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan dan
keharmonian negara. Rakyat juga akan sentiasa berasa bersyukur dalam kehidupannya. Setiap
agama amat menekankan aspek moral dalam kehidupan manusia. Tingkah laku yang baik atau
buruk semasa di dunia menentukan balasan syurga atau neraka di akhirat. Alam akhirat
merupakan tempat yang abadi. Oleh itu, setiap manusia perlu mempunyai dan mengamalkan
akhlak yang baik semasa di dunia agar tidak mendapat balasan yang buruk di akhirat.

3
MPU3123
3.1 Individu

Agama merupakan asas dalam pembentukan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama,
suatu pendidikan akhlak itu tidak akan mantap dan kekal malah hanya bersifat sementara yang
akhirnya membawa kepada kegagalan pendidikan akhlak. Tegasnya, pendidikan agama
dipercayai berupaya mempengaruhi cara pemikiran anak-anak khususnya remaja dan
seterusnya tingkah laku mereka. Oleh itu, orang yang berpendidikan agama lebih terarah untuk
mengamalkan nilai akhlak Islam dan mengelakkan diri daripada perbuatan buruk (Asmawati
Suhid 2005). Seperti yang dijelaskan oleh Sezali Din (1997), selain mempunyai ketahanan diri
(mental dan fizikal) dan nilai atau harga diri, individu hendaklah memiliki pegangan agama
yang kukuh dalam menghadapi cabaran hidup. Kepentingan nilai agama dalam konteks
masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia pula dijelaskan oleh Mahathir Mohamad (1999)
seperti berikut:
“Agama adalah masih relevan dalam masyarakat pelbagai agama seperti
Malaysia. Tidak mengendahkan atau mengenepikannya adalah tidak bijak.
Suatu masyarakat yang sepenuhnya sekular tidak boleh diwujudkan di
Malaysia. Agama-agama rakyatnya mesti memainkan peranan mereka.”

Manakala dalam usaha pembangunan modal insan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
menerusi perutusannya di Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2005, mengingatkan supaya
pembangunan modal insan yang dilakukan hendaklah diseimbangkan dengan kemantapan
rohani setiap rakyatnya:
“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan
yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti
mulia, yang mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa besar, cintakan negara
dan mereka mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.”

Maka jelas di sini, peranan agama dan aspek rohani tidak boleh diabaikan sama sekali
dalam apa jua bentuk pendidikan akhlak dan moral.

3.2 Negara

Di Malaysia, usaha memupuk dan mendidik nilai-nilai mulia telah berdekad-dekad


dilaksanakan menerusi sistem pendidikan dengan cara yang pelbagai dan berubah-ubah.
Pemupukan nilai-nilai mulia dilakukan secara langsung kepada pelajar-pelajar Islamdalam
mata pelajaran Pendidikan Islam dan bagi pelajar bukan Islam mereka mengikuti mata
4
MPU3123
pelajaran Pendidikan Moral. Namun, kemerosotan akhlak yang berleluasa kini amat
membimbangkan banyak pihak. Masing-masing pihak menuding jari menyalahkan pihak yang
lain. Keadaan ini perlu dicari jalan penyelesaian seberapa segera sekiranya kita berhasrat
membangunkan modal insan yang berakhlak dan meningkatkan peradaban ummah dengan
berkesan.

3.3 Masyarakat
Bagi masyarakat di Eropah, ilmu akhlak berkembang dikalangan orang-orang yang
bijaksana atau disebut sebagai sophisticans. Socrates dikatakan perintis pertama yang
mengaturkan pola hubungan manusia dengan ilmu pengetahuan. Hal ini diikuti oleh anak
muridnya Plato dan kemudiannya Aristotle. Menurut Aristotle, tujuan akhir hidup manusia
adalah untuk bahagia. Cara untuk mencapai kebahagiaan adalah dengan menggunakan akal
dengan sebaik-baiknya dalam setiap tindakan.
Budi pekerti mulia dan sikap saling menghormati bukanlan perkara yang asing dan rumit
walaupun Malaysia terdiri daripada masyarakat yang plural. Terdapat 3 bangsa majoriti iaitu
Melayu, Cina dan India yang mengamalkan agama dan budaya yang berlainan. Namun, wujud
persamaan akhlak dan nilai dalam ajaran agama maisng-masing yang membolehkan
masyarakat hidup saling menghormati dan bertoleransi.

3.4 Kaum Melayu

Nilai yang terdapat pada budi pekerti masyarakat Melayu adalah hasil gabungan budaya
Melayu dan agama Islam. Agama Islam amat menekankan akhlak (budi pekerti). Akhlak
merupakan manifestasi iman, Islam dan ikhsan. Semakin mantap keimanan seseorang, maka
semakin baik akhlaknya. Ajaran Islam juga menekankan konsep ummah dan ukhuwah
islamiyah (konsep persaudaraan) sebagai satu cara hidup bersatu padu dengan saling
menghoramati antara satu sama lain. Konsep musyawarah juga digalakkan dalam hidup
bermasyarakat supaya dapat mencari idea yang bernas, mencapai kata sepakat dan
mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat. Di Malaysia, konsep ummah dan
persaudaraan memang tidak asing dan diamalkan oleh semua kaum walaupun berbeza agama
dan budaya. Malaysia telah mewujudkan konsep satu bangsa dan satu negara yang dikenali
sebagai bangsa Malaysia.

5
MPU3123
4.0 Bincangkan kebaikan dan keburukan meninggalkan konsep ketuhanan dan
kepercayaan dalam kehidupan manusia.

Setiap agama dan kepercayaan memberikan nilai positif yang mampu mempengaruhi
dan membentuk keperibadian seseorang. Kepercayaan kepada Tuhan mengajar manusia rasa
hormat kepada diri dan orang lain. Individu yang percaya kepada Tuhan tidak akan
mengingkari suruhan agama dan akan meninggalkan segala larangan agama. Individu yang
kuat beragama biasanya mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang positif.

4.1 Tidak berputus asa dan hilang harapan

Orang mukmin tidak mudah dihinggapi rasa putus asa dan hilang harapan dalam apa
keadaan sekalipun kerana dia beriman kepada Yang Memiliki langit dan bumi serta Yang
Memiliki nikmat dan kurniaan yang banyak. lman memberikan ketenteraman yang luar biasa
pada hatinya. lman mengisi hatinya dengan ketenangan dan harapan meskipun dia dihina di
dunia dan diusir dari semua pintu kehidupan sehingga kelihatan jalan hidupnya sempit dan
seluruh saluran kebendaan terputus daripadanya. Dia yakin Allah tidak pernah terlena dan
tidak membiarkan hidupnya terlantar. Oleh itu dia sentiasa mencurahkan tenaganya dengan
bertawakkal kepada Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya dalam semua urusan.
Ketenteraman hati dan ketenangan iiwa seperti ini tidak mungkin dimiliki kecuali dengan
aqidah tauhid. Orang kafir, musyrik dan mulhid (athies) mempunyai hati yang lemah. Mereka
bersandar kepada kekuatan yang terbatas. Maka alangkah cepatnya mereka dihinggapi rasa
putus asa ketika menghadapi kesukaran. Kadangkala membawa mereka membunuh diri.

4.2 Menjauhi perbuatan hina, berpada dengon yang ada

Iman kepada Allah mengangkat darjat manusia dan menimbulkan dalam dirinya sifat
menjauhkan diri daripada perbuatan yang rendah martabatnya. Dia juga berasa cukup dengan
apa yang ada dan tidak memerlukan pemberian orang, menyucikan hatinya daripada sifat
tamak, rakus, dengki, rendah diri dan segala sifat buruk serta kecenderungan yang hina. Tidak
terlintas dalam hatinya memilih jalan yang keji untuk mencapai kejayaan kerana dia yakin
rezeki berada di tangan Allah. Dia yakin Allah melimpahkan rezeki kepada orang yang
dikehendaki-Nya dan menentukan kepada orang yang dikehendaki-Nya. Tidak ada kemuliaan,
kekuatan, kemasyhuran, kekuasaan, pengaruh dan kemenangan melainkan di tangan
Allah. Manusia wajib berusaha dengan cara yang mulia menurut kemampuannya. Kejayaan

6
MPU3123
atau kegagalan bergantung kepada Allah. Tidak ada yang dapat menahan apa yang diberi-Nya
dan tidak ada yang dapat memberi apa yang ditahan-Nya.

4.3 Jenayah

Kini, kesedaran beragama dalam kalangan masyarakat moden dilihat mula longgar.
Maka, tidak hairanlah kes-kes jenayah kerap kali berlaku. Misalnya, kes rogol, pembunuhan,
pembuangan bayi, pemerdagangan manusia, pecah amanah, rasuah, penderaan kanak-kanak
dan sebagainya. Kes-kes berat seperti ini seperti sudah tidak asing kedengaran di media sosial
kesan dari kelunturan pegangan agama.
Oleh itu, jelas bahawa kehidupan berlandaskan aspek ketuhanan banyak memberikan
manfaat kepada masyarakat yang menganutinya. Manakala kepercayaan agama yang longgar
cenderung mendatangkan masalah dalam kehidupan.

5.0 Jelaskan bagaimana hendak memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan


dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kesedaran kepercayaan kepada Tuhan perlu dipupuk sejak kecil. Malah, sesetengah
agama telah mengajar penganutnya agar melakukan amalan-amalan tertentu sejak dari bayi
masih di dalam kandungan. Misalnya, agama Islam menyarankan agar ibu yang mengandung
memperbanyakkan bacaan al-Quran dan sentiasa berzikir demi kesejahteraan ibu dan bayi yang
dikandung. Hal ini, merupakan didikan terawal yang membantu ibu bapa memperoleh anak
yang soleh dan berakhlak mulia.

5.1 Pendidikan Agama


Setiap institusi kekeluargaan mempunyai cara didikan yang berbeza. Namun, didikan
agama merupakan asas penting yang perlu diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya.
Misalnya, ibu bapa perlu mengajar dan mengamalkan perihal kegamaan dalam kehidupan
seharian supaya dapat diteladani oleh anak-anaknya. Kesibukan bekerja bukan halangan untuk
memberikan pendedahan terhadap aspek keagamaan. Ibu bapa perlu mengambil inisiatif
mengahantar anak-anak ke kelas-kelas agama supaya mereka mendapat pendidikan agama dari
guru yang bertauliah.

7
MPU3123
5.2 Peranan Kerajaan
Kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi
memastikan rakyat di negara ini sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara. Kerajaan boleh
mengambil iniasiatif seperti menganjurkan program yang bertemakan Rukun Negara bagi
memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara. Contohnya, dengan
menganjurkan pertandingan ‘Sketsa Rukun Negara’. Kerajaan perlu memainkan peranan
penting dalam memupuk konsep kepercayaan kepada Tuhan. Antaranya ialah dengan
mewajibkan subjek agama bagi setiap pelajar. Pihak sekolah pula akan menjalankan sistem
pendidikan berdasarkan saranan yang ditetapkan kerajaan. Misalnya, memperbanyakkan majlis
agama atau program keagamaan di sekolah bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan
terhadap aspek keagamaan. Program Nilai Murni yang diadakan di sekolah pada setiap hari
Khamis perlu diberi pengisian yang lebih bermakna seperti bacaan Yaasin, solat hajat, ceramah
agama dan aktiviti yang membangkitkan motivasi pelajar dan guru. Setiap perhimpunan rasmi
dan di dalam kelas perlu diselitkan dengan bacaan doa dan kata-kata motivasi kepada pelajar.

5.3 Peranan Ibu Bapa


Ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya memahami dan
menghayati prinsip Rukun Negara. Hal ini perlu bagi memastikan anak-anak faham dan patuh
serta menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga dewasa seperti kata pepatah kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

5.4 Peranan Media Massa


Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan atau
program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara.
Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah juga boleh menerbitkan artikel tentang
kepentingan menghayati prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan.

6.0 Kesimpulan
Setiap anggota masyarakat seharusnya menghayati prinsip Rukun Negara agar
perpaduan & keselamatan di negara ini sentiasa terjaga. Rukun Negara amat perlu dihayati bagi
mendidik jiwa ke arah semangat patriotisme.

2467 Patah Perkataan

8
MPU3123
APENDIKS
7.0 Rujukan
Chandra Muzaffar, C., Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, C., Hj. Musa, H., & Marsuki, M.
(2000). "Pengenalan ilmu ketamadunan" Dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Khalid , E., & Abd Hamid, M. (2004). Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan
Jepun. Johor: Universiti Teknologi Mara.

Bremmer, J. (2002). The Rise and Fall of the Afterlife. New york : Routledge.

P. (n.d.). Kepercayaan Kepada Tuhan Bina Keharmonian Beragama. Retrieved March 20,
2017, from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/524-kolumnis-
akhbar/16031-kepercayaan-kepada-tuhan-bina-keharmonian-beragama.html

Rajab, R. (2012, May 19). Peranan Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu
Mengikut Konteks Pendidikan. Retrieved March 18, 2017, from http://cikgu-
rozali.blogspot.my/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html

Anda mungkin juga menyukai