Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN SETIAUSAHA

Barisan Jawatankuasa PIBG bagi sessi 2017/18 dibentuk melalui cadangan dan undian pada mesyuarat
Agung tahun lalu. Jawatankuasa Tertinggi ini dianggotai oleh seramai 16 orang AJK yang terdiri daripada
8 guru dan 8 orang ibubapa, kesemuanya 8 lelaki dan 4 wanita.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab merancang dan melaksana, membantu sebarang program & aktiviti
sekolah dalam pelbagai program, khususnya Kurikulum, Ko-Kurikulum dan kemsayarakatan demi
kemajuan & kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar.

Perancangan & komitmen yang tinggi daripada ahli jawatankuasa serta kerjasama dari semua ahli
terutama para ibubapa / penjaga, Persatuan ini telah Berjaya merancang dan melaksanakan pelbagai
program sepanjang tahun 2017.

BIL PROGRAM / AKTIVITI PERLAKSANAAN


1 Seminar “ KUASA BERUBAH “ Jan 2017
2 MESYUARAT AJK TERTINGGI KALI -1 26 April 2017
3 MESYUARAT TAHUNAN AJK TERTINGGI April, Mei, Jun, Sept, Okt
4 PERTEMUAN / PERBINCANGAN AJK PIBG SEPANJANG TAHUN ( Ikut
Keperluan )
5 Program Lambaian kasih ayah Belaian Ibu Mac 2017
6 Khidmat Bantu (Keceriaan Kantin) Gotong-royong Mengecat April 2017
7 Gotong-royong Sukan Sekolah ( membersih padang ) Feb 2017
8 Gotong Royong Santai Pra Sekolah Mei 2017
9 Majlis Berbuka Puasa / Terawih Jun 2017
10 Dialog Prestasi ( T.tangan Slip Pelaporan Murid ) Jun 2017
11 Rumah Terbuka “Hari Raya” Julai 2017
12 Sambutan Kemerdekaan Ogos 2017
13 Solat Hajat UPSR Sept 2017
14 Program Ziarah Amal PIBG ( Murid Miskin/Masalah) Ogos / Sept 2017
15 Program Mesra Bersama Ibubapa Jan 2018
16 Mesyuarat AJK Tertinggi Kali 1 2018 Jan 2018
17 Program 1Bestari Net Mac 2018
18 Program Amal PIBG (Menyemin Tapak Perkhemahan/Pra) Mac 2018
19 Mesyuarat Persiapan Mesyuarat Agung 2018/19 Mac 2018
20 MESYUARAT AGUNG SESSI 2018/19 28 Mac 2018

Selain merancang, melaksana dan menyertai sebarang program sekolah, anggota PIBG juga telah turut
menyumbang tenaga, idea, derma wang ringgit serta prasarana fizikal kepada sekolah seperti
menyediakan Kerusi meja Kantin, kanopy dan paling terbaru Bilik Khas PIBG.

Pemangkin kejayaan program yang dilaksanakan oleh persatuan ini sebenarnya disebabkan adanya
penglibatan semua ahli. Tanpa kerjasama dan komitmen tinggi tuan/ puan mana mungkin aktiviti dapat
dilaksanakan sepertimana yang dirancang.

Selaku Setiausaha, saya secara peribadi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua rakan ibubapa yang terlibat. Mohon Maaf segala kekurangan, Akhir Kalam, Semoga
usaha murni dan kerjasama ini akan berterusan dan berkekalan untuk tahun-tahun seterusnya.
Wabillahi taufik wal hidayah, assallammualaikum w.b.k.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai