Anda di halaman 1dari 1

MOHD FATHI BIN SHARIFF – 16DGU15F1018

Assalamuialaikum w,b,t. Saya Mohd Fathi Bin Shariff dari kelas DGU4A ingin komenkan
tentang amali ketiga iaitu pengukuran strata. Kami melakukan amali ini bersama ahli
kumpulan yang telah dibahagikan. Untuk melakukan ujian ini, setiap kumpulan diberikan
tempat-tempat tersendiri, kami telah mendapat di Jabatan Kejuruteraan Elektrik di mana
tempat ini telah diberi oleh Encik Hazhar. Kami perlu mengukur ketebalan lantai dan
ruangan bilik yang berada di jabatan tersebut.
Tugasan ini mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan kerja pengukuran ini. Kami
telah diajar untuk menggunakan alat yang bernama “Leica”. Pada hari pengukuran tersebut,
kami diminta untuk mengukur luas kawasan sesuatu bilik, besar bilik dan tinggi bangunan
dan kami menggunakan unit meter (m). Semasa pengukuran sedang berlangsung, kami tidak
mempunyai sebarang masalah dan telah menjalankan dengan baik selama dua hari. Kami
ditugaskan untuk buat pengukuran ini pada tingkat 2, tingkat 3 dan tingkat 4.
Akhir sekali, Alhamdulillah pengukuran yang telah dibuat oleh kami telah berjaya dan tiada
sebarang masalah yang terjadi semasa pengukuran strata tersebut. Pada minggu berikutnya,
kami ditugaskan untuk menyiapkan laporan untuk pengukuran strata yang telah diberikan
oleh Encik Hazhar. Terima kasih juga kepada rakan sekumpulan yang telah memberi kerja
sama dan tidak lupa juga kepada Encik Hazhar yang telah memberi banyak tunjuk ajar. Saya
akhiri dengan Assalamuialaikum w,b,t.

Anda mungkin juga menyukai