Anda di halaman 1dari 11

BAB 9 : ‘WHEEL ALIGNMENT & WHEEL BALANCING’

9.1 Pengenalan

Tujuan utama penjajaran roda dan pengimbangan roda adalah untuk


memberikan kawalam maksimum kenderaaan serta membenarkan semua roda
berguling betul dan sempurna dalam semua keadaan jalan. Ketika merekabentuk
sebuah kereta, kedudukan sudut jajaran diambil kira. Rekabentuk rangkaian sisitem
stering membantu meminimumkan kadar haus tayar. Penjajaran roda ialah semakan
dan larasan sudut ke penentuan sesebuah kenderaan.

Pengimbangan roda pula ialah satu proses untuk membetulkan roda yang
berguling dari bergetar semasa pemanduan. Untuk menyedari kedaaan ini, stering
akan bergetar ketika pemanduan kereta, oleh kerana itulah pengimbangan roda harus
dilakukan bagi menghilangkan getaran yang berlaku semasa pemanduan.

102
9.2 Sebab-Sebab Penjajaran Roda & Pengimbangan Roda Harus
Dilakukan

Pejajaran roda :

i. Pakaian tayar tidak sama atau pesat


ii. Menarik atau hanyut pergi dari satu garis lurus
iii. Berkelana pada sebatang jalan yang paras terus
iv. Berjejari stereng pergi ke satu pihak ketika terus memandu sebatang jalan
yang lurus dan paras.

Pengimbangan roda :

i. Getaran dalam stereng pada kelajuan lebuh raya tertentu.


ii. Getaran dalam kerusi atau floorboard pada kelajuan lebuh raya tertentu.
iii. Membuat sulam biku.

9.2.1 Gambarajah Keadaan Tayar Yang Tidak Melakukan Penjajaran Roda

Rajah 9.2.1.1

Rajah 9.2.1.2

103
Rajah 9.2.1.3

Rajah 9.2.1.4

9.2.2 Diantara Sudut ‘Toe’ Dan ‘Camber’

Jenis Kenderaan Toe Camber


Depan : - 0˚00’ Depan : + 0˚00’
Viva
Belakang : Tiada Belakang : Tiada
Depan : - 0˚05’ Depan : + 0˚15’
Kancil
Belakang : + 0˚06’ Belakang : + 0˚13’
Depan : + 0˚00’ Depan : + 0˚00’
Kelisa
Belakang : Tiada Belakang : Tiada
Depan : + 0˚00’ Depan : + 0˚00’
Proton saga
Belakang : Tiada Belakang : Tiada
Depan : + 0˚00’ Depan : + 0˚00’
Proton wira
Belakang : + 0˚08’ Belakang : + 0˚10’
Jadual 9.2.2.1 : Sudut ‘Toe’ Dan ‘Camber’

9.3 Proses Kerja Yang Dilakukan

9.3.1 Tajuk : ‘Wheel alignment’ (proton saga).

Tujuan : Melaras sudut toe yang betul

104
Rajah 9.3.1.1 : Lubang ‘alignment’.

Peralatan :

i. Mesin penjajaran roda.


ii. Spanar saiz 12, 17.
iii. Lubang ‘wheel alignment’.

Rajah 9.3.1.2 : Mesin penjajaran roda

Langkah keselamatan :

105
i. Berhati-hati semasa meletakkan kenderaan di lubang ‘wheel
alignment’.

Langkah kerja :

i. Letakkan kenderaan di lubang ‘wheel alignment’ dengan berhati-


hati, pastikan ada seorang pembantu memerhati kenderaan supaya
tidak terjatuh dalam lubang itu.
ii. Pasang peralatan (sensor) pada semua roda.

Rajah 9.3.1.3 : ‘Sensor’ pada roda

iii. Hidupkan mesin penjajaran roda, pilih jenis kenderaan yang terdapat
dalam ‘menu’ mesin.
iv. Pilih ‘front view’ kerana kereta proton saga hanya ada penjajaran
roda di hadapan sahaja.
v. Hidupkan enjin kenderaan dan pusingkan stering beberapa kali
seterusnya letakkan sangga pada stering supaya stering berada pada
‘center position’.
vi. Dengan menggunakan spanar saiz 12 dan 17 laraskan sudut toe
mengikut pada paparan di skrin komputer.
vii. Laraskan sudut toe sehingga +0˚00’.

106
viii. Tidak perlu ketatkan nat pelaras dahulu, hidupkan enjin dan
pusingkan stering beberapa kali dan letakkan kembali pada ‘center
position’.
ix. Laraskan semula sudut toe +0˚00’ dan ketatkan nat pelaras.
x. Tanggalkan peralatan (sensor) pada semua roda.
xi. Tanggalkan sangga pada stering.
xii. Jalankan ‘road test’.

Komen :

i. Pelarasan sudut yang tepat harus dilakukan supaya penjajaran roda


menjadi.

Kesimpulan :

i. Penjajaran roda senang dilakukan tetapi harus ingat, pelarasan sudut


yang tepat penting.

9.3.2 Tajuk : Pelarasan sudut ‘camber’ (proton saga).

Tujuan : Menukar nat ‘camber’.

Rajah 9.3.2.1 : Pelapik dan nat ‘camber’

107
Peralatan :

i. Jek.
ii. ‘Air gun’.
iii. Soket saiz 17.
iv. Spanar saiz 17.
v. Timbang air ‘camber’.

Rajah 9.3.2.2 : Timbang air ‘camber’

Langkah keselamatan :

i. Berhati-hati semasa meletakkan kenderaan di lubang ‘wheel


alignment’.

Langkah kerja :

i. Letakkan kenderaan di lubang ‘wheel alignment’ dengan berhati-


hati, pastikan ada seorang pembantu memerhati kenderaan supaya
tidak terjatuh dalam lubang itu.
ii. Pasang peralatan (sensor) pada semua roda.
iii. Hidupkan mesin penjajaran roda, pilih jenis kenderaan yang terdapat
dalam ‘menu’ mesin.

108
iv. Lihat pada paparan skrin sudut ‘camber’. Tulis sudut ‘camber’ itu
tadi pada sekeping kertas.
v. Tanggalkan mesin pada roda hadapan sebelah kiri dan jek
kenderaan.
vi. Buka roda dan letakkan timbang air ‘camber’ pada piring cakera.
vii. Buka dan tanggalkan nat ‘camber’ yang lama dan gantikan yang
baru.
viii. Berdasarkan sudut ‘camber’ yang ditulis tadi, laraskan sudut
‘camber’ dengan menggunakan timbang air ‘camber’.
ix. Ketatkan nat ‘camber’ itu.
x. Pasang roda dan peralatan (sensor) semula.
xi. Penjajaran roda mesti dilakukan semula.
xii. Selepas siap penjajaran roda tanggalkan semua peralatan mesin dan
jalankan ‘road test’.

Komen :

i. Pelarasan sudut yang tepat harus dilakukan supaya pelarasan sudut


‘camber’ menjadi.

Kesimpulan :

i. senang dilakukan tetapi memakan masa yang agak lama untuk


menyiapkan kerja ini.

9.3.3 Tajuk : ‘Wheel balancing’.

Tujuan : Mengimbangkan roda supaya tidak bergetar semasa memandu.

109
Rajah 9.3.3.1 : Mesin ‘wheel balancing’

Peralatan :

i. Jek.
ii. Sangga.
iii. ‘Air gun’.
iv. Soket saiz 21.
v. Mesin ‘wheel balancing’.
vi. ‘pliers’.
vii. Timah pemberat.

rajah

Rajah 9.3.3.2 : Timah pemberat & ‘Pliers’

Langkah keselamatan :

110
i. Gunakan peralatan dengan berhati-hati.

Langkah kerja :

i. Jek dan sangga kenderaan.


ii. Tanggalkan roda hadapan.
iii. Timbang roda dengan menggunakan mesin penimbang.
iv. Sebelum itu ‘setting’ mesin terlebih dahulu :

Jarak rim dari mesin.


Lebar rim.
Saiz rim/tayar.

v. Tambah pemberat mengikut paparan pada skrin.


vi. Lakukan sehingga paparan skrin menunjukkan bacaan kosong.
vii. Pasang semula roda pada kenderaan dan alihkan sangga serta
turunkan jek.

Komen :

i. Proses kerja yang senang dilakukan, tetapi harus dilakukan dengan


teliti.

Kesimpulan :

i. Tambah pemberat mengikut paparan pada skrin dengan teliti supaya


roda dapat pengimbangan yang baik.

9.4 Komen Dan Cadangan

111
Dalam proses kerja penjajaran roda dan pengimbangan roda, banyak
peralatan yang sudah lama dan hampir rosak. Pihak syarikat/firma harus meneliti
perkara ini supaya kerja yang dilakukan nanti akan lebih lancar dijalankan. Saya
mencadangkan agar peralatan yang baru dapat dibekalkan supaya senang ketika
melakukan kerja-kerja ini.

9.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, penjajaran roda dan pengimbangan roda adalah sangat


penting dalam penjagaan tayar. Ini kerana jika penjajaran roda dan pengimbangan
roda tidak dilakukan tayar akan cepat rosak malah ia juga boleh menyumbangkan
kepada berlakunya kemalangan.

112

Anda mungkin juga menyukai