Anda di halaman 1dari 9

ca

TUGASAN
HBML 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
Semester September 2007
(35 %)

Dengan menjadikan salah satu kemahiran bahasa ( mendengar, bertutur,


membaca dan menulis ) sebagai asas :
a ) Kenal pasti dan jelaskan masalah – masalah yang berkaitan dengan
kemahiran yang dipilih ;

1.0 Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui


pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat
ditempuhinya melalui pengalaman – pengalaman biasa yang lain. Pembacaan
membawa seseorang itu kea lam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang
dilaluinya sehari – hari. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan
pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.

Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam – dalamnya kepada murid –
murid sejak awal – awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan
sebaik - baiknya

Semenjak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di atas


masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum lagi
dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh
Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang dijalankan sekarang
ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid –
murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid – murid Tahu 6 yang masih lagi belum dapat
menguasai kemahiran asas membaca. Dalam tugasan saya kali ini kita akan
membincangkan tentang masalah Kemahiran Membaca dikalangan murid – murid di
sekolah rendah.

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA


2.0.1 Pengertian Dan Tujuan

Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang – lambang


itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang
disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh
mengenal dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai
satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya.
Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan
simbol – simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep – konsep intelektual dan proses ini
memerlukan daya mental.

Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huruf –
huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat – ayat
kepada bunyi – bunyi yang mempunyai makna.

Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola –
pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis .
Daripada definisi – definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui bahawa
membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa
proses yang kompleks. Membaca mengabungkan beberapa kemahiran , iaitu
kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk mengenal dan
membezakan bentuk – bentuk huruf ), kemahiran mengingat, mendengar dan
membezakan bunyi – bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi – bunyi itu untuk
membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambang – lambang yang
dibacanya itu kepada sistem saraf pusat ( otak ) untuk menterjemah dan memahami
apa yang dibacanya. Tegasnya membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu
kemahiran kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia
mestilah mempunyai kemahiran – kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh
kita klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.

Apakah tujuan kemahiran membaca ? Pada amnya tujuan kemahiran membaca ini
adalah untuk membolehkan murid – murid mengenal huruf – huruf, menyebut nama
dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan – perkataan yang dibentuk melalui
jalinan huruf – huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan. Secara
tidak langsungnya membolehkan murid – murid membina kebiasaan menutur ayat –
ayat yang gramatis sebangaimana dalam bahan bacaan yang dibaca oleh
mereka.Juseru itu ianya dapat menambah ilmu pengetahuan disamping dapat
memudahkan mereka untuk meyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang
berhubung dengan diri sendiri ataupun masyarakat amnya. Dengan itu juga
membolehkan mereka mengerti an memahami kehendak situasi dan aspirasi
masyarakat di sekelilingnya.

2.0.2 Masalah Kemahiran Membaca Yang Dikenal Pasti.

Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada


keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca.
Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan
membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa
adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam
penguasaan penulisan dan pengiraan.

Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di


sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah
disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas
alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan
ketidakstabilan sosial.

Mesyuarat memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah


melaporkan tentang masalah kegagalan murid untuk menguasai kemahiran asas
membaca. Pada masa kini masih ramai lagi kalangan pelajar kita yang belum lagi
dapat menguasai kemahiran membaca ini. Ini jelas terbukti pada masa kini pihak
Kementerian mengambil langkah yang derastik untuk mengatasi masalah ini salah
satu projek yang dijalankan oleh pihak Kementerian ialah Kelas Intensif Awal
Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun 1.Ini
disebab laporan mengenai ramai dikalangan murid sekolah rendah yang menyambung
pelajaran mereka ke sekolah menengah masih belum lagi menguasai kemahiran
membaca ini. Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada :
:
• Keupayaan berfikir yang rendah.
• Tidak dapat memberi tumpuan yang lama.
• Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata.
• Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.
• Terdapat segelintir bilangan pelajar belum dapat mengenal dan membunyikan huruf.
• Tidak dapat melihat perbezaaan di antara perkataan dan gambar – gambar.
• Murid belum dapat membezakan antara huruf dam himpunan huruf – huruf
( perkataan ).
• Kemungkinan seseorang murid tersebut mempunyai kelemahan dari segi
pendengaran.
• Masalah pertuturan, berkemungkinan seseorang murid itu pelat, gagap atau
menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Seseorang murid yang
mempunyai masalah ini, tidak boleh menyebut atau membaca dengan betul.
• Berkemungkinan terdapat murid tidak mempunyai kesedaran bahawa huruf – huruf
itu boleh dibunyikan dan sesuatu perkataan terdiri daripada gabungan beberapa huruf
atau bunyi.
• Kebolehan mental murid – murid itu secara am, misalnya kebolehan dia mengingat
sesuatu dan boleh menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu.

2.0.3 Implikasi Masalah Bacaan Terhadap Pelajar

Menurut Kamus Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa maksud
kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan
ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi mempunyai implikasi:
perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi;
mengimplikasi membuat implikasi.

Menurut laporan di akhir tahun – tahun 70an terdapat ramai murid sekolah rendah
terutamanya yang tinggal diluar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap
membaca atau cekap membaca bahasa mereka sendiri ( bahasa Malaysia ). Masalah
sebegini banyak memberi implikasi terhadap murid itu sendiri dan juga negara. Di
antara implikasinya ialah :

• Negara kita akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru negara kita akan
menjadi negara yang mundur di dunia ini.
• Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
• Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar untuk bergaul dalam masyarakat.
• Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana masyarakat terutamanya terhadap
pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya sesuatu perkara.
• Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkeliber, justeru itu kita tidak
dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan.
• Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak
berminat untuk belajar.
• Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid itu tidak
dapat menguasai kemahiran membaca.
• Murid tidak dapat membina sikap yang baik dan tidak mempunyai cita – cita dan
fikiran yang ‘’ terbuka ‘’ dan ‘’ positif ‘’ .
• Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu pengetahuan
yang yang tinggi.
• Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas dan
mengkritik apa yang dibaca dengan saksama.
• Sukar bagi seseorang murid itu untuk menyelesaikan masalah – masalah seharian
baik yang berhubung dengan diri sendiri dan masyarakat.

b ) Rancang dan bincangkan empat aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi
mengatasi salah satu masalah tersebut. Kaitkan jawapan anda dengan teori yang
sesuai serta penggunaan bahan yang boleh meningkatkan kemahiran tersebut.

1.0 Aktiviti Bacaan


1.1 Kemahiran Membaca Secara Mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan kuat dan yang dipentingkan ialah sebutan huruf –
huruf dan bunyi – bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan
yang betul. Isi bahan bacaan biasanya terdiri daripada perkara – perkara yang mudah,
yang tidak memberatkan fikiran.

Lou E. Burmeister (1978), seorang pakar pendidikan bahasa Universiti Texas di El


Paso, dalam Improving Speed of Comprehension in Reading menghuraikan tentang
Aspek Mekanis Membaca dengan melontarkan beberapa pertanyaan. Bagaimana mata
seseorang bergerak ketika mereka membaca? Apakah mata tersebut bergerak dengan
lembut, seperti ketika mengawasi seekor burung yang sedang terbang atau
menyaksikan pesawat terbang yang sedang mendarat? Atau apakah mata bergerak,
berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi dan berhenti lagi?
Salah satu metodologi yang digunakan untuk meneliti pergerakan mata, yang menurut
pengasasnya dapat dilakukan oleh siapa saja dan bilaa – bila masa dalam kelas
pengajaran bahasa, adalah dengan meminta salah seorang memperhatikan mata
seseorang ketika dia sedang membaca. Apakah mata si pembaca bergerak dengan
lembut? Jika mata tersebut bergerak dengan lembut, maka dapat dipastikan bahawa
dia tidak sedang membaca, kata Lou E. Burmeister.
Lebih jauh pakar pendidikan ini mengatakan bahawa dalam kenyataannya, tentu saja
berdasarkan hasil penelitiannya selama bertahun-tahun, kata (atau kata-kata) hanya
dapat dibaca apabila mata tidak bergerak. Hanya apabila mata berhenti bergerak, atau
terpusat pada satu bahagian dari kata, pada satu kata, atau pada satu frasa, maka
barulah si pembaca mendapatkan apa yang dinamakan citra visual. Berikutnya, jika
memang dikehendaki mata akan bergerak untuk kemudian berhenti lagi jika si
pembaca ingin mendapatkan citra visual yang lain. Atau dengan kata lain, dalam
membaca mata seorang pembaca haruslah berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak
lagi, dan seterusnya, jika dia menginginkan memahami apa yang dibacanya.
1.2 Kemahiran Membaca Secara Akaliah
Bacaan akaliah adalah bacaan secara senyap. Aspek – aspek sebutan, nada, tekanan
dan intonasi tidak diberatkan. Yang lebih ditekankan ialah kefahaman terhadap isi
bahan yang dibaca. Dalam pengajaran bacaan di sekolah, kedua – dua jenis bacaan ini
ditekankan. Pada peringkat awalnya, proses pengajaran dan pembelajaran bacaan
mengutamakan bacaan mekanis. Guru memberikan contoh sebutan bunyi – bunyi dan
bacaan yang betuldengan kuat serta jelas dan kemudian diikuti oleh murid – murid
dengan kuat juga sama ada secara beramai – ramai, berkumpulan ataupun secara
individu. Setelah murid – murid menunjukkan kemahiran membaca mekanis dengan
memuaskan baharulah bacaan akaliah dijalankan. Murid – murid diberi masa untuk
membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan dan kemudian membincangkannya
atau menjawab soalan – soalan untuk menguji kefahaman mereka. Bacaan akaliah ini
boleh juga diikuti dengan bacaan kuat. Apa yang umum diamalkan sekarang, di
peringkat sekolah rendah, bacaan mekanis diutamakan sementara diperingkat sekolah
menengah, bacaan akaliah yang ditekankan.
2.0 Aktiviti Untuk Mengatasi Masalah Bacaan
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan untuk mengatasi masalah kemahiran
membaca ini. Seandainya masalah ini tidak di atasi diperingkat yang sepatutnya maka
ianya akan menjadi duri dalam daging dan akan menimbulkan masalah pengajaran
dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Masalah begini begitu serius sekali dan perlu
di atasi dengan segera. Di antara aktiviti – aktiviti yang boleh mengatasi masalah ini
ialah:

2.1 Aktiviti Peringkat Pra Bacaan.


Peringkat kesediaan membaca adalah satu peringkat apabila faktor – faktor
persekitaran, keadaan metal dan tubuh badan telah menyediakan murid – murid untuk
menerima pengajaran bacaan. Peringkat mendirikan asas adalah satu peringkat yang
penting dalam pengajaran bacaan. Satu kaedah yang digunapakai untuk mengajar pra
bacaan adalah kaedah abjad. Kaedah ini telah lama digunakan oleh semua guru
bahasa dikebanyakka sekolah. Kaeadah ini disebut kaedah huruf dan kaedah mengeja.
Dalam kaedah ini murid – murid dipekenalkan huruf A hingga Z. Setelah murid –
murid mengenal huruf – huruf barulah dinyatakan huruf – huruf vokal, iaitu a , e , i, o
dan u dan daripadanya dibentuk suku kata untuk membentuk perkataan, iaitu dengan
mengabungkan huruf – huruf konsonan, misalnya :
ba bi bu bo be be { taling }
ca ci cu co ce ce { taling }
da di du do de de { taling }
ha hi hu ho he he { taling }
ja ji ju jo je je { taling }
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan – perkataan seperti baca, babu, cucu, dada,
dahi, duda, budi dan sebagai. Perkataan – perkataan dieja mengikut nama hurufnya
dan kemudian disebut perkataannya. Gabungan suku kata dijadikan perkataan dan
seterusnya perkataan menjadi ayat. Lihat lampiran I

2.2 Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis


2.2.1 Bacaan Intensif
Bacaan Intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan untuk
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsirkan apa
yang dibaca dengan tepat disamping mengkaji ciri – ciiri tatabahasa seperti struktur
ayat, frasa atau klausa, juga meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta
maksud atau pengertiannya dalam konteks – konteks yang berlainan.Guru harus
membantu dan membimbing sambil menunjuk ajar murid supaya dapat mengatasi
masalah mereka. Latihan bacaan intensif ini bertujuan umtuk memperolehi dan
memperkembangkan kemahiran – kemahiran berikut :
• Mengecam/ mengenal pasti maksud perkataan mengikut konteks yang berlawanan
dengan tepat.
• Memahami dengan tepat maksud ataupun idea yang terkandung dalam sesuatu
petikan.
• Membaca secara senyap dengan kepantasan yang wajar.
• Memahami dan menggunakan apa yang telah dibaca.
Aktiviti bacaan ini boleh dijalankan dengan panduan – panduan berikut :
• Petikan atau bahan bacaan yang dipilih mestilah menerik minat ataupun bermakna
kepada murid – murid. Seelok – eloknya bahan itu beraneka jenis, meliputi pelbagai
bidang ilmu pengetahuan.
• Petikan ini diberikan kepada setiap murid dan berikan masa kepada mereka untuk
membaca dan memahaminya. Mereka boleh membacanya secara bersendirian ataupun
membincangkannya bersama rakan – rakan. Elok juga petikan itu diberi lebih awal
sebelum pelajaran dijalankan.
• Latihan bacaan hendaklah kerap kali dijalankan sekurang – kurangnya seminggu
sekali.
2.2.2 Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif atau bacaan meluas adalah satu aktiviti membaca yang dilakukan di
luar bilik darjah dan bahan yang dibaca itu bukanlah buku – buku teks tetapi buku –
buku seperti buku cerita, majalah, suratkhabar, jurnal, ensiklopedia dan buku – buku
rujukan yang lainnya. Bacaan ini dilakukan diluar masa sekolah, tanpa bimbingan
daripada guru dan dihadapkan melalui bacaan ini, murid – murid dapat kepuasan,
keseronokan di samping menimba ilmu pengetahuan. Bagi menjalankan aktiviti ini
ialah pada peringkat awalnya murid – murid bolehlah digalakkan untuk membaca
buku – buku bagi menanam minat gemar membaca. Untuk menjalankan aktiviti ini
lebih berkesan murid – murid mestilah dilatih membaca mengikut teknik SQ3R iaitu :
• Mengkaji kandungan bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan idea
keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung dalam buku itu;
• Membuat soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca dan selepas
membaca bahan bacaan itu mereka mestilah dapat menjawab soalan – soalan yang
mereka fikirkan/kemukan tadi;
• Membaca dengan cepat berdasarkan haluan yang telah ditentukan;
• Menjelaskan atau menerangkan isi – isi penting ( untuk diri sendiri ) dan membuat
kesimpulan di akhir setiap bahagian yang dibaca supaya mereka dapat menyatukan
semua maklumat yang telah diperolehi daripda pembacaan mereka;
• Mengkaji semula keseluruhan bahan yang dibaca untuk memastikan bahawa tidak
ada isi – isi yang tertinggal.
2.2.3 Penyampaian Kemahiran Membaca
Untuk menarik minat murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca
dengan sempurna seseorang guru itu hendaklah mahir mengelolakan aktiviti bacaan
kepada muridnya. Di antara langkah – langkah bagi menyampaikan kemahiran
membaca ini adalah seperti berikut :
• Mula – mula bermain dengan bunyi – bunyi, membezakan bunyi “ a “ daripada “ an
“ dan mencari perkataan – perkataan yang menerbitkan bunyi – bunyi itu – bunyi “ ba,
bi, bu...”dan sebagainya.Diajar dulu secara lisan.
• Kemudian kenalkan lambang – lambang suku kata terbuka, didahului bunyi huruf
saksi “ a, i, u, e ( bertanda ), e dan o “ kerana bunyi – bunyi ini ialah bunyi – bunyi
dalam susunan bunyi – bunyi Melayu: “ e “ kerana bunyinya lebih kerap berlaku
dalam bahasa Melayu. Bunyi “ o “ diletakkan pada akhir susunan ini kerana tidak
berapa berbeza dengan bunyi “ a “.
• Seterusnya , baca terus pelajaran yang telah disediakan iaitu pelajaran yang
dinamakan “ asas bacaan “ ( Lampiran II ) didahului daripada alatan
membaca/mengajar sebelum membaca daripada buku.
• Menyambung lagi pelajaran suku kata terbukayang belum dikenalkan khas bunyi
“ nya “, “ nga “ dan lain lagi bunyi yang berkait seperti “ main “, naik, jauh, kuih,
buah,buat...”. Bunyi “ h “ seperti jahit, pahit “ dsan perkataan – perkataan tiga kerat
bunyi seperti “ belajar, binatang,perempuan, sekolah, Melayu....” dan sebagainya.
• Mempelajari nama – nama huruf sert mengenal huruf besar.( Lampiran III ). Tujuan
untuk mengajar mengeja.
• Kenalkan bunyi – bunyi berpandu dipangkal dihujung perkataan serta bunyi – bunyi
berpandu dua.
3.0 Aktiviti Bacaan
3.1 Aktiviti PraBacaan
Diperingkat ini terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang pendekatan “ bunyi kata
“. Ia berasakan kepada hal – hal berikut :
( a ) sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistemik dan fonemik
( b ) kebanyakkan suku kata dalam bahasa Malaysia adalah jelas dan mudah.
( c ) Perkataan – perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah
diketahui maknanya oleh kebanyakkan murid.
Berikut adalah aktiviti – aktiviti yang boleh kita jalan diperingkat prabacaan :
• Aktiviti kita yang pertama ialah memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal :
a , i , u. Gunakan kad imbasan dan buat latihan membunyikan huruf ini secara latih –
tubi, berselang seli. Kemudian barulah kita perkenalkan satu huruf konsonan,
misalnya “ k “ dengan menggunakan kad imbasan, buat latihan ini berulang kali
supaya murid dapat membunyikan lambang itu dengan jelas. Kemudian gabungkan
kosonan “ k “ dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata : ka ki ku. Ulang sebutan
suku kata itu berulang kali, Kemudian barulah kita cantumkan suku – suku kata itu
supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna, seperti :
ka ki jadi Kaki
ku ku jadi Kuku
Ulang sebutan beberapa kali, kemudian gabungkan perkataan – perkataan itu menjadi
frasa atau ayat yang bermakna. Misalnya :
kaki ku
kuku kaki
kuku kaki ku
Kemudian “ permainan “ mencantum huruf – huruf menjadi suku katadan suku kata
menjadi perkataan dan ayat boleh dibuat daripada keratan – keratan kad.Lihat
Lampiran IV

3.2 Bacaan Mekanis


Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku
kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat
peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.
Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah
seperti:
KAD AYAT

1.Ibu memasak nasi lemak di dapur.

2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.

3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan

4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan

Kita juga boleh menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang
dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya
adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
a Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan
am dan sedia ada.
b. Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.
c Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai
pengukuhan.
d Penilaian
Aktiviti ini boleh kita rujuk Lampiran V.
4.0 Penutup
4.1 Perihal Mengajar Bacaan
Setelah murid – murid mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran bacaan, mereka
mestilah dilatih pula untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas supaya
kemahiran itu memberi feadah yang meluas kepada mereka. Mereka bukan sahaja
perlu dilatih membaca dengan kuat, sebuan, intonasi dan gaya yang betul tetapi
mestilah juga dilatih memahami dan meneliti dengan mendalam apa saja yang mereka
baca. Dengan erti kata lain bacaan mereka mestilah boleh memberi kesan kepada
mereka sama ada dari segi hiburan mahupun ilmu pengetahuan. Bagi melatih ini
bacaan intensif dan eksensif mestilah dilaksanakan.
Disamping kaedah dan pendekatan “ Bahan Bacaan Asas “ itu sendiri adalah elemen
yang amat penting bagi menentukan kemampuan prestasi kaedah itu dan tingkat
kemajuan dan kejayaan yang akan dicapai. Bagaimanupun kesimpulannya bagi saya
semua kaedah yang telah digunakan di sekolah – sekolah kita di Malaysia ini, baik
kaedah lama atau baru telah pun menghasilkan kejayaan masing – masing, cuma yang
berbeza ialah lambat atau cepat dan besar atau kecil kejayaan itu dicapai, dan salah
satu faktor utama yang memainkan peranan ang amat penting dalam menjayakan
sesuatu kaedah it ialah kesungguhan seseorang guru itu dalam melaksanakan kaedah
yang dipilihnya.
Maka sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca( termasuk menulis dan
mengira ) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru – guru dan
ibubapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga – tiga kemahiran ini menjadi
alat asas kanak – kanak untuk mempelajari Ilmu Sains,Sejarah, Kesusasteraan, Sivik,
Muzik, Perdagangan, Pertanian, mata pelajaran Agama dan kemahiran yang
lain.Kemahiran ini merupakan asas untuk kanak – kanak meneroka ilmu pengetahuan,
mencipta dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan ini amat
diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai