Anda di halaman 1dari 1

Ucapan Wakil Murid ( Majlis Restu Ilmu)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Sejambak kasih titipan sayang buat Tuan Guru Besar Encik Jabir bin Kamah,
Penolong kanan pentadbiran Encik Saberi bin Bandu, Penolong kanan kokurikulum
Encik Sumidi bin Sumardi, Penolong kanan hal ehwal murid Encik Jaitu bin Adian, guru-
guru yang dihormati, para ibu bapa yang dikasihi dan rakan -rakan seperjuangan
sekalian.
Ucapan terima kasih dan penghargaan ini saya tujukan khusus kepada pihak ajk
majlis restu ilmu kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ini yang dianjurkan buat kami yang akan
menduduki peperiksaan UPSR pada 24 September 2018 .
Guru-guru yang dimuliakan,
Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan kami serta menjadikan
kami modal insan yang berguna, guru-guru seringkali berhadapan dengan pelbagai
karenah dan cabaran, ada yang menyakitkan hati , ada yang menghampakan
harapan,ada yang menyeronokkan dan ada yang melucukan. Segala pahit manis ditelan
dengan penuh sabar sehingga kami merasakan bahawa guru-guru berperanan sebagai
ibu bapa kepada kami. Sakit, pening kami dan kebajikan kami sentiasa diambil berat,
kemajuan akademik kami dan ketrampilan sahsiah kami sentiasa diberi perhatian. Guru-
guru adalah segala-galanya bagi kami, terima ksih, cikgu! Sesungguhnya kesedian guru-
guru untuk membantu kami amatlah kami hargai dan sanjungi.
Tenang- tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi guru-guru rasa nak junjung.
Terima kasih, cikgu! Halalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada kami dan maafkanlah
segala kesalahan kami. Restuilah kami dan doakanlah kejayaan kami dalam menghadapi
peperiksaan UPSR yang akan menjelang beberapa hari lagi.
Akhir sekali, sebelum saya mengundur diri, saya selaku wakil murid sekali lagi
ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
para guru yang telah sudi menabur bakti demi kecemerlangan kami di hari muka. Segala
jasa dan pengorbanan guru-guru tidak dapat kami balas, justeru kami serahkan kepada
Allah jua untuk membalasnya.
Sekian, wabillahitaufiqwal hidayah, wassalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.