Anda di halaman 1dari 4

bila aku yang tercipta

dari sebelah lagi tulang rusukmu


aku tertunduk sujud menyambut syukur
kisah doa-doa malamku bertemu jawapan
matikan cerita lalu yang selalu tersungkur

dulu
bila mana kita hampir selari
takdir pula berlari
buat kita menjauh pergi
kini takdir datang kembali ke sisi
satukan dua hati yang pasti
kali ini abadi

aku titipkan kembara cinta ini


biar semua yang ada tau
kini aku sudah tenggelam
dalam lautan bahagia

Wahai rusuk kiriku


Datanglah padaku
Kerna sudah ku cari dirimu
Masih tak bertemu

Wahai rusuk kiriku


Muncullah kau di hadapanku
Kerna aku sudah jemu menantimu
Masih penuh kesepian di hatiku

Wahai rusuk kiriku


Di mana gerangan dirimu
Kerna aku tak sanggup menanggung rindu
Masih tertanya-tanya akan wujudmu

Wahai rusuk kiriku


Marilah kau ke mari ke sisiku
Kerna aku mahu memutlakkan apa yang hak buatku
Masih belum termeterai buatmu

Wahai rusuk kiriku


Datang dalam hatiku
Muncul dalam hidupku
Di mana pun mukim dirimu
Marilah jadi permaisuriku
Kerna aku sudah bersedia mahu jadi pemimpinmu
Masih mahu menyulam kasih bersamamu
Wahai Kau rusuk kiriku

laju laju
buaiku laju
tapi masih tak tahu
arah mana nak tuju

sekejap ke depan
aku memandang jika ada bayang
sekejap ke belakang
aku menoleh jika ada penghalang

laju laju
buaiku laju
angin
teruslah kau temaniku

tiba-tiba…

aku terhenti bila kau katakan sudi


gantikan angin yang tukang temani
tanyakan aku jika masih punya ruang
untuk kau penuhkan apa yang kurang

laju laju
buaiku sudah tak laju
sejak ada dirimu
hanyunan akhirnya terhenti di situ

Irama Hati (Puisi)


Posted On Tuesday, May 15, 2012 By ThePoetGirl. Under Puisi Cinta Tags: Puisi Irama Hati, Siti Melody

suatu hari
aku ke sekolah muzik
ingin belajar irama hati
tapi cikgu khabarkan
ia akan datang sendiri
bila sampai masanya nanti
aku pulang ke rumah
degil mencari gitar lapuk
ku petik sepenuh jiwa
dengan hati yang berhabuk

ku tanyakan diri berkali-kali


kenapa irama hati masih tak ditemui…

tapi kelmarin
sedang aku jumpakan dirimu
gitar lapuk bergetar dalam jiwa
irama hati akhirnya berdendang sendiri

waktu itu aku tersedar


kau lah irama hati

Langkah Satu Dua Tiga (Puisi)


Posted On Monday, September 5, 2011 By Cinta Hati. Under Puisi Cinta

Oh satu dua tiga,


akhirnya terlaksana
melangkah kita ke satu arah
hapuskan segala rasa gundah

Sampai empat dan lima,


kita susun bahagia bersama-sama

Sentuhan enam tujuh lapan,


mulut berkuntum senyuman
hati berkuntum harapan

Nantikan sembilan sepuluh


kerana waktu itu
dunia tumpang bahagia
jiwa kita sudah senada.

Kita genggam warna warni,


kerana waktu itu hati kita sudah sebati ; )

p/s: lama sangat tak menulis, kita mula satu dua tiga semula ok!

Dalam (Puisi)
Posted On Thursday, October 13, 2011 By ThePoetGirl. Under Puisi Cinta

20

Aku benamkan sedalam dalam


rasa sayang ini hanya untukmu
Biarkan tak terselam
Biar diam di tempat terpaling dalam

Biar karam jauh di lubuk hati


Moga kau tahu
Aku sayang kamu dalam dalam
Walau aku sendiri

Kau tetap teman seri hati

Kau hadir tika aku memerlukan teman

Kau hadir menghulur tangan tika aku kebintuan

Anda mungkin juga menyukai