Anda di halaman 1dari 6

SJKT LADANG VALLAMBROSA

KERTAS KERJA PROJEK REKA CIPTA DAN


INOVASI

MISI

Berazam Untuk Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun


Potensi Individu Bagi Mematuhi Aspirasi Negara

VISI

Beriltizam Menjadi Pemangkin Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

1. LATAR BELAKANG

Sistem Pendidikan di Malaysia kini berkembang pesat seiring dengan era globalisasi
yang semakin membangun sepantas kilat. Sebagaimana yang diketahui umum kelahiran
generasi yang beretika, berinovasi dan berpendidikan terletak ditangan warga guru. Mutu guru
merupakan factor penting yang mempengaruhi pencapaian akedemik pelajar. Pengetahuan
guru tentang isi pelajaran, organisasi dan gaya persembahan yang berkesan akan mampu
menyepadukan ilmu-ilmu agar lebih bermakna. Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan
pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan adalah
sebahagian ilmu yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Sistem Pendidikan Negara.
Selain berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dalam bilik darjah,
bidang ilmu yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan dalam membentuk perwatakan
dan jati diri murid. Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan
melalui kokurikulum.

2. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk melaksanakan program Pertandingan Projek Reka Cipta
Inovasi Kelab Dan Persatuan Peringkat Sekolah sebagai persediaan menyertai pertandingan
yang dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian kementerian Pendidikan Malaysia.

3. MATLAMAT
Memupuk dan melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan projek
bagi setiap murid dalam kegiatan kelab dan persatuan di sekolah.

4. OBJEKTIF

4.1 Menggunakan pengetahuan dan kefahaman dan kemahiran praktikal yang diperolehi
melalui pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dalam kalangan
murid.

4.3 Mengenalpasti ruang untuk penambahbaikan aktiviti kelab dan persatuan.

4.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah,


penyelesaian secara jelas dan meyakinkan di samping mencuba sesuatu yang baharu dan
menajamkan pemikiran agarberfikir di luar kotak norma.

4.5 Penyediaan kea rah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi murid – murid dan warga
sekolah.

4.6 Memenuhi objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kea rah tranformasi
pendidikan yang dapat memenuhi aspirasi system dan pengurusan murid demi menghasilkan
pendidikan yang berkualiti bertaraf antarabangsa.

4.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat membentuk


keseimbangan murid dari aspek intelek, jasmani, rohani dan sosial.

4.8 Memberikan ruang dan peluang kepada murid – murid untuk memperkembangkan bakat,
minat dan potensi dalam menghasilkan projek inovasi mengikut kreativiti murid berdasarkan
garis panduan yang disediakan.

5. RASIONAL

Untuk melengkapkan proses pembelajaran dan mencapai kecemerlangan dalam bidang


Kokurikulum khasnya kelab dan persatuan. Pendedahan awal kepada murid dengan
kepelbagaian aktiviti secara kumpulan dan memberi ruang untuk meneroka, mencuba dan
mencuba sedaya upaya sesuatu tugasan atau projek yang dipertanggungjawabkan.

6. NAMA PROGRAM

PROJEK REKA CIPTA DAN INOVASI

7. TARIKH PROGRAM

31 Oktober 2018 (Rabu)


8. TENTATIF PROGRAM

AKTIVITI MASA KUMPULAN SASARAN


Pendaftaran Peserta 7.30 Pagi 105 ORANG

Taklimat Pertandingan 7.45 Pagi Peserta Pertandingan

Penyediaan Bahan 8.00 – 08.30 pagi Peserta Pertandingan

Pertandingan Bermula 8.30 – 10.00 pagi Peserta Pertandingan

Rehat 10.00 – 10.30 pagi Semua Peserta

Pertandingan Bersambung 10.30 – 11.00 pagi Peserta Pertandingan

Perasmian 11.00-11.30 pagi En M.Selvanathan (GB)

Penyampaian Hadiah 11.30-12.15 tengahari Perserta Pertandingan

Bersurai 12.15-12.30 tengahari Peserta Pertandingan

9. KUMPULAN SASARAN

Seramai 145 orang murid Tahun 1,2,3, 4, 5 dan 6 akan terlibat dengan program yang diberi.

a. Murid Tahun 1 - 15 orang

b. Murid Tahun 2 - 15 orang

c. Murid Tahun 3 - 15 orang

d. Murid Tahun 4 - 35 orang

e. Murid Tahun 5 - 35 orang

f. Murid Tahun 6 - 35 orang

JUMLAH 150 orang

10. LOKASI

DEWAN SJKT LADANG VALLAMBROSA


11. SUMBER KEWANGAN / ANGGARAN PERBELANJAAN

11.1 Perbelanjaan Program

BIL PERKARA / ITEM JUMLAH KECIL JUMLAH BESAR


1 Hadiah Peserta RM 10 X 150 Pelajar RM 1500

2 Sijil RM 1.00 X 170 RM 170.00


Pelajar

3 Makan Dan Minum (Pelajar dan RM 2.00 X 120orang RM 240.00


Guru)

4. Pengadil/Cenderamata Rm 50.00

JUMLAH RM 1960.00

12. STRATEGI PELAKSANAAN

JAWATANKUASA PROGRAM REKA CIPTA DAN INOVASI

Jawatankuasa Induk:

Pengerusi : En M.Selvanathan
Naib Pengerusi : Pn.V.Maheswary
: Pn M.Sooriakumaree
: Pn.V.Elanthamilvany
Setiausaha : Pn .P Supulachimy
Naib Setiausaha : Pn L.Kavitha
Bendahari : Pn.M.Leelawathy

Jawatankuasa Pelaksana:

Pendaftaran : Buku Program:


1. Pn.Rajeswary(K) 1. Cik Laxmi(K)
2. Pn.Neela 2. Pn.Punithamalar(K)

Pengacara Majlis: Sijil


1. Cik Ponmmoly 1. Cik Vikneswary
2. En Kalaiselvan
3. Pn Kalyani

Hadiah/Cenderamata Perhiasan Dewan


Pn.Amutham (K) Cik Punithawathy(K)
Pn.Shantini Pn.Kalaivani
Pn.Leelawathy Pn Devi
Pn Lalitha

Penyediaan Booth Perasmian


Pn Krishna Veni (K) Pn Mahalakshmi(K)
Pn Kala Pn Ganthimathi
Cik Heamalatha Pn.Umma
Cik Thiuvya
Cik Rani

Displin Peralatan
En.Punithaselvan(K) Pn A.Prema(K)
Pn Saraswathy
Pn Manimala
PA Sistem:
Cik Tamilselvi(K)
Pelajar Tahun 6 Dokumentasi
En Punithselvan

Pameran
Pn P.Supulachimy
Pn L.Kavitha

13. RUMUSAN
Kajian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati
bahawa kegiatan kokurikulum disekolah-sekolah yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang
digemari oleh murid. Dengan yang demikian adalah diharapkan dengan adanya pertandingan
Projek Inovasi ini dapat membuka minda murid – murid agar berminat dan cenderung dalam
bidang ini. Hal ini memerlukan penelitian yang menyeluruh terhadap pelaksanaan kegiatan
kelab dan persatuan di sekolah agar suatu hala tuju yang baharu selaras dengan keperluan
Negara pada masa akan datang dapat direalisasikan. Perlaksanaan program ini juga
diharapkan dapat bergerak selari dengan anjakan ke – 3 untuk transformasi system aitiu
melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai dan dapat mencapai Aspirasi Perpaduan
yang terdapat salam system pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak – kanak dengan menghargai kepelbagaian.

Disediakan Oleh:

…………………………………….
SUPULACHIMY A/P PENSILAIAH
SETIAUSAHA
PROJEK REKA CIPTA DAN INOVASI