Anda di halaman 1dari 65

ISLAM

&
PROFESIONALISME
KEJURUTERAAN

BGD 32301

DISEDIAKAN OLEH:
AZHARI IBRAHIM
UniKL-BMI
BAB 1

FALSAFAH
KEJURUTERAAN
ISLAM
(FKI)

1
BAB 1
====================================

TOPIK 1
KONSEP
ILMU DAN PENDIDIKAN
DALAM
ISLAM

2
KONSEP EPISTEMOLOGIS DASAR

Epistemologi adalah ilmu pengetahuan (‘ilm al ‘ilm). Mempelajari asal usul,


hakikat dan metode sebuah ilmu pengetahuan dengan tujuan mendapatkan
keyakinan. Epistemologi Islam (nadhariyyat ma’rifiyyat Islamiyyat) didasarkan
pada paradigma tauhid. Parameter tetapnya adalah dari wahyu. Parameter tidak
tetapnya disesuaikan oleh keadaan waktu tempat yang bervariasi. Sumbernya
adalah wahyu (Al Qur’an dan As Sunnah), observasi dan percubaan empiris,
serta alasan kemanusiaan. Sekarang ini, matlamat utamanya adalah meraih
objektif, al-istiqamah, iaitu tetap pada jalan kebenaran dan tidak dapat digoyahkan
oleh tingkah laku dan hawa nafsu. Istiqamah hanya datang setelah iman, seperti
sabda Rasulullah ”qul amantu bi al laahi thumma istaqim'”.

Istilah Al Qur’an untuk ilmu pengetahuan adalah ‘ilm, ma’arifat, hikmat, basiirah,
ra’ay, zhann, yaqeen, tazkirah, shu’ur, lubb, naba’, burhan, dirayat, haqq dan
tasawwur. Istilah untuk kekurangan ilmu pengetahuan adalah jahl, raib, shakk,
dhann dan ghalabat al dhann. Tingkatan ilmu pengetahuan adalah: ‘ilm al yaqeen,
‘ayn al yaqeen, dan haqq al yaqeen. Pengetahuan dihubungkan dengan iman,
‘aql, qalb, and taqwah. Al Qur’an menegaskan dasar pengetahuan yang nyata
(hujjiyat al burhan). Tempat ilmu pengetahuan adalah akal dan kalbu.
Pengetahuan Allah adalah tidak terbatas, sedangkan pengetahuan manusia
sangat terbatas. Setiap orang memiliki pengetahuan yang berbeza-beza.
Pengetahuan adalah milik umum yang tidak boleh disembunyikan atau
dimonopoli. Manusia, malaikat, jin dan makhluk hidup lainnya mempunyai jumlah
pengetahuan yang bervariasi. Pengetahuan bisa menjadi abadi, contohnya ilmu
yang diwahyukan. Jenis-jenis lain pengetahuan bersifat relatif (nisbiyat al
haqiqat). Hakikat yang mungkin dari ilmu pengetahuan muncul dari keterbatasan
pengamatan manusia dan interpretasi dari fenomena fizik.

SumberSumber Ilmu Pengetahuan (masadir al ma’arifat)

Wahyu, wahy, kesimpulan, akal dan pengamatan empirik dari alam semesta,

3
kaun, adalah sumbersumber umum dari pengetahuan yang diterima oleh orang-
orang beriman. Dalam pengertian kuantiti, yang pertama adalah pengetahuan
empiric (‘ilm tajriibi). Dalam pengertian kualiti, yang pertama adalah ilmu yang
diwahyukan ilmu dan wahyu. Ada hubungan erat dan ketergantungan antara
wahyu, pengamatan empiris dan kesimpulan. Akal diperlukan untuk memahami
wahyu dan mencapai kesimpulan dari pengamatan empiris. Wahyu melindungi
akal dari kesalahan dan menyediakan informasi tentang suatu hal yang tidak
kasat mata. Akal tidak mampu memahami secara penuh dunia yang empiris tanpa
bantuan.

Klasifikasi Ilmu Pengetahuan (tasnif al marifat)

Pengetahuan boleh diwariskan atau dipelajari, sama ada aqli atau naqli. Boleh
berupa pengetahuan yang terlihat (‘ilm al syahadat) dan pengetahuan yang tidak
terlihat, ‘ilm al ghaib. Yang tidak terlihat bisa mutlak, ghaib mutlaq, atau relative,
ghaib nisbi. Mempelajari ilmu pengetahuan bisa berupa kewajiban individu, fard
‘ain, sedangkan yang lain adalah kewajinban kolektif, fard kifayat. Pengetahuan
bisa sangat berguna, ‘ilmu nafiu, menjadi dasar, atau diaplikasikan. Ada banyak
disiplin ilmu yang berbeda. Disiplindisiplin tersebut terus berubah seiring dengan
pengembangan pemahaman dan ilmu pengetahuan. Sebuah disiplin didefinisikan
dan dibatasi oleh metodologinya.

4
1.5 Keterbatasan Pengetahuan Manusia (mahdudiyat al marifat al bashariyyat)

Al Qur’an dalam banyak ayat telah mengingatkan manusia bahwa pengetahuan


mereka dalam semua lingkungan dan disiplin ilmu sangat terbatas. Akal manusia
mampu dengan mudah diperdaya. Kecerdasan manusia memiliki keterbatasan
dalam menginterpretasikan persepsi-persepsi terlindung yang benar. Manusia
tidak mampu mengetahui hal-hal ghaib. Manusia mampu berfungsi dalam waktu
yang terbatas. Masa lalu dan masa depan diyakini tidak dapat diketahui. Manusia
menjalankan fungsi dalam kecepatan yang terbatas baik pada level konseptual
maupun terlindung. Idea-idea tidak dapat dikeluarkan dan diproses jika mereka
dihasilkan terlalu lambat atau terlalu cepat. Manusia tidak mampu
mengggambarkan peristiwa-peristiwa yang sangat lambat atau terlalu cepat.
Peristiwa yang sangat lambat seperti revolusi bumi atau putaran bumi tidak dapat
dirasakan kejadiannya. Memori manusia sangat terbatas. Pengetahuan yang
dipelajari mampu hilang atau mungkin lenyap secara keseluruhan. Manusia akan
menjadi sangat berpengetahuan jika mereka mempunyai memori yang sempurna.

5
Konsep dan Falsafah Sains dan Kejuruteraan Islam

Menerusi bukunya “Memperkenalkan Bidang Kejuruteraan Islam: Persepsi


dan Sumbangan”, Dr. Ahmad Baharuddin Abdullah menjelaskan:

“Pendekatan sains Islam (termasuk juga kejuruteraan Islam) menekankan


aspek menggabungkan dan menyepadukan ilmu dan iman; sains, teknologi dan
seni; pengetahuan dan kemahiran dengan etika dan moral; ilmu, amal dan
ihsan; pemerhatian dengan eksperimen; akal, jiwa, hati dan pancaindera.
Gabungan ini semua menjadikan sains Islam itu lengkap dan matlamat yang ingin
dituju, jelas. Dalam etika pula, pendekatan sains Islam adalah sebagai
menunaikan tanggungjawab manusia yang telah dilantik sebagai khalifah oleh
Allah Taala.”

“Sains Islam (termasuk juga kejuruteraan Islam) menitikberatkan aspek


penunaian tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi. Prinsip
utama ialah memenuhi tanggungjawab akhlak yang digariskan oleh
syariah/syarak, iaitu merangkumi elemen-elemen halal, haram, harus, makruh
dan sunat. Juga, berlaku adil dalam menunaikan semua tanggungjawab,
memelihara keindahan dan keaslian alam, mengutamakan kepentingan umum
dan tidak melakukan pembaziran.”

Seterusnya, menerusi buku yang sama juga, Dr. Ahmad Baharuddin


Abdullah menjelaskan:

“Kemajuan sains dan teknologi bukanlah hanya untuk faedah akademik


semata-mata, ataupun mengeksploitasi sumber alam untuk kemudahan dan
manfaat manusia, tetapi bagi tujuan pengabdian diri kepada Allah.”

“Sehubungan dengan itu, antara ciri-ciri peribadi ahli sains Islam ialah:
1. Sentiasa merasakan kekurangan dalam ilmu sains yang dimiliki.
2. Merendah diri dan tidak riak dengan kebolehan dan pencapaian.

6
3. Tidak bakhil ilmu.
4. Bergantung harap kepada Allah dalam semua kerja penyelidikan.
5. Rela berkorban demi menimba ilmu dan kemahiran.
6. Sanggup berhijrah demi mendapatkan ilmu.
7. Bertanggungjawab terhadap ilmu dan kemahiran yang dimiliki.
8. Merasa bersalah terhadap penipuan dan penyelewengan ilmu yang berlaku.
9. Amat cintakan ilmu pengetahuan.
10. Membuat penulisan/catatan atau merekodkan ilmu dan kemahiran yang
diperolehi.”

“Oleh yang demikian, Falsafah Kejuruteraan Islam (FKI) menekankan


prinsip memudahkan urusan, memberi keselesaan dan menyenangkan kehidupan
tetapi tidak pula melalaikan. Menjimatkan tenaga, memudahkan kerja tetapi tidak
menyebabkan kemalasan. Mengutamakan estetika tetapi tidak membelakangkan
etika dan amanah terhadap tanggungjawab dan kerja. Mengekalkan
keseimbangan alam, menjaga keharmonian, memelihara kemaslahatan umum,
memenuhi tanggungjawab sosial dan menggabungkan antara pengetahuan dan
kemahiran dalam menghasilkan ciptaan yang terbaik buat Islam dan ummah.”

7
BAB 1
====================================

TOPIK 2
SEJARAH
KEMUNCULAN
DAN
PERKEMBANGAN
KEJURUTERAAN
DALAM
ISLAM

8
Pengenalan

Bagi ramai orang, artifak kejuruteraan terekacipta daripada sains gunaan iaitu
sebagai hanya kegunaan hukum-hukum sains sahaja untuk mencapai tujuan
praktik tanpa mempunyai asas ilmu tersendiri yang merdeka. Ilmu kejuruteraan
dan teknologi yang termasuk juga rekacipta, seolah-olah dianggap sebagai ilmu
yang lebih rendah martabatnya daripada ilmu sains kerana hanya merupakan
kegunaan praktik ilmu sains (Critchley 1988). Ini merupakan suatu kesimpulan
mudah yang tidak mengambil kira sifat tabii kejuruteranan dan teknologi yang
amat berbeza dengan sifat tabii sains. Kefahaman ini merupakan salah faham
beberapa ahli sejarah teknologi pada tahun-tahun 50-an dan 60-an yang
menganalisis peranan makmal industri menghasilkan produk teknologi sejak
tahun-tahun 20-an dan selepas Perang Dunia Kedua. Malah kefahaman
mendalam tentang hukum-hukum sains tidak mungkin menghasilkan rekacipta
artifak kejuruteraan secara langsung kerana kefahaman itu hanya merupakan
sebahagian daripada unsur-unsur penting tetapi tidak semestinya perlu dalam
proses penciptaan yang menghasilkan artifak kejuruteraan atau teknologi.
Pengamal kejuruteraan yang berpengalaman tahu bahawa kejuruteraan
merupakan ilmu yang bebeza dengan ilmu sains. Malah banyak kajian beberapa
dekad terakhir abad ke-20 telah mengesahkan bahawa ilmu teknologi dan
kejuruteraan merupakan ilmu-ilmu yang berdiri sendiri dan asing daripada ilmu
sains walaupun ilmu itu juga mengandungi komponen ilmu sains yang penting
(Vincenti 1990). Kaedah kejuruteraan yang menghasilkan ilmu ini juga
mempunyai kesamaan dengan kaedah sains akan tetapi juga mempunyai ciri
yang berlainan daripada kaedah sains dan perbezaan itu menyerlahkan kaedah
itu sebagai kaedah kejuruteraan yang merdeka. Sebelum kaedah kejuruteraan
yang termasuk juga kaedah rekacipta difahami, kefahaman tentang kejuruteraan
itu perlulah dibincangkan dahulu. Pendekatan sejarah digunakan untuk
menjelaskan kesan sosio-budaya dan agama atau kepercayaan tempatan
terhadap perkembangan ilmu kejuruteraan dan jenis artifak teknologi khusus yang
terekacipta sepanjang zaman.

9
Ilmu Kejuruteraan dan Teknologi Purba: Mesir, Yunani & Bizantium

Istilah jurutera yang diterjemah daripada perkataan Inggeris engineer merupakan


istilah baru yang hanya berusia kira-kira 250 tahun. Profesion jurutera purba telah
bermula lebih awal lagi iaitu lebih dari 4,500 tahun dahulu apabila pembinaan
pengairan, makam diraja dan kuil pada zaman purba mencapai peringkat terlalu
besar yang memerlukan seorang tukang mahir untuk mereka-bentuk, merancang
dan mengurus pembinaan bangunan-bangunan itu. Catatan tentang pembina dan
jurutera terawal Imhotep, pembina piramid Fir’aun Netjerikhet daripada Dinasti
Ketiga di Saqqara, Mesir pada tahun 2603 SEB yang merupakan makam Fir’aun
itu (De Camp 1963), yang terukir pada dinding dalam makam yang lain pula,
hanya menunjukkan amalan praktik pembinaan piramid seperti mengangkut blok
batu dari Asyut di atas tongkang yang mudek sungai Nil, menarik batu dari
dermaga ke tapak piramid di atas tanah yang dilumuri pelincir tanpa
menggunakan roda, dan mengangkat blok batu itu ke atas piramid melalui satah
condong tanah tanpa menggunakan kapi. Piramid, artifak teknologi yang
direkacipta sebagai makam diraja yang “kebal” terhadap penyamun kubur
merupakan kesan sosio-budaya dan agama Mesir yang mementingkan kehidupan
selepas mati terhadap artifak khusus. Rahsia ilmu seni bina dan kejuruteraan
purba Mesir ini terus diwarisi oleh ahli seni bina dan jurutera Parsi, Yunani, Rom
dan Islam selepas kerajaan-kerajaan Parsi, Yunani, Rom dan Islam sileh berganti
menakluki Mesir (De Camp 1963). Artifak teknologi khusus yang direkacipta
mungkin berbeza mengikut sosio-budaya dan agama masing-masing akan tetapi
masalah kejuruteraan yang dihadapi masih sama walaupun berbagai-bagai cara
digunakan bagi mengatasi masalah-masalah itu.

Satu lagi arus ilmu kejuruteraan penting bukan seni bina itu ialah ilmu mekanik
yang pertama kali dicatat di dalam buku-buku kejuruteraan mekanik terawal
seperti Mechanica karya Straton di Athens, Greece pada kira-kira 300 SEB,
Mechanicha karya Philon dan Pneumatica karya Hero dari Iskandariah, Mesir
pada 300 SEB dan Belopoietica dan Mechanica karya Ktesibios di Iskandariah,
Mesir pada 230 SEB kira-kira 2 millenium kemudian (De Camp 1963), yang
menumpu kepada kajian praktik bukan seni bina tentang alat mekanik berasaskan

10
kuasa hidraulik dan pneumatik seperti pam air, pengangkat hidraulik, jam air,
turbin stim, aeolipile dan organ pneumatik. Hero (300 SEB) dalam karyanya itu
menunjukkan bahawa berbagai-bagai kesan praktik boleh dihasilkan daripada air
dan angin dengan mengolah konfigurasi atau reka bentuk alat. Ini merupakan
perbincangan mudah pertama tentang rekacipta dan reka bentuk artifak teknologi
dan kesannya terhadap fungsi alat-alat itu. Kecenderungan menghasilkan artifak
teknologi hidraulik berasaskan air dipengaruhi oleh kedudukan Iskandariah dan
Bizantium di tepi pantai dan keperluan air bagi tanaman di lembah Sungai Nil.
Artifak khusus seperti jam air, mesin layan diri bagi mendapat air suci dan organ
pneumatik diperlukan dalam berbagai-bagai upacara agama Yunani Helenestik
yang banyak itu. Perkataan teknologi itu sendiri berasal daripada perkataan
Yunani, techne yang bermaksud membuat sesuatu benda atau bertukang dan
sering dihubungkan dengan seni. Malah teknologi asalnya juga bermakna
pertukangan dan seni.

Kira-kira hampir menjelang millenium terdahulu pada zaman Rom, kedua-dua


cabang ilmu seni bina dan ilmu mekanik Mesir-Yunani itu dicantum oleh Marcus
Vitruvius Pollio di dalam karyanya De Architectura pada 27 SEB dalam bahasa
Latin (Pollio 27 SEBa) yang banyak mempengaruhi ahli seni bina dan jurutera di
Asia Barat dan Eropah hingga ke zaman Renaissance. Ahli seni bina dan jurutera
Yunani digelar Arkitekton atau dalam bahasa Latin, Architectus. Pollio yang lebih
dikenali sebagai Vitruvius, telah pertama kali mencadangkan dalam bukunya ini
bahawa seni bina dan kejuruteraan yang tercantum ini mempunyai dua bahagian
iaitu bahagian teori dan bahagian teknik atau praksis manakala pertukangan pula
hanya mempunyai bahagian teknik atau praksis sahaja (Pollio 27SEB a,b). Inilah
yang membezakan seni bina dan kejuruteraan daripada pertukangan. Bahagian
teori yang dimaksudkan di sini ialah ilmu rekacipta dan reka bentuk artifak seni
bina dan kejuruteraan.

Mengikut teori seni bina dan kejuruteraan Vitruvius itu, reka bentuk bangunan
atau artifak kejuruteraan itu terdiri daripada kepadanan atau kecocokan (ordinatio
(Latin) atau taxis (Greek)) iaitu penskalaan saiz setiap bahagian terhadap
keseluruhan artifak secocok dengan tujuan setiap bahagian yang melibatkan

11
dimensi; gubahan (dispositio (Latin) atau diathesis (Greek)) iaitu susunan betul
semua komponen atau bahagian artifak itu dalam rekacipta dan reka bentuk yang
melibatkan perkadaran, keseragaman dan ketekalan; dan ekonomi (aeconomia
(Latin dan Greek)) iaitu kesesuaian artifak itu dengan kebolehdapatan dan kos
bahan bekalan, kualiti artifak yang dikehendaki dan harga artifak yang
dirundingkan (Pollio 27 SEBa,b). Bagi menghasilkan reka bentuk artifak itu yang
kuat (firmitas (Latin)) , boleh digunakan dan berfungsi seperti yang direka bentuk
(utilitas (Latin)) dan indah dan anggun (venustas (Latin)), gubahan (dispositio)
perlu menggunakan perkadaran Tuhan seperti kadar unggul atau keratan emas,
kadar harmoni musik dan kadar antara anggota tubuh manusia, dan hukum
simetri tubuh manusia (Pollio 27 SEBa,b). Mesin pula adalah gabungan banyak
roda yang menggerakkan beban yang berat melalui gerakan membulat roda-roda
itu seperti gerakan cakerawala dalam alam tabii (Pollio 27 SEB c,d). Jelas di sini
bahawa mengikut Vitruvius, reka bentuk bangunan atau rekacipta artifak
kejuruteraan hendaklah meniru ciptaan Tuhan melalui penggunaan perkadaran
Tuhan bagi menjamin kekuatan, kebolehgunaan dan keindahan reka bentuk itu.
Perkadaran Tuhan itu yang wujud di dalam kedua-dua alam besar (makrokosmos)
dan alam kecil (mikrokosmos) boleh diperolehi dengan mudah di dalam
mikrokosmos seperti tubuh manusia itu. Pengaruh Pythagoras amat jelas dalam
penggunaan kadar unggul dan kadar harmonik dan pengaruh al-Kimiya Mesir dan
Hermes Greek dalam penggunaan tubuh manusia sebagai mikrokosmos bagi
mencerminkan makrokosmos itu. Hukum mekanik yang menentukan gerakan
mesin juga ditiru daripada gerakan dalam alam tabii yang dicipta oleh Tuhan
(Pollio 27SEBc,d). Pada akhir bukunya itu juga, Vitruvius mendapati sesetengah
mesin yang berjaya dijalankan pada skala model kecil, gagal berfungsi pula pada
skala penuh seperti enjin perang pemusnah bandar (helepolis) di bandar Rhodes
yang gagal walaupun berasaskan model kecil yang terbukti berjaya (Pollio
27SEBe,f). Masalah peningkatan skala sebarang reka cipta ini merupakan satu
masalah berterusan di dalam ilmu kejuruteraan.

12
Ilmu Kejuruteraan dan Teknologi Melayu & Islam

Di alam Melayu, artifak teknologi asli Melayu hanya ditemui selepas abad ke-2
EB. Antara artifak teknologi yang dihasilkan oleh orang Melayu yang berkait rapat
dengan budaya pedagang, pelaut dan nelayan Melayu itu ialah jong dan perahu.
Bukti terawal kewujudan jong itu di Alam Melayu ialah pada tinggalan perahu
Pontian (Evans 1927, Gibson-Hill 1952) yang wujud pada abad ke-3 EB dan
beberapa ukiran jong di Borobodor yang dipercayaai dibina pada abad ke-8 EB
(Wan Ramli 1993). Tukang merupakan nama ahli teknologi Melayu tradisional
yang sering digabungkan dengan kemahiran tertentu manakala pandai pula
merupakan nama ahli teknologi Melayu khas yang mahir dalam pertukangan besi
dan keris. Tukang yang mahir merekacipta dan membina perahu di Terengganu
digelar tukang timbal kerana beliau memasang atau “menimbal” kedua-dua
dinding jong atau perahu di atas lunas dan linggi dahulu sebelum memasang kun
atau rangka perahu atau jong itu supaya perahu atau jong itu akan terapung tegak
dan seimbang, tidak berat sebelah atau tidak tumbang dan tidak tenggelam
apabila dilancarkan ke dalam air (Pisol 2003). Penimbalan juga mepengaruhi
bentuk perut perahu dan kelajuan pelayaran perahu. Selain itu, tukang timbal
menggunakan nisbah mudah yang diwarisi turun-temurun bagi menentukan sudut
condong linggi setiap jenis dan saiz perahu (Pisol 2003). Semua ilmu itu
berasaskan heuristik dan petua yang dipelajari melalui guru atau melalui
pengalaman yang lama. Ilmu kejuruteraan Melayu asli bersifat teori yang bertulis
masih belum dapat dikesan lagi kerana ilmu pertukangan Melayu itu diwarisi
daripada guru kepada murid turun temurun melaui mulut.

Lantaran Empayar Islam telah menguasai kawasan yang sama dengan kawasan
pantai dan padang pasir kering kontang helenistik-rom dan harus menyelesaikan
masalah kekurangan air yang sama, ilmu mekanik Hero di dalam Mechanica itu
diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh Qusta bin Lugqa seawal abad ke-9 EB dan
digunakan untuk membina berbagai-bagai alat pengangkat air, jam air dan pam
air di seluruh Empayar Islam. Karya inilah dan perintah Sultanlah yang
mengilhamkan pula Banu Musa bin Shakir (dalam Kitab al-Hiyal, Buku Peranti
Mekanik pada abad ke10 EB) dan Ibn Razzaz al-Jazari (dalam Al-Jami’ Bayn al-

13
‘Ilm wa al-‘Amal al-Nafi’ fi Sina’at al-Hiyal, Himpunan Ilmu dan Amalan
Bermanfaat Seni Mekanik dan Kitab fi Ma’rifat al-Hiyal al-Handasiyya, Buku
Pengetahuan Tentang Peranti Mekanik pada abad ke-13 EB) untuk
mengungkapkan teori mesin yang bergerak sendiri atau automaton di dalam
berbagai-bagai jenis peranti automaton yang menggunakan mesin tersorok (Banu
Musa bin Shakir 860, Ibn Razzaz Al-Jazari 1206EB, Al-Hassan, 1986, Nasr 1976),
jam air yang menggunakan kawalan suap balik (Ibn Razzaz Al-Jazari 1206EB, Al-
Hassan, 1986) dan pam air piston dua omboh berlawanan yang pertama kali
menggunakan engkol ketika menukar gerakan putaran kepada gerakan salingan.
Penciptaan artifak khusus berupa jam lebih jitu itu yang menggunakan kawalan
suap balik pertama amat diperlukan bagi amalan solat dalam agama Islam.
Automaton dan jam air itu bergerak sendiri di dalam mikrokosmos mengikut kadar
laju yang ditentukan penciptanya, seolah-olah seperti cakerawala-cakerawala
yang bergerak di dalam makrokosmos di langit pada kadar laju yang telah
ditentukan oleh Tuhan. Automaton penuang minuman yang dihasilkan oleh al-
Jazari dengan menggunakan gear, kapi dan kuasa air merupakan contoh pertama
robot dalam sejarah kejuruteraan sibernetik. Teknologi yang dihasilkan pada
Zaman Islam digelar sina’ah yang masih bermaksud pertukangan dan seni.
Beberapa ciri penting reka cipta Banu Musa dan al-Jazari ialah keindahan dan
kenggunan; kemanfaatan dan praksis, dan pengendalian berterusan seperti
automaton. Mesin bukan hanya dapat memberi manfaat kepada rakyat dan amat
praktikal akan tetapi juga suatu karya seni halus dan suatu automaton yang
menghiburkan. Walaupun pada awalnya ilmu mekanik itu merupakan warisan
helenistik-rom akan tetapi kedua-dua Banu Musa dan al-Jazari mereka cipta
mesin yang asli seperti reka cipta engkol bagi penukaran gerakan putaran kepada
gerakan ulang alik dan sistem kawalan suap balik di dalam jam air.

Teknologi Kimia & Al-Kimiya

Satu lagi ilmu yang banyak menerima sumbangan ahli sains dan teknologi Islam
dan yang akhirnya menjadi industri besar kimia moden ialah al-kimiya. Ilmu al-
kimiya jugalah yang melahirkan teknologi kimia dan kejuruteraan kimia moden.
14
Perkataan kimia dalam Bahasa Melayu dan perkataan Chemistry dalam Bahasa
Inggeris berasal daripada al-kimiya dalam Bahasa Arab. Perkataan Arab ini pula
dikatakan berasal daripada perkataan chemiya dalam Bahasa Greek-Helenistik.
Mahdihassan berpendapat bahawa al-kimiya berasal daripada perkataan Cina,
Chin-Ia (Nasr, 1976), manakala Needham pula berpendapat bahawa perkataan
itu berasal daripada kim dalam Bahasa Cina dialek Guangdong yang bermaksud
penukaran seperti dalam ungkapan lien kim shok tentang penukaran logam
murah kepada emas (Needham, 1986). Ilmu al-kimiya ini dikatakan dimulakan
oleh tamadun Cina dan Greek-Helenistik purba yang kemudiannya diwarisi dan
dikayakan dengan berbagai-bagai sumbangan oleh tamadun Islam. Ilmu ini
bermula dalam tamadun Islam sebagai ilmu yang mempunyai dua dimensi iaitu al-
kimiya zahir dan al-kimiya batin seperti yang dipelopori oleh Jabir bin Hayyan
pada abad kelapan/kesembilan EB. Al-kimiya yang dipelopori Jabir selain
daripada merupakan cara membuat berbagai-bagai bahan kimia, merupakan juga
satu usaha menukar timah hitam kepada emas dengan perantaraan batu failasuf
atau al-iksr. Lebih daripada seabad kemudian iaitu pada abad
kesembilan/kesepuluh EB, al-Razi telah menolak dimensi batin ini dan
menumpukan perhatiannya kepada aspek zahir sahaja. Di sinilah mulanya kimia
moden. Teknologi kimia merupakan satu bidang teknologi yang kini amat penting
dengan berbagai-bagai penggunaan dalam kehidupan manusia moden. Teknologi
boleh ditakrifkan sebagai bahan atau alat hasil teknologi itu atau penukaran
bahan asli atau bahan buatan kepada bahan atau alat yang berguna (lihat Wan
Ramli bin Wan Daud, 1990). Teknologi kimia pula merupakan bahan-bahan kimia
yang dihasilkan untuk kegunaan manusia ataupun teknik atau proses pembuatan
bahan-bahan kimia ini.

Sumbangan besar tamadun Islam dalam bidang teknologi kimia ialah antara lain
proses penyulingan (taqtir atau tas`id), peralatan teknologi kimia dari bikar hingga
ke penyuling (qar` dan al-ambiq); dan kaedah menghasilkan minyak pati (`itr), naft
atau naftah (petroleum), al-kuhul (alkohol), asid galian seperti asid nitrik, sulfurik
(ruh al-saj) dan hidroklorik; dan al-qali (alkali) melalui antara lain proses
penyulingan ini. Para ahli teknologi kimia Islam juga telah mencipta proses
pembuatan sabun keras, memperbaiki proses pembuatan kaca, dan licauan untuk
15
tembikar serta mencipta ubat bedil atau barud. Ahli al-kimiya Islam seperti Jabir
dan al-Razi dalam penulisan mereka telah mengetahui bahawa pembuatan bahan
kimia berlaku melalui proses-proses kimia seperti penyulingan, penyejatan,
pengeringan, penurasan, penghabluran, pemejalwapan dan sebagainya (al-
Hassan dan Hill 1986 dan Nasr 1976). Konsep perubahan kimia melalui beberapa
peringkat proses ini merupakan satu konsep kejuruteraan kimia yang penting iaitu
konsep kendalian unit. Konsep ini akan dihidupkan semula oleh perintis
kejuruteraan kimia moden, G. E. Davis di England hampir seribu tahun kemudian.

Walau pun ada laporan bahawa terdapat ahli kimia Helenistik di Iskandariah
seperti Pliny (abad pertama Masehi), yang tahu tentang penyulingan akan tetapi
penggunaannya dalam kimia Helenistik amat terhad sekali seperti yang jelas
diketahui tentang kimia di zaman Helenistik itu (Davies dalam Furter, 1980). Al-
Kindi dalam bukunya Kitab Kimiya al-`Itr wa al-Tas’idat (Buku tentang Kimia
Minyak Pati dan Pemejalwapan (Penyulingan)) yang diterbitkan pada abad
kesembilan Masehi telah memperihalkan beberapa jenis penyuling (al-Hassan
dan Hill, 1986). Penyuling-penyuling ini dipanaskan oleh rendaman air ataupun
oleh api, dan cecair yang meruwap disejuk dan diwapcairkan di permukaan
kepala penyuling dan tiub panjang dengan pemindahan haba ke udara sekeliling.
Ahli kimia Islam juga telah mencipta penyuling jenis retort. Walaupun ketiga-tiga
jenis penyuling ini, tidak menunjukkan penyejukan sulingan dengan air akan tetapi
penyejuk air sejenis penyuling yang moden masih digelar kepala orang Moor
(Muslim di Maghrib). Paradoks ini hanya boleh dijelaskan dengan menganggap
penyejukan sulingan dengan air merupakan perkembangan akhir penyuling dari
tamadun Islam. al-Hassan seorang ahli sejarah teknologi Islam telah
mencadangkan bahawa penyulingan merupakan sumbangan ahli teknologi Islam
yang amat penting kepada perkembangan teknologi kimia moden (al-Hassan dan
Hill, 1986).

Melalui penyulinglah, ahli kimia Islam telah berjaya mengasingkan al-’atr atau
minyak pati daripada bunga dan tumbuhan seperti yang diperihalkan oleh al-Kindi
dalam bukunya itu. Al-’atr merupakan bahan yang digemari oleh Rasulullah s.a.w.
dan disunatkan memakainya ketika hendak menunaikan solat. Oleh itu, industri

16
minyak pati tumbuh menjadi satu industri yang tidak ada tolok bandingnya
sebelum atau selepas itu. Pusat industri ini ialah Damshik dan minyak pati dan air
mawar diekspot hingga ke India dan Cina. Al-Dimashki telah menulis Kitab
Nukhbat al-Dahr pada abad seterusnya tentang industri ini di Damshik (al-Hassan
dan Hill 1986).

Ahli teknologi kimia Islam telah buat pertama kalinya menggunakan penyuling
untuk memisahkan minyak mentah dari Baku kepada naft putih (pecahan ringan)
dan naft hitam (pecahan berat). Warisan ini jelas diungkapkan dalam istilah
Inggeris naphtha yang masih digunakan secara meluas untuk pecahan minyak
yang mengandungi rantai lurus C6 yang juga merupakan ramuan terpenting untuk
minyak petrol yang digunakan dalam enjin kebakaran dalaman kereta. Al-Razi
telah memperihalkan penyulingan minyak mentah dalam Kitab Sirr al-Asrar (al-
Hassan dan Hill, 1986). Industri minyak ini berkembang di Baku, Mosul, Sinai dan
Khuzistan, dan daerah-daerah ini masih menghasilkan minyak mentah hinggalah
ke hari ini. Sifat minyak naft sebagai pelarut dan sebagai bahan yang mudah
terbakar telah dicerap dan digunakan oleh ahli teknologi kimia Islam.

Ilmu Kejuruteraan & Seni Bina Pasca Vitruvius

Pada abad ke 16 EB, mi’mar Sinan, seorang ahli seni bina dan jurutera Islam
agung, meneruskan tradisi seni bina dan kejuruteraan Yunani-Rom yang terwujud
di dalam Gereja/Mesjid Hagia Sophia itu dengan menyumbang inovasinya sendiri
dalam pembinaan mesjid dengan merekacipta bumbung atau kubah Mesjid yang
tergantung bagaikan langit untuk menghasilkan kesatuan ruang yang besar bagi
mengungkapkan kebesaran Tuhan dan membolehkan orang ramai
bersembahyang jemaah setiap waktu sembahyang (Besnier-Kilicoglu 1988,
Necipoglu 1993). Penyokongan kubah besar Mesjid Shehzade dengan empat
separuh kubah di setiap pepenjurunya di atas ruang segiempat menyebabkan
kubah besar itu seolah-olah tergantung tanpa tiang seperti langit sebenar yang
dicipta Tuhan (Besnier-Kilicoglu 1988). Mengikut Sinan, ilham struktur kubah
besar yang disokong oleh banyak separuh kubah itu datang daripada
17
pemerhatiannya terhadap buih-buih yang saling sokong menyokong di antara satu
sama lain (Necipoglu 1993). Sinan memajukan lagi struktur kubah besar
tergantung bagaikan langit itu dengan penyokongan kubah besar Mesjid
Suleyminye oleh dua separuh kubah dan dua ruang sayap di atas ruang
segiempat yang diikuti oleh penyokongan kubah besar Mesjid Selimeye oleh
empat tembok sambut berflut di atas ruang heksagon (Besnier-Kilicoglu 1988).
Kesatuan ruang itu merupakah perlaksanaan prinsip kesatuan dalam seni bina
yang dilhamkan daripada kefahaman dan keyakinan ilmu Tawhid. Sinan juga
meniru bentuk makhluk Tuhan seperti buih-buih yang mempunyai struktur yang
saling menyokong di antara satu sama lain bagi reka cipta kubah-kubahnya itu .

Pada hampir masa yang sama, Leon Battista Alberti, ahli seni bina dan jurutera
Renaissance di Itali itu, telah mengungkap semula dalam bukunya De Re
Aedificatoria (Tentang Seni Pembinaan) prinsip kejuruteraan Vitruvius bahawa
seni bina dan kejuruteraan itu berasaskan dua bahagian yang saling terikat iaitu
aqal (ratio) atau teori seni bina dan pertukangan (praksis) atau pembinaan yang
indah (Alberti 1486). Ahli seni bina dan jurutera itulah yang mengungkapkan
keindahan Tuhan di dalam bangunan atau artifak ketika melahirkan reka bentuk
bangunan atau artifak yang indah itu di dalam aqalnya dan oleh demikian itu
jugalah beliau akan bertanggung jawab terhadap pertimbangan itu (Anstey 2005,
Alberti 1486). Malah keindahan bagi Alberti tidak bergantung kepada bahan yang
mahal atau hiasan tetapi kepada gubahan yang terkadar mengikut nombor,
perkadaran Tuhan dan simetri. Keindahan adalah keadaan sesuatu gubahan
bangunan atau rekacipta artifak yang tidak dapat diubah lagi tanpa memburukkan
artifak itu lagi (Alberti 1486).

Ilmu Kejuruteraan & Teknologi Moden

Apabila industri tekstil England mula berkembang pada awal abad ke-18 EB
ketika Revolusi Industri, mesin penggatih benang dan penenun menjadi semakin
besar dan kompleks sehingga memerlukan tenaga yang lebih kuat daripada
tenaga yang dihasilkan roda air hentaman dada warisan Zaman Pertengahan.
18
Meskipun teori roda air pertama kali dipelopori Antoine Parent di Perancis akan
tetapi kajian empirik John Smeatonlah di England yang berjaya menghasilkan
model empirik pertama roda air (Calder 1994). Dalam mengembangkan modelnya
itu, Smeaton menggunakan suatu kaedah kejuruteraan umum bagi menghasilkan
artifak teknologi dengan menggodek-godek artifak asal dan menguji prestasi
artifak yang tergodek-godek itu dengan mengubah nilai halaju dan beban roda
(Smeaton 1796). Kaedah penggodek-godekan ini kini dikenali sebagai ujian
berparameter dalam kejuruteraan moden. Masalah penskalaan diabaikan dengan
menguji roda bersaiz sebenar.

Keperluan pengepaman air daripada dasar lombong timah dan arang batu yang
jauh daripada sungai di England abad ke-18 dan pengetahuan bahawa
pemeluwapan stim menghasilkan vakum yang membolehkan tekanan udara
menolak naik air lombong juga mencetuskan idea pam air oleh Newcomen yang
menggunakan stim yang berulang kali diwapcairkan di dalam silinder yang sama.
Bagi menjimatkan bahan api yang digunakan untuk menghasilkan stim yang
sentiasa dipeluwapkan dan diperlukan bagi memanaskan kembali silinder, James
Watt yang mendapat ilham ketika bersiar-siar di the Green of Glasgow (Hart
1875), telah menggodek-godek enjin stim Newcomen itu bagi mengasingkan
pemeluwapan stim di dalam silinder yang lain, justeru menghasilkan enjin stim
dua silinder yang jauh lebih baik dan cekap daripada enjin Newcomen.
Pencetusan idea dua silinder Watts itu terhasil dengan mudah kerana Watts
bukan jurutera lombong yang taksub kepada paradigma enjin satu silinder
Newcomen tetapi pembuat alat saintifik di Glasgow di luar komuniti pelombong,
yang lebih mudah menjana dan menerima idea baru. Peningkatan tekanan dan
kuasa serta penurunan saiz dan berat enjin stim melalui penggodek-godekan oleh
Richard Trivithick di England dan Oliver Evans di Amerika telah membolehkan
George dan Robert Stephenson di England mencipta keretapi pertama dan
Robert Fulton di Amerika mencipta kapal berenjin stim pertama yang berjaya.

Istilah Inggeris engineer pertama kali digunakan untuk jurutera tentera dan
kemudian untuk juruteknik yang mengendali enjin stim. Perkataan Inggeris lama
engine berasal daripada perkataan Latin Ingenerate yang bermaksud mencipta.

19
Kepesatan kemajuan ilmu kejuruteraan ketika Revolusi Industri ini yang kian
melibatkan lebih banyak artifak bukan bina seperti berbagai-bagai jenis mesin dan
enjin dengan kaedah pembuatan yang tersendiri menimbulkan ketegangan di
antara komponen seni bina dan kejuruteraan dalam profesion ahli seni bina dan
jurutera. Artifak bukan bina (teknologi) yang dibuat dengan banyak oleh perkakas
mesin mempunyai rupa yang sama dan oleh itu telah hilang keseniannya.
Teknologi kini bukan lagi seni. Kejuruteraan dan seni bina mula terpisah dengan
perisytiharan John Smeaton pada tahun 1768 bahawa beliau adalah seorang
jurutera awam dan bukan lagi ahli seni bina untuk membezakan dirinya daripada
jurutera tentera atau juruteknik enjin stim. The Lunar Society yang diketuai
Smeaton ditukar kepada Society of Civil Engineers selepas kematiannya pada
tahun 1771, yang kemudian menjadi institusi profesion jurutera pertama, The
Institution of Civil Engineers pada tahun 1825. Penciptaan pemintal benang,
penenun kuasa dan enjin stim pula menggalakkan penciptaan berbagai jenis
mesin yang seterusnya melahirkan profesion kejuruteraan kedua iaitu
kejuruteraan mekanik dengan penubuhan The Institution of Mechanical Engineers
pada tahun 1847.

Pada zaman Revolusi Industri itu kejuruteraan ditanggap oleh pengamalnya


sebagai suatu seni atau seni “saintifik” yang menumpukan kuasa hebat alam tabii
untuk kegunaan dan manfaat manusia (Tredgold, 1828, Critchley, 1988).
Tanggapan ini timbul daripada rasa amat gembira dan bangga atas pencapaian
kejuruteraan Inggeris mendahului Dunia yang tunduk kepada kuasa Imperial
British dan menerima impot barangan buatan Britain yang murah sehingga
meruntuhkan industri sendiri seperti yang berlaku kepada industri tekstil India
pada zaman penjajahan British. Tanggapan kejuruteraan sebagai satu seni yang
tidak bergantung kepada sains itu juga mengandungi kefahaman bahawa
kejuruteraan merupakan ilmu yang benar-benar merdeka dan berautonomi dan
bukan sekadar ilmu terbitan sains semata-mata. Sebaliknya, kejuruteraan
ditanggap oleh masyarakat elit British sebagai bidang yang tidak sesuai
diamalkan oleh golongan mereka kerana pengamalnya dianggap mempunyai
status yang lebih rendah (Snow 1959; Critchley 1988). Malah golongan pekerja
kilang amat mencurigai jurutera yang seringkali mencipta mesin baru bagi
20
menggantikan mereka dan mereka bergerak merosakkan mesin-mesin itu di
dalam gerakan Luddisme yang terkenal itu.

Walaupun Michael Faraday, ahli sains Inggeris yang pertama kali menemui kesan
aruhan elektro magnet, beliau tidak pula terfikir untuk mencipta penjana elektrik
yang praktikal. Pada permulan Revolusi Industri Ke-2, penciptaan penjana elektrik
teruja kendiri oleh Siemen dan Wheatstone di Eropah dan oleh Edison dan Tesla
di Amerika Syarikat pada hujung abad ke-19 telah melahirkan disiplin
kejuruteraan elektrik yang baru. Kejuruteraan kimia pula terlahir pada masa yang
sama apabila G. E. Davis menerbitkan bukunya Handbook of Chemical Engineers
yang mengandungi berbagai-bagai alat yang digunakan di dalam kilang kimia.
Teknologi elektrik yang mendahului kejuruteraan elektrik mempunyai sejarah yang
agak singkat selama hanya beberapa abad sahaja manakala teknologi kimia yang
mendahului kejuruteraan kimia mempunyai sejarah yang lama sekurang-
kurangnya sejak abad pertama EB.

Kefahaman Baru tentang Kejuruteraan dan Reka Cipta

Kejuruteraan bukanlah hanya sains gunaan semata-mata akan tetapi merupakan


ilmu unik dan berautonomi yang mempunyai ciri dan tradisi tersendiri.
Kejuruteraan ialah ilmu tentang teori dan amalan rekacipta dan reka bentuk
sistem dan peranti kejuruteraan dan penggunaan teori fizik, kimia atau biologi
dalam sistem dan peranti kejuruteraan itu untuk menghasilkan sesuatu artifak
teknologi melalui reka bentuk, pembuatan atau pembinaan, dan pengendalian
artifak teknologi itu (Wan Ramli 1990). Takrif awal ini mengandaikan bahawa
jurutera silam juga tahu tentang teori sains sebelum merekacipta artifak teknologi
dan pengetahuan teori sains itu merupakan syarat kejayaan sebarang reka cipta.
Tanggapan ini lemah kerana ramai jurutera purba yang jahil tentang teori sains
telah mereka cipta berbagai artifak teknologi yang praktik dan berjaya. Malah
hampir semua reka cipta moden seperti pesawat terbang, enjin pembakaran
dalaman dan motor elektrik direka cipta oleh jurutera yang tidak menguasai
sebarang teori sains bagi membantu reka cipta. Walaupun banyak sains
21
digunakan dalam pengembangan teknologi terkini, sains itu hanyalah digunakan
bagi menganalisis suatu artifak yang telah direka cipta dan reka bentuk bagi
memperbaiki lagi prestasi artifak itu dan bukan bagi mereka cipta artifak yang
serba baru.

Ini berbeza dengan sains yang merupakan analisis fenomenon alam tabii atau
jasmani atau fizikal secara bersistem, bermantik dan objektif iaitu tidak berat
sebelah, dengan menggunakan kaedah khusus yang jitu dan diperantikan untuk
mewujudkan penumpukan pengetahuan iaitu ilmu baru yang bermakna tentang
kebenaran dan/atau hukum alam tabii yg boleh dipercayai (Shaharir 1990).
Pendek kata, ilmu sains hanya menumpukan kepada penemuan hukum alam
tabii, manakala ilmu kejuruteraan menumpu kepada kelakuan sistem dan peranti
kejuruteraan. Kedua-dua kelakuan sistem dan peranti kejuruteraan dipengaruhi
bukan sahaja oleh hukum alam tabii sahaja akan tetapi juga oleh konfigurasi atau
reka bentuk khusus sistem atau peranti itu yang menyebabkan hukum alam
bertindak dalam bentuk tertentu yang seterusnya membolehkan sistem atau
peranti kejuruteraan itu berfungsi seperti yang dikehendaki oleh pereka-bentuknya
yang dipenuhi oleh prinsip operasinya.

Kaedah Kejuruteraan dan Reka Cipta

Kaedah kejuruteraan pula ialah kaedah memperoleh ilmu praktik melalui


pemilihan, rekacipta atau reka bentuk ataupun teknik yang bergantung kepada
ilham, intuisi dan heuristik, pengujian reka bentuk atau teknik tersebut melalui
ujian meja atau ujian berbentuk simulasi dengan menggunakan pengetahuan
tentang sains dan matematik atau ujian berbentuk contoh sulong atau loji perintis
yang berasaskan kepada data empirik, induksi dan deduksi. Pemilihan, reka cipta
atau reka bentuk itu digelar sintesis kerana prinsip pengendalian dan konfigurasi
artifak asas digabungkan atau disintesiskan dengan menggunakan ilham, intuisi
dan heuristik bagi menjelmakan reka cipta itu ke alam nyata.

22
Jurutera purba menguji reka ciptanya dengan menggodek-godekkan langsung
artifak itu secara rambang. Ujian berparameter yang mula digunakan oleh
Smeaton terhadap roda air itu merupakan penggodek-godekan yang lebih teratur
melalui perubahan parameter-parameter yang mempengaruhi prinsip
pengendalian artifak reka cipta itu. Ujian simulasi jurutera purba yang
menggunakan model kecil sering gagal apabila artifak sebenar yang lebih besar
dibina kerana masalah peningkatan skala seperti yang diperikan oleh Vitruvius
2000 tahun yang lalu itu. Ketidaksetaraan skala artifak kejuruteraan itu yang
menyukarkan penterjemahan reka bentuk artifak kepada pembinaan atau
penggunaan artifak itu pada skala sebenar, boleh diukur secara empirik melalui
ujian berparameter dan penggodek-godekan loji perintis atau contoh sulong
artifak itu pada beberapa skala akan tetapi peningkatan skala itu mahal dan data
dan korelasi empirik yang dihasilkan oleh ujian itu juga tidak pasti betul.

Pada ambang revolusi sains, Galileo yang mempelopori ilmu mekanik moden
berasaskan matematik telah juga pertama kali menemui model matematik artifak
kejuruteraan pertama bagi rasuk julur yang memecah tradisi penggunaan model
geometri Vitruvius yang terhad kepada bentuk geometri yang stabil sahaja itu.
Model matematik reka cipta artifak itu membolehkan jurutera moden meramal
prestasi reka cipta artifak pada skala lebih besar pada kos yang lebih murah dan
tanpa membina artifak itu pada skala besar yang tidak pasti berfungsi dengan
baik. Meskipun teknologi komputer moden membolehkan ujian peningkatan skala
yang menggunakan model matematik itu mensimulasi model artifak itu pada skala
yang lebih besar dan pada batasan pengendalian tertinggi tanpa membina artifak
teknologi itu pada skala sebenar, kesahihan ujian simulasi itu pun amat
bergantung kepada kecocokan model matematik dengan artifak rekacipta itu dan
tidak kepada kerumitan model matematik yang digunakan.

Kaedah sains pula ialah kaedah memperoleh ilmu asas melalui pembinaan teori
secara logik dengan menggunaan aruhan (induksi) dan deduksi, menggunakan
data empirik yang diperolehi melalui cerapan langsung fenomena alam nyata atau
cerapan dalam uji kaji terkawal dengan menggunakan peranti bagi membuktikan
sebarang teori dengan menguji kebenaran hipotesis. Kaedah sains bertujuan

23
menemui hukum alam sebenar yang mendasari sebarang fenomeon alam nyata
manakala kaedah kejuruteraan bertujuan menemui prinsip pengendalian artifak
kejuruteraan yang praktik.

Kaedah reka bentuk moden merupakan kaedah penyelesaian masalah yang


berlelaran atau iteratif kerana artifak kejuruteraan atau teknologi moden itu jauh
lebih kompleks daripada yang dahulu dan mempunyai jauh lebih banyak
pemboleh ubah yang mempengaruhi prinsip pengendalian artifak itu. Kaedah ini
bermula dengan penentuan keperluan dan objektif reka bentuk berpandukan
kepada masalah yang dihadapi atau kerja yang ingin dilakukan. Penentuan ini
digubal secara berekonomi atau secara berutiliti ataupun kedua-duanya sekali.
Skop reka bentuk juga ditentukan bagi menghadkan batasan reka bentuk itu
supaya kegiatan reka bentuk itu dapat mencapai hampir semua objektifnya dalam
masa yang ditentukan. Seterusnya reka bentuk konsep dihasilkan melalui sintesis
beberapa reka bentuk alternatif yang munasabah. Beberapa pembolehubah reka
bentuk seperti saiz, bentuk, beban, muatan, dan proses yang diperolehi melalui
heuristik atau pengalaman, atau pun melalui analisis berparameter menggunakan
model matematik prinsip kendalian alat atau loji itu. Reka bentuk itu juga boleh
diuraikan kepada beberapa bahagian atau komponen yang seterusnya
disintesiskan, prinsip kendaliannya dimodelkan secara matematik dan
parameternya dianalisis melalui model matematik itu dengan menggunakan
simulasi komputer.

Langkah yang berdaya cipta dalam reka bentuk ialah langkah sintesis kerana
pada langkah itulah terbinanya reka cipta melalui penentuan nilai pembolehubah
reka bentuk itu. Pendekatan pertama ialah sintesis dihasilkan melalui pemodelan
matematik semata-mata berdasarkan pengetahuan tentang prinsip sains yang
terlibat. Pendapat ini timbul daripada anggapan bahawa teknologi timbul daripada
sains secara linear. Anggapan ini jelas tidak benar kerana pengetahuan sains
tentang fenomenon fizik dalam sebarang teknologi pada lazimnya tidak berupaya
menunjukkan prinsip kendalian teknologi itu apatah lagi menunjukkan rupa
bentuknya. Kaedah ini hanya praktikal sekiranya sistem kejuruteraan yang
dipertimbangkan boleh ditakrifkan dengan lengkap. Kelemahan pendekatan ini

24
ialah kebanyakan reka bentuk mempunyai terlalu banyak pemboleh ubah yang
ditakrifkan oleh bilangan persamaan yang kecil dengan sebahagiannya pula tidak
boleh dihubungkan dengan model matematik mudah dan sebahagian besar lagi
pula bersifat tidak linear. Oleh yang demikian, kaedah pertama ini hanya boleh
digunakan untuk sintesis artifak teknologi kecil akan tetapi gagal untuk sistem
kejuruteraan yang lebih besar.

Pendekatan kedua pula ialah sintesis hanya boleh dilakukan melalui pengalaman
dan intuisi atau ilham. Inilah juga merupakan kaedah yang telah digunakan oleh
para jurutera silam. Penggunaan pengalaman dan intuisi inilah merupakan
perbezaan besar di antara kaedah sains dengan kaedah kejuruteraan atau reka
bentuk. Pengalaman yang diwarisi dan dikongsi bersama oleh komuniti jurutera
atau teknologis, diungkapkan sebagai heuristik yang secara umumnya membantu
pereka-bentuk menghasilkan sintesis sistem kejuruteraan yang rumit dengan lebih
pantas lagi. Heuristik menghubungkan parameter prestasi luaran artifak teknologi
dengan keadaan kendaliannya secara pintas dan mudah tanpa melalui
pemodelan matematik proses dalamannya yang panjang, rumit dan tidak linear.
Penggunaan pengalaman atau paradigma teknologi tertentu akan meneruskan
penghasilan teknologi lazim yang lebih baik daripada teknologi asal, tetapi jarang
sekali dapat menghasilkan ciptaan teknologi baru manakala penggunaan intuisi
atau ilham menghasilkan teknologi atau kejuruteraan radikal yang baru.

Pada lazimnya artifak kejuruteraan yang kompleks dan terdiri daripada berbagai
anggota yang mempunyai berbagai fungsi pada mulanya dianggap tidak
berhubung kait di antara satu sama lain dan lantaran itulah direka-bentuk secara
berurutan iaitu setiap komponen direka bentuk satu demi satu secara berasingan
yang akhirnya menyebabkan kepincangan seperti ketidaksetaraan skala. Artifak
kejuruteraan atau teknologi itu rupa-rupanya adalah suatu sistem kejuruteraan
atau teknologi yang dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor dalam seperti
perbezaan susun atur anggota-anggota dalaman dan faktor luar seperti proses
pembuatan atau bahan baru, persaingan ketat dan kesingkatan masa. Sifat
sistem artifak kejuruteraan itulah yang menyebabkan ketidaksetaraan skala artifak
kejuruteraan kerana kesan beberapa anggota artifak secara bersendirian amat

25
berbeza dengan kesan anggota-anggota itu di dalam sistem artifak itu.
Pendekatan ketiga ini digelar kejuruteran produk serentak (Smith 1997; Archer
1999). Perekabentuk daripada berbagai disiplin seperti reka bentuk, pembuatan
dan pemasaran mereka-bentuk artifak dengan pantas (Smith 1997; Archer 1999)
dan sebarang ketidaksetaraan skala dikesan dan dibetulkan segera. Kelemahan
kaedah ketiga ini ialah penyelesaian serentak banyak persamaan reka bentuk
yang melibatkan banyak pembolehubah.

Suatu bentuk kaedah kejuruteraan produk serentak itu yang telah dikembangkan
oleh jurutera kimia dalam reka bentuk loji proses kimia berasaskan warisan al-
kimiya ialah kaedah reka bentuk berhirarki bersepadu (Douglas 1986, Wan Ramli
2002). Sistem artifak kejuruteraan atau teknologi dianggap mempunyai berbilang
aras atau hirarki dan berbagai komponen yang saling berhubung kait secara
sepadu seolah-olah seperti manusia yang dicipta Allah yang pada asasnya
mempunyai dua alam: alam kabir iaitu makrokosmos dan alam saghir iaitu
mikrokosmos yang saling berhubung kait. Jabir bin Hayyan, ahli al-kimiya tersohor
itu mengungkapkan prinsip ini di dalam lawh zamurrud bahawa benda yang di
atas dari (atau seperti) benda yang di bawah dan benda yang di bawah dari (atau
seperti) benda yang di atas (dan kedua-duanya) menghasilkan keajaiban yang
satu (Jabir 800ab, Holmyard 1929, Burckhardt 1967, Leicester 1971). Parameter
reka bentuk pada aras tertinggi atau aras makrokosmos mencerminkan secara
umum parameter reka bentuk pada aras terbawah atau aras mikrokosmos.
Sintesis ini menguraikan masalah reka bentuk kepada satu hirarki keputusan
yang mempertimbangkan kes mudah pada setiap aras hirarki yang kian lebih
terperinci dari atas ke bawah akan tetapi masih mengekalkan kesatuan konsep
reka bentuk. Pada setiap aras, sintesis dilakukan dengan menggunakan heuristik
dan prinsip pengendalian artifak yang mudah. Sintesis berhirarki ini membolehkan
parameter reka bentuk dianalisis pada aras yang semakin rendah dan semakin
rumit yang boleh dihentikan pada sebarang aras sekiranya parameter reka bentuk
menunjukkan prestasi yang jelek tanpa meneruskan sintesis pada peringkat yang
lebih rendah dan rumit. Kaedah ini diqiyaskan seperti seorang pelukis yang
menambah perincian kepada hasil karyanya lapis demi lapis (Douglas 1986) atau
seperti seorang tukang masak yang mengupas bawang lapis demi lapis (Smith
26
2005). Kaedah keempat ini mengelak kelemahan reduksionisme dalam masalah
menyepadukan uraian reka bentuk untuk mencapai keputusan keseluruhan
dengan mengekalkan kesatuan konsep pada setiap aras hirarki. Kelebihan
kaedah ini ialah penyelesaian sedikit pembolehubah dalam sedikit persamaan
pada setiap aras. Ini membolehkan kefahaman yang mendalam terhadap sistem
artifak kejuruteraan yang tidak dikaburi dengan terlalu banyak pembolehubah dan
persamaan.

Kefahaman Tentang Teknologi Islam

Sebelum asas reka cipta Islam, kefahaman tentang teknologi menurut Islam perlu
dibincangkan dahulu. Pembangunan ekonomi melibatkan perindustrian yang pada
asasnya ialah penggunaan sumber alam dan sumber manusia serta teknologi
pembuatan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan secara besar-
besaran pada kos yang berpersaingan (kompetitif). Dalam Islam, penggunaan
sumber ini diistilahkan sebagai taskhir dan tazlil (dari kata akar sakhkhara dan
zallala) yang bermaksud penundukan sumber alam bagi manfaat manusia.
Penundukan ini bukanlah penundukan mutlak tanpa syarat yang mengizinkan
manusia mengeksploitasi sumber alam sesuka hatinya, akan tetapi penundukan
bersyarat kerana ayat-ayat al-Quran berkenaan dikemukakan dalam bentuk
soalan retorik yang bertujuan menyakinkan manusia tentang betapa besarnya
manfaat Allah baginya, dan oleh yang demikian, betapa beliau harus beriman
kepada-Nya dan mematuhi perintah-Nya. Allah yang menundukkan semua
sumber alam bagi manusia kerana Allah merupakan Pemilik (Tuan Punya)
seluruh alam ini. Manusia sebagai khalifah atau pengganti Allah harus mengguna
sumber alam di bumi itu dalam lingkungan batasan Syariah-Nya dan lunas-lunas
etika Islam yang disarankan oleh-Nya. Oleh yang demikian, jelaslah Islam
membenarkan perindustrian sebagai penggunaan sumber alam untuk manfaat
manusia dalam lingkungan had Syariah dan etika Islam serta keseimbangan alam
sekitar.

27
Di Barat, teknologi difahami secara umum sebagai penyusunan ilmu untuk
mencapai tujuan-tujuan yang teramalikan atau sebagai benda yang dibuat atau
dilaksanakan dan cara membuat atau melaksanakan benda tersebut (Singer et al.
1954) Kedua-dua fahaman teknologi ini hanya menekankan bentuk luaran
teknologi sahaja dengan tidak mengambil-kira kesan teknologi terhadap alam
sekitar dan manusia. Teknologi juga difahamkan sebagai pengawal alam sekitar
(Mesthene 1970) dan sebagai kuasa politik (Spengler 1932). Kedua-dua fahaman
teknologi yang terakhir ini adalah sikap yang melampau-lampau (ekstrim) dan
hanya timbul pada abad kedua puluh ini apabila teknologi Eropah menguasai
dunia. Teknologi juga disifatkan sebagai penentu kegiatan harian manusia (Ellul
1964).

Teknologi ialah satu cabang ilmu praktik (sina‘ah), ilmu untuk mencapai tujuan
praktik yang bertunjangkan tauhid, berimbang dan berseimbang dengan alam
(wazan dan tawazana), terkekang dalam lingkungan had syariah (syar‘ii),
terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan (‘adl) dan
dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah dan hamba Allah di
dunia ini. (Wan Ramli 1989, 1990, 1992) Takrif teknologi ini yang
menggandingkan teknologi melalui epistemologi dengan fahaman agama (tauhid),
terlaksana dengan adil mengikut sistem etika Islam dan dipertanggungjawabkan
kepada manusia sebagai pelaksana. Syariah yang dimaksudkan bukanlah hanya
hukum-hukum yang sedia ada, akan tetapi selain daripada perundangan jenayah
yang jelas hukumnya seperti hudud dan qisos, syariah merupakan sistem
perundangan dinamik yang mampu menyelesaikan masalah perundangan
kehidupan moden yang ditimbulkan oleh perkembangan teknologi. Keimbangan
(mizan) dan keseimbangan (tawazun) teknologi dengan alam sekitar memastikan
dampak sebarang teknologi terhadap alam sekitar dikaji dengan terperinci supaya
imbangan ekologi tidak pupus.

28
Ekologi dan Ekosistem mengikut Islam

Lantaran artifak kejuruteraan dan teknologi itu membawa kesan kepada alam
sekitar dan sistem ekologi, maka kefahaman ekologi Islam perlulah dibincangkan
dahulu sebelum reka cipta artifak itu dipertimbangkan. Kefahaman ekologi Islam
adalah berasaskan kepada kefahaman tentang tawhid rububiyyah yang
menekankan bahawa Allahlah pencipta, pemilik dan pemelihara alam dan semua
makhluk di dalam alam itu (al-Furqan 25:2, al-Rum 30:26, Al-Hasyr 59:24,
Samarrai 1990) dan kefahaman tentang kesucian makhluk dan alam itu yang
sentiasa memuji Allah (al-Haqqah 69:1, Nasr 1992) dan mempunyai ummatnya
tersendiri (al-An’am 6:38). Jika semua ummat makhluk yang dicipta, dimiliki dan
dipelihara Allah itu sentiasa memujiNya, maka kehancuran makhluk dan alam
(fasad fil ard) oleh manusia akan mengurangkan makhluk dan alam yang memuji
Allah itu dan manusia zalim itu akan dihukum Allah dengan bencana alam yang
dahsyat (al-Rum 30:41, Samarrai 1990). Lantaran penciptaan makhluk dan alam
itu jauh lebih besar daripada penciptaan manusia (al-Ghafir 40:57), maka manusia
hendaklah akur dengan kekerdilannya berbanding dengan seluruh makhluk dan
alam yang hebat dan merasa takjub terhadap kehebatan makhluk dan alam yang
dicipta Allah itu. Malah manusia dan makhluk yang hidup dicipta daripada bahan
yang sama iaitu air (Al-Nur 24:45) dan lantaran itulah manusia dan makhluk yang
hidup itu berkongsi nasib di Dunia yang sama. Makhluk dan alam yang banyak
dan pelbagai itu juga menjadi petunjuk atau ayat kepada kuasa, kebijaksanaan,
rahmat dan keagungan Allah (al-Rum 30:20-25). Bumi dianggap suci kerana debu
bersih daripada permukaannya dianggap suci dan boleh digunakan bagi taharah
(tayamum) dan permukaannya boleh digunakan bagi solat (al-Hadith). Allah
mencipta makhluk dan alam dalam keadaan yang seimbang di antara satu
dengan yang lain (al-Rahman 55:1-7, al-Hijr 15:19). Bagi Islam sesuatu ekosistem
merupakan suatu rangkaian pelbagai umat makhluk yang hidup secara seimbang
di dalam alam yang suci, yang sentiasa memuji Allah dan yang bertindak sebagai
petunjuk kepada Allah bagi manusia yang beriman.

Amanah menjaga makhluk dan alam itu yang amat berat itu bagi pihak Allah
sebagai khalifahNya diterima manusia setelah makhluk lain yang jauh lebih hebat

29
daripada manusia enggan memikul amanah tersebut walaupun Allah tahu bahawa
sebahagian manusia itu zalim dan mengkhianati amanah (al-Ahzab 33:72).
Manusia diangkat Allah ke martabat lebih tinggi daripada malaikat dengan
penerimaan tugas khalifah itu yang seharusnya dijalankan dengan adil dan
saksama menggunakan aqal yang dianugerah Allah kepada manusia (al-Baqarah
2: 30-31). Allah menundukkan makhluk dan alam bagi kegunaan manusia
(taskhir, al-Haj 22:65, Luqman 31:20, al-Jathih 45:13; dan tazlil Ya Sin 36:72).
Oleh sebab itulah penggunaan sumber alam oleh manusia diistilahkan sebagai
taskhir dan tazlil (dari kata akar sakhkhara dan zallala dalam al-Quran itu) yang
bermaksud penundukan sumber alam bagi manfaat manusia (Wan Ramli Wan
Daud 1989, 1990, 1992). Ahli sejarah Barat White 1967 mengecam pandangan ini
yang disifatkan olehnya sebagai terlalu anthroposentrik kerana memberi manusia
hak menguasai alam sepenuhnya secara mutlak. Pandangan ini mungkin betul
pagi agama Kristian terutama tafsiran agama itu di Barat. Penundukan makhluk
dan alam ini mengikut Islam bukanlah penundukan mutlak tanpa syarat yang
mengizinkan manusia mengeksploitasi sumber alam sesuka hatinya, akan tetapi
penundukan bersyarat secara adil dan saksama kerana manusia juga menerima
tugas khalifah Allah bagi menjaga makhluk dan alam itu (al-Baqarah 2: 30-31).
Allah yang menundukkan semua sumber alam bagi manusia kerana Allah
merupakan Pemilik (Tuan Punya) seluruh alam ini. Manusia sebagai khalifah atau
pengganti Allah harus mengguna sumber alam di bumi itu dalam lingkungan
batasan Syariah-Nya dan lunas-lunas etika Islam yang disarankan oleh-Nya.
Warna hijau merupakan warna paling baik bagi Islam kerana hijau adalah warna
pakaian (al-Insan 76:21) dan pohon-pohon di syurga (al-Insan 76:14) manakala
kehijauan bumi selepas hujan diturunkan Allah menunjukkan kuasa penciptaan
Allah yang amat hebat (al-Haj 22:63).

30
Beberapa Konsep Rekacipta Islam

Kesatuan

Pertama sekali konsep kesatuan di dalam ilmu Tawhid itu boleh digunakan
sebagai panduan sebarang sintesis reka bentuk artifak kejuruteraan seperti yang
digunakan oleh Mi’mar Sinan ketika menghasilkan kesatuan ruang di dalam
masjid. Kesatuan juga boleh bermaksud kesepaduan atau kelengkapan iaitu reka
bentuk itu haruslah bersifat sepadu dan lengkap. Kesepaduan juga diperolehi
melalui konfigurasi yang saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Peniruan Makhluk

Berbagai-bagai makhluk yang dicipta Tuhan juga boleh menjadi panduan kepada
reka cipta mengikut Islam berasaskan alasan bahawa Allah adalah Pencipta (Al-
Khaliq) par excellence. Konfigurasi makhluk merupakan yang paling baik dan
paling praktikal dan rupa bentuk makhluk juga adalah yang paling indah dan yang
tidak ada tolok bandingnya dlam reka cipta manusia. Mi’mar Sinan telah meniru
struktur buih-buih yang saling sokong menyokong di antara satu sama lain dalam
merekacipta kubah utama Masjid yang disokong oleh empat separuh kubah. Banu
Musa dan Al-Jazari mereka cipta mesin yang indah dan anggun seperti makhluk.
Kadar Tuhan seperti kadar unggul, keratan emas, kadar harmoni musik, kadar
antara anggota tubuh dan simetri tubuh makhluk yang telah dicipta Allah di dalam
makhluk itu juga boleh digunakan bagi mengatur konfigurasi yang lebih kuat dan
rupa bentuk reka cipta yang lebih indah.

Kesetaraan mikrokosmos dan makrokosmos

Konsep kesetaraan mikrokosmos dan makrokosmos yang dibawa oleh ahli al-
kimia Islam seperti Jabbir bin Hayyan itu boleh digunakan di dalam reka cipta.
Reka bentuk sebarang artifak itu digambarkan mempunyai beberapa tahap hirarki
dari atas ke bawah atau dari luar ke dalam. Konfigurasi atau penentuan ciri reka
bentuk di luar atau di atas menentukan juga konfigurasi dan keadaan di dalam
atau di bawahnya berasaskan kepada konsep kesetaraan ini. Penentuan
konfigurasi atau nilai pemboleh ubah reka bentuk di setiap tahap dibantu oleh
31
petua, aturan dan heuristik bagi reka bentuk ulangan dan ilham bagi reka bentuk
baru (Wan Ramli 2002). Penentuan setiap tahap saling lengkap melengkapi
penentuan pada tahap lain. Penentuan pembolehubah reka bentuk pada tahap di
atas atau di luar itu amat mudah dan sedikit akan tetapi penentuan pembolehubah
reka bentuk menjadi semakin sukar dan lebih banyak pada tahap yang lebih
bawah atau lebih dalam. Cara ini mengelak penentuan terlalu banyak
pembolehubah reka bentuk serentak dalam kaedah lazim.

Manfaat kepada orang ramai dan praktikal

Reka cipta artifak Al-Jazari praktikal dan bermanfaat kepada orang ramai (Al-
Jami’ Bayn al-‘Ilm wa al-‘Amal al-Nafi’ fi Sina’at al-Hiyal). Oleh yang demikian reka
cipta yang tidak bermanfaat kepada orang ramai dan tidak praktikal tidak
digalakkan Pemerihalan yang terperinci tentang reka cipta, pembinaan dan
pengendalian artifak reka cipta oleh al-Jazari menunjukkan betapa pentingnya
reka cipta itu boleh dibina dan dikendalikan secara praktikal. Kebanyakan reka
cipta artifak di dalam karya al-Jazari menunjukkan juga kegunaannya yang
praktikal bagi manfaat orang ramai seperti mesin pengangkut air, jam air dan pam
air. Reka cipta masjid Mi’mar Sinan memberi manfaat kepada ramai orang Islam
menunaikan solat fardu berjemaah di dalamnya hingga ke hari ini.

Kawalan

Satu prinsip penting reka cipta artifak kejuruteraan dalam peradaban Islam ialah
kawalan pengendalian kendiri. Berbagai-bagai ciptaan al-Jazari dan Banu Musa
merupakan automation yang dikawal supaya artifak itu boleh berjalan sendiri bagi
tempoh masa yang panjang. Automation al-Jazari merupakan robot awal dalam
sejarah sibernetik. Kecenderungan al-Jazari kepada kawalan telah mendorong
beliau merekacipta suatu sitem kawalan suap balik pertama dalam jam air.

Keseimbangan dengan Alam Sekitar dan Sistem Ekologi

Mengikut kefahamanan Islam terhadap alam sekitar dan sistem ekologi, sebarang
reka cipta hendaklah tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar dan sistem
ekologi (fasad fil-ard) dan harus seimbang dengan kedua-duanya. Pembaziran
32
merupakan perbuatan yang tidak disukai Allah (al-A’raf 7:31, al-Isra 17:26) dan
pemboros adalah rakan syaitan (al-Israa 17:27). Pembuangan bahan buangan
dan berbahaya ke dalam alam sekitar oleh artifak reka cipta akan menjejaskan
atau membunuh sebahagian umat makhluk di dalam ekosistem dan merupakan
kerosakan di bumi (fasad fil ard) yang dimurkai Allah (al-Rum 30:41). Kecekapan
tenaga juga berkait dengan penggunaan bahan api yang tidak membazir. Pada
umumnya kimia hijau itu amat serasi dengan fahaman Islam tentang pembaziran
sumber bahan dan tenaga dan perosakan ekosistem.

Kesimpulan

Dalam kertas ini, perkembangan ilmu kejuruteraan dan teknologi sebagai ilmu
yang merdeka telah disorot sepanjang zaman. Budaya dan agama sesuatu
peradaban itu telah mempengaruhi perkembangan ilmu ini. Beberapa kaedah
kejuruteraan dan teknologi seperti reka bentuk/reka cipta, penggodek-godekan
parameter dan ujian berparameter contoh sulong telah juga dijelaskan. Akhir
sekali, beberapa konsep reka cipta Islam telah dibincangkan. Penemuan tentang
ilmu kejuruteraan dan teknologi ini akan membantu memulakan perkembangan
ilmu kejuruteraan dan teknologi Islam baru.

33
BAB 1
====================================

TOPIK 3
FAKTOR
PENYELEWENGAN
TERHADAP
FALSAFAH
KEJURUTERAAN
ISLAM
(FKI)

34
Faktor-faktor Penyelewengan Terhadap Falsafah Kejuruteraan Islam (FKI)

- Fokus pembelajaran yang silap.

- Penyelewengan fakta oleh pihak Barat.

Catatan:

Maaf! Nota yang sepatutnya lebih panjang dan lebih sempurna, tidak
dapatkan disiapkan buat masa sekarang….. (Masih dalam penulisan)

35
BAB 1
====================================

TOPIK 4
MENGEMBALIKAN
KEFAHAMAN
TERHADAP
FKI
(PEMBENTUKAN
KEPERIBADIAN
PELAJAR MUSLIM)

36
Mengembalikan Kefahaman Sebenar dan Tepat Terhadap Falsafah
Kejuruteraan Islam (FKI)

Sains Islam (termasuk juga kejuruteraan Islam) menitikberatkan aspek


penunaian tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi. Prinsip
utama ialah memenuhi tanggungjawab akhlak yang digariskan oleh
syariah/syarak, iaitu merangkumi elemen-elemen halal, haram, harus, makruh
dan sunat. Juga, berlaku adil dalam menunaikan semua tanggungjawab,
memelihara keindahan dan keaslian alam, mengutamakan kepentingan umum
dan tidak melakukan pembaziran.

Oleh yang demikian sifatnya kefahaman sebenar terhadap Falsafah


Kejuruteraan Islam (FKI), maka pembinaan peribadi tulen para pelajar Muslim
dalam bidang sains dan kejuruteraan, merupakan pelengkap kepada usaha
berterusan untuk mengembalikan semula kefahaman sebenar dan tepat terhadap
Falsafah Kejuruteraan Islam (FKI).

Antara ciri-ciri utama peribadi para pelajar Muslim dalam bidang sains dan
kejuruteraan ialah:
1. Sentiasa merasakan kekurangan dalam ilmu sains yang dimiliki.
2. Merendah diri dan tidak riak dengan kebolehan dan pencapaian.
3. Tidak bakhil ilmu.
4. Bergantung harap kepada Allah dalam semua kerja penyelidikan.
5. Rela berkorban demi menimba ilmu dan kemahiran.
6. Sanggup berhijrah demi mendapatkan ilmu.
7. Bertanggungjawab terhadap ilmu dan kemahiran yang dimiliki.
8. Merasa bersalah terhadap penipuan dan penyelewengan ilmu yang
berlaku.
9. Amat cintakan ilmu pengetahuan.
10. Membuat penulisan/catatan atau merekodkan ilmu dan kemahiran
yang diperolehi.

37
BAB 1
====================================

TOPIK 5
MEMAHAMI
MATLAMAT
AKHIR
FALSAFAH
KEJURUTERAAN
ISLAM
(FKI)

38
Memahami Matlamat Akhir Falsafah Kejuruteraan Islam (FKI)

Menerusi bukunya “Memperkenalkan Bidang Kejuruteraan Islam: Persepsi


dan Sumbangan”, Dr. Ahmad Baharuddin Abdullah menjelaskan bahawa
kemajuan sains dan teknologi bukanlah hanya untuk faedah akademik semata-
mata, ataupun mengeksploitasi sumber alam untuk kemudahan dan manfaat
manusia semata-mata, tetapi bagi tujuan pengabdian diri kepada Allah.

Oleh itu, tujuan dan matlamat sains dan teknologi (termasuk juga
kejuruteraan) yang sememangnya dipelopori oleh Islam ialah untuk:

1. Memandu arah dan membawa manusia mengenal Allah Taala.


2. Membolehkan manusia mendekatkan diri kepada Allah.
3. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
4. Membentuk keperibadian Muslim sejati.
5. Menyempurnakan tujuan penciptaan manusia oleh Allah Taala.
6. Mempertingkatkan ibadah kepada Allah.
7. Memenuhi keperluan kehidupan manusia di muka bumi Allah.
8. Mewujudkan kemakmuran dan kesenangan hidup.
9. Memperolehi dan mencapai kecemerlangan hidup.
10. Memungkinkan manusia mengeksploitasi khazanah alam dengan
sebaik-baiknya.
11. Melahirkan masyarakat berilmu, celik budaya dan bermaklumat.

39
BAB 2

KERJAYA
MENURUT
PERSPEKTIF
ISLAM

40
BAB 2
====================================

TOPIK 1
KONSEP
KERJAYA
MENURUT
PERSPEKTIF
ISLAM

41
Konsep Kerjaya Menurut Perspektif Islam

- Kerjaya mampu memenuhi tuntutan naluri manusia.


- Pemilikan harta benda dan kekayaan adalah naluri manusia dan dituntut oleh
Islam.
- Harta benda yang dimiliki boleh berperanan sebagai landasan pengabdian diri
manusia kepada Allah Taala.

Catatan:

Maaf! Nota yang sepatutnya lebih panjang dan lebih sempurna, tidak
dapatkan disiapkan buat masa sekarang….. (Masih dalam penulisan)

Kepentingan Kerjaya

Manusia secara tabi’i (semulajadi) ingin menggunakan sumber-sumber


alam untuk memakmurkan dunia, sebagaimana Firman Allah:

“Dialah yang menjadikan untuk kamu bahan-bahan bumi serta


menghendaki kamu memakmurkannya”
(Hud 11:61)

Pekerjaan adalah satu jalan untuk mencari rezqi. Allah SWT berfirman:

“Sesiapa yang beramal soleh, samada lelaki atau perempuan, sedangkan


ia beriman, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menghidupkan dia
dengan kehidupan yang baik; dan sesunguhnya Kami akan membalas
mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka
telah kerjakan”
(An Nahl 16:97).

42
Islam menggalakkan pekerjaan dan membenci meminta-minta. Rasulullah
SAW melarang orang yang berkeupayaan dan kuat menerima zakat, dengan ini ia
mestilah bekerja. Islam memandang rendah perbuatan berpeluk tubuh dan
menanggung hutang banyak, dengan ini Islam amat menggalakkan sesorang
bekerja. Kita diingatkan oleh Allah supaya tidak melalaikan Solah kerana
pekerjaan kita.

Kaitan Antara Kehidupan dan Kerjaya

Pengurusan sumber tenaga manusia memandang berat kebahagiaan


seseorang pekerja disamping mementingkan sumbangan pekerja. Kemasukan
seseorang dalam organisasi melibatkan pemadanan dalam dua perkara:
 Bakat individu dengan kehendak bakat organisasi.
 Kehendak manusia dengan iklim organisasi (John P. Wanous – Steers
dan Porter, 323).

Nilai dan budaya mempengaruhi sikap kelompok pekerja terhadap


pekerjaan. Kajian Hofstede di sebuah syarikat antarabangsa menunjukkan ada
perbezaan pandapat para pekerja terhadap persoalan berapa banyakkah masa
yang harus diuntukkan bagi diri sendiri dan keluarga (Steers dan Porter, 351).

Bukan sahaja nilai atau budaya masyarakat mengiktiraf kerjaya tertentu


malah “budaya organisasi juga mempengaruhi kerjaya dalam menentukan apa
yang diharapkan dari pemegang kerjaya” (Steers dan Porter, 348)

43
BAB 2
====================================

TOPIK 2
KRITERIA
KERJAYA
MENURUT
PERSPEKTIF
ISLAM

44
Syarat dan Etika Kerjaya Menurut Perspektif Islam

Dalam memilih pekerjaan, seseorang Muslim hendaklah:

 Memilih pekerjaan yang halal.

 Memegang jawatan yang setimpal dengan kelayakan, kebolehan dan


pembawaannya.

 Menjauhkan atau meninggalkan pekerjaan yang syubahah atau haram.

 Dibolehkan menggunakan rukhsah (kelonggaran) jika tiada pekerjaan


lain.

 Jika mendapati pekerjaan yang halal, ia terpaksa menghadapi


kesukaran kerana ini adalah satu ibadah. (Tash Kubra Zadah, dalam Al
Said, 26).

45
BAB 2
====================================

TOPIK 3
SYARAT-SYARAT
BERKERJAYA
BAGI
WANITA
MENURUT
PERSPEKTIF
ISLAM

46
Syarat-syarat Berkerjaya Bagi Wanita Menurut Perspektif Islam

Apabila wanita telah terlibat dalam sektor pekerjaan di luar rumah, terdapat
adab-adab pekerjaan tertentu yang perlu dipatuhi oleh mereka. Tanpa kepatuhan
kepada adab-adab tersebut, pekerjaan yang dilakukan tidak akan memenuhi
tuntutan konsep bekerja sebagai ibadah.

Antara adab-adab itu ialah:

1. Mereka perlu bertaqwa kepada Allah SWT pada setiap masa dan
menjadikan keredhaan Allah sebagai tumpuan yang pertama.

2. Wanita perlu menjauhkan dirinya daripada lelaki yang bukan


muhrimnya dalam keadaan bersendirian, atau sebarang
percampuran yang boleh menimbulkan fitnah.

3. Wanita hendaklah berpakaian yang bersesuaian dengan hukum


Islam. Ini termasuklah pakaian yang menuntup aurat dan yang tidak
boleh menampakkan bentuk tubuhnya.

4. Jangan berjalan dengan menghentakkan kaki supaya tidak didengari


bunyi perhiasan di tangan dan di kakinya.

5. Suara yang dikeluarkan oleh seseorang wanita bukanlah bertujuan


untuk menggoda tetapi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

6. Mestilah taat kepada suami dan bertanggungjawab kepada


rumahtangganya yang merupakan satu amanah yang mesti dipikul
olehnya.

7. Memegang prinsip bahawa pelaksanaan tugas dan peranannya ialah


untuk mencapai matlamat penciptaanya sebagai khalifah dan hamba
Allah SWT.
47
Peranan dan tugas wanita di luar rumah akan menjadi satu ibadah,
sekiranya ia dipraktikkan dalam konteks pengabdian kepada Allah SWT
dan mencari keredhaan Allah Taala. Pekerjaan wanita di luar rumah
dengan tujuan mencari rezeki semata-mata tanpa mempunyai persediaan
diri, memelihara adab dan menghubungkan pekerjaan itu dengan
keredhaan Allah Taala, maka tugas wanita di luar rumah itu hanya untuk
pekerjaan itu sahaja, bukan sebagai satu ibadah.

BAB 3
48
INOVASI
PADA
ZAMAN
KEGEMILANGAN
SAINS
ISLAM
BAB 3
====================================
49
TOPIK 1
FAKTOR-FAKTOR
KEJAYAAN
INOVASI
PADA
ZAMAN
KEGEMILANGAN
SAINS ISLAM
Faktor-faktor Kejayaan Inovasi Pada Zaman Kegemilangan Sains Islam

Kejayaan hebat dan luar biasa dalam penciptaan atau inovasi pada zaman
kegemilangan sains Islam banyak didorong oleh faktor-faktor berikut:

1. Dasar Islam terhadap ilmu pengetahuan dan kesatuan budaya


yang menjadi amalan dalam Islam:
50
- Islam menggalakkan pencarian ilmu (tiada sempadan).
- tiada sempadan budaya dan sekatan budaya di dalam Islam selagi
mana tidak bercanggah dengan syarak.

2. Sikap pemerintah dan dasar mereka terhadap ilmu pengetahuan:


- menyediakan kemudahan pusat penyelidikan dan perpustakaan.
- menggalakkan usaha penterjemahan.

3. Arabisasi dan peranan Bahasa Arab:


- Bahasa Arab sebagai bahasa penyatu semua kaum di Timur
Tengah dan seluruh kawasan yang terawal mendapat tempias
peradaban Islam.
- penterjemahan kitab-kitab lama Yunani dan India ke dalam bahasa
Arab dilakukan dengan banyak sekali.

4. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran:


- kerajaan menyediakan sekolah, universiti, pusat penyelidikan,
perpustakaan dan makmal yang banyak.
- masjid didirikan dengan banyak untuk berfungsi sebagai pusat
pembelajaran.

5. Pengiktirafan dan penghargaan kepada para saintis:


- geran penyelidikan dan dana yang mencukupi diberikan.
- elaun dan biasiswa disediakan kepada para penuntut.
- anugerah dan darjah kebesaran diberikan kepada para saintis.

6. Penyelidikan, eksperimen dan penemuan baru:


- pemerintah menyediakan peluang seluas-luasnya kepada saintis
untuk membuat apa jua penyelidikan dan eksperimen.
- setiap penemuan baru akan diiktiraf.

7. Pengembaraan ilmu:
- dasar pemerintah serta budaya bangsa Arab telah mencetuskan
51
budaya pengembaraan untuk mencari ilmu dan menyebarkan ilmu.

BAB 4
52
ISLAM
DAN
KEMAJUAN
SAINS &
TEKNOLOGI

BAB 4
====================================
53
TOPIK 1
PERSEPSI
ISLAM
TERHADAP
KEMAJUAN
SAINS & TEKNOLOGI

Persepsi Islam Terhadap Kemajuan Sains dan Teknologi

Penerimaan Islam terhadap kemajuan sains dan teknologi adalah berpaut


kepada pendirian-pendirian berikut:

1. Teknologi sebagai aplikasi ilmu:


- Islam mengiktiraf kemajuan sains dan teknologi sebagai
pelaksanaan terhadap kemajuan ilmu yang dicapai.
54
2. Penerokaan dan penemuan baru adalah suruhan Allah:
- Kemajuan sains dan teknologi boleh menjadi ibadah jika kena
caranya kerana ia juga suruhan Allah Taala.
- kemajuan sains dan teknologi dimanfaatkan untuk maslahah Islam,
umat Islam, manusia seluruhnya serta seluruh ciptaan Allah Taala.

3. Kemajuan sains dan teknologi hari ini banyak yang bercanggah


dengan prinsip Islam:
- justeru dimulakan oleh pihak Barat yang tidak beragama Islam,
maka banyak hasil kemajuan sains dan teknologi hari ini yang
bercanggah dengan Islam.
- Islam menerima kemajuan sains dan teknologi hari ini tetapi dengan
berhati-hati.

4. Alternatif Islam terhadap kemajuan sains dan teknologi:


- justeru sifat kemajuan sains dan teknologi hari ini yang tidak
Islamik, maka Islam mempunyai alternatif sendiri dalam menangani
perkara ini.
- antaranya, menggalakkan proses Islamisasi kemajuan sains dan
teknologi.

55
NOTA BERIKUT IALAH
SAMBUNGAN NOTA BAB SATU
YANG BELUM DIEDITKAN LAGI
DENGAN SEMPURNA

Diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia oleh Ummi Ashim Azzahra dan Anisa
Eka Trihastuti, Mahasiswa Jurusan Pendidikan Bahasa Inggris, Universitas Negeri
Semarang,

cp : 081318681994, e-mail : yusibnuyassin@yahoo.com


1.2 Hakikat Ilmu Pengetahuan, tabi’at al ma’arifat al insaniyyat

56
2.0 METODOLOGI ILMU PENGETAHUAN, manhaj al ma’arifat

2.1 KonsepKonsep

Metodologi dimulai dengan penamaan Adam dan pengklasifikasian semua benda


yang diikuti oleh penemuan hasil percobaanpercobaan dan investigasi
metodologis sistematis terkini. Terinspirasi oleh Al Qur’an, umat Muslim
mengembangkan metodologi empiris ilmiah yang menyebabkan timbulnya
reformasi Eropa, Renaissance, serta revolusi ilmiah dan teknologi yang dimulai
pada awal abad 16. Francis Bacon (15611626), orang Eropa yang pertama kali
menulis secara sistematis tentang metodologi empiris yang diinspirasi oleh kaum
Muslim di Eropa pada masanya. Orangorang Eropa meniru metodologi empiris
tanpa konteks ketauhidan, menolak wahyu sebagai sumber pengetahuan, dan
nantinya memaksakan hasil tiruan buruk berupa ilmu pengetahuan sekuler
kepada umat Islam di seluruh dunia. Ahli Muslim kuno telah menunjukkan bahwa
wahyu, akal dan pengalaman sangatlah tepat dan telah menggunakan peralatan
metodologis dari Al Qur’an untuk mengoreksi dan mengembangkan ilmu
pengetahuan Yunani sebelum menyebarkannya ke Eropa. Mereka mengganti
logika deduktif Aristoteles dan definisinya dengan sebuah logika induktif Islam
yang diinspirasi oleh Al Qur’an.

2.2 Metodologi dari Al Qur’an, manhaj qur’ani

Al Qur’an menyediakan prinsipprinsip umum yang membimbing dan bukan


pengganti penelitian empiris. Kitab ini menggabungkan pengamatan empiris;
membebaskan pikiran dari keraguraguan, taklid buta, ketergantungan intelektual,
dan hawa nafsu. Paradigma tauhidnya menjadi dasar dari hubungan sebab akibat
(kausalitas), rasionalitas, perintah, prediksi, penemuan, obyektivitas, dan hukum
alam. Hukum bisa diketahui melalui wahyu, pengamatan empiris dan eksperimen.
Para ahli Qur’an mengajarkan metodologi induktif, pengamatan empiris, nadhar &
57
tabassur; interpretasi, tadabbur, tafakkur, i’itibaar & tafaquhu; dan pengetahuan
yang terbukti, bayyinat & burhan. Al Qur’an melarang asal ikutikutan, taqliid,
prasangka, , dhann; dan keinginan pribadi, hawa nafsu. Konsep Al Qur’an dari
istiqomat menghasilkan kepercayaan dan pengetahuan yang tidak bias. Konsep
Al Qur’an dari istikhlaf, taskhir, dan isti’imar adalah dasar dari teknologi. Konsep
dari ‘ilm nafei menggarisbawahi perintah untuk mengubah pengetahuan dasar
menjadi teknologi yang bermanfaat.

2.3 Metodologi dari Sains Islam Klasik

Ilmu pengetahuan klasik beserta konsepnya dapat diaplikasikan ke dalam IPTEK.


Tafsir ilmu dan tafsir mawdhu’e interpretasi data paralel pada penelitian empiris.
‘Ilm al nasakh menjelaskan bagaimana datadata baru memperbaharui teoriteori
yang lama tanpa membuatnya tidak berguna sama sekali. ‘Ilm al rijaal dapat
menguatkan keyakinan para peneliti. ‘Ilm naqd al hadith menanamkan perilaku
‘membaca kritis’ literatur sains. Qiyaas adalah analogi alasanalasan. Istihbaab
aplikasi berkelanjutan dari sebuah hipotesis atau hukum ilmu pengetahuan
sampai menemukan bukti. Istihsan dapat dibandingkan dengan intuisi ilmiah.
Istislah adalah penggunaan kepentingan umum untuk membuat keputusan atas
banyak pilihan, contohnya teknologi pengobatan. Ijma adalah kesepakatan yang
ditetapkan oleh para ilmuwan empiris. Maqasid as syari’ah adalah alat konsep
untuk menyeimbangakan penggunaan S&T. Qawaid as syari’ah adalah aksioma
yang menyederhanakan operasi logika kompleks dengan membangun aksioma
tanpa melewati derivasi detail.

2.4 Kritik Islami Mengenai Metode Empiris, naqd al manhaj al tajribi

Dengan alat metodologis berupa Al Qur’an dan Sains Islam klasik, umat Muslim
mengembangkan sebuah metodologi empiris dan induktif baru dalam bentuk
qiyaas usuuli dan juga mengawali metode empiris dengan eksperimen dan
pengamatan sistematis, seperti yang dicontohkan oleh hasil kerja Ibn Hazm
tentang mata. Mereka mengkritik metodologi Yunani Kuno adalah metodologi
yang abstrak, hipotetis, meremehkan pengetahuan mudah, dan berdasarkan
logika deduktif. Mereka menerima metode ilmiah Eropa dari pembentukan dan

58
pengujian hipotesis, tetapi menolak asumsi filosofisnya: materialisme,
pragmatisme, atheisme, penolakan wahyu sebagai sumber pengetahuan,
kekurangseimbangan, penolakan dualitas raga dan jiwa, kurangnya manfaat
manusia, kurangnya penyatuan paradigma seperti tauhid, dan menjadi Euro-
centric (condong ke Eropa) dan tidak menyeluruh. Orangorang Eropa menyatakan
metodologinya akan lebih terbuka, akurat, tepat, objektif, dan netral secara moral,
tetapi hanya sebatas pengamatan dan tidak dipraktekkan. Dengan angkuhnya,
hal tersebut dianggap sebagai kemungkinan absolut dan pengetahuan empiris
yang relative berdasar pada kelemahan pengamatan dan interpretasi manusia.

3.0 KRISIS PENGETAHUAN dan PENDIDIKAN, azmat al ma’arifat wa al ta’aliim

3.1 Manifestasi Krisis

Ada anggapan pemisahan antara uluum al diin dan uluum al dunia . Perhatian
terhadap terhadap beasiswa sangatlah kecil. Kekayaan dan kekuasaan dianggap
lebih penting dari beasiswa. Ada banyak hal yang dilalaikan oleh sains empiris.
Terdapat dikotomi dalam sistem pendidikan: Islam Tradisional vs. Eropa, ulum al
diin vs ulum al dunia. Integrasi dari 2 sistem itu sangat sulit atau bahkan telah
gagal karena bersifat mekanis bukan konseptual. Proses sekulerisasi dalam
pendidikan telah menggeser dimensi moral dari pendidikan dan merusak tujuan
pendidikan Islami untuk mencipatakan individu yang utuh dan sempurna, insan
kaamil. Kegagalan otak Negaranegara Islam telah bercampur aduk menjadi krisis
pendidikan.

3.2 Ketidakberdayaan Umat karena Krisis Ilmu Pengetahuan

Kurangnya pengetahuan dan kelemahan intelektual adalah wujud nyata yang


paling signifikan dari keterbelakangan ummat. Krisis intelektual ummat diperparah
oleh peniruan dan penggunaan ideide serta konsep asing yang disusun secara
buruk. Rasulullah memperingatkan umat tentang fenomena lubang kadal (lizard-
hole) di mana ummat nantinya akan mengikuti / mengekor musuhnya tanpa
bertanya, bagai kadal menuju lubangnya. Contohcontoh wujud ketidakberdayaan
ummat adalah berupa kemiskinan, kelemahan politik, ketergantungan ekonomi,
kelemahan militer, ketergantungan pada iptek, dan pengikisan identitas keIslaman
59
dalam gaya hidup.

3..3 Latar Belakang Sejarah

Generasi Rasulullah saw adalah generasi yang terbaik. Guru terbaik bertemu
dengan murid terbaik dan menghasilkan kesempurnaan. Para Shahabat memiliki
pengetahuan dan pemahaman yang luar biasa. Benih dari krisis yang sedang
terjadi akhirakhir ini muncul sejak akhir khilafat rashidat. Serangan sosial dan
politik meruntuhkan khilafat rashidat dan prinsipprinsip ideal yang
merepresentasikannya dihentikan atau bahkan diganti. Kenudian, ajaran ulama
dan opini pemimpin yang melanjutkan perjuangan kebenaran prinsipprinsip Islam
dibatasi dan dipenjara. Stagnansi intelektual mulai muncul. Proses sekularisasi
Negara Muslim mengalami kemajuan. Kelalaian dan buta huruf yang tersebar luas
menjadi hal biasa. Banyak ide dan fakta dari kaum nonMuslim tanpa bukti yang
bisa dipercaya telah menemukan jalan mereka merasuki warisan intelektual dan
agama ummat, hingga menciptakan krisis intelektual yang semakin bertambah
parah.

4.0 LANGKAH AWAL MENUJU REFORMASI EPISTEMOLOGIS

4.1 Pengetahuan, sebuah Syarat Wajib untuk tajdid

Reformasi dan kebangkitan ummat akan terjadi melalui reformasi pendidikan dan
pengetahuan. Tajdid adalah sebuah fenomena penyelamatan ummat sekaligus
menjadi tanda sehat dan dinamisnya ummat ini. Hal tersebut merupakan
karakteristik dasar ummat masa reformasi/kebangkitan yang menggeser masa
kemunduran ke zaman jahiliyah. Tajdid mensyaratkan pengetahuan, ideide dan
tindakan yang dirumuskan dengan persamaan matematika berikut ini: tajdid = ide
+ tindakan. Tindakan tanpa pengetahuan dan akal yang dibimbing tidak akan
membawa perubahan yang baik. Gagasan tanpa tindakan tidak akan merubah
apapun. Tajdid mensyaratkan dan diikuti oleh sebuah reformasi ilmu pengetahuan
untuk menyediakan gagasan dan motivasi untuk membangun. Semua reformasi
sosial yang sukses dimulai dengan perubahan ilmu pengetahuan. Masyarakat
ideal tidak bisa diciptakan tanpa ada dasar pengetahuan. Dasar pengetahuan
harus benar, relevan, dan bermanfaat. Sejarah pergerakan kebangkitan Muslim
yang sukses selalu dipimpin oleh para akademisi.
60
4.2 Sebuah Strategi Pengetahuan Baru, nahwa istratijiyyat ma’arifiyyat jadiidat

Umat Muslim merupakan aset ekonomi dan politik yang mempunyai potensi besar
namun belum terealisasi. Perkembangan tajdid modern memiliki banyak
kelebihan, tetapi juga mempunyai kekurangan dasar yang harus diperbaiki. Krisis
pengetahuan dan intelektual masih menjadi sebuah penghalang. Pergerakan
reformasi yang tidak diarahkan oleh pengetahuan dan pemahaman yang benar
akan lenyap dan gagal atau disingkirkan dari jalan mereka. Perubahan sosial
menuntut adanya perubahan perilaku, nilai, kepercayaan dan tingkah laku dari
sebuah massa kritis dalam populasi. Perilaku, nilai, kepercayaan dan tingkah laku
ditentukan oleh dasar pengetahuan. Visi dari strategi pengetahuan adalah
seorang manusia yang kokoh mengenal Sang Penciptanya, memahami
kedudukannya, perannya, haknya, dan kewajibannya dalam tata alam semesta
(cosmic order). Misi dari strategi pengetahuan adalah transformasi konseptual
sistem pendidikan dari TK hingga pendidikan pasca sarjana yang mencerminkan
tauhid, nilai moral yang positif, obyektivitas, universalitas, dan menyelesaikan
masalahmasalah kemanusiaan.

4.3 Menuju ke Arah Metodologi Islam, nahwa manhajiyyat ‘ilmiyyat islamiyyat

Tauhid yang universal, objektif, dan metodologi yang jelas harus menggantikan
Eropasentris dan konteks filosofi yang bias/semu, bukan metode praktis
experimental. Aturanaturan dari ilmu tauhid adalah: persatuan pengetahuan,
menyeluruh; hubungan sebab akibat adalah dasar dari tindakan manusia,
pengetahuan manusia yang terbatas, investigasi hubungan sebab akibat yang
didasarkan pada hukum alam yang konstan dan sesuai, harmoni antara yang
terlihat dan tidak terlihat, 3 sumber pengetahuan (wahyu, akal, dan pengamatan
empiris); khilafat; akuntabilitas moral; makhluk dan ciptaanNya mempunyai tujuan,
kebenaran adalah mutlak dan relatif, keinginan bebas manusia adalah dasar dari
akuntabilitas, dan tawakal.

5.0 REFORMASI EPISTEMOLOGI : KONSEP & PRAKTEK

5.1 Konsep Reformasi:

Reformasi pengetahuan adalah sebuah proses pemilihan kembali kumpulan

61
pengetahuan manusia agar sesuai dengan kepercayaan dasar dari ‘aqidat al
tauhid. Proses reformasi bukan untuk penemuan kembali roda pengetahuan,
tetapi untuk perubahan, perbaikan, dan reorientasi. Hal ini bersifat evolutif, bukan
revolutif; serta bersifat korektif dan reformatif. Ini adalah langkah awal dalam
sistem pendidikan sebagai awal untuk memperbaiki masyarakat.

5.2 Sejarah reformasi

Abad 23 H menjadi saksi kegagalan usaha transfer pengetahuan. Pengetahuan


ilmiah Yunani disalurkan kepada kamu Muslim bersamaan dengan filosofi Yunani
dan pemikiran yang menyebabkan kebingungan dalam aqidah. Ilmu Yunani lebih
bergantung pada deduksi filosofikal dari pada induksi yang berdasarkan
eksperimen. Hal ini tidak menguatkan tarbiyat ilmiah dari Al Qur’an yang
menegaskan observasi akan hakikat sebagai dasar untuk mengambil kesimpulan.
Pergerakan reformasi pengetahuan yang terbaru pada akhir abad 14 H bertujuan
pada pendirian sebuah sitem pendidikan yang berdasarkan tauhid.

5.3 Reformasi Disiplin ilmu:

Reformasi harus mulai dengan menata ulang epistemology, metodologi, dan


kumpulan pengetahuan dari setiap disiplin ilmu. Harus proaktif, akademik,
metodologis, obyektif dan praktis. Visinya adalah pengetahuan yang objektif,
umum dan bermanfaat dalam konteks interaksi manusia yang harmonis dengan
llingkungan fisik, sosial, dan spiritual. Misi praktisnya adalah transformasi
paradigma, metodologis, dan penggunaan disiplin ilmu pengetahuan yang sesuai
dengan tauhid. Tujuan langsungnya adalah: (a) perbaikan paradigma disiplin ilmu
yang ada untuk merubah mereka dari sebatas ritual sempit menjadi bertujuan luas
(obyektivitas universal) , (b) rekonstruksi paradigma yang menggunakan pedoman
yang objektif dan universal, (c) Klasifikasi kembali disiplin untuk mencerminkan
nilai tauhid yang universal, (d) perbaikan metodologi penelitian agar menjadi
objektif, bermanfaat, dan mudah dipahami (e) pertumbuhan pengetahuan dengan
penelitian, dan (f) menanamkan aplikasi pengetahuan yang benar secara moral.
Al Qur’an memberikan prinsip umum yang membangun objektivitas dan
melawanan metodologi penelitian yang tidak jelas. Hal ini menciptakan cara
pandang dunia yang memperkuat penelitian untuk memperpanjang batas
62
pengetahuan dan pemanfaatannya bagi seluruh alam semesta. Ilmuwan didorong
untuk bekerja dengan parameter Al Qur’an untuk memperluas batas pengetahuan
melalui penelitian, dasar, aplikasi.

5.4 Kesalahpahaman Mengenai Proses Reformasi

Reformasi telah salah dipahami sebagai bentuk penolakan dari sekumpulan


pengetahuan dan disiplin manusia yang sudah ada. Kesalahpahaman ini sebagai
wujud sempitnya pengetahuan kaum Muslim. Anggapan salah tersebut
dikarenakan bukubuku teks yang ada ditulis kembali dengan tema Islami tanpa
pemikiran yang mendalam tentang paradigma dan metodologi. Hal ini juga
memenjarakan reformasi spiritual para pelajar, para akademik, dan peneliti.
Pendekatan luar berikut ini telah dicoba untuk reformasi dan gagal: Menyisipkan
ayat Al Qur’an dan Al hadist dalam tulisan orangorang Eropa dan sebaliknya,
pencarian fakta ilmiah dari Al Qur’an, pencarian bukti Al Qur’an dari fakta ilmiah,
memperlihatkan mukjizat Al Qur’an, pencarian hubungan antara konsep Islam dan
Eropa, penggunaan Islam dalam terminologi / istilahistilah Eropa, dan
penambahan gagasan untuk kumpulan ilmu pengetahuan Eropa.

63
5.5 Langkahlangkah Praktis / Tugas dari Proses Reformasi:

Langkah pertama adalah sebuah membuat pondasi yang baik dalam ilmu Islam
metodologis usul al fiqh, ‘uluum al Qur’an, ulum al hadith, dan 'uluum al llughat. Diikuti
dengan membaca Al Qur’an dan sunnah dengan pemahaman perubahan dimensi
ruang dan waktu. Diikuti dengan klarifikasi masalahmasalah epistemologi dasar dan
hubunganhubungan: wahyu dan akal, gaib dan shahada, ilmu dan iman. Diikuti oleh
sebuah kritik Islami dari paradigma dasar, asumsiasumsi dasar, dan konsep dasar
dari berbagai disiplin ilmu yang menggunakan kriteria metodologi dan epistemologi
Islami. Penilaian Islami atas bukubuku teks dan materi pengajaran yang sudah ada,
kemudian berusaha mengidentifikasi pahampaham yang menyimpang dari pengertian
dasar tauhid dan metodologi Islami.

Hasil awal dari proses reformasi adalah pengenalan Islam dalam disiplin ilmu,
muqaddimat al ‘uluum, pembangunan prinsipprinsip dasar Islam dan paradigma yang
menentukan dan mengatur metodologi, isi, dan pengajaran disiplin ilmu. Hal ini
berhubungan dengan ‘Introduction to History’ milik Ibn Khaldun, muqaddimat
mempresentasikan penyamaan dan konsep metodologis dalam peristiwa bersejarah.
Publikasi dan penilaian bukubuku teks baru dan pengajaran material lainnya adalah
sebuah langkah yang penting dalam reformasi, dengan menyerahkannya di tangan
para pengajar dan pelajar yang telah mengaalami reformasi. Pengembangan
pengetahuan dasar yang teraplikasi dalam IPTEK akan menjadi tahap terakhir dari
proses reformasi, karena pada akhirnya yang jelasjelas membawa perubahan dalam
masyarakat adalah IPTEK.

64

Anda mungkin juga menyukai