Anda di halaman 1dari 3

YANG BERUSAHA, SAUDARI PENGERUSI MAJLIS,

YANG BERBAHAGIA, _____(NAMA KETUA MA)______

YANG BERBAHAGIA, _____(NAMA VVIP YANG ADA)________

SEMUA RAKAN-RAKAN PEMAJU MASYARAKAT DUN BANDAR,

DAN HADIRIN HADIRAT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T


SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang


tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, telah
diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di dalam majlis
yang indah ini pada tengah hari yang ceria ini. Marilah kita sama-sama
merendahkan diri kepada kekuasaan dan keagungan Allah S.W.T. Selawat dan
salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin


dan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama di (nama tempat majlis dibuat)
yang serba indah ini untuk menyempurnakan majlis yang penuh bermakna ini.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana yang telah
bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis pada pagi ini. Saya amat
terharu dan berbesar hati kerana diraikan dalam majlis ini. Terima kasih
kepada semua yang beriltizam tinggi menyempurnakan majlis ini dalam suasana
gilang gemilang.

Hadirian yang dihormati,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada


semua tetamu yang sudi hadir dalam majlis pada pagi ini, terutamanya kepada
(nama-nama tetamu VVIP / Bos Ma). Kehadiran tuan/puan sangat besar ertinya
kepada saya

Tiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Permulaan kerjaya saya
sejak 1982 akan berakhir pada 31 November 2018. Selama 36 tahun saya
mengabdikan diri bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Suatu
perjalanan yang sangat panjang dan sudah semestinya mencatatkan seribu satu
macam pengalaman suka dan duka serta manis dan pahit. Terlalu banyak kisah jika
ingin saya kongsikan disini. Akan tetapi, setiap masa, setiap detik yang saya lalui
semasa saya berkhidmat akan saya simpan, akan saya kenang sebagai salah satu
kenangan yang paling bermakna dalam hidup saya. Jutaan Terima Kasih juga ingin
saya zahirkan kepada semua PKK Dun Bandar yang bekerja sebagai 1 pasukan, 1
keluarga yang amat rapat dan sentiasa menghulurkan bantuan tidak mengira masa
dan tempat. Jujur ingin saya katakan disini bahawa PKK Dun Bandar adalah 1
pasukan yang terbaik dan anda semua hebat-hebat belaka.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang untuk memohon
kemaafan jika ada salah dan silap ketika saya berkhidmat di Dun Bandar. Saya
ingin menyusun sepuluh jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk
memohon maaf daripada semua pihak jika terdapat sebarang kesilapan dan
kesalahan, baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja
sepanjang saya bertugas di Dun Bandar ini.

Siapa pun kita, sampai masanya kita semua akan kembali kepadaNya. Kita
sebagai hambaNya hidup diatas muka bumi ini untuk beribadat kepadaNya.
Lakukanlah apa jua tindakan kita, pekerjaan kita mengikut syariat dan suruhanNya.
In Shaa Allah, akan selamat dunia dan akhirat.

Hanya ini yang dapat saya sampaikan, Sebelum kata saya noktahkan bicara,
terimalah dua rangkap pantun.

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan
Jejaran mengkudu bias kesuma,
Di celah angsana di Kuala Sedeli,
Akhir di sini nokhtah bersama,
Di lain masa bersua kembali

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi


wabarakatuh.

Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai