Anda di halaman 1dari 2

SYAHID

Dari segi bahasa, syahid diambil dari akar bahasa Arab yang bermaksud menjadi
saksi, naik saksi atau sebagai saksi atas kebenaran dan hakikat Allah SWT, para
rasul dan Nabi-Nya, Kitab-Nya dan agama-Nya. Dari segi istilah, menurut
Muhammad Al-Sharqawi ialah orang Islam yang dibunuh dalam peperangan
melawan orang kafir. Kematiannya melalui sebab peperangan untuk meninggikan
kalimah Allah tanpa melakukan perkara berdosa di dalam peperangan seperti
mengambil harta rampasan perang yang belum dibahagikan.

Syahid Hidup di Sisi Allah SWT

Orang yang mati syahid sebenarnya tidak mati sebaliknya mereka hidup di sisi Allah
SWT dengan kehidupanyang sesuai dengan Alam Barzakh dan bukannya kehidupan
yang menyamai dengan kehidupan di dunia yang melibatkan makan, minum dan
lain-lain. Berdasarkan ayat 154 , surah Al-Baqarah dan ayat 69 surah Ali Imran,
orang yang mati syahid adalah hidup di sisi Allah dan dikurniakan rezeki daripada
Syurga
Berdasarkan para ulama’, syahid boleh dibahagikan kepada tiga bahagian , iaitu :

Syahid

1) dunia dan akhirat 2) dunia sahaja 3) akhirat sahaja

1) Syahid dunia akhirat bermaksud orang Islam yang terbunuh dalam peperangan fi
sabililah melawan orang kafir dalam mempertahankan dan menegakkan kalimah
Allah SWT. Mengikut jumhur ulama’, jenazah tidak perlu dimandi dan
disembahyangkan.

2) Syahid dunia sahaja bermaksud orang Islam yang terbunuh dalam peperangan
menentang orang kafir tetapi merosakkan perjuangannya yang mulia dengan perkara
terlarang. Menurut ulama’, jenazah diuruskan sama seperti yang dilakukan ke atas
jenazah orang mati dunia akhirat.

3) Syahid akhirat sahaja bermaksud orang yang mati kerana penyakit berat, mati
kerana mengandung, mati lemas, terbakar, terkena runtuhan dan mati ketika sedang
menuntut ilmu. Menurut ulama’, jenazah hendaklah dimandi, dikapan dan
disembahyangkan sama seperti jenazah orang islam yang lain.

KESIMPULAN
Pengorbanan jiwa merupakan darjat ikhlas yang paling tinggi dalam memberikan
tumpuan diri kepada persoalan prinsip dan akidah, jalan yang kekali abadi berada di
dalam syurga Allah dan kemenangan dalam memperolehi keredaan Allah SWT.
Umat Islam tidak akan meraih kekuatan, kemuliaan dan juga kehebatan melainkan
dengan melakukan berbagai-bagai bentuk pengorbanan demi merealisasikan tujuan-
tujuan yang telah digariskan oleh syariat islam itu sendiri. Melalui pengorbanan darah
demi menjaga kemuliaan dan mengekalkan kewujudan kemuliaan itu.

Anda mungkin juga menyukai