Anda di halaman 1dari 5

Panduan Pengurusan Kelas untuk Guru Kelas

Pengurusan dan organisasi kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas,
Bendahari dan AJK (cth.: Kebersihan, Disiplin, Mata pelajaran, Pertandingan, dsb.)

1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

1.2.1 Jadual waktu

1.2.2 Jadual tugas (duty rooster)

1.2.3 Perabot kelas seperti kerusi, meja pelajar dan guru serta papan putih diinventorikan

1.2.4 Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah

1.2.5 Dll (cth.: moto kelas, mutiara kata, hiasan, dsb.)

1.3 Menentukan kawat elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

1.4 Melaporkan perihal perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pejabat.

1.5 Membimbing organisasi kelas yang diketuai oleh ketua kelas menjalankan tugas.

1.6 Memastikan butiran harian ditulis oleh ketua kelas/ wakil di sudut atas kanan papan tulis
pada setiap hari persekolahan.

1.7 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya dikutip secara berkala untuk tujuan yang
berikut:

1.7.1 Keceriaan kelas.

1.7.2 Kebajikan pelajar.

1.7.3 Pengurusan akademik.


Jadual kedatangan dan kehadiran pelajar

2.1 Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir.

2.2 Menyimpan daftar kedatangan pelajar di pejabat selewat-lewatnya semasa loceng yang
menandakan waktu kedua berakhir.

2.3 Menentukan kelengkapan butiran yang dikehendaki ada di dalam buku kedatangan pelajar

2.4 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.

2.5 Memastikan ketidakhadiran pelajar dicatat.

2.6 Menghantar surat pemberitahuan kepada ibu bapa/ penjaga tentang ketidakhadiran pelajar
(tanpa bukti bertulis/ ponteng) apabila mencapai tempoh yang ditetapkan.

2.7 Menghantar salinan surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD tentang ketidakhadiran
pelajar.

Laporan pelajaran, sijil berhenti, surat akuan dan Kad 001

3.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar.

3.2 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal
dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap penggal.

3.3 Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa dan mendapatkannya semula.

3.4 Mengambil Kad 001 daripada Penyelaras Kad 001 (Kaunselor).

3.5 Guru tingkatan kelas PMR dan SPM hadir semasa keputusan peperiksaan tersebut
diumumkan di sekolah.

3.6 Menyediakan dan mengisi:

3.6.1 Buku Daftar Pelajar (bagi tingkatan satu/ empat dan pelajar baru).

3.6.2 Kad 001.

3.6.3 Penyata markah bagi setiap peperiksaan sekolah.

3.6.4 Sijil berhenti dan surat akuan.


Masalah pembelajaran, kesihatan, dan disiplin

4.1 Sentiasa mengingatkan pelajar akan kewajipan menuntut ilmu untuk kebahagiaan di dunia
dan di akhirat.

4.2 Memberi galakan, motivasi dan merangsang minat pelajar terhadap kecemerlangan
akademik.

4.3 Mengingatkan pelajar supaya mematuhi disiplin dan tidak keluar kelas sesuka hati/ tanpa kad
izin keluar.

4.4 Melaporkan kepada Guru Bertugas jika ada pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.

4.5 Melaporkan kepada Guru Jawatankuasa Disiplin/ Kaunselor jika terdapat pelajar yang
melanggar disiplin yang serius/ bermasalah pembelajaran.

4.6 Memastikan semua surat penggantungan sekolah dan pembuangan sekolah ditandatangani
oleh Pengetua sahaja.

Buku teks, biasiswa, dan bantuan

5.1 Memastikan SPBT diagihkan kepada pelajar yang layak (warganegara) dan memastikannya
dibalut dengan pembalut plastik dan nama pelajar ditulis dalam ruangan yang disediakan.

5.2 Mengemas kini fail SPBT dari semasa ke semasa.

5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang
tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun serta memberikan senarai nama itu kepada guru
SPBT.

5.4 Mengenal pasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan
melaporkan kepada guru kebajikan.

5.5 Melaporkan kepada AJK Biasiswa dan ibu bapa dengan segera sekiranya terdapat
kemerosotan pelajaran/ disiplin dalam kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.
Kutipan yuran/ bayaran tambahan dan derma

6.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua
yuran sekali gus.

6.2 Mengutip sumbangan/ derma PIBG.

6.3 Mengutip bayaran koperasi.

6.4 Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.

6.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan yuran
kepada kerani kewangan.

6.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.

Pendaftaran pelajar baru

7.1 Menerima kemasukan pelajar baru daripada Penyelaras Tingkatan.

7.2 Merekodkan nama dan butiran diri dalam Buku Kedatangan Pelajar

7.3 Mendapatkan resit yuran sekolah asal - dalam daerah/ negeri

7.4 Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku daftar pelajar.

7.5 Memastikan penerimaan borang SPBT/ pengesahan membawa buku teks (sekiranya layak-
warganegara) daripada sekolah yang terdahulu.

7.6 Menyemak sekiranya pelajar menerima sebarang bentuk biasiswa dan bantuan.

7.7 Memastikan penerimaan kad kemajuan pelajar dan Kad 001 dari sekolah yang terdahulu.

7.8 Menentukan rumah sukan.

7.9 Memastikan kecenderungan pelajar dalam aktiviti kokurikulum (minat/ wakil sekolah/
daerah/ negeri, dsb.)
Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain

8.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.

8.2 Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama
mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform kepada Penyelaras Kokurikulum.

8.3 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain.

Pelajar keluar

9.1 Memastikan kelulusan untuk bertukar telah diterima.

9.2 Memastikan borang SPBT, Kad Kemajuan pelajar dan Kad 001 dihantar ke pejabat.

9.3 Memastikan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 3 dan 5
(termasuk kerja kursus).

9.4 Memastikan urusan buku teks disempurnakan.

9.5 Memastikan penerimaan biasiswa/ bantuan dilaporkan kepada pejabat.

9.6 Memastikan pelajar memulangkan buku Pusat Sumber

9.7 Memastikan pelajar menjelaskan yuran/ hutang

9.8 Memastikan pelajar pulangkan alatan yang dipinjam –(cth: jersi, kayu hoki, dsb)

9.9 Meminta pelajar bawa ibu/ bapa/ penjaga hadir ke sekolah bagi maklumkan pertukaran 9.10
Membatalkan nama pelajar dalam Buku Daftar Pelajar

9.11 Membatalkan nama pelajar dalam Buku Kedatangan Pelajar

Beri Nilai