Anda di halaman 1dari 8

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “ZINA: DOSA YANG MEMBAWA PADAH”


TARIKH: 23 FEBRUARI 2018M / 7 JUMADA AL-AKHIRAH 1439H

َ َّ ُ َ
:‫ل‬
ۡ ِ ‫ٱلۡحمد ِلل ِه الۡقا ِئ‬
         

(Surah al-Isra’ : 32)

ُ‫ َو َأشۡ َه ُد َأ ان ُم َح ام ًدا َعبۡ ُد ۡه‬، ‫يك ََ ُۡه‬ ُ ‫َأشۡ َه ُد َأن ّٓ ۡل ِ ََ ـۡ َه ِ ال‬


َ ‫هللا َوحۡ َد ُۡه َل َشر‬
‫و‬
َ
‫و‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ل ل‬
َ َ َ َ َ َ َ ‫ا‬ َ ُ َ ّ َ َ َ َ ّ َ ‫َ َر ُ ُ ُ ا ُ ا‬
َ ّ
‫ اَلهم ص لل وس للمۡ على س لي لدنا محم ٍد وعلى لآَ له وأصۡح لاب ل ۡهﮮ ومن‬.‫و سوَ ۡهو‬
َ.‫اَدين‬ّ ‫َتب َع ُۡهم بإحۡ َسان ِ َلى َي ۡوم‬
‫ل ل‬ ‫ٍ ل‬ ‫لل‬ ‫ل‬
ُ ََ ‫ََ َ ُ ُ ا ا‬ َُ ‫َ َ ا‬ ُ ‫ا‬ َ َ َ َ ُ َ ‫َا‬
ۡ

‫ ول تموتن لِل وأنتم‬،‫ لاتقوا هللا حق تقا لت ل ۡهﮮ‬،‫ فيا لعباد هللا‬،‫أما بعۡد‬
َ
.‫ُّمسۡ لل ُمون‬

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah  dengan ketaqwaan yang

sebenar, iaitu melakukan segala perintah Allah  dan menjauhi segala


larangan-Nya. Peliharalah diri daripada melakukan perkara-perkara
yang dikhuatiri boleh merosakkan aqidah dan ibadah kita. Kehidupan

1
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan
meningkatkan amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita
dengan Allah  serta mengeratkan hubungan kita sesama manusia.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan mereka yang
memperolehi keredhaan Allah , kesejahteraan dan kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat.

Firman Allah  di dalam Surah Ali ‘Imran ayat 103:

      

Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada agama


Allah, dan janganlah berpecah belah.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “ZINA:
DOSA YANG MEMBAWA PADAH”.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Islam amat mementingkan kehormatan dan kesucian diri manusia.
Orang Islam ditegah melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan
maruah dan kehormatan dirinya. Segala bentuk kekejian, sama ada
yang zahir mahupun yang batin adalah diharamkan.

Firman Allah  dalam Surah al-A’raf ayat 33:

              

              

2
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya
mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata
atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan
menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-
Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak
menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan-
Nya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak
mengetahuinya.

Zina adalah antara perbuatan keji yang wajib dijauhi. Ia tergolong dalam
kategori dosa-dosa besar. Larangan mengenainya sangat tegas dan
semua perkara yang mendorong berlakunya perbuatan zina perlu
dijauhi.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata di dalam kitab Matolib Ulin
Nuha,
َّ َ َ َ َ ً َ َ َ َ ُ َ َ َ
‫اَزۡنا‬
ۡ‫ن ل‬
ۡ ‫ظ ۡم لۡم‬
ۡ ۡ‫ۡل ۡأعۡ ۡل ۡم ۡبعۡ ۡد اَۡ ۡقتۡ ل ۡل ۡذنۡ ۡبا ۡأع‬
Maksudnya: “Saya tidak pernah menemui dosa yang lebih besar
selepas pembunuhan selain zina.”

Balasan buruk kepada pelaku zina amat menggerunkan sehingga


dosanya digandingkan bersama dosa syirik dan pembunuhan, kecuali
mereka yang bertaubat.

3
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
Allah  berfirman dalam Surah al-Furqan ayat 68-70:

             

             

           

          

Maksudnya: “Dan mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain


bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah
membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh
syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa yang melakukan demikian,
akan mendapat balasan dosanya: akan digandakan azab seksanya pada
hari kiamat, dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima
kehinaan, - kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta
mengerjakan amal yang baik, maka orang itu Allah akan bangkitkan
pada tempat kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah amat
Pengampun, lagi amat Mengasihani.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Allah  melarang hamba-hamba-Nya daripada menghampiri zina.

Firman Allah  dalam Surah al-Isra’ ayat 32:

         

4
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan).

Berdasarkan penjelasan ayat ini, umat Islam bukan sahaja dilarang


melakukan perbuatan zina bahkan ditegah sama sekali melakukan apa-
apa perkara yang boleh membawa kepada perzinaan seperti berdua-
duaan dengan yang bukan mahram, bergaul bebas antara lelaki dan
perempuan, mendedahkan aurat dan sebagainya. Hal ini kerana
perzinaan boleh membawa pelbagai kerosakan dalam kehidupan
manusia.

Kesan perbuatan zina amat dahsyat. Bukan sahaja kepada individu dan
masyarakat bahkan juga negara. Antara kesannya adalah:

1. Kecelaruan nasab.
Lahirnya anak tidak sah taraf yang terpaksa hidup dalam tekanan
perasaan dan gangguan emosi. Dalam konteks perkahwinan, anak
tidak sah taraf tidak mempunyai wali dan tidak layak menjadi wali
kepada adik beradik dan kaum kerabatnya.

2. Penyakit kelamin.
Tersebarnya jangkitan penyakit kelamin seperti HIV dan Aids,
sifilis dan sebagainya secara meluas. Penyakit ini bukan hanya
menjangkiti penzina sahaja tetapi juga pasangan dan zuriatnya.
Kebanyakan mereka yang dijangkiti penyakit ini akan berakhir
dengan kematian.

5
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
3. Keruntuhan institusi keluarga.
Berlakunya perceraian dalam rumahtangga. Kehidupan keluarga
hilang keberkatan dan selalu berlaku pertelingkahan antara ahli
keluarga. Di samping itu, rasa hormat dan kepercayaan kepada
pasangan dan ahli keluarga akan terhakis.

Semua kesan yang dinyatakan akan membawa implikasi yang negatif


terhadap pembangunan sosio ekonomi negara.

SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,


Perkahwinan adalah satu jalan keluar daripada perbuatan zina. Mereka
yang mampu berkahwin dianjurkan agar segera berbuat demikian.
Sabda Rasulullah :
َ َ ُ ‫َ َ َ ُ ُ ََ َ َ َََ ا َ ا‬ َ
ُّ‫ض‬
ۡ ‫اع لۡمنۡ ۡك ۡم اَۡ ۡب ۡأ ۡة ۡفلۡ ۡي ۡت ۡز ۡوجۡ ۡف لۡإ ۡن ۡه ۡأ ۡغ‬ ۡ ‫ط‬ۡ ‫ن اسۡ ۡت‬ ۡ ‫ َۡم ل‬،ۡ‫اَش َۡباب‬ ۡ ‫ش َۡر ا‬ۡ ۡ‫َۡيا َۡمع‬
َ ُ َ ُ‫ا َ ا‬ ََ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ ََ َ َ
ۡ ۡ‫جأ‬
ۡ ‫اَص ۡو ل ۡم ۡف لۡإ ۡن ۡه َۡ ۡه لۡو‬
ۡ ‫طعۡ ۡف ۡع ۡليۡ ل ۡه لۡب‬
ۡ ‫ج ۡو ۡمنۡ َۡمۡ ۡيسۡ ۡت ل‬ ۡ ‫ن لَۡلۡ ۡف ۡر ل‬
ۡ‫ص‬ۡ ۡ‫ص لۡر ۡوۡأح‬
ۡ ‫لَۡلۡ ۡب‬
Maksudnya: Wahai pemuda sesiapa dalam kalangan kamu yang
mempunyai kemampuan (nafkah lahir dan batin), maka hendaklah dia
berkahwin. Sesungguhnya ia dapat membantu menundukkan
pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu
hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang tidak mampu berkahwin pula hendaklah memelihara diri dan
mengawal nafsu dengan berpuasa. Ketahuilah, orang yang mengawal
nafsunya daripada perkara yang haram, akan digantikan oleh Allah 
dengan kemanisan iman di hatinya.

6
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Dalam zaman fitnah ini, ibu bapa sepatutnya mengambil tanggungjawab


memantau dan memelihara ahli keluarga daripada terjebak ke dalam
perbuatan zina. Gajet-gajet yang dimiliki oleh anak-anak seharusnya
dipantau. Melalui penggunaan gajet-gajet ini, bahan-bahan lucah dan
merangsang nafsu lebih mudah diperolehi dan disebarkan. Kita berasa
gusar dan bimbang betapa anak-anak pada usia yang muda sudah
terlibat melakukan perbuatan lucah.

Dalam masa yang sama golongan dewasa dan berusia juga perlu
menunjukkan contoh teladan yang baik dengan menjauhi perkara-
perkara yang boleh membawa kepada perzinaan. Gajet-gajet yang
mempunyai pelbagai aplikasi termasuk media sosial, jika
disalahgunakan boleh menjadi faktor pendorong kepada berlakunya
perbuatan zina.

Marilah kita melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar


bagi mencegah berleluasanya perbuatan zina dalam masyarakat.
Berdoalah agar Allah  memelihara kita dan ahli keluarga kita daripada
sebarang bencana akibat perbuatan zina.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, antara kesimpulannya ialah:


1. Zina merupakan dosa besar yang ditegah oleh Allah .
2. Kesan perbuatan zina amat dahsyat. Bukan sahaja kepada
individu dan masyarakat bahkan juga negara.

7
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
3. Perkara-perkara yang boleh membawa kepada perzinaan
hendaklah dijauhi dan dielakkan.

Firman Allah  dalam Surah an-Nazi‘at ayat 40-41:

              

Maksudnya: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri


di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung), dan dia menahan dirinya
daripada menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya syurgalah tempat
kediamannya.

ُ ََ ُ َُ ُ ‫َبا َر َك‬
‫ َونف َع ِني َو ِإ َّياكمۡ ِب َما ِف ِيه ِم َن‬،‫هللا ِلي َولكمۡ ِفي الۡقرۡ َء ِان الۡ َع ِظ ِيم‬
ُ‫السميع‬ َّ ‫نكمۡ ت َال َو َت ُه إ َّن ُه ُه َو‬ ُ َ ‫َ َ َ َّ َ ك‬ َ
‫ وتقبل ِم ِني و ِم‬،‫الِّكۡ ِر الۡح ِك ِيم‬
‫َ َ ك‬
ِ ِ ِ ِ ‫اِ و‬ ِ ‫الي‬ۡ
ۤ َ َ ُ ََ َ َ َ ُ َ ََ َ َ َ ُ َُ ُ َ
‫ و ِلسا ِئ ِر‬،ۡ‫ أقول ق ۡو ِلي هِّا وأسۡتغۡ ِفر هللا الۡ ۡع ِظيم ِلي ولكم‬،‫الۡع ِليم‬
َ َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ َ ُ َ َ ُ
‫ فاسۡتغۡ ِف ُرو ُه ف َيا ف ۡوز‬،ِ‫ا‬ ِ ِ ‫ن‬‫م‬ ‫ؤ‬ۡ ۡ
‫ال‬‫و‬ ‫ين‬‫ن‬ ‫م‬
ِِ ‫ؤ‬
ۡ ۡ
‫ال‬ ‫و‬ ،ِ‫ا‬
ِ َِ
‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬
ۡ ۡ
‫ال‬‫و‬ ‫ين‬ ‫م‬
ِ ِ ‫ال‬
‫ل‬ ‫س‬
ۡ ۡ
َ ۤ َّ َ َ َ َ َ َ َ ُ
.‫السۡتغۡ ِف ِرين ويا نجاة الت ۡا ِئ ِبين‬ ۡ

8
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احول اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬

Anda mungkin juga menyukai