Anda di halaman 1dari 7

Bil. ( 21 ) dlm.PSUK.PK. (KT) 900/1 Jld.

5
Oktober 2016

Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh.

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran / Daerah
Perak Darul Ridzuan.

YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan,

KURSUS ASAS PENGUATKUASA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI PERAK


DARUL RIDZUAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pentadbiran ini dengan kerjasama Bahagian Kerajaan


Tempatan akan menganjurkan Kursus Asas Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Negeri Perak Darul Ridzuan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 hingga 16 Februari 2017 (Isnin - Khamis)


Tempat : Institut Latihan Statistik Malaysia,
35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan.
Masa : Sila Rujuk Atur Cara Program Seperti Di Lampiran
Berkepil.
3. Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan anggota penguatkuasa PBT
negeri Perak yang cekap serta diiktiraf melalui akademik, ketahanan fizikal dan mental serta
mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika dalam menjalankan tugas penguatkuasaan. Di
samping itu, kursus ini memfokuskan kepada beberapa objektif seperti berikut:

3.1 memberi pendedahan berkaitan bidang tugas serta tanggungjawab sebagai


penjawat awam amnya dan penguatkuasa khususnya;

3.2 memupuk semangat setia kawan, kerja berpasukan dan kepatuhan kepada
arahan serta budaya kerja cemerlang; dan

3.3 mempertingkatkan kualiti kerja dan keterampilan serta keyakinan diri semasa
menjalankan tugas.

…2/-

“ LESTARIKAN INOVASI, LUHURKAN INTEGRITI ”


-2-

4. Sehubungan itu, anggota penguatkuasa dari jabatan YBhg Dato’/ Tuan/ Puan yang
berkhidmat kurang daripada tempoh 3 tahun, sama ada berstatus tetap atau kontrak adalah
dijemput untuk menghadiri kursus ini. Setiap peserta kursus akan dikenakan bayaran sebanyak
RM200.00 seorang bagi menampung kos penginapan, makan dan minum peserta, manakala
pengangkutan peserta adalah di bawah tanggungjawab jabatan masing-masing. Sila
kemukakan Pesanan Tempatan (LO) / Cek atas nama Bendahari Negeri Perak untuk bayaran
yuran tersebut.

5. Dipohon jasa baik pihak YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan untuk mengembalikan borang
pengesahan kehadiran seperti di LAMPIRAN A sebelum atau pada 7 Februari 2017 (Selasa).
Bersama-sama ini juga dilampirkan atur cara perbincangan untuk makluman dan rujukan pihak
YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berhubung dengan perkara
ini, sila hubungi pegawai berikut:

5.1 Pn. Fadeliyaton Binti Ramli (Bah. KT) - Tel: 05-5225849 / 013-5051925

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

( ROHAINUN BINTI RASDI )


Penolong Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran)
Bahagian Kerajaan Tempatan,
b.p. Setiausaha Kerajaan Negeri
Perak Darul Ridzuan.
LAMPIRAN A

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tapah.
( u.p. : Pn. Fadeliyaton Binti Ramli )

KURSUS ASAS PENGUATKUASA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)


NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh : 13 hingga 16 Februari 2017 (Isnin - Khamis)


Tempat : Institut Latihan Statistik Malaysia,
35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan.

Surat tuan Bil (21) dlm.PSUK.PK (KT) 900/1 Jld. 5 bertarikh Januari 2017 adalah
berkaitan.

2. Berikut adalah senarai nama peserta Kursus Asas Penguatkuasa Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) Negeri Perak Darul Ridzuan:

BIL. NAMA JAWATAN Saiz T-Shirt


1.
2.
3.
4.
5.

Tarikh : ...................................................
(Tandatangan Ketua Jabatan & Cop)

Catatan:
Borang ini hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 7 Februari 2017 (Selasa) melalui faks di talian
05-2533969.
ATUR CARA KURSUS ASAS PENGUATKUASA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

HARI PERTAMA
13/02/2017 (ISNIN)

MASA PERKARA LOKASI PAKAIAN

8.30 pagi - 10.00 pagi Pendaftaran Kursus

Bilik Pakaian
10.00 pagi - 11.00 pagi Ucapan Alu-Aluan Dan Taklimat Kursus kuliah 1 Pejabat

Konsep Pihak Berkuasa Tempatan


11.00 pagi - 1.00 petang
Penceramah : En. Syahrul ‘Azrin bin Ghazali

1.00 petang - 2.30 petang Rehat / Makan Tengah Hari/ Solat

Perlembagaan Persekutuan
2.30 petang - 3.30 petang
Penceramah : En. Syahrul ‘Azrin bin Ghazali
Bilik Pakaian
kuliah 1 Pejabat
Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171)
3.30 petang – 4.30 petang
Penceramah : En. Syahrul ‘Azrin bin Ghazali

4.30 petang - 5.15 petang Minum Petang/ Solat

Pakaian
5.30 petang - 7.00 petang Kawad Kaki
Sukan

7.00 petang - 8.30 malam Rehat / Makan Malam

Bilik
Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171)- samb. Kuliah 1
8.30 malam - 9.30 malam
Penceramah : En. Syahrul ‘Azrin bin Ghazali
Smart
Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 Casual/
9.30 malam - 10.30 malam ( Akta 172)
T-Shirt
Penceramah : En. Syahrul ‘Azrin bin Ghazali
berkolar

10.30 malam - 11.00 malam Minum Malam


HARI KEDUA
14/02/2017 (SELASA)

MASA PERKARA LOKASI PAKAIAN

Pakaian
6.30 pagi - 7.30 pagi Kecergasan Jasmani
Sukan

7.30 pagi - 8.30 pagi Rehat/ Sarapan pagi

Bilik
Akta Jalan Parit Dan Bangunan ( Akta 133) kuliah 1 Pakaian
8.30 pagi - 10.30 pagi
Penceramah : En. Syahrul ‘Azrin bin Ghazali Pejabat

10.30 pagi - 11.00 pagi Minum pagi

Peranan Dan Bidang Kuasa Penguatkuasa Pihak


Bilik Pakaian
11.00 pagi - 1.00 petang Berkuasa Tempatan (PBT)
kuliah 1 Pejabat
Penceramah : En. Khalim bin Haron

1.00 petang - 2.30 petang Rehat / Makan Tengah Hari/ Solat

SOP Penguatkuasaan Bilik Pakaian


2.30 petang - 4.30 petang
Penceramah : En. Khalim bin Haron kuliah 1 Pejabat

4.30 petang - 5.15 petang Minum Petang/ Solat

Pakaian
5.30 petang - 7.00 petang Kawad Kaki
Sukan

7.00 petang - 8.30 malam Rehat / Makan Malam

8.30 malam - 10.30 malam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Smart


Bilik Casual/
Kuliah 1 T-Shirt
10.30 malam - 11.00 malam Minum Malam berkolar
HARI KETIGA
15/02/2017 (RABU)

MASA PERKARA LOKASI PAKAIAN


Pakaian
6.30 pagi - 7.30 pagi Kecergasan Jasmani
Sukan
7.30 pagi - 8.30 pagi Rehat/ Sarapan pagi
Bilik Pakaian
SOP Penguatkuasaan
8.30 pagi - 10.30 pagi kuliah 1 Pejabat
Penceramah : En. Khalim bin Haron

10.30 pagi - 11.00 pagi Minum pagi

Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan Pakaian


Bilik Pejabat
11.00 pagi - 1.00 petang (PBT)
kuliah 1
Penceramah : En. Khalim bin Haron
1.00 petang - 2.30 petang Rehat / Makan Tengah Hari/ Solat
Pakaian
Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan Pejabat
Bilik
2.30 petang - 4.30 petang (PBT)
kuliah 1
Penceramah : En. Khalim bin Haron

4.30 petang - 5.15 petang Minum Petang/ Solat


Pakaian
5.30 petang - 7.00 petang Kawad Kaki
Sukan
7.00 petang - 8.30 malam Rehat / Makan Malam

8.30 malam - 10.30 malam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Smart


Bilik Casual/
kuliah 1 T-Shirt
10.30 malam - 11.00 malam Minum Malam
berkolar

HARI KEEMPAT
16/02/17 (KHAMIS)

MASA PERKARA LOKASI PAKAIAN


Pakaian
6.30 pagi - 7.30 pagi Kecergasan Jasmani
Sukan

7.30 pagi - 8.30 pagi Rehat/ Sarapan pagi

Bilik Pakaian
8.30 pagi - 10.30 pagi Rumusan Kursus
kuliah 1 Seragam
10.30 pagi - 11.00 pagi Minum pagi

Bilik Pakaian
11.00 pagi - 12.00 t/hari Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
kuliah 1 Seragam

12.00 t/hari Makan Tengah Hari/ Daftar Keluar


*Jadual adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai